Bismillahirrahmanirrahim
Setelah beberapa lama meninggalkan dunia menulis blog, (tetap menulis di laptop sendiri) tersimpan begitu sahaja kerana tiba-tiba sahaja organisasi blog ini berubah.
Ada kawan yang meminta disemak blog nya pun belum sempat dibelek. (walaupun saya bukan pakar blogger macam orang lain dan macam anda yg membaca ni..hihi, sy sekadar tahu menulis dan post je..), memandangkan baru sahaja tamat peperiksaan semester 2, 2011/2012. Alhamdulillah binikmatihi tatimmussolihaat...Segala puji bagi Allah yang menyempurnakannya dengan penuh kebaikan .
Sebenarnya , lebih kurang dua minggu sebelum peperiksaan, saya dan rakan-rakan yang terlibat dengan
'Misi Dakwah dan Khidmat Masyarakat di Sabah' telah sibuk mencari dana dan sumbangan daripada individu , agensi, persatuan dan juga NGO yang berkaitan . Program ini dianjurkan oleh bekas pimpinan IRKHS'S dan exco terkini . Saya sendiri menyelit-nyelitkan nama ke program ini, untuk menimba pengalaman dakwah di Sabah. Sebelum ini, pernah juga saya menyertai Baktisiswa di Selangor, tetapi pendekatannya ada sedikit perbezaan . Baktisiswa kebiasaannya lebih kepada aktiviti pelajar dan banyak disertai pelajar itu sendiri (kita datang kg orang, kita yg join program). Misi dakwah pula, dianjurkan pelajar untuk masyarakat menyertai sama (lebih kepada kita yang memberikan khidmat kepada mereka). Ya, ini peluang untuk melangkah setapak bersama masyarakat.(ceh! cakap cam orang yang 'turun padang' plak). Ini berdasarkan kefahaman saya di dalam menilai perbezaan matlamat dua program ini. Inilah masanya untuk siswa-siswi mengaplikasi ilmu wahyu dan kesenian Islam ke dalam aktiviti dakwah sesuai metode mengikut peringkat umur. Rabbi Yassir Lana .
Mohon doa kalian mengiringi perjalanan kami agar diluruskan niat di hati hanya kerana Ilahi segalanya bergerak dengan baik sekali.
Terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan moral dan sokongan kewangan . Tahniah! kerana kalian telah melihat hakikat kehidupan. Sumbangan kecil manapun kami tetap menghargai malah Allah melihat tiap embun ikhlas yang mengalir dari hati kalian di dalam menyumbang tenaga dan wang, bukan sahaja dalam program dakwah ini, malah program yang lain juga yang membantu menegakkan kalimah Allah dan kebenaran .
Semoga Allah merahmati perjalanan sebelum, semasa dan selepas dakwah ini. Kami amat berharap program sebegini dapat diteruskan oleh generasi seterusnya.
3.15pm , Ahad, 10 Jun 2012.
[laptop saya dah nak dihantar ke Melaka, pulanglah barang menyusul Tuannya kemudian]
Cabaran -cabaran yang dihadapi :
1) Program ini tiada dana diperuntukkan. Jadi 28 orang peserta perlu mencari RM400 untuk mencukupkan estimated budget RM14,000. sekurang-kurangnya...dapat lebih lagi bagus. memandangkan, kami juga adalah berstatus seorang 'PELAJAR', jadi kami berjalan satu-persatu lorong untuk mencari dana...Saya sendiri menggunakan cara atas talian (online) melalui Fb dan emel, sistem pesanan ringkas (sms), telefon, bertemu sendiri individu tertentu terutamnya para pensyarah di dept. Quran Sunnah (krn rakan lain mencari di dept Fiqh dan Usuludin), begitu juga bertemu ahli keluarga beritahu secara tidak langsung, dan mengutip dana di restoran yang dikunjungi di Simpang Renggam.
Tak Mudah dan Tak Susah untuk mencari dana di musim peperiksaan...Kenapa?
Bila kita yakin, siapa yang NAK bantu Agama Allah, pasti Allah BANTU !
dalam saya sibuk menguruskan hal study dan revision period , sambil on9 Fb saya juga turut menghantar emel kepada ustaz-ustazah , rakan-rakan, ahli keluarga, dan lain-lain sebarang kertas kerja berkaitan tanda bukti dan perjalanan program yg kami rancang.
Prof DrYusuf Qaradhawi pernah menulis di dalam buku "Aku dan Ikhwan Muslimin"-
Begitu juga ustaz dan ustazah, mereka memang pemurah, senang menghulurkan bantuan , ada juga yang menitipkan nasihat yang pelbagai untuk misi ini .
No comments:
Post a Comment
berbicara di sini..