AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Wednesday, June 30, 2010

PENA 9: Halaqah sentuhan qalbu


Ustaz Badlishah: penolong pengarah bahagian dakwah JAIP
Tajuk: Ikon

Pengenalan
  • ‘aku mnyimpan doaku buat ummatku’kata nabi. Nabi tak pernah doakan keburukan untuk ummatnya.
‘mana ummat saya wahai jibril?’
Kasihnya nabi,
'siapa yang namanya sama nama dgn aku, dia lebih cepat keluar bersamaku’
Kalau ibu anda mencintai anda, kalau ayah anda mencintai anda, kalau keluarga anda mencintai anda…

ingatlah!....Nabi lebih mencintai kita berbanding seluruh makhluk di dunia ini

Rasulullah
  • Kuat pengaruhnya hingga detik ini. Banyak kisahnya yang kita sudah dengari dan sebagai manusia tentu kita menjadikan seseorang sebagai ‘ikon’, ‘idola’ dan ‘contoh'. Siapa yang seharusnya dijadikan ‘ikon’ dalam hidup kita?
  • Baginda bertanya kepada Umar, Ali, Abu Bakr radiyallahuanhum.. "siapakah yang mulia di sisi Allah?’"–ada yg menjawab: ‘para malaikat, ya Rasulallah’..ya, mereka mulia kerna ketaatannya..’
- ' ya rasulallah, tentulah para nabi ' nabi tersenyum: ‘ya , para nabi itu mulia. Tapi ada lagi lainnya’
  • Para sahabat tertanya, siapa lagi mulia?
‘apakah sahabatmu ni, apakah kami ini ya rasulallah?'…baginda tersenyum melihat sahabat. -Ya, kalian paling dekat denganku, tapi ada yang lain lagi mulia. Mereka (para sahabat tak mampu berkata apa.)
  • Tiba2 nabi menundukkan wajahnya....bayangkanlah, nabi tiba2 menangis di hadapan sahabat2nya.. "mengapa, kau menangis ya Rasulallah….?"
-* wahai sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu?
Mereka adalah manusia2 yang lahir: yang jauh setelah wafatku nanti...tahukah kalian…mereka tak pernah melihatku, tak dekat dgnku…tetapi mereka merinduiku…tahulah kalian…aku juga rindu akan mereka….merekalah’UMMATKU’….

SUDAHKAH KAU MENCINTAI NABI MUHMAMAD ITU?’
MEREKA BANGGA DENGAN IKON2 BOLA SEPAK MEREKA? BAGAIMANA IKON ANAK2 KALIAN? TANYALAH DIRI KALIAN..SUDAHKAH ADA AIR MATA KALIAN YANG BERLINANGAN KERNA MERINDUKAN NABI SAW…? MARILAH, KITA HADIRKAN RASA CINTA INI…MOGA DI MAHSYAR NANTI IA KAN MENJADI SAKSI…

Hayatilah:

Alangkah indahnya hidup andai dpt kutatap wajahmu…
Alangkah indahnya hidup ini

andai dapat....

Kukucup tgnmu..
moga mngalir keberkatan dlm diriku utk mgikut jejak langkahmu…
Kanpasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganya..

andai dapat....
Kudakap dirimu
tiada kata yg dapat kuucapkan

cintamu kpd ummat…
Ummmati ummati ummati
Kutahu bimbangya kau tentang kami
Tak pernah kutatap wajahmu
KAMI RINDU PADAMU


Wallahua’alam… ramai ummat nabi…tapi, berapa ramai yang menyayanginya?
Kisah Ukasyah sahabat nabi yang menuntut untuk membalas pukulan terhadap Rasulullah…
Kalau kita ni rasa kita buat jahat...ingatlah, orang baik pun tak pernah tak buat salah. Pegang baik2, tanam dalam hati.
tetapi, betapa jauhnya pemikiran seorang sahabat...dan betapa mulianya...
dia menggunakan cara 'utk bls pukulan' demi tujuan ingin memeluk tubuh Rasulullah s.a.w... Allahuakbar!

‘tak pernah Allah lokek untuk kita perbaiki diri. Selagi ada ruang yang diberikan , gunakanlah sebaiknya…sbelum anda tidur….mimpikan Rasulullah…’

p/s*ajarilah anak2mu mencintai rasulullah…
-Pak firdaus,ESQ-
Nilai hidup: betapa besarnya pengorbanan Rasulullah…setelah kita meneliti perjuangan baginda, Rasulullah lah yang sepatutnya yang menjadi IKON kita.





Thursday, June 24, 2010

PENA 7: Penyakit Gusi Menular Ke Jantung

8.57pm 23 jun 2010


Sedari lama , tetapi tidak berkesempatan bertanya, lupa atau sengaja buat-buat lupa untuk bertanya. Entah?! Bertanyakan satu soalan kepada bakal seorang doktor gigi, sahabat penulis sendiri.. tentang penjagaan serta penyakit atau lebih mudah kata, sympthoms pada gusi dan gigi.

Doktor gigi UIA ketawa je bila aku cerita..aku tanya benda ni kat kawan aku. 'kawan  awak tu dah abis belajar ke?'
-belum.
'em, nanti lain kali tanya kat doktor atau orang yang dah pakar tau.
-baiklah. huhu


Persoalan1: adakah gusi seseorang boleh terpisah daripada gigi? Jika ada, apakah puncanya?
Persoalan 2: ada atau tidak di kalangan orang dewasa yang tidak mengalami gigi bongsu yang tumbuh di saat 18-20 tahun ke atas? Normalkah?


Sebenarnya persoalan ini ditanya di dalam Facebook. Kenapa? Sebab, penulis berniat bukan sahaja selepas ini penulis sahaja yang tahu tentang penjagaan gigi dan gusi, tetapi rakan-rakan yang mengunjugi wall facebook sahabat penulis sendiri secara langsung atau tidak. Itu sahaja.

Jawapan daripada laman web:-

Penyakit Gusi Menular Ke Jantung

Gusi merah, bengkak dan lembut. Keluar nanah di antara gigi dan gusi apabila gusi ditekan
Gigi kekal menjadi longgar (bergoyang) dan jarang-jarang. Gigi kelihatan lebih panjang. Kedudukan gigi berubah dan menjadi tidak serasi apabila menggigit. Gusi sensitif dan sakit ketika mengunyah. Nafas berbau busuk yang tidak hilang-hilang atau rasa kurang enak di dalam mulut.

Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda di atas, anda mungkin menghidap penyakit gusi (periodontal) yang menjadi penyebab utama kehilangan gigi di kalangan orang dewasa.
Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr. Shubon Sinha Roy berkata, penyakit gusi terutamanya berlaku disebabkan oleh pengumpulan plak bakteria.
Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Plak yang tidak dibuang akan mengeras selepas beberapa hari. Plak yang keras ini dipanggil karang gigi atau tartar.
“Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Keadaan ini dikenali sebagai gingivitis
“Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang daripada gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi,” katanya.
Menurutnya, jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dipanggil periodontitis.
“Gusi berdarah bukanlah sesuatu yang normal seperti tanggapan sesetengah orang yang mengambil mudah mengenainya.
“Bayangkan tisu gusi sebagai kulit muka anda yang dibersihkan setiap hari. Jika ia berdarah semasa dicuci, adakah ia normal?” jelas Dr. Shubon.
Terdapat banyak bentuk serta peringkat penyakit periodontal. Yang paling biasa adalah seperti berikut:
Gingivitis: Peringkat awal penyakit ini bermula dengan keradangan (pendarahan, kemerahan, bengkak dan pedih pada gusi) disebabkan oleh pembentukan plak.
Ubat gigi atau air kumuran mulut mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan pendarahan dan bengkak bagi gingivitis yang tidak teruk
Periodontitis: Ia adalah peringkat penyakit gusi yang lebih mendalam melibatkan tulang dan ligamen yang mengelilingi gigi.
Jikalau tidak dirawat, ia akan merosakkan tulang dan tisu-tisu yang menyangga gigi. Gusi bercerai daripada gigi dan paras tulang akan merosot.
Periodontitis yang sudah teruk: Lebih banyak kehilangan tulang penyangga berlaku. Gusi menyusut lebih jauh dan terpisah daripada gigi.
Nanah akan terbentuk, kehilangan tulang terus terjadi dan gigi menjadi longgar dan boleh tertanggal.
Kaitannya dengan penyakit-penyakit lain
* Diabetes
Walaupun lebih banyak kajian diperlukan, apa yang kita tahu adalah penyakit gusi meningkatkan gula dalam darah pesakit diabetes menyebabkan mereka berisiko tinggi berdepan komplikasi.
Jika anda merupakan pesakit diabetes atau mempunyai risiko menghidap penyakit diabetes mahupun periodontal, berjumpalah dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan.
* Penyakit pernafasan
Jangkitan mulut seperti penyakit gusi ada kaitannya dengan risiko jangkitan pernafasan yang meningkat.
Hasil analisis penyelidikan mendedahkan penyakit periodontal mungkin memberikan ancaman yang jauh lebih serius terhadap kesihatan seseorang berbanding yang kita sedari sebelum ini.
* Penyakit jantung
Terdapat beberapa teori yang mengaitkan penyakit gusi dengan masalah jantung.
Salah satunya mengatakan bahawa bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila ia memasuki saluran darah, melekat pada plak berlemak di dalam pembuluh darah jantung lalu mengakibatkan pembentukan darah beku.
Individu yang mengalami penyakit periodontal adalah dua kali lebih cenderung menderita penyakit arteri koronari yang boleh menyebabkan serangan jantung.
* Kelahiran bayi pramatang
Wanita hamil dengan masalah periodontal adalah tujuh kali lebih berkemungkinan melahirkan bayi sebelum tiba masanya. Bayi juga adalah terlalu kecil.
Penyakit periodontal adalah sejenis jangkitan dan semua jangkitan semasa mengandung perlu diwaspadai kerana ia boleh merisikokan kesihatan bayi.
Pilihan rawatan termasuk
* Mencuci gigi: Gigi dibersihkan untuk menanggalkan lapisan di atas dan di bawah garis gusi.
* Mengetam akar gigi: melicinkan permukaan kasar akar gigi supaya gigi boleh sembuh.
* Mengairi gigi: Cecair dihalakan di bawah garis gusi untuk memaksa keluar serta membunuh kuman, membolehkan pertumbuhan semula tisu sihat.
* Sekiranya terdapat poket yang dalam dan tulang telah musnah, doktor pergigian anda mungkin mengesyorkan pembedahan gusi.
Langkah-langkah pencegahan
Apabila Dr. Shubon memberitahu, tidak perlu memberus gigi sebelum bersarapan (cukup sekadar berkumur), ia kedengaran agak janggal.

“Sebetulnya, kita disarankan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas bersarapan dan sebelum tidur.

“Bayangkan jika kita menggosok gigi sebaik bangun tidur dan sebelum makan pagi, mulut akan berada dalam keadaan tidak bersih untuk jangka masa yang panjang selepas bersarapan,” katanya.
Amalkan berkumur selepas makan dan tukar berus gigi dalam tempoh tiga bulan ataupun selepas mendapatkan rawatan penyakit gusi.
Dr. Shubon turut menyarankan agar gigi digosok sekurang-kurangnya dua hingga tiga minit setiap kali walaupun ia mungkin dianggap lama oleh sesetengah orang.
“Saya sendiri menggosok gigi selama lima minit. Saya rasa sekejap sahaja kerana sudah biasa,” katanya.



Menurut Dr. Shubon, selain plak bakteria yang menjadi faktor utama, penyakit gusi juga boleh disumbangkan oleh risiko-risiko seperti:
* Merokok: Anda memerlukan lebih alasan untuk berhenti merokok? tabiat buruk ini merupakan faktor risiko paling utama yang dikaitkan dengan pembentukan periodontitis. Tambahan pula, ia menipiskan peluang anda untuk rawatan yang berkesan.
* Perubahan hormon wanita: Akil baligh, kehamilan dan menopaus menyebabkan gusi menjadi lebih sensitif sekali gus memudahkan pembentukan gingivitis.
* Diabetes: Pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan, termasuklah penyakit periodontal.
Jangkitan ini akan menjejaskan keupayaan untuk memproses dan/atau menggunakan insulin, menyukarkan pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah.
* Tekanan: Kajian mendapati, tekanan menjadikan tubuh badan lebih sukar melawan jangkitan.
* Ubat-ubatan: Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat perancang, antidepresan dan ubat-ubatan jantung boleh memberikan kesan terhadap kesihatan oral (mulut) disebabkan oleh kesan sampingan kekurangan aliran air liur. (Air liur memberikan perlindungan terhadap gigi dan gusi).
* Penyakit: Penyakit seperti kanser dan AIDS serta rejim rawatannya juga boleh menjejaskan kesihatan gusi.
* Genetik: Penyelidikan telah membuktikan sesetengah orang (sehingga 30 peratus) mewarisi penyakit gusi daripada ahli keluarga mereka.
Sekalipun mempunyai tabiat penjagaan yang agresif, mereka adalah enam kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit periodontal berbanding orang lain.
Ditanya sama ada penyakit periodontal boleh dipindahkan daripada seseorang kepada yang lain, Dr. Shubon berkata, ia mungkin boleh terjadi di kalangan ibu bapa dan anak-anak serta sesama pasangan suami isteri.
“Bakteria penyebab penyakit periodontal dipindahkan menerusi air liur,” katanya.
Mengenai faktor usia pula, lazimnya seseorang itu tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit gusi sehinggalah mereka berumur 30 atau 40 tahun.
“Peluang mendapat penyakit periodontal meningkat bersama peningkatan usia. Lebih daripada separuh warga tua berumur 55 tahun ke atas mengalami masalah gusi.
“Bagaimanapun, kadar yang tinggi ini juga mungkin turut disumbangkan oleh faktor-faktor penuaan lain,” katanya.
Antaranya seperti status kesihatan keseluruhan, kemurungan, kurang daya ingatan (lupa menggosok gigi), aliran air liur merosot, ubat-ubatan, kurang daya tahan badan, faktor ekonomi dan lain-lain.
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN


Hujansakinah kata: Gosoklah gigimu paling kurang dua kali sehari, agar kesihatanmu terpelihara. Rasulullah S.A.W. biasa bersiwak setiap sebelum solat.

Friday, June 11, 2010

PENA 6: " I LoVe ExaM"

Salam. sudah lama penulis tak menulis di blog ini. Atas kesibukan di akhir-akhir sem pendek di taman ilmu dan budi ini, di samping baru-baru ini pulang ke teratak 353 untuk menghantar emak penulis sebelum berangkat ke tanah suci.

Ramai yang menunaikan umrah di musim cuti sekolah ini, ada yang kata seolah-olah dah macam haji ramainya. Apa pun, penulis mendoakan agar segala urusan dan ibadah di sana dimudahkan dan diterima.

  • Pandangan anda terhadap diri anda adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri anda 
 
 
    • inilah yang penulis dengar daripada corong radio Ikim.fm baru-baru ini. Ia turut menyedar serta mengingatkan kembali diri ini. orang yang berfikiran positif akan membisikkan 90% kata-kata positif ke dalam dirinya.
    Jadi, ucaplah kata-kata positif buat diri anda agar tindakan anda akan menyusuri jalan-jalan positif. Be a Positive n beleive that :

    "NOTHING GREAT IS NEVER ACHIEVE WITHOUT MUCH ETHUSIASM"

    JaDuaL uJiaN BeLajar:)-

    1) LM2021 BAHASA MELAYU UNTUK KERJAYA TUE,JUN 15 2010,9.00AM MAIN HALL(CAC) 8
    2) ARAB3325 QURA'NIC & PROPHETIC TEXTS WED,JUN 16 2010,9.00AM FOYER 3(CAC) 18
    3) PSCI1010 INTRODUCTION TO POLITICAL SCIENCE FRI,JUN 18 2010, 9.00AM, FOYER 1 (CAC) 86

    • EXAM kali ini semuanya pagi. baguslah, berpagi-pagian...
    أصبحنا وأصبح الملك لله والحمدلله لا شريك له لا إله إلا هو وإليه النشور

    اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين والممتازين في الإمتحان في الدين والدنيا والآخرة
    اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين والممتازين في الإمتحان في الدين والدنيا والآخرة
    اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين والممتازين في الإمتحان في الدين والدنيا والآخرة

    بالتوفيق والنجاح
    *p/s:mohon maaf andai penulis ada khilaf..mohon doa kalian mengiringi perjalanan ini.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...