AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, May 11, 2013

PENA 99: Misi Dakwah Keningau Sabah 2012 IRKHSS, UIAM (2)

Salam.
Menyambung cerita yang lalu.
Cabaran kedua:
Perjalanan jauh dari lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah ke Keningau mengambil masa empat jam.
Yang menariknya, teksi di sana bukan menggunakan kereta, tetapi, menggunakan van.
Kebanyakan jarak di antara satu tempat ke satu tempat sangatlah jauh dan jalan yang sangat kecil di samping ada juga jalan yang belum berturap menyebabkan mereka ramai memilih pacuan empat roda.
Salah satu perkara yang saya terfikir ketika di sana, negeri di bawah bayu ini negeri di bawah kelolaan wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional. Tapi, di manakah kemajuan yang ditunjukkan? Mereka selalu kata, negeri termundur adalah negeri Kelantan, tapi, apa yang saya lihat, di sini kehidupannya lebih dahsyat dan serba kekurangan dari pelbagai jenis kemudahan.
Kita berjalan, bermusafir, untuk kita amati perbezaan, menyemai rasa syukur, mengeratkan ukhuwwah, menghirup udara yang masih terjaga....yang utama, kita perlu melihat kebesaran Allah Taala. Di mana sahaja pun dan ceruk mana pun bumi ini, masih ada ruang tempat yang membesarkan pencipta-Nya.

Cabaran ketiga:
Perjalanan tersebut melalui jalan yang berbukit-bukau dan bersimpang siur. Kelihatan, driver teksi ini sudah biasa dan tidak kekok. Pada mulanya, gerun dan takut pun ada, tapi, lama kelamaan sudah biasa sambil berselawat moga Allah mudahkan perjalanan dan menjauhi musibah.
Bermacam gambar dan video yang kami rakamkan terutamanya bila tiba di kaki bukit yang terasa seperti penghawa dingin. Pemandu teksi kami memberi penerangan sedikit sebanyak tentang perjalanan.
Istimewanya teksi yang saya naiki adalah bersama-sama guru setia pengiring kami, Ustazah Dr.Nadzirah Mohd beserta kawan-kawan kelahiran Sabah. Walaupun lahir di sana, tempat yang kami lalui hari itu pun mereka belum pernah pergi.
Siang hari yang nampak terpacak terang matahari menyebabkan perjalanan tersebut disulami tidur-bangun berulangkali.

Istimewa tempat pertama: masjid
Kami berehat sebentar menunggu makanan sampai daripada persatuan pelajar UMS. Mereka sedang menghadapi peperiksaan akhir semester. UIA biasanya memang habis awal dan naik cuti awal, berbeza sedikit daripada ipt yang lain. Azan zuhur menghentikan penantian kami, semua bergegas naik ke bukit masjid. Tinggi dan curam. Nampak gah di atas bukit. Azimah dan Azizah, selaku orang negeri Sabah memberitahu bahawa masjid ini asalnya dahulu gereja. Ada pendakwah yang datang ke situ dan menukarkannya kepada sebuah masjid sekaligus di belakang masjid tersebut terdapat tempat tinggal para pelajar tahfiz lelaki. Dari yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun, lebih kurang begitu...mungkin salah satu langkah untuk mengekalkan status tempat tersebut sebagai rumah ibadah bagi muslimin. SEGALA PUJI BAGI ALLAH SWT.

Setelah semua selesai menunaikan jamak takdim zuhur dan Asar, kami pun menjamu selera di sekitar perhentian dekat dengan masjid di situ.
Perjalanan diteruskan sehingga ....(bersambung)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...