AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Thursday, June 24, 2010

PENA 7: Penyakit Gusi Menular Ke Jantung

8.57pm 23 jun 2010


Sedari lama , tetapi tidak berkesempatan bertanya, lupa atau sengaja buat-buat lupa untuk bertanya. Entah?! Bertanyakan satu soalan kepada bakal seorang doktor gigi, sahabat penulis sendiri.. tentang penjagaan serta penyakit atau lebih mudah kata, sympthoms pada gusi dan gigi.

Doktor gigi UIA ketawa je bila aku cerita..aku tanya benda ni kat kawan aku. 'kawan  awak tu dah abis belajar ke?'
-belum.
'em, nanti lain kali tanya kat doktor atau orang yang dah pakar tau.
-baiklah. huhu


Persoalan1: adakah gusi seseorang boleh terpisah daripada gigi? Jika ada, apakah puncanya?
Persoalan 2: ada atau tidak di kalangan orang dewasa yang tidak mengalami gigi bongsu yang tumbuh di saat 18-20 tahun ke atas? Normalkah?


Sebenarnya persoalan ini ditanya di dalam Facebook. Kenapa? Sebab, penulis berniat bukan sahaja selepas ini penulis sahaja yang tahu tentang penjagaan gigi dan gusi, tetapi rakan-rakan yang mengunjugi wall facebook sahabat penulis sendiri secara langsung atau tidak. Itu sahaja.

Jawapan daripada laman web:-

Penyakit Gusi Menular Ke Jantung

Gusi merah, bengkak dan lembut. Keluar nanah di antara gigi dan gusi apabila gusi ditekan
Gigi kekal menjadi longgar (bergoyang) dan jarang-jarang. Gigi kelihatan lebih panjang. Kedudukan gigi berubah dan menjadi tidak serasi apabila menggigit. Gusi sensitif dan sakit ketika mengunyah. Nafas berbau busuk yang tidak hilang-hilang atau rasa kurang enak di dalam mulut.

Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda di atas, anda mungkin menghidap penyakit gusi (periodontal) yang menjadi penyebab utama kehilangan gigi di kalangan orang dewasa.
Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr. Shubon Sinha Roy berkata, penyakit gusi terutamanya berlaku disebabkan oleh pengumpulan plak bakteria.
Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Plak yang tidak dibuang akan mengeras selepas beberapa hari. Plak yang keras ini dipanggil karang gigi atau tartar.
“Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Keadaan ini dikenali sebagai gingivitis
“Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang daripada gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi,” katanya.
Menurutnya, jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dipanggil periodontitis.
“Gusi berdarah bukanlah sesuatu yang normal seperti tanggapan sesetengah orang yang mengambil mudah mengenainya.
“Bayangkan tisu gusi sebagai kulit muka anda yang dibersihkan setiap hari. Jika ia berdarah semasa dicuci, adakah ia normal?” jelas Dr. Shubon.
Terdapat banyak bentuk serta peringkat penyakit periodontal. Yang paling biasa adalah seperti berikut:
Gingivitis: Peringkat awal penyakit ini bermula dengan keradangan (pendarahan, kemerahan, bengkak dan pedih pada gusi) disebabkan oleh pembentukan plak.
Ubat gigi atau air kumuran mulut mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan pendarahan dan bengkak bagi gingivitis yang tidak teruk
Periodontitis: Ia adalah peringkat penyakit gusi yang lebih mendalam melibatkan tulang dan ligamen yang mengelilingi gigi.
Jikalau tidak dirawat, ia akan merosakkan tulang dan tisu-tisu yang menyangga gigi. Gusi bercerai daripada gigi dan paras tulang akan merosot.
Periodontitis yang sudah teruk: Lebih banyak kehilangan tulang penyangga berlaku. Gusi menyusut lebih jauh dan terpisah daripada gigi.
Nanah akan terbentuk, kehilangan tulang terus terjadi dan gigi menjadi longgar dan boleh tertanggal.
Kaitannya dengan penyakit-penyakit lain
* Diabetes
Walaupun lebih banyak kajian diperlukan, apa yang kita tahu adalah penyakit gusi meningkatkan gula dalam darah pesakit diabetes menyebabkan mereka berisiko tinggi berdepan komplikasi.
Jika anda merupakan pesakit diabetes atau mempunyai risiko menghidap penyakit diabetes mahupun periodontal, berjumpalah dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan.
* Penyakit pernafasan
Jangkitan mulut seperti penyakit gusi ada kaitannya dengan risiko jangkitan pernafasan yang meningkat.
Hasil analisis penyelidikan mendedahkan penyakit periodontal mungkin memberikan ancaman yang jauh lebih serius terhadap kesihatan seseorang berbanding yang kita sedari sebelum ini.
* Penyakit jantung
Terdapat beberapa teori yang mengaitkan penyakit gusi dengan masalah jantung.
Salah satunya mengatakan bahawa bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila ia memasuki saluran darah, melekat pada plak berlemak di dalam pembuluh darah jantung lalu mengakibatkan pembentukan darah beku.
Individu yang mengalami penyakit periodontal adalah dua kali lebih cenderung menderita penyakit arteri koronari yang boleh menyebabkan serangan jantung.
* Kelahiran bayi pramatang
Wanita hamil dengan masalah periodontal adalah tujuh kali lebih berkemungkinan melahirkan bayi sebelum tiba masanya. Bayi juga adalah terlalu kecil.
Penyakit periodontal adalah sejenis jangkitan dan semua jangkitan semasa mengandung perlu diwaspadai kerana ia boleh merisikokan kesihatan bayi.
Pilihan rawatan termasuk
* Mencuci gigi: Gigi dibersihkan untuk menanggalkan lapisan di atas dan di bawah garis gusi.
* Mengetam akar gigi: melicinkan permukaan kasar akar gigi supaya gigi boleh sembuh.
* Mengairi gigi: Cecair dihalakan di bawah garis gusi untuk memaksa keluar serta membunuh kuman, membolehkan pertumbuhan semula tisu sihat.
* Sekiranya terdapat poket yang dalam dan tulang telah musnah, doktor pergigian anda mungkin mengesyorkan pembedahan gusi.
Langkah-langkah pencegahan
Apabila Dr. Shubon memberitahu, tidak perlu memberus gigi sebelum bersarapan (cukup sekadar berkumur), ia kedengaran agak janggal.

“Sebetulnya, kita disarankan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas bersarapan dan sebelum tidur.

“Bayangkan jika kita menggosok gigi sebaik bangun tidur dan sebelum makan pagi, mulut akan berada dalam keadaan tidak bersih untuk jangka masa yang panjang selepas bersarapan,” katanya.
Amalkan berkumur selepas makan dan tukar berus gigi dalam tempoh tiga bulan ataupun selepas mendapatkan rawatan penyakit gusi.
Dr. Shubon turut menyarankan agar gigi digosok sekurang-kurangnya dua hingga tiga minit setiap kali walaupun ia mungkin dianggap lama oleh sesetengah orang.
“Saya sendiri menggosok gigi selama lima minit. Saya rasa sekejap sahaja kerana sudah biasa,” katanya.



Menurut Dr. Shubon, selain plak bakteria yang menjadi faktor utama, penyakit gusi juga boleh disumbangkan oleh risiko-risiko seperti:
* Merokok: Anda memerlukan lebih alasan untuk berhenti merokok? tabiat buruk ini merupakan faktor risiko paling utama yang dikaitkan dengan pembentukan periodontitis. Tambahan pula, ia menipiskan peluang anda untuk rawatan yang berkesan.
* Perubahan hormon wanita: Akil baligh, kehamilan dan menopaus menyebabkan gusi menjadi lebih sensitif sekali gus memudahkan pembentukan gingivitis.
* Diabetes: Pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan, termasuklah penyakit periodontal.
Jangkitan ini akan menjejaskan keupayaan untuk memproses dan/atau menggunakan insulin, menyukarkan pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah.
* Tekanan: Kajian mendapati, tekanan menjadikan tubuh badan lebih sukar melawan jangkitan.
* Ubat-ubatan: Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat perancang, antidepresan dan ubat-ubatan jantung boleh memberikan kesan terhadap kesihatan oral (mulut) disebabkan oleh kesan sampingan kekurangan aliran air liur. (Air liur memberikan perlindungan terhadap gigi dan gusi).
* Penyakit: Penyakit seperti kanser dan AIDS serta rejim rawatannya juga boleh menjejaskan kesihatan gusi.
* Genetik: Penyelidikan telah membuktikan sesetengah orang (sehingga 30 peratus) mewarisi penyakit gusi daripada ahli keluarga mereka.
Sekalipun mempunyai tabiat penjagaan yang agresif, mereka adalah enam kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit periodontal berbanding orang lain.
Ditanya sama ada penyakit periodontal boleh dipindahkan daripada seseorang kepada yang lain, Dr. Shubon berkata, ia mungkin boleh terjadi di kalangan ibu bapa dan anak-anak serta sesama pasangan suami isteri.
“Bakteria penyebab penyakit periodontal dipindahkan menerusi air liur,” katanya.
Mengenai faktor usia pula, lazimnya seseorang itu tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit gusi sehinggalah mereka berumur 30 atau 40 tahun.
“Peluang mendapat penyakit periodontal meningkat bersama peningkatan usia. Lebih daripada separuh warga tua berumur 55 tahun ke atas mengalami masalah gusi.
“Bagaimanapun, kadar yang tinggi ini juga mungkin turut disumbangkan oleh faktor-faktor penuaan lain,” katanya.
Antaranya seperti status kesihatan keseluruhan, kemurungan, kurang daya ingatan (lupa menggosok gigi), aliran air liur merosot, ubat-ubatan, kurang daya tahan badan, faktor ekonomi dan lain-lain.
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN


Hujansakinah kata: Gosoklah gigimu paling kurang dua kali sehari, agar kesihatanmu terpelihara. Rasulullah S.A.W. biasa bersiwak setiap sebelum solat.

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...