AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Thursday, May 26, 2011

PENA 69: video kenangan.

Bismillahirrahmanirrahim

Pagi ni tak de kelas 8.30pagi...Bila ada waktu senggang begini, mudah untuk untuk merindukan orang di sana. saya belek semula video bersama anak-anak buah khalifah Allah.. sungguh comel dan cerdik mereka ini. Merekalah permata hati saya. Kisah biasanya, bila berjauhan pasti rindu, bila bertemu tak berapa lama, dah bergaduh. tapi, gaduh itulah yang menjadi kenangan untuk diulang semula. gaduh-gaduh manja mereka.

Video Hafiza sedang menyanyikan lagu'Barakallah' bersama Maher Zain dan Radio Tua di rumah. tersenyum melihat sebab gaya Fiza menyanyi sambil tertutup-tutup mata. Penuh penghayatan mungkin. Buat Keluarga 353 pasti faham maksud saya. comel.

Video Amalina dan Irsyad yang menyanyikan lagu Abc dan Alif Ba Ta...Mereka seronok bila melihat semula wajah mereka telah dirakamkan. Antara anak buah yang pandai posing ni.

Video Aqasyah yang saya kenakan dengan tudung labuh di rumah. nampak comel..sebab budak kecil yang dipakaikan  tudung(bukan tujuan nak jadikan macam perempuan) ,nampak dia jalan macam 'pingu'...so cute...huhuhu..sambil diperhati mak, adik dan abang...terdiam dia bila tau saya rakam gerak lakunya..

Video Nadia tak bercakap..cuma dia naik turun kerusi meja. sekarang dia dah pandai malu kat orang lelaki. terutama pak cik-pak cik nya. tapi, kalau dia cakap masih laju, susah saya nak faham.

Video Syafi mengaminkan doa naik kenderaan oleh Syakir Syakirah  ..

Video lagu patriotik Syakir...katanya buat persembahan di majlis penyampaian hadiah.. Lagu you are the sunshine pun dinyanyi sekali.

Video Aisyah Solehah sedang makan di Telok Sengat.. comel dan bijak. si Kecil ni suka sangat makan kurma. senang je nak mesra dengan semua orang.

Video kelas Manahij masa belajar manuskrip lama di library...keterujaan kami bila dapat melihat tulisan yang sangat kecil tu (sukar dibaca) dengan kecanggihan mesin di perpustakaan UIAM..

Video Aniq ni banyak..baca doa lepas ngaji
Ya Allah kurniakan rahmat Quran..Jadikan Quran pemimpin petunjuk kasih sayang
ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa ajarlah apa yang kami jahil
bantulah kami mebacanya
malam dan siang..
jadikan Quran pegangan...ya Allah pentadbir Alam...

ada rakam jugak video dia berlari main bola dan mengaji bersama emak..surah al-Qoria'h

Video terbaru bersama  kak Syifa'...di sepanjang jalan UIA merakam satu surah as-sajadah..kredit kepada si tukang kamera, Saidah..

Video kumpulan az-Zahra' yang sangat melucukan...

Video Diba ada kat nset Adah

Video bersama emak di Putrajaya..saya bercakap seperti wartawan yang nak menemuduga emak.. Mak pun layan je anak dia ni...dah tau dah saya macam mana..

Video sebuah lagu yang sebak..saya masih mencari makna kata-kata tersebut..

Video bersama insan yang dikagumi Prof Dr Muhaya di Konvensyen mahasiswa, Dewan Jubli Perak, SUK Selangor. semangat membara setelah saya berkata kepada diri ' sebentar lagi, aku akan berdiri bersebelahan doktor' ;)
sekelip mata, setelah doktor offer siapa nak jadi volunteer ujian di atas pentas...Tanpa ragu, saya angkat tangan dan terpilih kerana hanya ada seorang siswa lelaki dan siswi (saya) yang mengangkat tangan. Doktor pilih saya, kerana mudah untuk dipegang tangan semasa ujian di pentas.
ujian 'The Power of Mind' banyak memberi kesan kepada saya dan kawan-kawan...sila lihat di FB saya..sudah di tag oleh Kak Qila.
Akhirnya, saya bersalaman dengan doktor sebelum turun dari pentas.

selalunya, orang yang dikagumi, saya tak dapat bersalaman. kenapa? sebab mereka lelaki..Alhamdulillah..saya bersyukur, sebab kali ini dapat bersalaman dengan beliau. ada semangat mengalir ke jiwa ini. ceh~

rindukan semuanya ini satu nikmat. satu tolakan untuk saya jadi lebih cemerlang.

ada keinginan untuk merakam video seseorang..tapi, bimbang jika tak diizinkan. seperti yang telah dikatakan...jika bukan, ia hanya sekadar 'keinginan'


Hujansakinah : mari kita lontarkan kasih sayang kepada sekeliling kita...apa yang kita berikan, itu yang akan kita dapat kembali.

saya juga merasakannya.

Saturday, May 7, 2011

PENA 68: Hujan itu Rahmat..daripada Upin dan Ipin :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...