AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Thursday, July 11, 2013

PENA 105: UMUR BERAPA SESUAI MENDIDIK ANAK?


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Wahai Tuhan, Bagi-Mu Segala Pujian, Tak Tertanding Pujian kami sebagaimana Engkau Memuji keagungan-Mu

Di sebuah sekolah, kebiasaan anak remaja (moga ia menjadi janggal tidak lama lagi), mereka suka bergurau dengan perkataan dusta, sehinggakan menyakiti sahabat mereka, mereka tak tahu adab dalam bergurau, maka inilah ceritanya, sebelum memulakan topik sebenar di post ini :

Bacaan doa dimulai sebelum PdP. "Pelajar, awak ada impian untuk dapat isteri solehah dan anak-anak yang soleh?" kelas yang terdiri daripada pelajar putra seluruhnya.

pelajar: "ada.."
guru: " Jadi, apa doa yang perlu kita baca?"

2,3 orang sahaja yang bersuara, "Robbana hab lanaa...." yang lain diam.
guru : ok, kita baca sama-sama. kalau tak tahu, cikgu baca, awak ikut.
selesai bacaan, pelajar (C) berkata: "cikgu, itu kan ada dalam Quran?!"
"ya, ada dalam Quran dan digalakkan untuk membacanya"

Pelajar (F) menyatakan pendapatnya, "cikgu, nanti saya dapatlah ea isteri / perempuan solehah, sebab saya kan dah soleh. " sambil trsengih menampakkan susunan giginya.
guru : " iye, betul. tapi, kalau kita rasa dah soleh nak jadi lagi soleh pun lagi bagus" . Guru tersebut tahu benar perangai pelajar (F), tapi, dijawab dengan niat semoga benar-benar anak tersebut menjadi anak yang soleh. Ada keinginan, moga Allah lorongkan mereka kepada kebaikan dan ketaqwaan.

Pelajar-pelajar lelaki tingkatan empat sedang menyiapkan latihan esei setelah selesai sesi pembentangan, dalam mereka menyiapkan tugasan, ada senda gurau dan perbualan mereka yang didengari guru.
Anak-anak pelajar menunjukkan reaksi memerlukan perhatian yang lebih banyak. Jika dilihat dari sudut psikologi, kenapa anak-anak ini berkelakuan sedemikian, ia pasti terkesan dengan didikan mereka di rumah dan pergaulan sekeliling.

Terdapat seorang pelajar di dalam kelas tersebut, boleh dikatakan 'banyak mulut' daripada menyiapkan tugasan;





"Cikgu, Z suka buat begini dan begini, cikgu."
"cikgu, ayah saya ada kereta Mazda"
"cikgu, bla...bla...bla..."
rakan-rakan sekelasnya turut tahu bahawa dia seorang yang suka cakap besar dan berlebih-lebihan apabila berkata-kata. Malah, apabila gurunya memandangnya, tanda tidak menyetujui perbuatannya, dia menambah, : "cikgu, kita ni nak bercakap, kenalah tokok-tambah, biar makin sedap. macam makan nasi, makan lauk, nak kena tambah rencah, biar jadi makin sedap"

terkejut gurunya mendengar penerangan dan analogi pelajar tersebut. lalu gurunya menjawab, " Awak nak tahu tak?" dan diam sejenak untuk memancing perhatian pelajar tadi. sehingga pelajar tersebut dan rakan-rakannya mengambil perhatian untuk mendengar. semua mata tertumpu pada guru mereka. Walaupun jam menunjukkan lagi sepuluh minit masa tamat PdP, guru tersebut cuba menegur anak-anak didiknya selagi masa yang ada.
"nak tau apa, cikgu?"
"Nak tau tak, Nabi s.a.w. tak suka orang suka tokok tambah bila bercakap dan Nabi tak suka orang yang suka mengadu domba."
ada seorang pelajar lain  (A) yang menyampuk, "mengadu? habis, kalau mengadu kat cikgu pasal kes disiplin? tu pun tak boleh?" -"itu perkataan mengadu sahaja, itu lebih digalakkan untuk mengadu."

pelajar (B) turut memberi respon, "mengadu bomba? pergi jumpa bomba tak boleh?" ada nada gurauan yang tak sepatutnya berlaku bila guru bercakap perkara serius. - "simpulan bahasa , peribahasa melayu tak khatam lagi ? tolonglah, cikgu cakap perkara yang serius, tolong beri perhatian."

guru tadi menceritakan bagaimana yang dikatakan mengadu domba. pelajar-pelajar terdiam seolah baru tahu itu perbuatan yang salah. Moga kita dijauhi sikap yang buruk.

" Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba."
Kelihatan pelajar (F) yang ditegur gurunya sibuk mengemas buku dan begnya tetapi ralit berfikir. tak lama, setelah loceng berbunyi, "cikgu, saya minta maaf, kalau ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan, cikgu"- "oh, tak megapa. yang penting, jangan suka menambah-nambah cerita, ya. Nabi tak suka, cikgu pun tak suka."

 ______________________________________________________________________
   

Permulaan yang baik dalam berkeluarga?
Cuba laksanakan, bermula hari pertama pernikahan, biasakan dalam keluarga, membacakan hadith-hadith Nabi s.a.w. . Sikit-sikit, tapi istiqamah.
Yang sudah lama berkeluarga pun boleh mulakan sekarang.
                                                                                                                                                                                                                                             
Apa niat seseorang dalam berkeluarga?
hidup kita untuk redha Allah
Allah, Rasululullah yang utama.
menambah taqwa kepada Allah


Apa yang kita perlu bagi kepada anak-anak?
Kekayaan? tak perlu.
Berilah masa kepada anak-anak. Masa yang sedikit dan berkualiti, belaian kasih-sayang, menasihati, mendengar luahan anak-anak.....

mendidik anak sejak diri kita remaja.
belum berkahwin sudah mendidik, kerana anak-anak itu cerminan diri kita
tatkala pasangan, anak-anak bermasalah, kita cermin semula diri kita, lakukan solat sunat Taubah, mudah-mudahan Allah perbaiki sekelililing kita.

melihat puteri Abu Bakar r.a. , Aisyah r.ha., beliau mampu menjawab persoalan perkahwinan sejak umurnya 10 tahun. Allah... berdoalah kepada Tuhan yang Maha Mendengar, moga kita diberikan kefahaman agama, mengamalkan agama, dan menyampaikan kepada yang lain.

Nabi s.a.w. mendidik puterinya agar lebih kental imannya, di dalam meminta pembantu di rumah, Nabi s.a.w. tak terus memberikan pembantu sebagaimana orang lain yang meminta kepada Nabi, bahkan pesanan agar berzikir Tasbih 33x, Tahmid 33x, Tahlil 33x, Takbir 33x. beliaulah puteri kesayangan Nabi s.a.w. , Fatimah r.a.ha.

Dengan memahami agama, anak-anak boleh survive hidup dengan cemerlang, tanamkan aqidah yang kukuh dalam diri anak-anak, "bila susah di dunia ni, mengadulah pada Allah. minta kepada Allah" ajarkan anak-anak, dan sebelum tu, ayahanda bonda perlulah mendidik diri dahulu, setiap apa kehendak kita, kembalikan diri kepada Allah, solat sunat dua rakaat, kalau tak mampu dan tak sempat sangat berdoalah kepada Allah.

contoh dialog dengan anak-anak kecil yang meminta membuat susu :
"Siapa yang bagi susu ni sedap?"
" Allah yang bagi sedap"

Moga anak-anak tak bertelingkah kerana dunia, bila dia tahu hidup yang hakikatnya adalah akhirat.

Robbi Laa Tazarni Fardan Wa Anta Khairul Waarithiin

Mendidik anak tak terhad waktunya, hingga kita mati sekalipun. Walaupun anak-anak kita melihat mereka sudah capai tahap ilmu yang tinggi, menasihati mereka tiada erti berhenti. Perlu sentiasa.

kita ni mendoakan untuk umat Islam seluruhnya tak?
ada tak kita luangkan masa untuk berdakwah?


Pejamkan mata sebentar, tarik nafas, ingat kembali, "aku ni hidup sementara, semua amalan akan dihitung"

Berdoalah. menangislah di hadapan Allah, :

"jadikanlah kami dan pasangan kami orang yang bertaqwa, menjadi orang yang bertolak-ansur, jadikanlah kami orang yang membantu agama-Mu. Kami mulia kerana Allah yang muliakan kami dengan Islam. Kami yang memerlukan Islam. Islam tak jadi apa-Apa kalau kami tiada. Tapi, kami yang jadi apa-apa jika kami tidak menolong agama Islam. Ya Allah, siapalah kami jika hidup kami hanya nak bergoyang kaki, bantu sibukkan diri kami untuk Islam, hidupkan keluarga kami dengan Islam, hidupkan anak didik dan para pendidik kami dengan Islam , hidupkan masyarakat kami dengan Islam, hidupkan pemimpin kami dengan Islam, hidupkan pentadbiran dan segala komunikasi dengan Islam, muliakan kami dengan rahmat barakah Islam. "


Fokusnya, didiklah diri para ibunda ayahanda sekalipun umur baru melangkah remaja. Kelak kita sendiri tenang melihat kebaikan para cahaya mata asbab kebaikan yang pernah kita pernah tanam sejak kita remaja. mudah-mudahan.


sumber dan diubahsuai daripada :
1. cerita seorang cikgu
2. http://www.pkink.gov.my/v3/index.php/arkib/slot-kerohanian/152-kita-hanya-menumpang/6-mengadu-domba-dosa-besar/303-6-mengadu-domba-dosa-besar.html
3. didikan ibu bapa oleh Ust. Ebit Lew




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...