AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, September 21, 2013

PENA 108: Bagaimana mahu langsaikan hutang PTPTN sekaligus atau sekelepuk?



Coretan ini kumulakan dengan kalam pujian buat Allah Taala, Alhamdulillah, memang tiada pujian yang dapat menandingi pujian-Nya buat-Nya sendiri . Maha suci Allah.

Selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w. juga keluarga baginda, para sahabat yang mulia lagi dijanjikan syurga di sana.

Alhamdulillah , semalam pada jam 10 pagi di KL SENTRAL- One stop center PTPTN, hujansakinah dapat menghantar dokumen bank deraf kepada PTPTN sebagai melangsaikan hutang PTPTN secara sekaligus.

Bagaimana saya dapat selesaikan hutang segera?

Saya , jika dilihat lebih banyak menggunakan wang setiap bulan kerana saya masih menyambung belajar di peringkat Sarjana (Part Timer Student) secara berulang-alik setiap minggu.

Perbelanjaan bulanan saya dari segi :

Tambang bas Kuala Lumpur -Kota Tinggi           RM35 x 8kali pergi balik = RM280.00
Tambang LRT dan bas ke UIAM                             RM5 x 8kali                      = RM40.00
Makan , sampingan dan runcit                               RM20 x 2hari x 8kali   = RM320.00

Jumlah normal   = RM 640.00

selalu sediakan RM100 untuk satu perjalanan pergi. (RM400 untuk perjalanan sebulan)

Perbelanjaan Satu semester ulang-alik :
RM800.00 x 4 bulan   (1Sem)               = RM3,200.00
Yuran satu semester (2 subjek)          = RM  820/1090.00
Jumlah                                                      = RM4290.00 +/-


                              ..............................................................................................

Kalau diikutkan gaji , ia jatuh kepada negatif dalam perbelanjaan . RM800 sebulan duit perbelanjaan, RM100/150  bilik sewa, RM50 duit menumpang kenderaan, duit infak, duit nafkah, makan dan minum di sekolah biasanya saya cukup-cukupkan, adakalanya saya bawa bekalan ke sekolah, dan lebih mudah berpuasa.

Alhamdulillah , saya bersyukur, dengan perut yang sering tak berselera makan memudahkan saya membuat penjimatan dalam urusan makanan juga lebih mudah diurus jika berpuasa kerana terlalu sibuk dalam urusan pekerjaan. Lagi-lagi mengejar deadline untuk minit mesyuarat yang perlu disiapkan (walaupaun sering saya tak berada dalam mesyuarat kerana Isnin da Selasa saya di UIA), 3 hari sahaja masa PDP saya untuk habiskan 5 hari PDP sebenar, dan lain-lain lagi .

Titik jua nokhtahnya :
Bayaran PTPTN itu bukanlah duit simpanan belajar atau lain-lain.


Semuanya berkat doa berterusan, usaha, dan yakin

Dahulunya, saya mengambil Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional ini disebabkan :

1. salah faham- kami fikir ia satu kewajipan pelajar yang nak masuk ke IPTA perlu menyenaraikan nama ke sini. (hal ini kerana kekurangan info dan sekadar dengar cakap-cakap orang)

2. Mak abah , keluarga juga kurang dari segi bantuan ribuan (belanja besar)) belajar setiap semester ini.Bantu sikit-sikit boleh la. Mereka pun ramai anak kecil.

3. Tak tahu dari segi hukum pinjaman bagaimana, melainkan setelah mempelajari ilmu "Madkhal ila Fiqh" Ust. Rumaizi , juga mengikuti kuliah petang jam 5.00 " Fiqh Mua'soroh" yang disampaikan oleh Ust Ruzaimi ,dianjurkan Ma'ruf Club pada tahun tersebut (2008-2009) serta update berkenaan Hukum PTPTN dan penyelesaiannya.


Pernah disua pelbagai cara

Terjadi pada tahun 2009, ada seorang sister memperkenalkan MAA Takaful kepada saya dan rakan-rakan. Penjelasan berkenaannya memang menarik. 
Perkara tersebut saya panjangkan kepada seorang brother yang dikenali dan faham berkenaan takaful. Menurut beliau dan setakat yang difahami, beliau tidak menggalakkan. Beliau merupakan senior kami di UIAM.

Saya menghormati pandangan beliau yang sudah mengkaji dalam hal ini, berbanding saya yang tidak tahu langsung tentang takaful dan sebagainya.

Ada juga yang mencadangkan mengambil pinjaman Yayasan Pelajaran Johor setelah menamatkan pinjaman dengan PTPTN. Setakat yang diketahui, urusan YPJ juga lambat. Wallahua'lam. Saya juga fikir, jika terlalu banyak pihak yang dipinjam, sukar pula untuk berurusan itu dan ini. Pemikiran saya yang cetek dan belum terbuka tentang dunia pinjam-meminjam. 

JPA dan permohonannya. Akibat terkandas di CELPAD (kelas bahasa di UIAM) selama satu semester, permohonan untuk biasiswa JPA banyak kesulitan atau saya sendiri yang tidak melengkapkan keperluan maklumat atau memang hakikatnya bukan rezeki... tapi, saya tak ingat kenapa. Saya selalu berdoa, moga apa yang menjadi rezeki saya, semoga ia dimudahkan walau sesukar macam manapun.

Akhirnya, sejak semester satu hingga tamat semester akhir Jun 2012, saya menggunakan PTPTN.

Tahun kedua di UIAM sudah berkira-kira untuk mencari inisiatif membayar hutang tersebut. Tapi, bagaimana? sejak dari itu saya berdoa dan teruskan berdoa. Memang tak senang juga hidup belajar, tapi meminjam dan memikirkan perlu membayar selepas tamat belajar tanpa ada simpanan khas untuk itu.

Saya hanya insan kerdil, ujian untuk saya lebih banyak belajar tentang doa, dan mungkin ini salah satu doa yang diperkenankan, juga saya pernah meminta emak mendoakan untuk ini...

Jika tak bermasalah saya mahu kongsikan details doa yang saya pohonkan;

(doa kepada Allah perlu details -pesan seorang ustaz . Memang Allah Maha Tahu, tapi, mengakulah ketidak mampuan kita di mana, dan bagaimana yang kita harapkan Allah bantu...)

Sewaktu doa itu dipanjatkan, saya terkesan dengan suasana dalam kalangan penuntut IPT waktu itu (sampai sekarang sebanrnya ) yang seringkali memberontak mempersoalkan "  di manakah kebajikan pelajar di pertahankan? kenapa perlunya ada PTPTN bukan biasiswa? dan macam-macam lagi forum, kuliah, diskusi status PTPTN dll"
 

 Doa seorang hamba Allah :
"Ya Allah,
aku geram dengan sistem PTPTN. Mana yang kata pemerintah bantu rakyat. Mana pemerintah yang menjadi macam Saidina Umar yang menangis tatakala melihat rakyatnya kelaparan...padahal kami orang yang menuntut ilmu, tapi status kami adalah berhutang kepada negara.
Ya Allah,
Banyak urusan yang aku tak faham tentang ujrah , tentang riba' tentang pengurusan yang terlalu mengambil banyak duit perkhidmatan... aku lemah tentang ini. Jika ia berkaitan riba' , padahal aku tahu, orang yang mengambil juga memberikan riba' adalah golongan yang meyuarakan untuk BERPERANG dengan-Mu juga Rasul-Mu. Aku tak mahu menjadi kalangan orang demikian, maka, bantulah aku untuk jauh dari terjebak perkara yang KAU MURKAI . Ya Allah, jika memang PTPTN itu wajib ke atasku untuk membayarnya, maka bantulah aku untuk membayar sekelepuk habis, setakat yang aku faham kalau makin lambat bayar, maka makin bertambah bunganya...lagi lah kaya mereka dengan riba' ya Allah. aku tak faham pasal ni.
Ya Allah, andai PTPTN ni tak perlu bayar, katanya, kalau PR naik maka akan jadi biasiswa, seandainya PR naik dan kami terlepas dari membayarnya, maka permudahkanlah ia buat kami. Jika tidak , maka bantu lah kami membayarnya. Ya Allah, bantulah. Mak abah tak de duit banyak tu, akak abang ada keperluan pada duit mereka, aku sendiri tak de duit untuk tu. Bantulah aku nak bayar sekelepuk, sekurang-kurangnya, aku tak bantu mereka dengan riba' semampu ku. aku masih belajar dan nak faham apa tu riba' , ujrah tawaran mereka kononnya, dan apa lagi yang mereka putar belitkan. Ya Allah tunjukkan aku jalan yang benar. Wahai Allah, perkenankanlah "

Bagi saya yang memang mengaku tak faham lagi sistem PTPTN walaupun baca dan cuba memahami, tapi, jadi tak faham sebab GERAM sangat, lagi-lagi saya hanyalah orang marhaen berbanding mereka yang ada kuasa di dunia. Saya fikir, saya ada Allah untuk Menguasai segala hal dunia dan akhirat saya .

Tamat pengajian dan peperiksaan di UIAM, saya diminta ustazah Aishah untuk membantu sekolah lama SMAKT menjadi warden puteri, saya fikir waktu itu hanyalah mengisi masa kosong saya sementara menantikan jawapan tawaran belajar di Peringkat Sarjana UIAM sebelum September 2012. Mengikut perancangan asal, saya ingin belajar secara full time, tamatkan dalam tempoh 2 tahun barulah berkerjaya. Tapi, takdir Allah menentukan segalanya.

Sebenarnya memohon juga untuk menjadi guru ganti kerana terdengar ada kekosongan Julai-September Guru yang Bersalin. Jadi tempoh berada di sana menjadikan saya ada dua pekerjaan. Bagi fresh graduate yang langsung tiada duit mungkin nampak ia suatu rahmat yang besar. Saya juga belajar menjadi hamba yang bersyukur. Kerana, tinggal di asrama menjadikan saya jimat gunakan wang dari segi tambang ke rumah tiada, makanan tiap hari makan di kantin asrama, bil elektrik dan air ditanggung sekolah. Apa lagi nikmat yang saya tak nampak????

Setelah beberapa bulan di sana, ada pula tawaran menjadi guru di SMAKT sebelum penyertaan Sekolah Menengah Agama (SMA) di negeri Johor ke SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerjaaan). Sewaktu itu ada empat kekosongan. Saya juga pernah tawarkan kepada rakan-rakan lain. Nampaknya hambar dan mereka tak berminat. Tetapi, setelah kekosongan diisi, ramai pula yang bertanya.

Dalam tempoh saya masuk ke alam kerjaya, ramai yang mengatakan kami guru baru beruntung kerana kelak sekolah tergolong dalam sekolah SABK. Saya memegang prinsip : selagi tiada hitam putih, tak jelas sesuatu perkara, saya sekadar boleh dengar dan ....entah. Saya hanya menyerahkan diri kepada Allah . Yang sering mereka sebutkan adalah berkaitan gaji. Saya tak faham. "Ya Allah, memang tak faham maksud mereka walaupun cuba difahamkan". Maaf lah, mungkin saya "lambat" untuk hal-hal ini.

Sehingga masuk ke pengalaman bekerja  bulan kedua belas, hampir setahun, maka , dapat lah pulangan duit permulaan bermula RM1,500. Saya menerimanya dan terfikir mungkin ada orang tersalah masukkan duit. ada ura-ura tentangnya, tapi saya juga menjadi 'tak faham' tentang itu. Bulan seterusnya perlu menandatangani banyak memorandum dan memberikan salinan kesihatan , sijil yang pelbagai....beberapa kali untuk itu....akhirnya semua guru yang terlibat perjanjian dengan KPM menerima duit gaji tunggakan beberapa jumlah... di antara RM 10,000 hingga RM25,000. Saya berada di tengah-tengah.

Niat saya sebelum memegang duit tersebut adalah :

a) Jika PR naik tak perlu bayar PTPTN, jadi masukkan terus untuk persediaan haji dan umrah. Selebihnya untuk keluarga

b) Jika tiada rezeki PR, saya perlu langsaikan hutang PTPTN walaupun waktu itu saya tak tahu berapa banyak hutang yang ditangguhkan.

Saya terus memindahkan wang tersebut ke akaun Tabung Haji (kerana agak sukar sedikit untuk pengeluaran di mana-mana ATM). Saya juga memohon kepada Allah agar saya tak tergunakan wang tersebut ke tempat lain, sekiranya memang takdir Allah memang saya perlu langsaikan hutang ini.

Beberapa bulan selepas itu , baru saya menerima surat drp PTPTN kenyataan jumlah hutang saya, walapun sebenarnya pengesahan yang saya minta adalah sejak Januari lagi untuk maklumat tersebut. Boleh la, daripada tak dapat maklumat langsung. Tapi, boleh kata, SANGAT LEWAT pengurusannya.
Saya juga memberitahu kepada Emak tentang ke mana hala tuju duit tersebut. Saya ceritakan, ada kalangan rakan guru yang memberikan duit tersebut kepada keluarga , beli kereta baru, belanja kahwin, beli rumah, investment lain, dan ada yang guna untuk perkara lain... Langkah yang saya ambil ini diberitahu kepada Emak bahawa, nama Mak sahaja sekarang sebagai Pewaris PTPTN. Abah adalah penjamin pertama dan telah meninggal dunia. Saya mengatakan kepada Emak, jika saya meninggal dunia (kerana kita tak tahu, bila Allah tarik nyawa kita), nanti Mak yang terpaksa langsaikan hutang ni. Padahal, kalau sekarang saya mampu bayar, kenapa saya tak selesaikan...? Emak mendengar dan menyetujui tindakan saya. Saya tak mahu mak berkecil hati untuk hal ini. Kalau diikutkan, Mak harapkan saya membeli kereta dahulu. Tapi, setelah mendapat maklumat bayaran, saya jadi tak keruan. Jadi, saya mengatakan, in sha Allah, jika ada rezeki, bila-bila sahaj Allah boleh beri kereta atau apa yang Allah nak bagi. Jadi, mak ok, saya pun jalan...

Alhamdulillah, duit tersebut telah digunakan untuk membayar hutang PTPTN.
Selepas ini, duit saya mungkin akan dipotong untuk membayar hutang yang tak melibatkan bunga, iaitu hutang kepada Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) dan juga insurans serta simpanan haji saya. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah. Saya masih belajar menguruskan kehidupan ini.

Saya mengajar subjek Perdagangan, Tajuk terakhir Tingkatan Empat berkaitan Pelaburan sangat memberikan kesan kepada saya. Sebagai seorang muslim, kita sepatutnya menjadi kaya bukan sekadar untuk diri sendiri malah ada matlamat nak bantu muslim dan manusia yang lain.

" Bagaimana kita ingin membantu jika kita tiada apa-apa???"

-------------


__________________________


Bayaran pelajaran asal adalah RM22,000. Bayaran perkhidmatan adalah bertambah RM4,000. Bayangkan!

Semua setelah potongan daripada diskaun 20% daripada RM26,000 (menolak RM5,200) bayaran asal.
RM20,800 saya pulangkan kepada PTPTN, Caj kepada deraf bank Bank Islam (BIMB) sebanyak RM2.15 .

Sentap!!!

Ya, pengalaman saya lalui ini mungkin sedikit berbeza daripada sahabat yang lain. Walau apa pun, saya yakin, jika punya niat untuk melangsaikan hutang, in Sha Allah, Allah akan temukan kita dengan jalan yang betul .

Mohon maaf, jika teknik saya jauh benar dan dianggap salah langkah bagi yang hebat dalam dunia pengurusan kewangan.
Saya cuma fikir, jika saya mati dan saya menjadi orang yang meninggal dunia dalam keadaan tak selesai hutang. Lagi-lagi ilmu yang saya pelajari adalah ilmu-Nya -entah , kita dikira berhutang atau tidak kepada negara, duhai penuntut ilmu ?

Alhamdulillah, segala duit pengajian di peringkat Sarjana kini sepenuhnya menggunakan duit gaji bulanan sejak September 2012 di samping dapat membeli aset impian sama ada untuk belajar atau untuk mengajar. Semuanya saya minta kepada Allah. Saya juga meminta kepada Emak, guru-guru juga orang terdekat mendoakan impian saya. Saya yakin kuasa doa . Saya minta menjauhkan daripada sesuatu jika ia lebih banyak mudharat kepada diri dan masyarakat.

2012 impian memiliki Samsung Galaxy Tab 7.0= Allah berikan Samsung Galaxy Tab 2 10.1. Alhamdulillah. Kak JIe Nadzirah yang temankan pilih Tab kat Low Yat sana..

2013 impian nak mudahkan PDP dengan guna projektor sendiri = Allah berikan Projektor Acer mini (boleh juga untuk versi 3D) terima kasih kepada abang ipar, Fuad, yang membantu mencarikan untuk ini.

Alhamdulillah, pelajar juga lebih memahami.
In sha Allah, untuk impian seterusnya, semoga segala yang memudahkan urusan ke jalan Allah, saya mendapatkannya , memanfaatkannya, juga korbankan segalanya demi Allah, Cinta Utama. Allah bantu hamba-Mu.

Ustaz-Ustazah pesan: setiap material yang ada pada kita, infakkan ke jalan Allah. Setiap barang ada ajalnya. Gunakan semaksimum mungkin untuk kebajikan, Islam dan kepada Allah.
Pasti Berbaloi!!!


Moga bermanfaat buat semua.


Tips lain :

* Gunakan kewangan di bawah kemampuan
* fokus pada barang impian yang menjadi keperluan
* elakkan penukaran telefon bimbit pintar/bijak/ apa yang dilihat tak perlu
* sedaya upaya sediakan duit yang ada untuk infak
* pastikan duit sengkek macam mana pun ada nafkah untuk ibu bapa
* yakin rezeki daripada Allah
* penuntut ilmu, pasti sahaja ada rezekinya jika niat benar menuntut ilmu kerana-Nya

Allah, bersihkan dan kembalikan pada niat sebenar kami menjadi hamba di muka bumi-Mu ini.

----> Semoga Semua Yang Membaca mendapat manfaat walau sekelumit.
Semoga Semua yang Berhutang dapat melangsaikan hutang
Semoga Semua yang Berusaha ke arah hidup lebih berjaya akan mencapai impian tersebut.


Semoga kita ditempatkan di sisi ALLAH yang Dipandang Allah dengan pandangan istimewa. Amin.

Segala yang baik daripada ALLAh. dan saya memohon keampunan kepada ALLAH atas segala kekurangan yang ada dan lahir dari diri saya sendiri .

Wassalam.

Baca laman web ini juga dapat membantu:

http://www.akpk.org.my/my/
http://www.mohdzulkifli.com/

tamat menulis 5.18pm di Mahallah Asma' UIAM
esok pagi kelas Manahij al-Muhaddithin


Ubahsuai , 5.33pm, on the highway, Kl-Kota Tinggi. 22 Sept 2013.







PENA 107 : 9 PERKARA YANG DIHARAPKAN ANAK REMAJA KEPADA IBU BAPA




SATU     :Masa dah berubah, maka, cabaran yang mereka hadapi juga berbeza daripada apa yang ibu bapa telah hadapi sebelum ini. Mereka mahu ibu bapa tahu tentang cabaran yang mereka hadapi.

DUA       : Bantu mereka menangani stress (tekanan) terhadap masalah di sekolah, dengan rakan sebaya, masalah remaja, dan lain-lain. Banyak rungutan ibu bapa berkenaan , “ remaja kini mudah sangat terkesan dengan rakan sebaya.”
Tahukah ibu bapa bahawa anak-anak mengambil tindakan demikian kerana mereka tidak pandai atau tidak belajar untuk mengatakan ‘tidak’ (SAY NO! ) kepada ajakan rakan-rakan ???

TIGA      : Mereka mahu rasakan lebih bertanggungjawab kerana mereka mahukan kepercayaan ibu bapa. Apabila dapat kepercayaan , maka, mereka rasa dihargai.
Contoh : Ibu bapa memberikan seikit tanggungjawab dan dipantau. Sekiranya dilihat mereka mampu membawa tanggungjawab tersebut, teruskan dengan memberi tanggungjawab yang lebih besar disertai pantauan dan nasihat kepada mereka.
Itulah harapan anak-anak kepada ibu bapa sebenarnya, walaupun sering ibu bapa melihat mereka seperti tidak mampu , tapi cuba usahakan perkara ini. Mereka mahu diberi kepercayaan.

EMPAT : Anak yang baik pun ada saatnya melakukan kesilapan. Hal ini kerana, mereka juga mempunyai sikap suka mencuba benda baru sama ada baik atau pun tidak. Anak yang baik jika mereka melakukan kesilapan, jangan terus melabel mereka sebagai ‘JAHAT’ , padahal banyak lagi kebaikan yang mereka lakukan sebelum ini.

LIMA     : Berikan masa berehat untuk mereka kerana mereka juga ada tekanan yang dihadapi sama ada di sekolah, bersama rakan sebaya, dan lain-lain. Benarkan mereka buat sesuatu yang mereka sukai atau minati setiap hari dengan syarat, mestilah dipantau.

ENAM   : Remaja mahukan ibu bapa yang berBANGGA dengan diri mereka. Jangan buat perbandingan antara mereka dengan anak rakan-rakan kita atau rakan mereka sendiri. Motivasikan mereka dengan diri mereka dan lebih telus ,
 “ Kalau kamu tolong Mak, nanti kan dapat pahala, Allah sayang, jadi anak yang soleh…”
BANGGAlah dengan keunikan anak-anak sendiri, TERIMA kelemahan mereka, dan cuba baiki sedikit demi sedikit kelemahan tersebut kerjasama dengan anak-anak.

TUJUH  : Anak remaja mengharapkan ibu bapa TAK BERGADUH DI HADAPAN MEREKA. Terutamanya apabila berkomunikasi dengan anak-anak, elakkan pergaduhan dan pertelingkahan berlaku di hadapannya, kerana mereka tidak suka keadaan tersebut.

LAPAN  : Harapan mereka kepada pandangan dan nasihat ibu bapa tentang sesuatu isu-mereka memerlukannya. Remaja sangat memberi perhatian terhadap respon ibu bapa walaupun kita sering tahu, memang dalam banyak hal, anak-anak remaja tak mendengar, tapi ini tak sepatutnya menimbulkan persepsi kepada remaja dalam hal ini .
Kajian yang pernah dibuat di Amerika berkenaan , “Siapakah yang memberikan pengaruh dalam pendidikan seksual? “
3% sahaja yang mengatakan terpengaruh dengan rakan. Sebanyak 50% mengatakan pengaruh ibu bapa. Ibu bapa yang mencegah lebih besar kesannya daripada ajakan kawan-kawan. Ibu bapa perlu memberikan sedikit pengetahuan kepada mereka tentang hal ini.

SEMBILAN           : Anak-anak remaja mahu ibu bapa faham yang mereka SAYANGkan ibu bapa. Mereka kadang-kadang tak tunjukkan mereka SAYANG ibu bapa dan ada juga antara mereka yang janggal dan kelihatan semakin menjauhkan diri daripada ibu bapa – sebenarnya, mereka sedang membina jati diri mereka. Jadi, ibu bapa tidak perlu berkecil hati dengan hal ini, yang penting, ketika mereka menjauh dari ibu bapa, ibu bapa pula perlulah jaga hubungan baik dengan mereka. (Walaupun kelihatan hubungan itu “ jauh”, tapi biarkan ia jadi “hampir,dekat, dan akrab”. )

Pentingnya : Jaga dan pelihara hubungan, saling memahami, berbual dengan mereka untuk fahami apa yang dilalui anak remaja- bila rapat dan faham anak-anak, barulah boleh menasihati apa yang perlu sesuai keadaan mereka. Biarlah mereka sentiasa merasakan, "saya ada keluarga di saat suka dan duka".

JADILAH TEMAN JUA RAKAN KEPADA ANAK-ANAK TIKA USIANYA MENJANGKAU REMAJA (14 TAHUN HINGGA 21  TAHUN)

Sumber pendengaran daripada : IKIM fm

sangat bagus! Luangkan masa untuk kebaikan!

Saturday, September 14, 2013

PENA 106: September 2013

Red velvet menemani petang Jumaat Barakah

Sebahagian tempat dlam UIAM yang mengalami banjir kilat

kitab utama yang digunakan di  kelas Manahij al Muhaddithin.

Bekalan tenaga dan ingatan menjaga masa. Moga Allah berkati masa kita semua.
Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, Jumaat saiyyidulayyam (penghulu segala hari, tajuk Tingkatan 1, Pendidikan Islam) untuk minggu kedua dalam bulan September.
Ia juga hari kedua saya di UIAM untuk semester 1, 2013/2014.

Bergerak dari KOTA TINGGI pada 11 September memberikan sedikit kelainan.  Ada sedikit bingkisan untuk perjalanan juga ditemani (secara kebetulan, actually taqdir) oleh dua anak saudara kepada abang ipar sulong.

Peliknya malam di dalam bas waktu itu tak begitu menenangkan hati. Boleh jadi juga kerana sudah lama tidak menaiki bas selama bercuti semester dan tak berulang-alik Kuala Lumpur-Kota Tinggi.

Ia tak berhenti di situ. Ketika di dalam kelas petang, jiwa yang dah lama tak menghadiri kelas dalam suasana aman tenang petang hari, permulaan ini merasa mengantukkan dan sangat. Majoriti kelas Manahij al-Muhaddithin sem ini semuanya full time student. Saya seorang sahajalah nampaknya part timer.

Ustaz bercadang menukarkan waktu kelas, sayalah orang terhalang untuk itu. mengikut perancangan, saya mahu dua hari sahaja di UIAM, Khamis dan Jumaat, hal ini demikian kerana saya telah menghantar jadual potongan cuti belajar tanpa gaji ke Bahagian Pendidikan Islam , juga telah selesai urusan agihan dan pertukaran jadual Khamis dan Jumaat ke hari Isnin hingga Rabu. Hati terus menata hal ini sebaiknya. Tetapi, ada juga doa yang dipohon sebelum memulai kelas, sekiranya, ada takdir yang lebih baik yang Allah aturkan, saya akan cuba berjalan sebaiknya sebagai hamba-Nya, sebagai penuntut ilmu sepanjang usia yang Allah pinjamkan.

Ustaz Prof Dr Abullais memberikan kelonggaran untuk saya hadir waktu kali pertama dan terakhir sahaja, selebihnya, ustaz meminta saya menggunakan khidmat Skype untuk berhubung terus dengan beliau secara santai dan bertanya apa yang tak faham sahaja. Ligat dan cuba fikir sebaiknya. Peluang, tapi dari segibertemu muka , mendengar dari mulut syeikh sendiri, menghadiri majlis ilmu, dan pelbagai perkara lain yang diambil kira...

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mengambil masa 4 hari di UIAM, hari pertama perlu saya peruntukkan untuk tesis saya. mungkin ini yang terbaik, sebagaimana yang saya minta sahabat sekerjaya mendoakan agar tesis saya dibuat sehabis baik dan secepat yang boleh. Supervisor saya juga menasihati buat dalam masa terdekat ini agar ia boleh membantu pendidikan hadis di Johor. Ya Robb, yassir li.

Persoalanan tesis timbul di sekolah, ketika saya bersoal jawab dengan ustaz berkaitan isu semasa, survey pengalamannya, pengetahuan am, syariah, kerjaya, tempoh matang kerjaya, profesionalism, dan lain lagi.

Pagi Jumaat saya dan rakan bercadang untuk berurusan di one shop centre PTPTN di KL Sentral.Alhamdulillah, urusan sebahagiannya dapat diselesaikan, cuma tinggal menyerahkan dokumen penting minggu hadapan. Semuanya kerana 20% diskaun sebelum 30 September 2013 jika anda ingin bayar semula secara penuh.

Petang Jumaat, setelah menikmati ayam KFC combo (gembira sangt sebab makan bila dah rasa lapar...), selesaikn urusan dengan Bamk Islam untuk bank draf, pengurusan dengan AMAD UIAM, untuk urusan sahabat saya , Meryam Hafizah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Cuma, tinggal tunggu keputusan bagi penetapan semula pertukaran waktu kelas bagi subjek Qodhoyaa Mua'soroh. Pakat semua nak tukaq waktu....apa hal la ea...Allahua'lam. Saya memohon, moga Allah melapangkan dada semua pihak atas perkara ini, terutamanya saya....


Robbi, ujian kecil ini, jika tak dapat kulepasi, bagaimana untuk aku melepasi ujian yang  lebih besar kelak. Maka janganlah biarkan aku dengan diriku sendiri, walau sekerdip mata,
pimpinlah aku selalu agar aku jadikan setiap ujian jua nikmat adalah tanda ku masih dan sentiasa dalam tarbiah-Mu.


"Dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar" (al-Anfaal:46)

" Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami." (at-Thur: 48)

Yusuf al-Qaradhawi menulis di dalam bukunya , Al-Quran menyuruh kita sabar,
"Barangsiapa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah maka dia akan mampu memikul segala beban penderitaan dan sabar menghadapi semua hal yang tidak menyenangkan. "


status: menantikan penetapan masa yang terbaik. yassir ya, robb.
*menulis pada petang Jumaat dan Sabtu pagi, dalam perjalanan pulang ke Johor.
*Siap siaga untuk menjadi fasilitator di SMA PARIT RAJA pula, juga menjadi guru pengiring.

Thursday, July 11, 2013

PENA 105: UMUR BERAPA SESUAI MENDIDIK ANAK?


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Wahai Tuhan, Bagi-Mu Segala Pujian, Tak Tertanding Pujian kami sebagaimana Engkau Memuji keagungan-Mu

Di sebuah sekolah, kebiasaan anak remaja (moga ia menjadi janggal tidak lama lagi), mereka suka bergurau dengan perkataan dusta, sehinggakan menyakiti sahabat mereka, mereka tak tahu adab dalam bergurau, maka inilah ceritanya, sebelum memulakan topik sebenar di post ini :

Bacaan doa dimulai sebelum PdP. "Pelajar, awak ada impian untuk dapat isteri solehah dan anak-anak yang soleh?" kelas yang terdiri daripada pelajar putra seluruhnya.

pelajar: "ada.."
guru: " Jadi, apa doa yang perlu kita baca?"

2,3 orang sahaja yang bersuara, "Robbana hab lanaa...." yang lain diam.
guru : ok, kita baca sama-sama. kalau tak tahu, cikgu baca, awak ikut.
selesai bacaan, pelajar (C) berkata: "cikgu, itu kan ada dalam Quran?!"
"ya, ada dalam Quran dan digalakkan untuk membacanya"

Pelajar (F) menyatakan pendapatnya, "cikgu, nanti saya dapatlah ea isteri / perempuan solehah, sebab saya kan dah soleh. " sambil trsengih menampakkan susunan giginya.
guru : " iye, betul. tapi, kalau kita rasa dah soleh nak jadi lagi soleh pun lagi bagus" . Guru tersebut tahu benar perangai pelajar (F), tapi, dijawab dengan niat semoga benar-benar anak tersebut menjadi anak yang soleh. Ada keinginan, moga Allah lorongkan mereka kepada kebaikan dan ketaqwaan.

Pelajar-pelajar lelaki tingkatan empat sedang menyiapkan latihan esei setelah selesai sesi pembentangan, dalam mereka menyiapkan tugasan, ada senda gurau dan perbualan mereka yang didengari guru.
Anak-anak pelajar menunjukkan reaksi memerlukan perhatian yang lebih banyak. Jika dilihat dari sudut psikologi, kenapa anak-anak ini berkelakuan sedemikian, ia pasti terkesan dengan didikan mereka di rumah dan pergaulan sekeliling.

Terdapat seorang pelajar di dalam kelas tersebut, boleh dikatakan 'banyak mulut' daripada menyiapkan tugasan;





"Cikgu, Z suka buat begini dan begini, cikgu."
"cikgu, ayah saya ada kereta Mazda"
"cikgu, bla...bla...bla..."
rakan-rakan sekelasnya turut tahu bahawa dia seorang yang suka cakap besar dan berlebih-lebihan apabila berkata-kata. Malah, apabila gurunya memandangnya, tanda tidak menyetujui perbuatannya, dia menambah, : "cikgu, kita ni nak bercakap, kenalah tokok-tambah, biar makin sedap. macam makan nasi, makan lauk, nak kena tambah rencah, biar jadi makin sedap"

terkejut gurunya mendengar penerangan dan analogi pelajar tersebut. lalu gurunya menjawab, " Awak nak tahu tak?" dan diam sejenak untuk memancing perhatian pelajar tadi. sehingga pelajar tersebut dan rakan-rakannya mengambil perhatian untuk mendengar. semua mata tertumpu pada guru mereka. Walaupun jam menunjukkan lagi sepuluh minit masa tamat PdP, guru tersebut cuba menegur anak-anak didiknya selagi masa yang ada.
"nak tau apa, cikgu?"
"Nak tau tak, Nabi s.a.w. tak suka orang suka tokok tambah bila bercakap dan Nabi tak suka orang yang suka mengadu domba."
ada seorang pelajar lain  (A) yang menyampuk, "mengadu? habis, kalau mengadu kat cikgu pasal kes disiplin? tu pun tak boleh?" -"itu perkataan mengadu sahaja, itu lebih digalakkan untuk mengadu."

pelajar (B) turut memberi respon, "mengadu bomba? pergi jumpa bomba tak boleh?" ada nada gurauan yang tak sepatutnya berlaku bila guru bercakap perkara serius. - "simpulan bahasa , peribahasa melayu tak khatam lagi ? tolonglah, cikgu cakap perkara yang serius, tolong beri perhatian."

guru tadi menceritakan bagaimana yang dikatakan mengadu domba. pelajar-pelajar terdiam seolah baru tahu itu perbuatan yang salah. Moga kita dijauhi sikap yang buruk.

" Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba."
Kelihatan pelajar (F) yang ditegur gurunya sibuk mengemas buku dan begnya tetapi ralit berfikir. tak lama, setelah loceng berbunyi, "cikgu, saya minta maaf, kalau ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan, cikgu"- "oh, tak megapa. yang penting, jangan suka menambah-nambah cerita, ya. Nabi tak suka, cikgu pun tak suka."

 ______________________________________________________________________
   

Permulaan yang baik dalam berkeluarga?
Cuba laksanakan, bermula hari pertama pernikahan, biasakan dalam keluarga, membacakan hadith-hadith Nabi s.a.w. . Sikit-sikit, tapi istiqamah.
Yang sudah lama berkeluarga pun boleh mulakan sekarang.
                                                                                                                                                                                                                                             
Apa niat seseorang dalam berkeluarga?
hidup kita untuk redha Allah
Allah, Rasululullah yang utama.
menambah taqwa kepada Allah


Apa yang kita perlu bagi kepada anak-anak?
Kekayaan? tak perlu.
Berilah masa kepada anak-anak. Masa yang sedikit dan berkualiti, belaian kasih-sayang, menasihati, mendengar luahan anak-anak.....

mendidik anak sejak diri kita remaja.
belum berkahwin sudah mendidik, kerana anak-anak itu cerminan diri kita
tatkala pasangan, anak-anak bermasalah, kita cermin semula diri kita, lakukan solat sunat Taubah, mudah-mudahan Allah perbaiki sekelililing kita.

melihat puteri Abu Bakar r.a. , Aisyah r.ha., beliau mampu menjawab persoalan perkahwinan sejak umurnya 10 tahun. Allah... berdoalah kepada Tuhan yang Maha Mendengar, moga kita diberikan kefahaman agama, mengamalkan agama, dan menyampaikan kepada yang lain.

Nabi s.a.w. mendidik puterinya agar lebih kental imannya, di dalam meminta pembantu di rumah, Nabi s.a.w. tak terus memberikan pembantu sebagaimana orang lain yang meminta kepada Nabi, bahkan pesanan agar berzikir Tasbih 33x, Tahmid 33x, Tahlil 33x, Takbir 33x. beliaulah puteri kesayangan Nabi s.a.w. , Fatimah r.a.ha.

Dengan memahami agama, anak-anak boleh survive hidup dengan cemerlang, tanamkan aqidah yang kukuh dalam diri anak-anak, "bila susah di dunia ni, mengadulah pada Allah. minta kepada Allah" ajarkan anak-anak, dan sebelum tu, ayahanda bonda perlulah mendidik diri dahulu, setiap apa kehendak kita, kembalikan diri kepada Allah, solat sunat dua rakaat, kalau tak mampu dan tak sempat sangat berdoalah kepada Allah.

contoh dialog dengan anak-anak kecil yang meminta membuat susu :
"Siapa yang bagi susu ni sedap?"
" Allah yang bagi sedap"

Moga anak-anak tak bertelingkah kerana dunia, bila dia tahu hidup yang hakikatnya adalah akhirat.

Robbi Laa Tazarni Fardan Wa Anta Khairul Waarithiin

Mendidik anak tak terhad waktunya, hingga kita mati sekalipun. Walaupun anak-anak kita melihat mereka sudah capai tahap ilmu yang tinggi, menasihati mereka tiada erti berhenti. Perlu sentiasa.

kita ni mendoakan untuk umat Islam seluruhnya tak?
ada tak kita luangkan masa untuk berdakwah?


Pejamkan mata sebentar, tarik nafas, ingat kembali, "aku ni hidup sementara, semua amalan akan dihitung"

Berdoalah. menangislah di hadapan Allah, :

"jadikanlah kami dan pasangan kami orang yang bertaqwa, menjadi orang yang bertolak-ansur, jadikanlah kami orang yang membantu agama-Mu. Kami mulia kerana Allah yang muliakan kami dengan Islam. Kami yang memerlukan Islam. Islam tak jadi apa-Apa kalau kami tiada. Tapi, kami yang jadi apa-apa jika kami tidak menolong agama Islam. Ya Allah, siapalah kami jika hidup kami hanya nak bergoyang kaki, bantu sibukkan diri kami untuk Islam, hidupkan keluarga kami dengan Islam, hidupkan anak didik dan para pendidik kami dengan Islam , hidupkan masyarakat kami dengan Islam, hidupkan pemimpin kami dengan Islam, hidupkan pentadbiran dan segala komunikasi dengan Islam, muliakan kami dengan rahmat barakah Islam. "


Fokusnya, didiklah diri para ibunda ayahanda sekalipun umur baru melangkah remaja. Kelak kita sendiri tenang melihat kebaikan para cahaya mata asbab kebaikan yang pernah kita pernah tanam sejak kita remaja. mudah-mudahan.


sumber dan diubahsuai daripada :
1. cerita seorang cikgu
2. http://www.pkink.gov.my/v3/index.php/arkib/slot-kerohanian/152-kita-hanya-menumpang/6-mengadu-domba-dosa-besar/303-6-mengadu-domba-dosa-besar.html
3. didikan ibu bapa oleh Ust. Ebit Lew




Tuesday, June 25, 2013

PENA 104: Ijazah Ujian Kehidupan

  Bismillah
wassolatu wassalaamu a'la rasulillah
wa a'la aalihi wa sohbihi waman waalaah...


ujian yang kita hadapi seumpama anak kecil yang baru belajar mendaki sebuah  tangga
lepas sahaja satu ujian...naik ke  satu lagi anak tangga... "yeah berjaya...!!! "
kejap atau lama dalam kita menghadapi ujian itu
terpulang kepada keberjayaan semasa menghadapinya...

apa yang sering terjadi
semasa seseorang menghadapi, dia terasa ujian tersebut sangat payah untuk dihadapi
rasa terbeban
rasa tak mampu
rasa dia seorang sahajalah yang menghadapi ujian paling berat
betapa, setelah seseorang itu melepasi ujiannya,
wah, dengan secara tidak sadar, dia tidak percaya seolah dia berjaya melalui rintangan tersebut
pelbagai tantangn di hadapannya rupanya berjaya dengan cemerlangnya dilalui
Alhamdulillah....

masuk ujian anak tangga seterusnya, kadang situasi pertama tadi berulang... sampailah dia berjaya melalui ujian sulit itu....

begitulah berputaran

manisnya kehidupan seorang mukmin
ujian yang dihadapi dengan redha, dia beroleh ganjaran
nikmat yang disaluti kesyukuran juga dijanjikan ganjaran

jika di dunia terasa perit ujian, tatakala dengan rahmatNya dirasakan secicip nikmat syurga,
maka terlerailah dan luputlah segala kesukaran yang pernah dilalui di dunia dahulu....


Bahkan, mana satu nikmat lagi yang kamu dustakan wahai hamba Tuhan...


" siapa dia untuk mempertikaikan gaji yang anda perolehi? adakah dia alim-ulama'? adakah dia di antara orang yang thiqoh (boleh dipercayai dari segi sikap, kata-kata, peribadi) ?"
 soalan yang bertubi-tubi itu seolah peluru yang keluar dariada pelbagai penjuru. Iskandar terKOMA dengan peluru soalan tersebut. ada benarnya, monolognya. Siapa orang yang mempertikaikan soal pendapatannya. Terang lagi bersuluh, bukan dia melakukan maksiat, bukan dia menjual arak, apatah lagi mensia-siakan waktu kerjanya.

"Ya Saami', dalam aku memenuhi impianku, pasti kumahu jauh daripada fitnah. aku tak pernah meminta akan hadirnya sebuah fitnah di kala aku sedaya upaya berjalan di atas jalan kebenaran.
Ya A'lim, seandainya aku berada di dua persimpangan  yang patut ku pilih hanyalah satu, permudahkanlah urusan yang lebih baik untukku di dunia dan akhirat. tetapi, seandainya, kedua-dua ini memang tercatat untukku, cuma perlukan sedikit tabah, maka aku pohon, tetapkan kakiku, kurniakan tabah dalam hatiku, cukuplah Engkau ya Robb dalam hidupku"
rajut doanya, basah pakaian solatnya dengan air mata, sejadah ungu cair itu menjadi saksi setiap kali air mata pemuda itu tumpah. hanya di hadapan penciptaNya, air matanya sudi bertamu.

"tak usah ambil pusing kata orang sedemikian. mereka lebih suka melihat kita menangis. mereka lebih suka melihat kita salah dalam melakukan apa pun,
 seolah kita pesalah yang di hadapkan ke mahkamah menantikan sebuah hukuman. merekahlah hakim, merekalah peguam, jika diberi izin, mereka juga ingin menjadi Tuhan, menghukumkan sesuatu di tangannya. " suara lembut tapi tegas itu menembusi segenap jiwanya.

sembarangan akhir zaman, ramai yang menjadi penghukum kepada sesuatu. apa yang mereka buat, semua diberi cap jempol, apa yang mereka tak senangi, tak sekepala, ditunjukkan ke bawah jempolnya. akal mendahului segala, kononnya itulah intelektual, kononnya itulah profesional, mereka berbincang sesama sendiri, sehingga ketua yang ada tidak dihiraukan. dua petunjuk ada sebagai hiasan.

"cutinya ke sana ke mari menjeaskan urusan orang lain. malah, tiba-tiba sahaja cuti, ikut suka hati. bila ada dokumen perlu dihantar segera, 3 hari sudah dalam pengetahuannya, esok nak dihantar baru dberitahu kepada kita. bila kita lambat dimarahi, suruh cepat-cepat dan terus mendesak. dan semuanya dikatakan kita yang salah , jika ada apa-apa masalah"

"bagiku mudah saja, orang sebegitu perlu bertemu dengan ruasnya, baru sesuai dan mengena. sekali dikenakan tindakan tatatcara, terdiamlah dia. semua sudah termaktub dalam undang-undang. tinggal kita perlu rujuk dan jalankan.yang ada namanya Ha' Sin Dal , memang hidupnya tak tenteram "

Perbualan dua orang senior Iskandar mempersoalkan etika kerja pekerja di syarikatnya itu rupanya telah membuka aib orang yang sebelum ini pernah mempersoalkan gajinya. " Biarlah urusan gajinya nanti di akhirat kelak dia yang menguruskan, kita tak nak masuk campur", butir bicara itu diamati berkali-kali, dicanang cerita itu ke lantai syarikat. Cerita itu Iskandar tahu dari sahabat karibnya, diherdik dan dihina di belakangnya. Di hadapan Iskandar, mereka berubah muka menjadi sebaik-baik teman.




Friday, June 21, 2013

PENA USTAZAH 2

membaca bahan bacaan motivasi guru dan ibu bapa

semakin mencari dan menggali

banyak sangat kesilap fahaman

dalam menegur dan mendidik

para anak


semoga Allah terus mentarbiah diri ini, dalam muhasabah dan mengislah kan isi dunia ini



IPU jerebu di Kota Tinggi sudah mencecah 313 pagi tadi
semalam, 281...

PPD Pontian sudah mengarahkan cuuti, padahal IPU mereka lebih rendah drp Kota Tinggi. Oh, Kota Tinggi, daerah yang tenang. semoga para guru juga anak didik terus sihat

petang ini juga masih berlangsungnya program motivasi hingga ke Ahad ini.

Tak tahu nak mengkonklusikan apa. Wallahua'lam.

Tuesday, June 18, 2013

PENA USTAZAH 1

Adakah sifir khusus yang digunakan para guru untuk menilai muridnya?

tidak wajar membuat tuduhan bahawa seseorang itu tidak tahu atau tidak mengetahui hanya kerana usianya.

Pesan orang lama jangan dilupa: kecil jngan disangka anak, besar jangan disangka bapa"

 dalam menyampaikan ilmu, berlemah-lembutlah...keran fitrah manusia suka kepada kelembutan.

Sunday, June 9, 2013

PENA 100: DOA TAWAKKAL OLEH UST EBIT LEW

copy paste drp fb ustaz yang dihormati
Teringat doa masa ketika remaja-remaja dulu dan ketika belajar-belajar hidupkan dakwah dan sunnah Nabi SAW. Antara sedikit doanya selain doa Al-Quran dan hadis...ini sedikit rintihan hati seorang remaja yang berdosa..

" Ya Allah bantulah aku dalam pelajaranku. Berilah aku keputusan yang baik. Paling cemerlang dan peroleh A 100 dalam semua subjek. Wahai Allah A 100 tidak boleh beri kejayaan. Hanya kau beri kejayaan. Ya Allah jadikanlah aku anak yang menggembirakan ibubapaku. Ya Allah gunakanlah aku jadi asbab hidayah buat ibubapaku yang ku sayang, adik beradik,,,guru-guruku, kawan-kawanku yang Islam, yang bukan Islam. Jadikan aku asbab mereka yang bukan islam tertarik dengan islam. Jadikanlah asbab pelajaranku manusia datang pada Islam. Sebelum aku tamat pelajaran berilah 100 peratus lelaki di sana jaga solat berjemaah, semua wanita tutup aurat, semua jadikan dakwah kerja mereka dan kau sebagai maksud hidup ini. Jadikanlah setiap usaha dakwah di sini asbab hidayah untuk orang di seluruh dunia datang pada ISLAM.

Ya Allah hantarlah diriku di tempat tiada amalan Islam,dakwah dan sunnah Nabi. Gunakanlah diriku seperti telah kau gunakan orang yang kau sayang..Jadikan aku asbab hidayah di sana. Tapi wahai Allah, aku takut kerana AKU jahat,kotor ,dan berdosa. Aku tidak layak, tapi mendengar kehidupan Nabi SAW dan sahabah membuatkan aku ingin merasai sedikit nikmat seperti yang mereka rasai.

Wahai Allah dunia ini senang sahaja bagimu, jika kau ingin beri tiada siapa boleh halang. Ya Allah mudahkanlah aku sambung pelajaran dan setiap saat dalam hidupku meredhakanmu.

Ya Allah tolonglah aku yang lemah ini. Berilah hidayat untuk semua yang bukan Islam untuk islam. Mereka yang islam bangkitkanlah untuk buat kerja Nabi SAW. ya Allah aku lemah tidak tahan dihina dan diejek.. Ya Allah bukalah mata orang yang menghinaku dan memperlekehkanku kerana sunnah ini.. Ya Allah beri hidayat pada semua orang yang menyokongku dalam dakwah ini.pilih mereka bersamaku.mereka yang menentang juga segerakan hidayah untuk mereka.
Unlike ·  ·  · about an hour ago · 

Saturday, May 11, 2013

PENA 99: Misi Dakwah Keningau Sabah 2012 IRKHSS, UIAM (2)

Salam.
Menyambung cerita yang lalu.
Cabaran kedua:
Perjalanan jauh dari lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah ke Keningau mengambil masa empat jam.
Yang menariknya, teksi di sana bukan menggunakan kereta, tetapi, menggunakan van.
Kebanyakan jarak di antara satu tempat ke satu tempat sangatlah jauh dan jalan yang sangat kecil di samping ada juga jalan yang belum berturap menyebabkan mereka ramai memilih pacuan empat roda.
Salah satu perkara yang saya terfikir ketika di sana, negeri di bawah bayu ini negeri di bawah kelolaan wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional. Tapi, di manakah kemajuan yang ditunjukkan? Mereka selalu kata, negeri termundur adalah negeri Kelantan, tapi, apa yang saya lihat, di sini kehidupannya lebih dahsyat dan serba kekurangan dari pelbagai jenis kemudahan.
Kita berjalan, bermusafir, untuk kita amati perbezaan, menyemai rasa syukur, mengeratkan ukhuwwah, menghirup udara yang masih terjaga....yang utama, kita perlu melihat kebesaran Allah Taala. Di mana sahaja pun dan ceruk mana pun bumi ini, masih ada ruang tempat yang membesarkan pencipta-Nya.

Cabaran ketiga:
Perjalanan tersebut melalui jalan yang berbukit-bukau dan bersimpang siur. Kelihatan, driver teksi ini sudah biasa dan tidak kekok. Pada mulanya, gerun dan takut pun ada, tapi, lama kelamaan sudah biasa sambil berselawat moga Allah mudahkan perjalanan dan menjauhi musibah.
Bermacam gambar dan video yang kami rakamkan terutamanya bila tiba di kaki bukit yang terasa seperti penghawa dingin. Pemandu teksi kami memberi penerangan sedikit sebanyak tentang perjalanan.
Istimewanya teksi yang saya naiki adalah bersama-sama guru setia pengiring kami, Ustazah Dr.Nadzirah Mohd beserta kawan-kawan kelahiran Sabah. Walaupun lahir di sana, tempat yang kami lalui hari itu pun mereka belum pernah pergi.
Siang hari yang nampak terpacak terang matahari menyebabkan perjalanan tersebut disulami tidur-bangun berulangkali.

Istimewa tempat pertama: masjid
Kami berehat sebentar menunggu makanan sampai daripada persatuan pelajar UMS. Mereka sedang menghadapi peperiksaan akhir semester. UIA biasanya memang habis awal dan naik cuti awal, berbeza sedikit daripada ipt yang lain. Azan zuhur menghentikan penantian kami, semua bergegas naik ke bukit masjid. Tinggi dan curam. Nampak gah di atas bukit. Azimah dan Azizah, selaku orang negeri Sabah memberitahu bahawa masjid ini asalnya dahulu gereja. Ada pendakwah yang datang ke situ dan menukarkannya kepada sebuah masjid sekaligus di belakang masjid tersebut terdapat tempat tinggal para pelajar tahfiz lelaki. Dari yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun, lebih kurang begitu...mungkin salah satu langkah untuk mengekalkan status tempat tersebut sebagai rumah ibadah bagi muslimin. SEGALA PUJI BAGI ALLAH SWT.

Setelah semua selesai menunaikan jamak takdim zuhur dan Asar, kami pun menjamu selera di sekitar perhentian dekat dengan masjid di situ.
Perjalanan diteruskan sehingga ....(bersambung)

Monday, April 22, 2013

PENA 98 : Belajar dari perangai, sikap, sifat, pandangan dan semua yang dibina minda manusia


Sikap salah-menyalahi
Cakap belakang
Mengadu domba
Tunjuk baik depan orang atasan
Suka menilai kerja orang lain, kerja sendiri tak terbuat
Suka berleter
Suka mengeluh
Nak perfect, buatlah sendiri
Dalam mesyuarat tak nak bersuara, luar mesyuarat habis kecoh sedunia
Tak thiqoh pada pimpinan
Banyak sangkaan buruk
Sebaran virus dan cerita palsu


Tak mudah percaya akan sikap dan kata-katanya
kini mereka rakan sekerjaku

bagaimana untuk berAKSI sebagai seorang seorang rakan?
pening...



Bila guru baru buat sesuatu dikatanya MENUNJUK-NUNJUK RAJIN
Bila guru baru rapat dengan pimpinan bertanya apa yang tidak tahu dikatanya MEMBODEK PIHAK ATASAN
Bila guru baru bertanya kepada guru berpengalaman dikatanya ITU PUN TAK TAHU
Bila guru baru memberikan idea untuk program kecemerlangan, dikatanya TENGOKLAH TU, CUBA MEMANDAI-MANDAI. BARU SETAHUN JAGUNG DAH NAK TUNJUK HEBAT
Bila guru baru duduk diam diri tak nak join group umpat-mengumpat dikatanya KATAK DI BAWAH TEMPURUNG, TAK MAU BERGAUL, SOMBONG
Bila guru baru bersemangat menyediakan BBM, dikatanya SEKEJAP JE TU, TENGOKLAH NANTI LAMA-LAMA TAK LARAT JUGA
Bila guru baru berpakaian menutup aurat dikatanya, ITULAH TAK FAHAM PEMAKAIAN PROFESION KEGURUAN
Bila ada guru baru yang berpakaian seksi dan kononnya ikut fesyen terkini dikatanya WAH, INILAH TREND dan UPDATED
ada juga yang kata, DIA INGAT DIA SORANG JE BOLEH PAKAI MACAM TU?!
Bila ada guru yang cuba mendisiplinkan pelajar, dikatanya NAK JADI GURU POPULAR LAH TU
Bila ada guru yang mesra pelajar, dikatanya NAK DAPAT ANUGERAH GURU KESAYANGAN PELAJAR LAH TU
Bila ada guru yang bersuara mengingatkan kembali misi visi sekolah dikatanya DIA PUN TAK BUAT< NAK CAKAP KAT KITA
Bila ada guru yang amanah pada kerjaya, dikatanya TAK PAYAHLAH NAK BUAT BETUL-BETUL SANGAT, BUKAN ADA ORANG NAK TENGOK PUN.
Bila ada guru yang mengambil tindakan ke atas kesalahan pelajar dikatanya, BUAT APALAH NAK KERAS SANGAT DENGAN PELAJAR, KEEP N SILENT SUDAH
Bila ada guru yang dapat sambung belajar tingkatkan prestasi, dikatanya, PANDAI LAH TU MEMBODEK . BARU JE MASUK NAK TUNJUK HEBAT.
Bila ada guru yang bercakap tentang ISLAM, dikatanya "DIALAH YANG SEORANG ISLAM, DIA INGAT KITA NI KAFIR AGAKNYA"
Bila ada guru yang buat usrah Badar untuk pelajar sebagaimana kebanyakan sekolah lain juga membuatnya untuk meningkatkan peribadi pelajar dikatanya, BUAT APALAH NAK BANYAKKAN AKTIVITI SANGAT, USRAH TU NAK HASUT PELAJAR LAH TU JANGAN SUKA GURU-GURU YANG TAK BERAPA ISLAM
Bila ada guru yang meminta pelajar solat berjemaah dan pulang lewat sedikit, dikatanya, KASIHAN MAKA AYAH PELAJAR DAH TUNGGU, DIA TAK FIKIR KE?
Bila program yang dijalankan tak minta bantuan mereka, dikatanya, YELAH KITA NI SEKOLAH LAIN, BIARLAH DIA BUAT PROGRAM SENDIRI
Bila diminta bantuan menjadi AJK Program, dikatanya , "TAK SEMPATLAH, CARILAH ORANG LAIN." "BUATLAH, AKU SOKONG JE." "ASYIK AKU JE JADI AJK PROGRAM. "





INI SEMUA PERSEPSI
SAMPAI BILA KITA NAK MENGIKUT RENTAK DAN GENDANG SEBEGINI???


IKUTLAH NALURI DAN FITRAH NURANI
SELAGI ALLAH REDHAI, TERUSKAN
KAT AKHIRAT KELAK, BUKAN MEREKA YANG SERING MEMBANTUTKAN PERJUANGAN INI YANG AKAN MEMBANTU KITA NANTI

ingat. dunia ini sebagai jambatan akhirat


PENA 97 : Santai


Ujian kerjaya

walaupun sudah bekerja, saya tetap ingin menjalani ujian kerjaya. Hari tu dah buat secara online, cuma sekarang buat di hadapan kakak Kaunselor untuk mendapatkan penjelasan dan nak kemukakan soalan. Ujian ini dijalankan di hadapan masjid UIAM di female entrance.

Alhamdulillah, segala persoalan yang timbul rupanya kembali kepada diri sendiri

Soal tak sesuai biah sekarang?
- kerana persepsi saya terhadap apa yang bakal didapati terlalu tinggi

Soal rakan sekerja tak sehaluan, kurang bermotivasi, tak bersungguh-sungguh, sering buat kerja 'bagai melepaskan batuk di tangga'...
-kerana saya sendiri dan seorang yang melihat itulah sebagai keSEMPURNAan. tidak pada pandangan mereka. fahaman saya dan fahaman mereka berbeza. mudah kata, misi dan visi yang tak sehaluan, belum seMATLAMAT

Soal geram pada persepsi orang bawahan yang tak hormat langsung orang atasan
- tak semua mereka faham erti adab dan tak semua mereka mengamalkan. buat apa nak geram, sedangkan mereka tak tahu pun. buang tenaga kita sahaja untuk perkara sedemikian. lain lah pandai nak luahkan dan tegur direct kepada orang yang berkaitan. jadi, be cool... doakan mereka



 Soal tak puas hati dengan tugasan yang diberi tak sesuai dengan kelulusan
-patutnya saya sendiri yang dah sedia dan survey apa yang perlu saya buat. Jika tak setuju daripada awal, kenapa tak tolak daripada awal tawaran? semuanya terpulang kepada saya.
yup, ia menjadikan saya orang yang perlu suka kepada perkara yang dah ada di depan mata

Soal banyak soalan...
-tu semua sebab saya yang tak syukur atau tak optimis?!
- saya perlu tahu bahawa inilah didikan Allah untuk mengenali dan belajar erti pengalaman dalam sebuah kehidupan


Tuesday, March 5, 2013

PENA 96 : Oh negaraku...

Lahad Datu di Sabah sana....
Mula-mulanya satu
Dibiarkan oleh puak-puaknya
Katanya, "orang begitu , tak merbahaya"
nyata kelihatan di tangan mereka bersenjata
itulah pertahanan bagi setengah pendapatnya

Sudah merebak padang jarak ke Labuan jauhnya
hari ini
apa pula sambungan ceritanya
kisah tersirat
tuduhan kepada bekas timbalannya dituduh ke sana
padahal yang memegang tampuk kini juga ke sana
apa motifnya?

pada ahli strategi
dua serampang matanya
pada kebaikan
juga pada keburukan kesannya
sangkaan itu pada keadaan sebegini sudah lumrah pada manusiawi
selagi berita sebenar tak terungkap pada khabar yang benar
selagi itulah pelbagai sangkaan yang dibawa

wang ditabur pada perjanjian bulan bintang selagi ada
untuk tanah yang di sana
seluas itu
musykilnya, apa yang menjentik mereka
berkelakuan sebegitu

















barisan bersenjata dibina
walau cerita-cerita di belakang tak ketahuan
sanggupkah
terkorban banyak nyawa

satu suara ummah
dalam munajatnya
Allah, peliharakan tanah air kami
daripada kejahatan manusia, kejahatan yang tak ternampakkan
hancurkan kezaliman
bantulah kami menegakkan kebaikan dibumi-Mu


Wahai Allah, tunjukkan kami akan kebenaran itu sebagai kebenaran yang mesti kami ikuti
Wahai Allah, tunjukkan kami akan kejahatan itu sebagai kejahatan yang mesti kami jauhi dan hindari.

1153..20130305...02...

PENA 95 : KUBERCERITA

Dengan nama Allah pemula coretan.
berkesempatan kali ini menulis membuahkan rasa syukur yang sangat.
diari dua ribu dua belas telah bertambah subjek cerita kehidupan sebagai seorang guru jua tak ketinggalan kehidupan seorang pelajar masih diteruskan.
cuma bertambah langkahan perjalanan setiap minggu, kos juga bertambah, pemikiran meningkat meternya, kerja semakin deras.
pembuktian kata-kata Imam as-Syafie; 6perkara yang dituntut pada Penimba Ilmu- 1) zaka' 2) hirs 3) ijtihad 4) rughbah 5)bulghah 6)tuul zaman ....
sebegitulah yang diingatnya. ternyata pada belakang buku tulis sekolah Menengah Agama (ARAB) Kota Tinggi... tak ketinggalan juga pada buku-buku tulis sekolah agama negeri Johor yang lainnya.
Ini juga mengingatkanku pada baris kata seorang syeikh bahawa "penuntut ilmu hadis, miskin yang menjemputnya berbeza pada seorang penuntut ilmu fiqh mereka disaji pada kekayaan" simboliknya pada bagaimana perjalanan menuntut ilmu di antara dua penuntut ilmu.

Apa pun jua Allah yang membantu segala gerak-geriku
Jika dilihat luaran qudrat seorang wanita, sebenarnya aku tak terdaya...
Maha suci Allah yang memberikan kekuatan
untuk terus bergerak
capai impian kucuba semampunya
tahan telinga mendengar leteran juga kata nista
arghh..pelbagai ranjaunya bagi aku pemudi yang baru melangkah ke alam kerjaya
aku berterima kasih pada pengalaman lalu
workload pada kuliah dan aktiviti persatuan terdahulu banyak mengajariku erti pengurusan yang baik.
ya, pasti tak semua hati insan sekeliling kita dapat penuhi
pasti semua kerja tak dapat kita siapkan dalam satu masa
tetapi, kerana pandai mengurus, yang perlu dihantar dan dibaiki aku awlakan.
mana yang kurang penting, sambil dalam musafir kusiapkan

Saksi air mata di sepanjang umur ke-dua puluh tiga. Sungguh, walau kepada alam raya kucerita, semua tak bisa mengubah sejarah yang lalu. Pada Empunya Alam kucerita, tiada dapat diluah dengan kata-kata. aku masih mencari.

pada saudara yang membantu saat susah-senangku
pada guru-guru yang memahami silangan impian dan amanah
pada hasad yang menyelubungi qalbu yang tak disedari
hai diri yang masih bersatu jasad dengan rohnya,
 jemputlah kasih sayang pada setiap pandangan
buanglah hasad dengki jauh ke lubang sampah kebobrokan
kesempurnaan yang dicari takkan kaujumpa
melainkan kauredha atas usaha natijah kendiannya
percayakan qada' qadarnya itulah kuncinya

Walau empunya diri
punya semangat optimis pada kehidupan
jika ruang udaranya menyumbatkan bau busuk tak menyihatkan
pasti yang satu terkesan kesihatannya
batuk-batuk mulai kelihatan, demam panas semakin terasa
virus berterbangan merebak
pemeriksaan kesihatan cuba ditingkatkan
kembalikan yang pakar di dalamnya
doktornya , DIA.

11.34....masih jumpakah esok,wahai mentari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...