AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Sunday, September 25, 2011

PENA 77 : Catatan yang Panjang

 Salam. Coretan panjang kali ini mengisahkan perjalanan sepanjang cuti semester. yang elok dicontohi, yang buruk diteguri dan dijauhi.


Cuti seminggu bersama sahabat

Tamat sahaja menjawab kertas peperiksaan Intro to History& Civilization, kaki melangkah laju ke centre UIA. Cuba untuk lunaskan appointment. Call ustaz, tak berjawab. Ke mana agaknya. Reminder di telefon menggegarkan telapak tangan. “ Ha, aiskrim! Mana Faris ni.” Nak eskim Tropicana. Saje nak makan2 sebelum tamat sem 3 ni. Berjalan ke kedai biasa (kedai dekat dgn kafe HS), tutup plak. Nampak Faris menunggang motornya. Pergi menuju ke kedai pemilik seorang arab. Yang tinggal, aiskrim yang mahal-mahal, macam magnum, cornetto dll. Oleh sebab si pembelanja suh pilih mana2, amik la perasa vanilla. Thanks to faris. Sebenarnya, gurau je ari tu mintak eskim. Baik betul, adik kak Syifa’ ni.
Sementara menunggu kak Syifa’ dan kak Yan sampai , saya dan Saidah menghabiskan eskim di perkarangan masjid. Saya sorang je exam ari ni, kawan2 yang lain menanti saya habiskan exam dan kami nak bertemu ustaz. Naik ke level 4 bilik lecturer IRK , bilik berkunci. Telefon berulang kali, nampaknya, ustaz mungkin sibuk dan ada di luar kawasan. Jadi, kami merancang untuk keluar makan bersama-sama untuk terakhir kalinya pada semester 3.

Dalam kesibukan menghantar alatan tulis dan bersiap-siap keluar, Ustaz beritahu keberadaannya. Lalu, kami terus ke tempat kejadian, untuk bertemu dan mendengar sepatah dua kata nasihat daripadanya. Ong Tai Kim, Kedai Bunga dan tangga di atasnya. Alhamdulillah, pertemuan walau sebentar, amat bermakna. Jam 1, saya harus bersegera untuk bergerak ke tempat program. Ustaz nasihatkan agar kami menjaga keselamatan dan memanfaatkan cuti.

Perut semakin menjerit meminta diisi. Kami yang tadinya sibuk berbual, terus meluru ke KFC kerana kedai mamak yang tadinya kami singgah, tiba-tiba rasa ragu-ragu pula untuk menyinggah dan membeli di situ. Sebungkus nasi ayam dipesan untuk setiap seorang. Kereta Viva putih baru milik kak Yan meluncur laju di atas jalanraya dengan penuh hemat dibawa oleh si pemandu. Alhamdulillah, tingkat 1 masjid menjadi singgahan kami.
Berpisah setelah menunaikan solat zuhur dan berdoa moga ketemu di semester akan datang. Pesanan demi pesanan saling dititipkan dan perancangan untuk ziarah raya setelah naik sem baru.

Seminggu berprogram bersama sahabat amat bermakna untuk membina sahsiah  diri dan peranan seorang pemuda. Pertolongan Allah yang diharap dalam setiap tindak-tanduk.

Bersih! Saya masih di UIA

Pelbagai pengumuman dan ‘seruan kerajaan’ agar tidak menyertai BERSIH 2.0 di sepanjang papan kenyataan elektronik, begitu menjengkelkan. Kata, negara demokrasi ? ! Rakyat nak meluahkan ketidakpuasan hati pun dihalang. Sedangkan mereka tak melakukan rusuhan sebagaimana di luar negara, malah bertata-tertib dan hanya menjulang slogan dan meminta keadilan pelaksanaan dalam pilihan raya. Jika rasa tergugat, laksanakan hak setiap insan. 

Ramai juga pemandu teksi yang merungut. tak tahulah keluhan dan cakap yang benar atau sebaliknya, saya serahkan segalanya pada Allah.
Ada pihak yang seronok bercakap bohong , tidak kira, orang perseorangan, persatuan, media, atau lain-lain, masing-masing akan dipertanggungjawabkan di hari yang tiada seorang pun yang boleh melakukan penipuan. Kalau di dunia ada yang boleh menindas, di akhirat kelak, nantikan sahaja balasannya.
Bila pihaknya melakukan kebaikan, jasanya dan budinya dijulang-julang. Bila keburukan terlihat oleh pihak lawan, segera menutup muka malu mengatakan, belum masanya untuk dilaksanakan.

Manusia, pabila berasa diri gah, bahayalah kedudukannya. 

Tarannum

em, gambar ni diubahsuai agaknya...rapat sgt plak ea.


Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang berlangsung di PWTC, hanya dapat ditonton melalui kaca TV saluran1. Nasib ada saluran 1 dan 3 di Melaka. Selama 3 minggu (lebih kurang) di sana, menemani kakak yang sedang berpantang anak ke-4 manakala suaminya banyak berkursus di luar [Sarawak dan Janda Baik] .

Menanti giliran wakil Malaysia dan sambil mengenal sedikit sebanyak perbezaan taranum yang pernah saya dan kawan2 pelajari dari Ustaz Khairil menzahirkan, “saya perlu menambah pelajaran dan membuat latihan secara istiqamah”. 
Wakil perempuan, sahabat emak saya merangkap pengajar Qura’ Kota Tinggi, juga anak murid kepada hajah Umi Kalthum, membaca dengan suara yang merdu. Tak dapat dinafikan, setipa peserta, pasti ada kelemahan dan kesalahan bacaan, tetapi jemaah Hakim menetapkan, siapa yang paling kurang kesalahan akan dinobatkan sebagai Johan. Begitulah keputusan akhir: Ustazah  Suraya dan Ustaz Amir Rahman sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Saya turut menumpang gembira, kerana saya juga pernah sekali menghadiri kelas Qura’ di Masjid Kota Tinggi dan diajar oleh Ustazah Suraya. Sememangnya, usia muda bukan penghalang untuknya terus menyebarkan ilmu tarannum sebagaimana pesan arwah bapanya yang juga hebat dalam ilmu tarannum.
Moga Allah melimpahi keberkatan ke atas setiap orang yang menjunjung mulia Al-Quran dalam kehidupannya.

Kepulangan disambut

Seperti biasa, bila turun ke Melaka, saya akan mengambil bas yang boleh turun di tol Ayer Keroh kerana berdekatan dengan UTEM dan rumah akak. Sedang musim buah-buahan cuti semester ni. Sesuai juga untuk kepuasan makan buah-buahan sebelum ramadhan. [takdelah puas mana…pastinya di syurga nanti, tak terbanding enaknya] . 

Pergi ke kebun kawan abang Samad (abg ipar), dekat je ngan UTEM, buah duriannya semua bermutu. Ada yang jenis D24. Terbaik! Sayangnya, ada sorang anak saudara yang tak suka akan bau dan tak memakannya. Sedang sibuk saya dan Syafi (anak ke-3 K.awa) berjalan mencari durian, Syakirah duduk keseorangan jauh dari kawasan durian, semata-mata tak nak bau durian. Kami pulang dan makan jauh-jauh di sudut dapur.

Setelah beberapa minggu di Melaka, saya sudah merindui untuk pulang ke kampung sendiri. Teringatkan emak di rumah, saya masih belum membuat keputusan, kerana kakak juga perlukan teman. Biasalah, kerenah anak-anak saudara yang pelbagai kadangkala memeningkan si ibu yang baru bersalin. Akhirnya, kakak saya memberi cadangan, agar saya pulang untuk menemani emak dan membuat persiapan ramadhan, sama ada mengemas, membuang sawang di rumah dan membuat apa yang perlu. Kak Baya (akak ke-2), mengatur perjalanan pulang sementelah memberitahu emak di rumah saya akan pulang. Pada tarikh yang sama, emak juga ada jemputan walimah di Segamat, jadi, abang Juki (anak ke-4) menemani emak . [isterinya juga sedang berpantang di Terengganu bersama anak-anak] . 

Hari yang dijanjikan , Mak sampai bersama abang dengan kereta Waja. Ceh! Hati mana yang tak gembira?!  Nak mengharapkan Mak sampai UIA, setakat ni, dah tahun ke-4 belum pernah lagi. Tapi, ni pun dah syukur. Walaupun mak amik kat umah akak. [orang yang faham je yang akan memahami]. Tak lama selepas tu, kak Baya pun sampai dari Muar. Fiza yang tertanya-tanya ketika Mak dan Abahnya sibuk mengemas, terkejut bila semua sudah bersiap dan Kak Baya menjawab , “kita nak ke Melaka.” Fiza tak sangka, akhirnya, dapat juga dia ke rumah Syakirah. Mesti la suka, dah lama mereka tak jumpa, Syakirah dah pindah sekolah Pasti di Melaka.Dulu mereka sama-sama di Pasti al-Falah, Muar.  [kita faham, kerana kita pernah melalui zaman kanak-kanak]
Setelah keputusan Tilawah diumumkan, Fiza sekeluarga bertolak pulang, kerana abg Yunos akan megajar Darjah Khas esoknya. Abang Yunos pun hebat dalam Tarannum.

Esoknya, saya balik dengan emak dan abang. Teringat zaman muda di Maahad Johor. Pernah juga balik dengan abang. Mesti akan singgah mana-mana untuk abang berehat tidur. Saya di sebelah duduk pemandu pun, tak tahan mengantuk, ditambah pula cahaya terik pada hari tu. Mata mudah letih berjalan di siang hari. Nasib, ada bantuan kaca mata penahan silau, sedikit-sebanyak membantu mengurangkan ketegangan urat mata.
Keinginan nak lalu highway baru tak kesampaian, bila kami melalui tol Kulai.


Jalan kebun

Sepanjang puasa ramadhan, saya lebih memilih rancangan di TV al-Hijrah dan Khas Ramadhan(astro). Ustaz Muhammad  Asfandyar pun ada. Saya tumpang gembira. Beliau mengalunkan bacaan ayat-ayat cinta dengan murottal. Terubat rindu belajar Qiraat.
Ada rancangan konvoi ke China dengan bermotosikal berkuasa tinggi. Abang Juki saja merancang konvoi bersamanya nanti.

Pagi itu, saya perasan mak dah siap bertudung kemas. Dalam satu jam lepas tu, mak pulang dengan membawa beberapa bekas kuih. Wah ! dengan wajah ceria gembira mak tersenyum, “Cak, mak dah amik kuih cakar ayam. Nanti ko tambahkan RM10 ea, tadi mak bawak kurang duitnya.” . lalu saya menjawab dengan nada kenakan emak saya yang comel ni, “Oh, patutlah tadi saya tengok mak encik lawa-lawa ea. Rupanya, mak encik nak pi jalan-jalan umah orang berpagi2an ye.  EH, pagi-pagi dah jual ke,mak?”. “Dah, Mak Ram ngan kawan2nya dah buat kuih pagi2 pukul 7 . Nanti pukul 10 pagi semua dah rehat.” 
“Ha yelah, nanti mak bagi duit, icak gi ngan abang pi umah Mak Ram”.




Walaupun umah Mak Ram boleh sampai dengan berjalan kaki, tapi saya sengaja nak ajak abang berjalan-jalan naik motor, kebetulan tadi abang baru berangan nak KONVOI CHINA. Terus abang bangkit dan bawak motor yang ada. Selesai urusan bayaran , kami meneruskan rancangan. Jalan2 tar masih Okey lagi. Jalan ke blok belakang rumah yang dah lama kami tak kunjungi. Saya memberi cadangan untuk melihat Laut Semenchu dan Lebuh raya Senai-Desaru, yang selama ni saya hanya dengar. Abang pun menunggang motor dengan sekadarnya sesuai untuk nama ‘jalan-jalan’. 

Masuk je kebun, berkobar-kobar semangat pada mulanya. Ada dalam beberapa simpang dah dimasuki, akhirnya saya menahan dengan kesabaran untuk sampai ke kebun Abah. Dalam hati tertanya-tanya, “ bila la nak sampai”. Motor hampir dengan terowong lebuh raya, tanpa kami perasan, ada sebuah lori yang mengejutkan dengan laju mendaki bukit sementara kami menuruninya. Hampir saja motor yang dikendali hilang kawalan dan bayangan laju otak saya “saya dah ada di bawah lori”, oh, tak sebenarnya, tu hanya bayangan. Bab membayangkan yang bahaya2, laju benar. Dek kerana saya dan abang masih terkejut, abang memberhentikan motor, lalu memeriksa keadaan minyak yang ada, bimbang juga bila tak sampai ke destinasi.


Turun sahaja dari motor, saya merasakan senoneng2 kepala. Abang suh naik motor, terluncur laju cadangan mengejut saya, “Abang, Jom balik! Dah penat lah”. “Eh, dik, biar betul, tadi kata nak tengok kebun abah, ni belum sampai, nak tengok laut lagi”. “Takpelah bang. Dah pening ar. Nanti lain kali tengok plak.” Abang akur dengan keputusan saya. Mungkin keputusan mengejut tu terjadi kerana saya terkejut, cuaca sudah semakin panas, bulan puasa yang tak boleh meneguk air.

Abang pun dengan sabarnya melayan kerenah adiknya ni. Bawak motor molek2 dan bila ada orang di belakang, abang akan memberitahu. [duduk bagi molek dan berhati-hati].
Kesabaran menanti jalan tar. Akhirnya sampai ke jalan Rumah Wak Manaf (kawan Abah), bermaksud dah dekat nak pulang ke rumah. “Allah, abang, nikmatnya jalan tar !” terasa sangat nikmatnya, sebab dalam kebun tadi, banyak tanah berbonggol-bonggol dan jek sober motor(betul tak ejanya) bermasalah. Hampir patah riuk tulang saya.

Sampai je rumah, saya terbayang air sejuk dalam esbok(icebox/refrigerator). Lalu memadamkan niat, ‘hei, puasa Ramadhan larh..’. akhirnya, saya terus meluru ke dapur. Melihatkan emak yang sedang khusyuk bersama sagat dan pisangnya, menggoreng dengan gembira, saya pun membentang tikar, mengambil kipas di belakang rumah, lalu menyorongkan bantal sambil melalut ,
“Mak, kalau orang budak kecik, mesti orang minta kat mak nak minum air. Tapi, orang dah besar, jadi, icak nak tidur je bila dah penat jalan dan pening2 .”

Mak pun ketawa je, bila saya selesai ceritakan perkara yang berlaku, dengan semangat yang berkobar2 hilang begitu sahaja apabila sudah kepenatan.

“Ha, tu belum kerja kebun lagi. Baru nak jalan gi kebun Abah pun nak pengsan dah.” .

Saya membiarkan mak bercakap, sebab saya yang rasa kepenatan masa tu. Tu lah, mak suh pergi bayar kat Mak Ram je, saya dan abang sibuk pula gi jalan2 kat kebun. Abang pun terbongkang kat depan umah dengan kelajuan kipas yang maksimum.

Highway baru

Dapat juga rasa lalu highway Senai-Desaru. Walau banyak halangannya, Acop dan Razi yang tersesat ke mana-mana mencari jalan pulang hanya kerana sekali terlepas pandang. Panjang jambatan yang melalui lautan tersimpan di ingatan dan memory card Nokia saya.
Pulang beraya 3 hari di Muar-Melaka-Pontian.


Kuih raya

Emak gembira bila ada yang menjadi pembantunya di rumah. Banyak kuih raya yang mak buat. Kebanyakannya kerepek (Pisang, kentang…) Semuanya untuk anak2, cucu-cicit dan besan2 beliau. Saya mengada2 berkata, “Mak, nanti Icak nak bagi mak mertua icak banyak2 tau.” Mak pun layan, “nak berapa banyak ?” saya hanya menjawab dengan ketawa.

Tak dilupakan kuih yang dipesan kak Awa dan kuih kesukaan cucu-cicit emak (kuih oat coklat). Beberapa bekas dan adunan telah dibuat dan dibungkus siap untuk dibahagi2kan raya nanti. Inilah emak, selalu siapkan awal2 untuk anak cucu.
Kuih saya nak dibawa balik Uia pun sampai sekotak. Akhirnya, kak Long mencadangkan agar membuat penghantaran Pos. Mujur, Fuad (ipar ke-9),suami Adah, pernah bekerja sebagai Posmen, maka beliau yang uruskan.

Raya dan demam

Raya seminggu penuh dan selepas itu demam seminggu penuh. Adik Qila dah bersekolah, tinggal Acop. Dia dan emak yang mengurutkan untuk menghilangkan kesengalan badan. Ubat apa yang dibeli adik, lalu saya makan setelah faham membaca arahan makan ubat tersebut.
Pulang ke Uia dengan keadaan separa sedar. Jasad berjalan, tetapi, otak terasa kosong. Saya bimbang jika berlaku apa-apa di perjalanan, maka saya minta pertolongan Saidah untuk tunggu di Masjid Jamek. Sekurang2nya ada teman.
Alhamdulillah, selamat sampai.

Eh, dah naik sem baru!

Seminggu di Uia, saya macam tak berapa cam ramai orang. Mohon maaf atas ketidak teguran dan tak berkesempatan .
Minggu ke-2, kemamaian semakin sembuh. Batuk dan selesema semakin pulih.

Seminggu sebelum pulang juga telah membuat pemeriksaan dan mengambil stok ubat untuk sebulan. Doktor berpesan, makanlah ubat tu, mudah2an ada perubahan. Doktor juga tak dapat mengesan sebahagian  sakit yang dialami.
Kini, saya bersyukur, sedikit demi sedikit, nikmat sihat makin dirasai. Kesihatan dan pengambilan makanan yang bersesuaian berikutan berpantang makan dan minum (bahan berangin, kopi, Nescafe, kangkung, ubi, keledek dll) demi kesihatan yang lebih terjamin.

Kita saling menguatkan.

Nikmat Sakit untuk mengenal nikmat Sihat.
27 Syawal 1432HSiapa yang belum habis puasa enam Syawal, cubalah habiskan.
Saya sayang semua ! ! !

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...