AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Sunday, April 25, 2010

PENA 3: MALAS MAKAN

Watak : asiah dan ibunya, sumayyah

  • “Erm, sedapnya makan aiskrim!” ,kata Asiah di dalam hatinya. Dia pun membuka peti ais untuk mengambil aiskirim Walls perisa kopi lalu mengisi perutnya yang sudah lama teringin akan aiskrim. Sudahlah panas sepanjang hari tersebut dilayan pula seleranya dengan aiskrim. Lega rasanya. Asiah tersenyum sendiri. Belum pun puas dia menghabiskan aiskrim tersebut, tiba-tiba dia membuka matanya dan melihat bahawa dia berada di atas katil. “Asrtaghfirullahala’zim….”Asiah beristighfar panjang. Rupanya dia tertidur setelah solat dhuha tadi. “Kepenatan agaknya, maklumlah baru sahaja sampai jam 4.00 pagi tadi..” bisik hatinya. Dua minggu cuti semestenya sebelum menginjak ke semester tiga. Walaupun dua minggu dilihat sedikit sahaja, tetapi jika diisi sebaiknya pasti akan berhasil manfaat yang pelbagai.
  • Asiah terus bangkit dari tilam kesayangannya terus meluru ke peti ais di dapur. Terliur rupanya dia akan aiskrim yang dimakan dalam mimpinya. Pelik ibunya , Puan Sumayyah melihat gelagat anak gadisnya. “Kamu dah sarapan belum? Ummi siapkan nasi goreng sahaja pagi ni. Makanlah, nanti sakit perut pulak”, sapa Puan Sumayyah. Asiah hanya melemparkan senyum mengharap sambil menjawab , “ ummi, takde aiskrim ke? “ “ Hah, cari aiskrim mana pulak, bila masa pulak la rumah kita ni menyimpan aiskrim, asiah anak ummi.. Kenapa pulak cari aiskrim pagi-pagi ni?” jawab ibunya dengan panjang. “ Alah, tadi asiah makan aiskrim dalam mimpi, tapi tak sempat pun habiskan. Tu yang teringin makan aiskrim ni. Erm, sedapnya ummi, kalaulah ada asikrim. Yelah, tengah musim panas ni kan” Asiah mencebikkan bibirnya, kecewa kerana apa yang diinginkan tak kesampaian. “ Sudahlah, sayang. Pergi sarapan dulu. Aiskrim tu nanti-nantilah. Perut kamu tu tak tahan kalau makan lewat. Isilah perut dulu. Susah pulak nanti bila masuk angin”.prihatin ibu Asiah akan anaknya yang manja ini.
  • Tangan dibasuh lalu dia pun menikmati hidangan sarapan pada pagi itu dengan adabnya. Agak bereselera dia bersarapan , maklumlah sudah lama tak merasai air tangan ibunya. Otaknya terus ligat berfikir untuk masakan tengahari nanti sementara ibunya sibuk di luar rumah menyapu sampah dan memindahkan tanaman di tanah ke dalam pasu. “ sedap jugak kalau masak sambal tumbuk, sayur air, telur dadar…uish! Mesti sedap punyer..” Asiah bercakap sendirian. Adik beradiknya yang lain ada yang bekerja dan belajar di luar daerah serta yang lainnya hanya bekerja di kampungya, berniaga di gerai koperasi kampung. Setelah selesai bersarapan, dia pun mengemas dapur dan mencuci pinggannya.
  • “Ummi, nak masak apa tengahari ni? Asiah nak makan sayur bening la, ummi. Pastu, ada sambal tumbuk plak. Sedapkan , ummi? Ada cili tak , ummi? “ banyaknya soalan si Asiah ini. Banyak cakapnya. “ada kat dalam peti ais. Erm, bolehlah masak bening labu. Kak Ngah kamu bawak hari tu. Ummi belum sempat masak lagi. Sedap jugak tu." sayur air itulah menjadi makanan kegemaran keluarga asiah. Kadangkala, ibunya hanya memetik sahaja daun-daun di luar rumah untuk membuat bening seperti pucuk belinjau dan pucuk betik. Bukan kerana tidak mampu, tetapi itulah selera mereka.
  • Ligat Asiah di dapur menanak nasi dan menyediakan bahan-bahan untuk Bening Labu dan Sambal Tumbuk. Ketika sedang menyediakan lauk-pauk tersebut, dibiarkan sahaja nasi tadi kerana ia dimasak di dalam periuk nasi elektrik. Inilah faedah moden, boleh menyiapkan kerja dengan lebih pantas. Ikan bilis, bawang kecil, bawang besar, bawang putih, dan cili semuanya sudah disiapkan. Ikan bilis dilebihkan berbanding cili, ditambah pula dengan bawang putih. Setelah digoreng bahan- bahan tersebut lalu dia menumbuknya dan jadilah sambal tumbuk. Erm, sedapnya sambal. Memang nak suruh aku makan ni. Sabar-sabar!
  • Telur dikacau dengan sedikit garam lalu dibiar di atas kuali yang panas. Sayur labunya dibiarkan bersama bahan-bahan tumisan kerana labu tersebut perlu dibiarkan lama untuk menjadi empuk. Dihidangkan kesemuanya di atas meja makan dan terus memanggil ibunya yang sudah tentu kelelahan di luar sana. Asiah yang cerdik ini menyediakan secawan air teh sejuk tanpa gula buat ibunya.Rupanya panggilannya sebentar tadi tidak didengari. Dia pun menyarungkan tudung Arini dan membawakan air tersebut kepada ibu kesayangannya. Dibiarkan ibunya berehat sebentar dan dijemput untuk makan tengahari. “ Nanti ummi makan lepas makan ubat. Kamu makanlah dulu” jawab ibunya yang sentiasa mengambil pemakanan ubat Homopathi kerana menghadapi barah payudara. Ibunya ini begitu kuat untuk melawan penyakitnya. Asiah selalu bercita-cita untuk menjadi sabar, tabah , cekal dan redha seperyi ibunya. Asiah pun masuk ke dalam rumah dan dia berniat untuk makan bersama-sama ibunya nanti.
  • Jarum jam terarah ke pukul 12.45 tengahari. “ sempat nak Qailulah ni. Nak zuhur nanti mandi barulah khusyuk solat. Hehe..” Bisik hatinya. Dia pun tidur sebentar sebelum zuhur demi mengikut jejak rasulullah s.aw. yang mana banyak faedahnya dan moga kepenatan perjalanan dlam bas malam tadi terubat. Bila tidur sebentar sahaja di tengahari sebegitu lebih terasa puas berbanding waktu lainnya, maka bolehlah meneruskan pekerjaan selepas itu dengan lebih bertenaga.
  • Usai solat zuhur dan mengulang satu juzu’ hafalannya, Asiah pun mengambil novel tentang seorang tokoh islam yang membangkitkan obor perjuangan seorang muslim iaitu “ Muhammad al-Fateh” karangan Abdul Latip. Dia begitu tertarik dengan cara penyampaian penulis sehinggakan dia terlupa bahawa dia belum lagi makan masakannya tadi.
  • Masa terus berlalu dan Asiah pun melaksanakan segala tanggungjawabnya hanya satu yang sering dia tangguh-tangguhkan iaitu makan. Dia sanggup melayan buku-bukunya berbanding makan kadangkala sehingga menimbulkan rasa malas untuk makan. Dia penat untuk mengunyah. Perutnya asyik lapar sahaja tetapi nafsu makannya seperti sudah hilang entah menyorok di mana.
  • 7.00 malam terus merangkak untuk mengunjungi ke waktu Maghrib. “ dah makan belum? “ sapa ibunya. Ibunya terlalu risau akan kesihatan asiah, kerana selain dia menghidapi Gastrik dia juga mempunyai masalah bahagian dalam perut yang lain. “ hehe, nak makan la ni. Baru je nak panaskan lauk.” Jawab Asiah yang tahu ibunya akan memarahinya bila dia lewat makan. Ibunya hanya mampu menggelenglan kepala setelah melihat perangai anak gadisnya itu, bukannya tidak dinasihati malah sudah berbuih dia menasihati agar jangan bertangguh untuk makan.

Moral: makanlah pada waktunya, berhenti sebelum kenyang untuk mengelakkan kemalasan, kalau tak nak makan lebih baik berpuasa.

Friday, April 9, 2010

PENA 2: Debaran

Salam terus dihulurkan melalui 'hujan sakinah' ini.

debaran yang hadir sejak akhir-akhir ini tak tau dari mana...
nak kata exam lagi, baru je mlm tadi habis. debaran sebab apa lagi ye?

Bila hati begini, macam-macam MUHASABAH yang hadir..antaranya:
1) dah nak mati agaknya, dah bersiap belum?
2) dosa apa yang aku buat, kifarah agaknya?
3) tahap kesihatan yang makin 'kureng' ker? mkin umur bertambah, tanpa disedari 'terabai' kesihatan?

yakinlah, memang "hati milik ilahi" . yer lah, walaupun anda punyai wang sebanyak manapun, rumah sebesar manapun, anak-anak yang ramai mana pun, kecemerlangan sehebat mana pun, kalau Allah tak izinkan 'ketenangan' singgah dalam hati, apa yang anda boleh buat. ketenangan tak boleh dibeli, ketenangan perlu dicari. Macam mana? pohonlah 'hujan sakinah' kepada Robbmu akan membasahi tanah kontang hatimu. moga subur kembali.

Langkah-langkah tercipta, bila hati menyimpul perubahan yang padu:
1) perbanyakkan selawat
2) jauhi yang lagho(sia-sia)
3) hisab diri (ada wat salah dgn orang sekeliling tak?)
4) wajibkan setiap hari baca al-Quran. makin tingkatkan usaha, bukan sentiasa selesa di zon yang sama_daripada baca sahaja kepada memahami tafsiran ayat, kemudian diikuti dalam amalan seharian, tambah lagi usaha mengingat ayat-ayat indah itu dengan sebaik-baiknya.
5) sedekah. walau tak mampu sedekah byk mane pun, cube membiasakan diri dari sedikit demi sedikit, kalau tak mampu jugak? sedekahkan lah al-fatihah dan doa buat insan sekeliling. Hati bertaut kerana dalaman.
6) terapi solat. bukan sahaja dengan solat fardhu, ditambah pula dengan solat-solat sunat. yelah, kalau anda bekerja nak kumpul duit..ditambah pula dgn 'overtime' , cari plak kerja-kerja part time, hasilnya = anda sendiri yg lihat. berbaloi jugak kan. kita solat + amalan sampingan= reward untuk akhirat.

*p/s: buka sedikit bahgian 'pakaian' yang tersembunyi dan kotor itu, cucikan dengan 'clorox' taubat, rendam lama2 sedikit biar tahi-tahi lalat dosa tu dapat dihilangkan, hilangkan bau 'clorox' tue dengan amal kebajikan+ ihsan+ redha, jemurlah balik 'pakaian' tu di bawah mentari muhasabah dan kesedaran. biar cepat kering dan tercapai tujuannnya.

Wednesday, April 7, 2010

tinta pertama



Jari -jemari mengulit indah di atas kertas elektronik meluah rasa, mengungkap apa yang tersirat, menjelas yang pudar, mendepani hikmah hidup yang tak ketahuan, dan yang pasti ia sekadar satu idea yang mungkin boleh diperbaiki lagi agar garapan idea-idea yang dikongsi merupakan cara yang segar dan menjadi rujukan insan.

Penulis 'hujansakinah.blogspot' dengan ini merasmikan pembukaan blogspot khair_iium@yahoo.com dengan penuh tunduk dan harap agar ia tak keluar dari landasan syariat.

Sebarang cadangan dan komen kalian yang berbudi lagi dikasihi dialu-alukan. Moga Rahmat Allah memayungi kita semua.

Pena 1:Kuliah tafsir

Tafsir surah al-Qasas sebenarnya. Tapi yang saya dapat tangkap daripada tafsir ikim.fm ini hanya sedikit sahaja, kerana ada hal yang tak dapat dielakkan ketika itu(tak dapat dengar dari awal). Mohon maaf, tapi tetap ada satu perkongsian.

Lebih kurang begini; Ummu Aiman r.a.h. salah seorang sahabiah menangis. Tatkala itu, ada sahabat yang pelik mengapa beliau menangis. Beliau menjawab, aku menangis bukan kerana sedih akan kematian Rasulullah s.a.w, bukan kerana Baginda sudah tiada, tetapi…kerana, setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w itu, maka akan terhentilah segala wahyu. Wahyu tak mengunjungi lagi. Maka, di akhir zaman ini hanya ada ilham atau ruqyah solehah di kalangan orang-orang soleh. Fitnah bertambah banyak, ada yang mengaku dirinya soleh, dan ada pula yang berijtihad untuk kepentingan diri sendiri. Ijtihad amat diperlukan di zaman ini.

Pengajaran yang boleh penulis ambil dari kuliah yang telah dirumuskan ustaz Zahazan , walaupun hanya dapat dengar sebentar.. adalah:

1. kita harus mengunjungi ulama’ yang berlainan jantina dengan syarat menuruti batasan syara’, dijaga sebaiknya. Sebagaimana sahabat Rasulullah menemui Ummu Aiman r.ah. yang beliau alim dan banyak ilmunya.
2. belajar geografi al-Quran. Menziarahi tempat-tempat yang disebutkan di dalam al-Quran, yang dilaknat oleh Allah, yang dimuliakan oleh Allah, dan tempat-tempat yang punyai sejarah tersendiri. sebagai contoh sahabat terdahulu telah dilarang oleh Rasul daripada mengambil air dari kawasan yang dilaknat Allah( tempat kaum Nabi Hud, ada yg berpendapat tempat tersebut adalah syam, makkah, atau palestin..) juga larangan daripada memakan roti yang telah dibuat daripada gandum tempat tersebut dengan hanya memberikan  roti tersebut kepada unta-unta sahaja.
3.banyakkan bersedeqah, sentiasa menjaga solat malam, perbanyakkan puasa sunat(lebih-lebih lagi sekarang ini sedang menghampiri bulan-bulan barakah) dan menjaga amalan kerana ini adalah jalan orang-orang soleh, agar mendapat ilham yang tepat daripada Allah s.w.t.
4.berdoalah dan memohon kepada-Nya dengan doa

اللهم ألهمني رُشدي و أعذني من شرِّ نفسي
Maksudnya: Ya Allah, kurniakanlah ilham yang baik kepadaku, dan jauhkan serta lindungi aku daripada kejahatan diri aku sendiri, ilham yang buruk .


*** و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلّم...وبارك الله عليكم...والسلام عليكم ورحمة الله وبركته.***


#

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...