Pertemuan dengan seorang sahabat UIAM, Gombak, (Kak Hajar) semasa meraikan sahabat-sahabat senior di hari Konvokesyen, beliau telah menjemput untuk menyertai komiti di booth PWTC pada hari Jumaat hingga Ahad. Disebabkan penulis dan sahabatnya hanya dapat menyertai pada hari Jumaat sahaja, maka beginilah kisahnya:
Fathul Irsyad tak dapat berkumpul pada pagi jam 7.
Jadi, penulis terus sahaja bersiap-siap untuk ke PWTC sebagaimana yang dijanjikan 8.30pagi. Dengan menaiki kenderaan awam [ Bas T 231 > LRT Putra(Gombak) > Masjid Jamek > PWTC ]. Turut menyertai, seorang sahabat dari Uni. Malaya, Master dalam Usuluddin. Kebiasaannya, kami akan merakamkan pandangan sisi yang cantik dan tertarik di sekitar perjalanan kami.
حسبي الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير
Menghiasi pagi hari Jumaat kerana telinga menangkap pertuturan Ustaz Zahazan di dalam kuliah Tafsir, IKIM, “amalkanlah zikir agar hati tenang, jauh dari musibah, rasa cukup dengan pemberian-Nya.
Maha hebat Allah, Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Allah, Kau berikan anggota yang cukup buatku.Allah, jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas setiap rezeki dan ujian-Mu.
Setelah sampai di stesen terakhir sebelum berjalan kaki ke PWTC, satu kisah yang boleh dikongsikan. Tujuannya : agar sama-sama kita bersyukur atas setiap kurniaan Allah dan membantu mereka yang kekurangan.
Seorang lelaki berusia lanjut memakai Kemeja-T biru dan berseluar hitam sedang berdiri di hadapan kaunter RapidKL. Agak lama melihatnya berdiri di situ. Kelihatan tangannya agak berbeza dari orang normal. Tangannya menyeluk ke poket seluar. Lama. Saya menanti apa yang dicari sementara saya menanti Kak Leha membeli Touch n Go.
Cuba mendekati pak cik tersebut. Saya mula sebak bila melihat poketnya kosong. Tangan kedua-dua belah pendek dan sukar untuk saling membantu di antara tangan kanan dan kiri. (boleh bayangkan tak?)
“Pak cik, nak saya bantu?” – Takpe2. “Pak cik cari apa?” –Duit saya kat dalam ni. (saya tak nampak apa pun, adakah duitnya tercicir atau bagaimana?)
“Pak cik, takpe, biar saya tolong ambilkan ea?” –boleh2, terima kasih ye.
Duitnya memang dalam poket. kain poket telah dikeluarkan. Dan ada satu lagi poket di dalamnya (poket dalam poket), memang susah juga bagi orang yang normal membantu untuk mengambilnya. RM2.
Setelah dapat membayar di kaunter, beliau mengambil sebuah sampul surat besar berwarna putih yang tadinya diletakkan di kaunter ketika sibuk mengeluarkan duit. Sepertinya ada urusan yang perlu segera dilunaskan kerana jam telah menunjukkan lingkungan 9-10 pagi.
· Lihatlah, kekurangannya tak menyebabkan dirinya merasa kekurangan dan terus cuba dan mencuba. Akhirnya senyuman terukir di bibirnya.
· Huluran bantuan yang sedikit dapat meringankan beban orang lain.
“Ya Allah, limpahkanlah rasa kecukupan dalam hati kami….”
Allah…
Sepanjang perjalanan saya melihat ramai orang yang menghadapi pelbagai kekurangan (seolah hari Jumaat itu hari penuh dengan muhasabah).
Soalan di mana PWTC dijawab oleh seorang wanita yang sengau. ( Ia memang tak lah kurang mana, tapi, betapa ramai yang punya suara yang elok, tapi, seolah bisu tak nak membantu orang lain bila diminta bantuan tunjuk arah).
Seorang bisu cuba berinteraksi dengan isterinya agar berfikir dahulu sebelum membeli baragan pameran di HalFest. (betapa ramai lagi orang yang dikurnia ‘BERCAKAP’, membuang waktu dengan bercakap yang sia-sia dan tak berpesan kebenaran. )
Seorang yang berkaki tempang (sebelahnya pendek). Dia berusaha menyertai seminar yang dianjurkan PPIM untuk mendengar sendiri penjelasan daripada pihak kementerian tentang “ Rumah Terbengkalai: igauan dan mimpi ngeri buat pembeli”. (Lebih ramai lagi yang lebih suka duduk berehat di rumah tanpa mengambil tahu hal umat. Kaki yg sudah diberi sebaiknya oleh Allah disalahguna ke tempat-tempat maksiat. Nauzubillah min zalik)
Apa yang boleh saya katakan jika semua yang di hadapan saya boleh hidup gembira dan meneruskan kehidupan serta menganggap kekurangan yang ada bukan penghalang sama ada untuk berjaya dalam hidup, untuk membantu orang lain , dll, bagaimana dengan saya yang Allah berikan lengkap anggota dan akal fikiran?
Allah berikan setiap yang berlaku disertai hikmah. Terima kasih ALLAH.
Wahai orang yang sihat akal
Jangan disalahguna kurnia-NYA
Jangan menyeleweng amanah yang digalas atas bahumu
Amanah itu bukan untuk mengejar nama
Tapi
Kelak akan mendapat banyak penyaksian di sana
Wahai orang punya fikiran
Bantulah orang yang berada di bawah
Tika kau berada di kalangan orang atasan
Mereka sangat mengharapkan bantuanmu
Aduan mereka bukan sekadar meraih perhatian
Tapi
Suara mereka merupakan suara keramat rakyat meminta keadilan dijalankan
Berapa ramai dalam anggota keluarga mereka yang telah kau zalimi
Atas perbuatanmu yang sambil lewa
Tak menunaikan amanah
Wahai yang diberi wahyu dan akal
Pernahkah kau meletakkan dirimu di tempat mereka ?
Pernah kau menyelami kehidupan mereka ?
Ke mana segala wang yang telah diperuntukkan buat rakyat untuk projek tersebut?
*saya tujukan kata-kata ini buat forum semalam. Moga penyelesaian akan ditemui di titik akhir ini.
Saya tinggalkan kisah ini agar pihak berkenaan dapat membuat penggeledahan yang sepatutnya pada fail-fail kerja mereka dan orang yang terbabit dapat berfkir akan tindakan yang sewajarnya.
……
Pendaftaran dengan kad pengenalan dibuat di kaunter pertama di dalam PWTC bersama rakan-rakan yang lain.(agar pihak penganjur dapat menganggarkan bilangan pengunjung yang hadir). Door Gift , gelang tangan peserta dan beg CIMB Islamic diedarkan kepada kami. Berjalan di sekitar HalFest dewan pertama, di antara yang sangat menarik perhatian saya adalah : Nooraini’s biscuit, Kordial buah tin, Fast Food popia berinti otak-otak (padahal memang suka otak-otak), dan mencuba pelbagai juadah yang disediakan.
Perjalanan terhenti setelah dipanggil ke BILIK Kelantan no.3 berhampiran butik ARINI, di situlah program anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepanjang HalFest pada kali ini.
Pertemuan dengan tenaga PPIM dimulakan dengan langkah2 senyum, sapa, salam…dan itulah taaruf kami sebelum bekerjasama untuk melancarkan program hari itu. Tenaga yang kami sumbangkan tidaklah seberapa berbanding pihak mereka yang telah bertungkus-lumus selama seminggu menyusun program.
Setelah semua pekerja muslim menunaikan solat Jumaat, kami menyiapkan kerja-kerja yang belum diselesaikan dan kerja-kerja untuk esok hari. Program FORUM PERCUMA anjuran PPIM :
Sabtu, 15/10/2011-9pg Forum Perbankan Islam, 2 ptg- Forum Baitumal
Ahad 16/10/2011-9pg Forum … , 2ptg-Telco
Ia memberikan peluang kepada orang ramai untuk mendengar dan memahami punca masalah yang berlaku serta berhubung terus dengan pihak berkenaan. Pihak PPIM sangat mengalu-alukan tenaga sukarelawan yang ingin menyalurkan bantuan sewajarnya. Beberapa badan media yang turut hadir sama membuat liputan di sepanjang forum berlangsung dan akan ditayangkan di dalam You Tube rakaman tersebut.
Akhir program, dapat berkomunikasi dengan orang yang saya tak kenali pada mulanya, (rupanya dato’ datin serta CEO pelbagai persatuan). Patutla muka bos (berbaju merah) macam pernah nampak, rupanya, banyak jasanya dalam menyuarakan aduan orang ramai ke pihak atasan. Sememangnya pengguna Muslim ada hak dan adil yang mesti dituntut.
Pertemuan dengan orang atasan dan bawahan menemukan keakraban yang unik, kita saling melengkapi.
Jemputan pihak PPIM kepada semua pengguna Malaysia agar dapat menyertai forum yang telah dianjurkan. Kehadiran anda amat dialu-alukan.
Forum Pengguna Islam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sempena HALFEST 12-16 /10/2011 di PWTC bertempat di DEWAN KELANTAN, PWTC. Semua di jemput hadir, masok percuma....mari kita sama2 berusaha membantu mencari penyelesaian permasalahan yang di hadapi oleh Pengguna Islam khususnya....
Sebarang masalah berkaitan prgram ini boleh hubungi sekretariat di nombor 0193591000/019913...0000.....
Tarikh: 15 / 10 / 2011
1) Tajuk : " PERBANKAN ISLAM SATU PENINDASAN???
masa : 9am
2 ) Tajuk : " BAITULMAL TIDAK MEMBANTU @ TIDAK MEMPERKASAKAN MASYARAKAT ISLAM???
masa : 2pm
Tarikh : 16 / 10 /2011
1) Tajuk : " PENGUSAHA ISLAM & SIJIL HALAL SEKADAR DI PINGGIRAN???
masa : 9am
2) Tajuk : " SYARIKAT TELCO UNTUNG BERGANDA??? PENGGUNA PULA YANG MERANA...
masa : 2pm
……
Jam 6, kami menghabiskan baki-baki pameran yang belum dikunjungi. 6.30ptg pelbagai tawaran sebelum pulang diambil sebaiknya. Halagel terutamanya. Jangan lepaskan peluang untuk ke sana.
Di samping mengambil kad bisnes mereka, ia juga merupakan satu suntikan untuk saya turut turun menyertai bidang keusahawanan.
(nantikan dengan izin-NYA).
No comments:
Post a Comment
berbicara di sini..