AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, May 22, 2010

Kandungan Facebook hina Nabi dikeluarkan

ISLAMABAD: Muka surat rangkaian sosial Facebook yang dianggap menghina Islam dan menyebabkan laman itu diharamkan di Pakistan sudah dikeluarkan, kemungkinan oleh penulisnya.

Menurut Facebook, ia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap muka surat itu yang menarik lebih 100,000 pengunjung di mana ia menggalakkan mereka meletakkan imej Nabi Muhammad SAW, kononnya sebagai menyokong kebebasan bersuara.

Umat Islam menyifatkan sebarang tindakan memberi gambaran atau menghasilkan lukisan, walaupun yang baik adalah satu amalan kufur.

Setiausaha Kementerian Teknologi Maklumat Pakistan, Najibullah Malik, berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menutup Facebook Rabu lalu selepas diarahkan mahkamah.

“Kami tahu sesetengah pihak menderita disebabkan penutupan ini, tetapi kami perlu mematuhi arahan mahkamah,” katanya.

Pakistan berkata ia akan menimbang untuk membenarkan semula Facebook atau laman lain dengan kandungan serupa jika mereka mengeluarkan muka surat yang dianggap menghina Islam. - AP




* setelah meneliti, perkara di atas, apakah tindakan kita seterusnya?


bertindaklah mengikut apa yang mengikut Redha-Nya.

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita.

Saturday, May 8, 2010

PENA 5:Selamat hari Emak ! Sayang Emak....


Saat terhalwa dengan alunan belaian ibu
terkenang emak di rumah saat ini..
kuatnya emak kerana dalaman..
kuatnya emak kerana dekatnya hati kepada Tuhan
sabarnya emak tak mampu kucapai..
mengalir air mata bila memikirkan mampunya emak memikul segala..

di sebalik kejayaan tiap anak
pasti penguatnya adalah doa dari seorang emak..

tak ternafi doa seorang abah
abah sudah tiada kini
hanya doa dari kami anak-anak yang mampu kami kirimkan
buat penemanmu di sana
tunggu kami di sana..
Kami akan menyusuli perjalananmu..
moga ketetapan syurga adalah buat kita

emaklah idolaku
emaklah yang membangunkan aku,
tika aku terduduk..hilang dalam sukarnya ujian dunia yang baru sedikit..
bisikan ingatan buat si anak yang baru mengenali hidup..
" kauserahkan segalanya kepada Tuhan..
tiada apa yang manusia mampu ubah walau kaucerita segala..
kerana Tuhan Yang Maha Berkuasa.."
dumui' membasahi hati yang memahami dan mendengar luahan dari insan yang kusayangi..

tarian pena di kala sunyi : Januari 2010 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...