AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Monday, December 1, 2014

NOTA RINGKAS PERDAGANGAN TINGKATAN 4



NOTA RINGKAS PERDAGANGAN TINGKATAN 4


BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN 

Keperluan Dan Kehendak Manusia
Maksud keperluan
  • Barang atau perkhidmatan yang membolehkan manusia hidup pada tahap keselesaan yang minimum
3 keperluan asas yang diperlukan oleh manusia:
a) Makanan                           
b) Pakaian
c) tempat tinggal
Maksud kehendak                                    


Keinginan memiliki barang dan perkhidmatan untuk kehidupan yang lebih mewah, selesa serta menyeronokan.

Hierarki Keperluan Maslow

1. Keperluan Sempurna Kendiri
2. Kperluan Penghargaan
3. Keperluan Kasih Sayang
4. Keperluan Keselamatan
5. Keperluan Fisikologi
Faktor Pengeluaran
Maksud:
  • Sebarang aktiviti yang menghasilakan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak.

Jenis-Jenis Pengeluaran :
1. Pengeluaran Langsung
2. Pengeluaran Tak Langsung
Faktor Pengeluaran :
1. Tanah
2. Buruh
3. Modal
4. Usahawan
Pengkhususan
Maksud Pengkhususan:
  • Menumpukan aktiviti produktif kepada bidang-bidang tertentu ( akstraktif, perkilangan, pembinaan, perdagangan dan perkhidmatan langsung) berdasarkan minat kebolehan dan kemahiran sesorang individu.
Sistem Barter
  • Sistem tukar menukar barang antara satu sama lain dikenali sebagai sistem bartet. Sistem ini adalah
  • Satu bentuk perniagaan di zaman dahulu. Boleh dikatakan bahawa sistem barter adalah bentuk terawal perniagaan.
                                                      


BAB 2 UNSUR PERDAGANGAN
 
Maksud Perdagangan
  • Kegiatan yang berkaitan dengan pembelian, penjualan dan pengagihan barang-barang dan
  • perkhidmatan.
Maksud Perniagaan:
  • Aktiviti membeli dan menjual barang-barang dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.
Bantuan Perniagaan
1. Perbankan
2. Insuran
3. Pengangkutan
4. komunikasi
5. Pergudangan
6. Promosi
BAB 3 PERNIAGAAN DALAM NEGERI : SALURAN AGIHAN DAN PERNIAGAAN RUNCIT
Maksud Perniagaan Dalam Negeri:
  • Aktiviti membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan yang dijalankan di kalanagn penduduk di dalam sesebuah negara.
Saluran Agihan
 
Maksud: 
  • Suatu proses pengagihan barangan atau perkhidmatan daripada pengeluaran asal kepada pengguna akhir.
 
Jenis Saluran Agihan
1. Pengguna -Pemborang-Peruncit- Pengguna
2. Pengeluar-Ejen-Peruncit-Pengguna
3. Pengeluar-Pemborong-Pengguna
4. Pengeluar-Peruncit-Pengguna
5. Pengguna-Ejen-Pengguna
6. Pengeluar-Pengguna
 
Perniagaan Runcit
 
Maksud:
Perniagaan dalam negeri . 
  • Urusan jual beli barang kuantiti yang kecil.
Perniagaan Runcit Besar-Besaran:
  • Perniagaan runcit besara-besaran terdiri daripada pasar raya, gedung aneka jabatan, pasar
  • raya besar, kedai sejaras dan koperasi runcit
Bentuk Lain Peruncitan
1. Mesin Peruncitan Automatik
2. Pesanan Mel
3. Francais
4. Jualan Langsung                      
5. E-dagang
6. Televisyen Interaktif (TV)
7. Kedai Katalog

 BAB 3 PERNIAGAAN DALAM NEGERI II: PERNIAGAAN BORONG 

Maksud Perniagaan Borong
  • Merupakan kegiatan membeli barangan secara pukal daripada pengeluar dan menjual dalam kuantiti yang dikehendaki.
Fungsi Pemborong Dalam Saluran Agihan

# Perkhidmatan Pemborong Kepada Pengeluar
1. Membeli secara pukal serta memecahkan pukal
2. Membiayai pengeluaran 
3. Melakukan kerja-kerja akhir
4. Menyampaikan maklumat pasaran
5. Mengadakan kemudahan perdagangan
6. Menjalankan kempen promosi serta meluaskan pasaran

#Perkhidmatan Pemborong Kepada Peruncit
1. Menjual dalam kuantiti yang kecil
2. Menjual beraneka jenis barang
3. Memberi kemudahan kredit
4. Mengadakan kemudahan pengangkutan
5. Mengadaka kemudahan pergudangan
6. Memberi nasihat

#Perkhidmatan Pemborong Kepada Pengguna
1. Mengedarkan pelbagai jenis barang
2. Menyampaikan maklumat tentang cita pengguna
3. memstabilkan harga barang-barang
4. Menyediakan bekalan barang yang berterusan

Jenis Pemborong
1. Pemborong saudagar
2. Ejen

Pemborong saudagar: 
  • Membeli pelbagai jenis barang daripada pelbagai pengeluar dan
  • menjual kepada peruncit. ia mendapat keuntungan atas usahanya itu.
Ejen: 
  • Adalah orang tengah yang dilantik dan diberi kuasa untuk melaksanakan tugas bagi pihak pengeluar atau pengilang dan penjual yang dikenali sebagai prinsipal

BAB 3 PERNIAGAAN DALAM NEGERI : DOKUMAN PERNIAGAAN DAN KAEDAH JUALAN

Maksud dokumen dalam negeri 
  • merupakan cacatan atau rekod perniagaan dalam bentuk bertulis yang menyenaraikan segala urusan yang dijalankan dokumen perniagaan ini digolongkan kepada tiga peringkat iaitu 
a) peringkat sebelum urus niaga 
b) peringkat semasa urus niaga
c) peringkat selepas urus niaga

Kaedah Jualan
  1. Perniaga boleh mengunakan beberapa kaedah jualan dalam perniagaanya.  
  2. Antaranya ialah:
1) Jualan tunai
2) Jualan kredit 
3) Jualan prabayar
4) Jualan konsainan

BAB 4 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Maksud: Perniagaan yang berlaku antara sesebuah negara dengan negara lain.

Faktor wujudnya perniagaan antarabangsa 
1) Perbezaan sumber alam semula jadi
2) Tingkat teknologi dan kemahiran yang berbeza 
3) Perbezaan kos pengeluaran
4) Hubungan antarabangsa

Perniagaan Import, Eksport dan Enterpot
 
Maksud Perniagaan Eskport : 
  • Kegiatan menjual barang-barang dan perhidmatan oleh sesebuah negara kepada negara lain.
Maksud Perniagaan Import : 
  • Kegiatan membeli barang-barang dan perhidmatan oleh sesebuah negaradari negara-negara lain.

Maksud Perniagaan Entrepot : 
  • Kegiatan import barang-barang dan kemudian mengeksport kembali.
Dokuman Perniagaan Antarabangsa 
1) Inden 
2) Invois eksport
3) Invois konsular 
4) Sijil asal usul                                                      


BAB 5 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Maksud jumlah bilangan perkerja , nilai modal berbayar , nilai modal tetap ,nilai keluaran , juga jumlah jualan .

Ciri-ciri IKS 
1) Jenis keluaran seperti : kraf tangan
2) Organisasi: mudah ditubuhkan
3) Modal : modal yang tehad
4) Lokasi disemua tempat
5) Ciri umum pekerja
6) Teknologi pergeluaran :berintensifkan buruh

Kepentingan (IKS)
1) Peluang menceburi bidang perusahaan 
2) Peluang mengunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti
3) Mewujudkan peluang pekerjaan 
4) Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
5) Mengurangkan penganguran
6) Mengukuhkan struktur asas industri negara 
7) Mengurangkan barangan pengunaan

BAB 6 PEMILIKAN PERNIAGAAN

Cara memulakan perniagaan :
1) Memulakan sendiri
2) Mengambil alih
3) Menwarisi perniagaan 
4) Francais                                                                               
5) Diundang
                                             
Jenis Pemilikan Perniagaan
1) Milikan tunggal
2) Perkongsian
3) Syarikat sendirian berhad
4) Syarikat Awam Berhad
5) Koperasi
6) Perbadanan Awam
7) Pengswastaan
    Maksud ;Permindahan milik sesuatu perbadanan awam kepada sektor swasta

BAB 7 PELABURAN 

Maksud :
  • Perbelanjaan yang dibuat pada masa sekarang untuk mendapatkan keuntungan ataupun ulangan pada masa hadapan

Jenis-jenis Pelaburan:
1) Akaun simpanan tetap atau akaun perlaburan
2) Harta tanah 
3) Saham

http://roswadidagang.blogspot.com/2014/02/nota-ringkas-perdagangan-tingkatan-4.html

Tuesday, July 15, 2014

PENA 112 : RAMADHAN -NUZUL QURAN



Bismillah...

Keletihan hari ini betul-betul meragut tenaga yang ada. Jam 9 malam sudah terlelap selepas menyiapkan katil dan tempat tidur untuk Emak Tersayang, Halimah Binti Ngadi.

Malam berlalu membawaku ke daerah sunyi muhasabah, terkenangkan bagaimana masa depan nanti.. adakah akan ku harungi dengan tabah dan sabar... semoga Allah memberi kekuatan kepada diri yang lemah ini untuk menghadapi perbezaan kehidupan akan datang...
Setelah menghantar Emak ke Masjid untuk solat Tarawih, aku pulang kerana hendak melelapkan mata sebentar. Tapi, rupanya terlajak sehingga jam 11 malam. "Eh, siapa yang ambil mak tadi???"
aku tak larat bangun, terlelap semula sehingga jam 1 barulah tersimpan sedikit tenaga. Lalu mendekati dan memeluk mak, "Mak, siapa yang ambil mak tadi? ". Emak baring mengiring menutup mata. Aku suka sangat kacau mak nak bermanja-manja dan yang sebenarnya Aku rasa bersalah sebab tak sedarkan diri.
Emak kata, " Mak tumpang orang..." mak masih lelapkan mata. "tadi orang yang balai tu yang hantarkan. dia yang suruh mak dengan cik blok 1 tumpang dia. mulanya, mak dengan cik tu jalan sama-sama. Mak kata, tunggu anak ambil..." tiba-tiba, sayu hati...apalah aku ni...
mak menyambung cerita sambil tutup mata melayan tidurnya....panjang ceritanya tentang abang balai tu. setelah beberapa waktu, aku pun menyambung kerjaku yang tergendala...

Siang tadi , setelah Emak pulang dari ziarah orang sakit, Cik Jas, jiran di rumah belakang... aku menunggu Emak di BSN Kota Tinggi. Agendanya untuk mengelakkan mengantuk memnadu seorang diri ke Semenchu.
dalam penantian, Aku tertidur. Lebih kurang 40 minit menunggu, barulah Emakku tiba. Sambil itu juga aku terkenang, bagaimana Seorang Emak yang Tidak Pernah Berputus Asa Menantikan Anak-anaknya pulang ke rumah... Aku yang baru beberapa minit tunggu sudah keletihan. Besarnya kesan Nilai Kasih Sayang untuk insan bernama Emak dan Anak. Maha Kasih SayangNya Allah terhadap hamba-hamba-Nya. Mak nampak sangat letihnya, merah matanya...sebab mak melawat jam 12 tengahari. Mak sekarang ni, kalau di rumah pun dah keletihan. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat mak. Ya Allah, Aku sayang Emak, sayangilah Emak...
Yeah! mak dah ada kasut raya, dah ada beg tangan raya, dah ada tudung raya...tapi baju raya mak mana? mak tunjukkan, baju mak warna putih hijau , kak Ana bagi...ha, ada lagi buat mak, tudung hijau coklat...

Subuh...aku bersiap awal walaupun perutku memulas tersalah makan atau keracunan makanan. jam 6:28am, aku menunggu emak solat...mak masih dalam keadaan qiam...lama mak solat...
aku pun keluar pintu meuju ke kereta sambil mengharapkan mak muncul di muka pintu tengah...menanti...tiada..."takpelah, mungkin mak lama lagi solatnya..." .
Membawa Umair ke halaman, sambil mataku melihat-lihat lagi pintu rumah depan dan tengah..."Eh, mak...." Aku melambai-lambai kat mak...erm...rasanya tak sah kalau nak gi sekolah tak tengok muka mak...dan sebenarnya tengah bertakung air mata ni sebab tadi tak salam mak...
Aku teringat , pagi tadi, aku minta maaf kat mak sebab tak ambil mak dari masjid solat Terawih. "Mak minta maaf tau..." Mak kata, "Iye..."

dan aku tak sabar nak balik sekarang ni....erm, ada mesyuarat pulak...
dan bila terkenangkan nanti aku akan tinggalkan mak buat beberapa hari minggu hadapan kerana jadi guru pengiring pelajar...
dan bila terkenangkan nanti aku akan tinggalkan mak buat beberapa waktu....
Oh Allah , kuatkanlah...

Semuanya kuserahkan kepada Allah Taala.

Ya Allah, jagalah semua orang yang aku sayangi..ya Allah jagalah aku.. jagalah kami semua menjadi hamba taat-Mu, hamba bertaqwa, hamba yang soleh@h dan takut kepada-Mu...


Sekian sahaja . 11.43pagi

Ya Allah terimalah ibdah kami, bantu kami untuk perbaiki diri , ibadah dan kehidupan kami...ameen..


Friday, March 28, 2014

PENA 111 : Dalam Sujudku Bercinta Tatkala Ujian Itu Menyapa....

Siaran Ulangan Slot Usrati di IKIM fm .(3.00 pagi 28 Mac 2014, Jumaat)

"Janganlah beri ruang langsung dan tak langsung kepada sesuatu yang sering mengintai-intai untuk memusnahkan sebuah rumahtangga iaitu Syaitan"

--> Jika rasa "kerasnya hati !"-bersujudlah, Jika ada masalah, bersujudlah! (dalam erti kata:solat)
tambahan sujud :
1-sujud tilawah,
 2. sujud sajadah,
3. sujud syukur...

tiada lagi sujud yg lain. ada tak yang Nabi s.a.w. ajarkan sujud lepas beri salam ???

Merasakan nikmat dalam setiap sujud...
Perbanyakkan sujud (banyakkan doa di dalamnya)

--> kenapa kita rasakan sujud itu sekejap sangat bila ditimpa masalah?
setiap hari 34 kali kita bersujud, tapi hatinya berkelu-kesah dalam keadaan dan kedudukan yang pelbagai?
" Mari kita nikmati sujud! bagaimana kita menikmati makanan... boleh rasa masam, manis, pahit, masin,dll.
-rasa hinakan diri dan rendahkan diri di hadapan Allah.
-berikan ketenangan dan masa(hingga terasa darh-darah masuk ke kepala)

______


Huraian hadis :
"satu majlis tanpa adanya selawat ke atas junjungan nabi s.a.w., maka kelak di akhirat mereka akan menyesal walaupun mereka masuk ke syurga.
barangsiapa yang melupakan untuk berselawat, dia telah lupakan diri untuk jalan syurga."

* perbanyakkan solawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.


8.27 am, IPG KPI, Blok E 202,IPG KPI Bangi
peace in jumaah mubarakah

Thursday, March 27, 2014

PENA 110 : PELAJARAN PERJALANAN



SEMUA MASALAH ADA PENYELESAIANNYA

ALLAH BERSAMA SANGKAAN HAMBA-HAMBA-NYA

UJIAN SILIH BERGANTI TANDA KASIH-SAYANG ALLAH, BILA SESEORANG BERJAYA MELALUI SATU TAHAP UJIAN, MAKA, ALLAH AKAN BERIKAN SATU PERINGKAT YANG LAIN.
BERTUAH DAN TAHNIAH, JIKA BERJAYA KE TAHAP YANG LEBIH BAIK. KASIHAN DAN NAU'DZUBILLAH JIKA JATUH KE PERINGKAT YANG LEBIH BAWAH

# MH370
#529 Ikhwan muslimin dihukum gantung
#Ketidaktelusan dalam menyampaikan sesuatu
#Isu PBS yang tak berpenghujung (ia memang satu perubahan atau eksperimen?)
#Isu nafsi-nafsi (kalau antara ahli keluarga atau orang terdekat kita dibunuh di hadapan mata, apa perasaan dan tindakan kita?)

#masalah sendiri

wahai Allah, bantulah kami untuk terus-terusan mengingatimu dan menambah kesyukuran serta perbaikilah amalan kami .

3.38AM
IPG KPI, BANGI





Tuesday, February 25, 2014

PENA 109 : Ragam hidup Februari

Ada segelintir atau ramai  orang yang dia rajin duduk dalam keadaan membisukan mulutnya kerana banyak berfikir dan menyiapkan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sehingga tak sempat mengutuk, mengumpat,nmengeji, dan menghina. Alhamdulillah, amanah untuk orang sedemikian mengurangkan dirinya daripada dosa. Cuma, perlu diperbaiki niat agar kerja-kerja yang dibuat ikhlas kerana-Nya boleh nanti menjadi buah amal di pandangan-Nya.

Ada segelintir atau ramai orang yang rajin duduk bercakap tentang bebanan amanah dan tanggungjawab sehingga tak sempat buat apa yang diamanahkan kerana banyak masanya untuk memberikan tumpuan kepada meluahkan perasaan. Hilang motivasi diri, kurang aura positif, malah menyempitkan dada dengan pelbagai masalah ditambah pula dengan dosa terhadap orang lain.

Ada segelintir orang yang membuat kedua-duanya....melaksanakan tugasan sambil memakan daging busuk saudaranya....

Wahai diri yang masih Allah pinjamkan, nyawanya....kamu di kategori yang mana....?
Jika nyawamu di tenggorokan...adakah kamu akan menangis atas perbuatanmu atau kamu sudah tidak sabar-sabar bertemu pemilik hatimu???


6.41pm
Balik meeting...

Saturday, September 21, 2013

PENA 108: Bagaimana mahu langsaikan hutang PTPTN sekaligus atau sekelepuk?



Coretan ini kumulakan dengan kalam pujian buat Allah Taala, Alhamdulillah, memang tiada pujian yang dapat menandingi pujian-Nya buat-Nya sendiri . Maha suci Allah.

Selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w. juga keluarga baginda, para sahabat yang mulia lagi dijanjikan syurga di sana.

Alhamdulillah , semalam pada jam 10 pagi di KL SENTRAL- One stop center PTPTN, hujansakinah dapat menghantar dokumen bank deraf kepada PTPTN sebagai melangsaikan hutang PTPTN secara sekaligus.

Bagaimana saya dapat selesaikan hutang segera?

Saya , jika dilihat lebih banyak menggunakan wang setiap bulan kerana saya masih menyambung belajar di peringkat Sarjana (Part Timer Student) secara berulang-alik setiap minggu.

Perbelanjaan bulanan saya dari segi :

Tambang bas Kuala Lumpur -Kota Tinggi           RM35 x 8kali pergi balik = RM280.00
Tambang LRT dan bas ke UIAM                             RM5 x 8kali                      = RM40.00
Makan , sampingan dan runcit                               RM20 x 2hari x 8kali   = RM320.00

Jumlah normal   = RM 640.00

selalu sediakan RM100 untuk satu perjalanan pergi. (RM400 untuk perjalanan sebulan)

Perbelanjaan Satu semester ulang-alik :
RM800.00 x 4 bulan   (1Sem)               = RM3,200.00
Yuran satu semester (2 subjek)          = RM  820/1090.00
Jumlah                                                      = RM4290.00 +/-


                              ..............................................................................................

Kalau diikutkan gaji , ia jatuh kepada negatif dalam perbelanjaan . RM800 sebulan duit perbelanjaan, RM100/150  bilik sewa, RM50 duit menumpang kenderaan, duit infak, duit nafkah, makan dan minum di sekolah biasanya saya cukup-cukupkan, adakalanya saya bawa bekalan ke sekolah, dan lebih mudah berpuasa.

Alhamdulillah , saya bersyukur, dengan perut yang sering tak berselera makan memudahkan saya membuat penjimatan dalam urusan makanan juga lebih mudah diurus jika berpuasa kerana terlalu sibuk dalam urusan pekerjaan. Lagi-lagi mengejar deadline untuk minit mesyuarat yang perlu disiapkan (walaupaun sering saya tak berada dalam mesyuarat kerana Isnin da Selasa saya di UIA), 3 hari sahaja masa PDP saya untuk habiskan 5 hari PDP sebenar, dan lain-lain lagi .

Titik jua nokhtahnya :
Bayaran PTPTN itu bukanlah duit simpanan belajar atau lain-lain.


Semuanya berkat doa berterusan, usaha, dan yakin

Dahulunya, saya mengambil Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional ini disebabkan :

1. salah faham- kami fikir ia satu kewajipan pelajar yang nak masuk ke IPTA perlu menyenaraikan nama ke sini. (hal ini kerana kekurangan info dan sekadar dengar cakap-cakap orang)

2. Mak abah , keluarga juga kurang dari segi bantuan ribuan (belanja besar)) belajar setiap semester ini.Bantu sikit-sikit boleh la. Mereka pun ramai anak kecil.

3. Tak tahu dari segi hukum pinjaman bagaimana, melainkan setelah mempelajari ilmu "Madkhal ila Fiqh" Ust. Rumaizi , juga mengikuti kuliah petang jam 5.00 " Fiqh Mua'soroh" yang disampaikan oleh Ust Ruzaimi ,dianjurkan Ma'ruf Club pada tahun tersebut (2008-2009) serta update berkenaan Hukum PTPTN dan penyelesaiannya.


Pernah disua pelbagai cara

Terjadi pada tahun 2009, ada seorang sister memperkenalkan MAA Takaful kepada saya dan rakan-rakan. Penjelasan berkenaannya memang menarik. 
Perkara tersebut saya panjangkan kepada seorang brother yang dikenali dan faham berkenaan takaful. Menurut beliau dan setakat yang difahami, beliau tidak menggalakkan. Beliau merupakan senior kami di UIAM.

Saya menghormati pandangan beliau yang sudah mengkaji dalam hal ini, berbanding saya yang tidak tahu langsung tentang takaful dan sebagainya.

Ada juga yang mencadangkan mengambil pinjaman Yayasan Pelajaran Johor setelah menamatkan pinjaman dengan PTPTN. Setakat yang diketahui, urusan YPJ juga lambat. Wallahua'lam. Saya juga fikir, jika terlalu banyak pihak yang dipinjam, sukar pula untuk berurusan itu dan ini. Pemikiran saya yang cetek dan belum terbuka tentang dunia pinjam-meminjam. 

JPA dan permohonannya. Akibat terkandas di CELPAD (kelas bahasa di UIAM) selama satu semester, permohonan untuk biasiswa JPA banyak kesulitan atau saya sendiri yang tidak melengkapkan keperluan maklumat atau memang hakikatnya bukan rezeki... tapi, saya tak ingat kenapa. Saya selalu berdoa, moga apa yang menjadi rezeki saya, semoga ia dimudahkan walau sesukar macam manapun.

Akhirnya, sejak semester satu hingga tamat semester akhir Jun 2012, saya menggunakan PTPTN.

Tahun kedua di UIAM sudah berkira-kira untuk mencari inisiatif membayar hutang tersebut. Tapi, bagaimana? sejak dari itu saya berdoa dan teruskan berdoa. Memang tak senang juga hidup belajar, tapi meminjam dan memikirkan perlu membayar selepas tamat belajar tanpa ada simpanan khas untuk itu.

Saya hanya insan kerdil, ujian untuk saya lebih banyak belajar tentang doa, dan mungkin ini salah satu doa yang diperkenankan, juga saya pernah meminta emak mendoakan untuk ini...

Jika tak bermasalah saya mahu kongsikan details doa yang saya pohonkan;

(doa kepada Allah perlu details -pesan seorang ustaz . Memang Allah Maha Tahu, tapi, mengakulah ketidak mampuan kita di mana, dan bagaimana yang kita harapkan Allah bantu...)

Sewaktu doa itu dipanjatkan, saya terkesan dengan suasana dalam kalangan penuntut IPT waktu itu (sampai sekarang sebanrnya ) yang seringkali memberontak mempersoalkan "  di manakah kebajikan pelajar di pertahankan? kenapa perlunya ada PTPTN bukan biasiswa? dan macam-macam lagi forum, kuliah, diskusi status PTPTN dll"
 

 Doa seorang hamba Allah :
"Ya Allah,
aku geram dengan sistem PTPTN. Mana yang kata pemerintah bantu rakyat. Mana pemerintah yang menjadi macam Saidina Umar yang menangis tatakala melihat rakyatnya kelaparan...padahal kami orang yang menuntut ilmu, tapi status kami adalah berhutang kepada negara.
Ya Allah,
Banyak urusan yang aku tak faham tentang ujrah , tentang riba' tentang pengurusan yang terlalu mengambil banyak duit perkhidmatan... aku lemah tentang ini. Jika ia berkaitan riba' , padahal aku tahu, orang yang mengambil juga memberikan riba' adalah golongan yang meyuarakan untuk BERPERANG dengan-Mu juga Rasul-Mu. Aku tak mahu menjadi kalangan orang demikian, maka, bantulah aku untuk jauh dari terjebak perkara yang KAU MURKAI . Ya Allah, jika memang PTPTN itu wajib ke atasku untuk membayarnya, maka bantulah aku untuk membayar sekelepuk habis, setakat yang aku faham kalau makin lambat bayar, maka makin bertambah bunganya...lagi lah kaya mereka dengan riba' ya Allah. aku tak faham pasal ni.
Ya Allah, andai PTPTN ni tak perlu bayar, katanya, kalau PR naik maka akan jadi biasiswa, seandainya PR naik dan kami terlepas dari membayarnya, maka permudahkanlah ia buat kami. Jika tidak , maka bantu lah kami membayarnya. Ya Allah, bantulah. Mak abah tak de duit banyak tu, akak abang ada keperluan pada duit mereka, aku sendiri tak de duit untuk tu. Bantulah aku nak bayar sekelepuk, sekurang-kurangnya, aku tak bantu mereka dengan riba' semampu ku. aku masih belajar dan nak faham apa tu riba' , ujrah tawaran mereka kononnya, dan apa lagi yang mereka putar belitkan. Ya Allah tunjukkan aku jalan yang benar. Wahai Allah, perkenankanlah "

Bagi saya yang memang mengaku tak faham lagi sistem PTPTN walaupun baca dan cuba memahami, tapi, jadi tak faham sebab GERAM sangat, lagi-lagi saya hanyalah orang marhaen berbanding mereka yang ada kuasa di dunia. Saya fikir, saya ada Allah untuk Menguasai segala hal dunia dan akhirat saya .

Tamat pengajian dan peperiksaan di UIAM, saya diminta ustazah Aishah untuk membantu sekolah lama SMAKT menjadi warden puteri, saya fikir waktu itu hanyalah mengisi masa kosong saya sementara menantikan jawapan tawaran belajar di Peringkat Sarjana UIAM sebelum September 2012. Mengikut perancangan asal, saya ingin belajar secara full time, tamatkan dalam tempoh 2 tahun barulah berkerjaya. Tapi, takdir Allah menentukan segalanya.

Sebenarnya memohon juga untuk menjadi guru ganti kerana terdengar ada kekosongan Julai-September Guru yang Bersalin. Jadi tempoh berada di sana menjadikan saya ada dua pekerjaan. Bagi fresh graduate yang langsung tiada duit mungkin nampak ia suatu rahmat yang besar. Saya juga belajar menjadi hamba yang bersyukur. Kerana, tinggal di asrama menjadikan saya jimat gunakan wang dari segi tambang ke rumah tiada, makanan tiap hari makan di kantin asrama, bil elektrik dan air ditanggung sekolah. Apa lagi nikmat yang saya tak nampak????

Setelah beberapa bulan di sana, ada pula tawaran menjadi guru di SMAKT sebelum penyertaan Sekolah Menengah Agama (SMA) di negeri Johor ke SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerjaaan). Sewaktu itu ada empat kekosongan. Saya juga pernah tawarkan kepada rakan-rakan lain. Nampaknya hambar dan mereka tak berminat. Tetapi, setelah kekosongan diisi, ramai pula yang bertanya.

Dalam tempoh saya masuk ke alam kerjaya, ramai yang mengatakan kami guru baru beruntung kerana kelak sekolah tergolong dalam sekolah SABK. Saya memegang prinsip : selagi tiada hitam putih, tak jelas sesuatu perkara, saya sekadar boleh dengar dan ....entah. Saya hanya menyerahkan diri kepada Allah . Yang sering mereka sebutkan adalah berkaitan gaji. Saya tak faham. "Ya Allah, memang tak faham maksud mereka walaupun cuba difahamkan". Maaf lah, mungkin saya "lambat" untuk hal-hal ini.

Sehingga masuk ke pengalaman bekerja  bulan kedua belas, hampir setahun, maka , dapat lah pulangan duit permulaan bermula RM1,500. Saya menerimanya dan terfikir mungkin ada orang tersalah masukkan duit. ada ura-ura tentangnya, tapi saya juga menjadi 'tak faham' tentang itu. Bulan seterusnya perlu menandatangani banyak memorandum dan memberikan salinan kesihatan , sijil yang pelbagai....beberapa kali untuk itu....akhirnya semua guru yang terlibat perjanjian dengan KPM menerima duit gaji tunggakan beberapa jumlah... di antara RM 10,000 hingga RM25,000. Saya berada di tengah-tengah.

Niat saya sebelum memegang duit tersebut adalah :

a) Jika PR naik tak perlu bayar PTPTN, jadi masukkan terus untuk persediaan haji dan umrah. Selebihnya untuk keluarga

b) Jika tiada rezeki PR, saya perlu langsaikan hutang PTPTN walaupun waktu itu saya tak tahu berapa banyak hutang yang ditangguhkan.

Saya terus memindahkan wang tersebut ke akaun Tabung Haji (kerana agak sukar sedikit untuk pengeluaran di mana-mana ATM). Saya juga memohon kepada Allah agar saya tak tergunakan wang tersebut ke tempat lain, sekiranya memang takdir Allah memang saya perlu langsaikan hutang ini.

Beberapa bulan selepas itu , baru saya menerima surat drp PTPTN kenyataan jumlah hutang saya, walapun sebenarnya pengesahan yang saya minta adalah sejak Januari lagi untuk maklumat tersebut. Boleh la, daripada tak dapat maklumat langsung. Tapi, boleh kata, SANGAT LEWAT pengurusannya.
Saya juga memberitahu kepada Emak tentang ke mana hala tuju duit tersebut. Saya ceritakan, ada kalangan rakan guru yang memberikan duit tersebut kepada keluarga , beli kereta baru, belanja kahwin, beli rumah, investment lain, dan ada yang guna untuk perkara lain... Langkah yang saya ambil ini diberitahu kepada Emak bahawa, nama Mak sahaja sekarang sebagai Pewaris PTPTN. Abah adalah penjamin pertama dan telah meninggal dunia. Saya mengatakan kepada Emak, jika saya meninggal dunia (kerana kita tak tahu, bila Allah tarik nyawa kita), nanti Mak yang terpaksa langsaikan hutang ni. Padahal, kalau sekarang saya mampu bayar, kenapa saya tak selesaikan...? Emak mendengar dan menyetujui tindakan saya. Saya tak mahu mak berkecil hati untuk hal ini. Kalau diikutkan, Mak harapkan saya membeli kereta dahulu. Tapi, setelah mendapat maklumat bayaran, saya jadi tak keruan. Jadi, saya mengatakan, in sha Allah, jika ada rezeki, bila-bila sahaj Allah boleh beri kereta atau apa yang Allah nak bagi. Jadi, mak ok, saya pun jalan...

Alhamdulillah, duit tersebut telah digunakan untuk membayar hutang PTPTN.
Selepas ini, duit saya mungkin akan dipotong untuk membayar hutang yang tak melibatkan bunga, iaitu hutang kepada Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) dan juga insurans serta simpanan haji saya. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah. Saya masih belajar menguruskan kehidupan ini.

Saya mengajar subjek Perdagangan, Tajuk terakhir Tingkatan Empat berkaitan Pelaburan sangat memberikan kesan kepada saya. Sebagai seorang muslim, kita sepatutnya menjadi kaya bukan sekadar untuk diri sendiri malah ada matlamat nak bantu muslim dan manusia yang lain.

" Bagaimana kita ingin membantu jika kita tiada apa-apa???"

-------------


__________________________


Bayaran pelajaran asal adalah RM22,000. Bayaran perkhidmatan adalah bertambah RM4,000. Bayangkan!

Semua setelah potongan daripada diskaun 20% daripada RM26,000 (menolak RM5,200) bayaran asal.
RM20,800 saya pulangkan kepada PTPTN, Caj kepada deraf bank Bank Islam (BIMB) sebanyak RM2.15 .

Sentap!!!

Ya, pengalaman saya lalui ini mungkin sedikit berbeza daripada sahabat yang lain. Walau apa pun, saya yakin, jika punya niat untuk melangsaikan hutang, in Sha Allah, Allah akan temukan kita dengan jalan yang betul .

Mohon maaf, jika teknik saya jauh benar dan dianggap salah langkah bagi yang hebat dalam dunia pengurusan kewangan.
Saya cuma fikir, jika saya mati dan saya menjadi orang yang meninggal dunia dalam keadaan tak selesai hutang. Lagi-lagi ilmu yang saya pelajari adalah ilmu-Nya -entah , kita dikira berhutang atau tidak kepada negara, duhai penuntut ilmu ?

Alhamdulillah, segala duit pengajian di peringkat Sarjana kini sepenuhnya menggunakan duit gaji bulanan sejak September 2012 di samping dapat membeli aset impian sama ada untuk belajar atau untuk mengajar. Semuanya saya minta kepada Allah. Saya juga meminta kepada Emak, guru-guru juga orang terdekat mendoakan impian saya. Saya yakin kuasa doa . Saya minta menjauhkan daripada sesuatu jika ia lebih banyak mudharat kepada diri dan masyarakat.

2012 impian memiliki Samsung Galaxy Tab 7.0= Allah berikan Samsung Galaxy Tab 2 10.1. Alhamdulillah. Kak JIe Nadzirah yang temankan pilih Tab kat Low Yat sana..

2013 impian nak mudahkan PDP dengan guna projektor sendiri = Allah berikan Projektor Acer mini (boleh juga untuk versi 3D) terima kasih kepada abang ipar, Fuad, yang membantu mencarikan untuk ini.

Alhamdulillah, pelajar juga lebih memahami.
In sha Allah, untuk impian seterusnya, semoga segala yang memudahkan urusan ke jalan Allah, saya mendapatkannya , memanfaatkannya, juga korbankan segalanya demi Allah, Cinta Utama. Allah bantu hamba-Mu.

Ustaz-Ustazah pesan: setiap material yang ada pada kita, infakkan ke jalan Allah. Setiap barang ada ajalnya. Gunakan semaksimum mungkin untuk kebajikan, Islam dan kepada Allah.
Pasti Berbaloi!!!


Moga bermanfaat buat semua.


Tips lain :

* Gunakan kewangan di bawah kemampuan
* fokus pada barang impian yang menjadi keperluan
* elakkan penukaran telefon bimbit pintar/bijak/ apa yang dilihat tak perlu
* sedaya upaya sediakan duit yang ada untuk infak
* pastikan duit sengkek macam mana pun ada nafkah untuk ibu bapa
* yakin rezeki daripada Allah
* penuntut ilmu, pasti sahaja ada rezekinya jika niat benar menuntut ilmu kerana-Nya

Allah, bersihkan dan kembalikan pada niat sebenar kami menjadi hamba di muka bumi-Mu ini.

----> Semoga Semua Yang Membaca mendapat manfaat walau sekelumit.
Semoga Semua yang Berhutang dapat melangsaikan hutang
Semoga Semua yang Berusaha ke arah hidup lebih berjaya akan mencapai impian tersebut.


Semoga kita ditempatkan di sisi ALLAH yang Dipandang Allah dengan pandangan istimewa. Amin.

Segala yang baik daripada ALLAh. dan saya memohon keampunan kepada ALLAH atas segala kekurangan yang ada dan lahir dari diri saya sendiri .

Wassalam.

Baca laman web ini juga dapat membantu:

http://www.akpk.org.my/my/
http://www.mohdzulkifli.com/

tamat menulis 5.18pm di Mahallah Asma' UIAM
esok pagi kelas Manahij al-Muhaddithin


Ubahsuai , 5.33pm, on the highway, Kl-Kota Tinggi. 22 Sept 2013.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...