SATU :Masa dah
berubah, maka, cabaran yang mereka hadapi juga berbeza daripada apa yang ibu bapa
telah hadapi sebelum ini. Mereka mahu ibu bapa tahu tentang cabaran yang mereka
hadapi.
DUA : Bantu
mereka menangani stress (tekanan) terhadap masalah di sekolah, dengan rakan
sebaya, masalah remaja, dan lain-lain. Banyak rungutan ibu bapa berkenaan , “
remaja kini mudah sangat terkesan dengan rakan sebaya.”
Tahukah ibu bapa bahawa anak-anak mengambil tindakan demikian
kerana mereka tidak pandai atau tidak belajar untuk mengatakan ‘tidak’ (SAY NO!
) kepada ajakan rakan-rakan ???
TIGA : Mereka mahu
rasakan lebih bertanggungjawab kerana mereka mahukan kepercayaan ibu bapa.
Apabila dapat kepercayaan , maka, mereka rasa dihargai.
Contoh : Ibu bapa memberikan seikit tanggungjawab dan
dipantau. Sekiranya dilihat mereka mampu membawa tanggungjawab tersebut,
teruskan dengan memberi tanggungjawab yang lebih besar disertai pantauan dan
nasihat kepada mereka.
Itulah harapan anak-anak kepada ibu bapa sebenarnya,
walaupun sering ibu bapa melihat mereka seperti tidak mampu , tapi cuba
usahakan perkara ini. Mereka mahu diberi kepercayaan.
EMPAT : Anak yang baik
pun ada saatnya melakukan kesilapan. Hal ini kerana, mereka juga mempunyai
sikap suka mencuba benda baru sama ada baik atau pun tidak. Anak yang baik jika
mereka melakukan kesilapan, jangan terus melabel mereka sebagai ‘JAHAT’ ,
padahal banyak lagi kebaikan yang mereka lakukan sebelum ini.
LIMA : Berikan masa
berehat untuk mereka kerana mereka juga ada tekanan yang dihadapi sama ada di
sekolah, bersama rakan sebaya, dan lain-lain. Benarkan mereka buat sesuatu yang
mereka sukai atau minati setiap hari dengan syarat, mestilah dipantau.
ENAM : Remaja mahukan
ibu bapa yang berBANGGA dengan diri mereka. Jangan buat perbandingan antara
mereka dengan anak rakan-rakan kita atau rakan mereka sendiri. Motivasikan
mereka dengan diri mereka dan lebih telus ,
“ Kalau kamu tolong
Mak, nanti kan dapat pahala, Allah sayang, jadi anak yang soleh…”
BANGGAlah dengan keunikan anak-anak sendiri, TERIMA
kelemahan mereka, dan cuba baiki sedikit demi sedikit kelemahan tersebut
kerjasama dengan anak-anak.
TUJUH : Anak remaja
mengharapkan ibu bapa TAK BERGADUH DI HADAPAN MEREKA. Terutamanya apabila
berkomunikasi dengan anak-anak, elakkan pergaduhan dan pertelingkahan berlaku
di hadapannya, kerana mereka tidak suka keadaan tersebut.
LAPAN : Harapan mereka
kepada pandangan dan nasihat ibu bapa tentang sesuatu isu-mereka memerlukannya. Remaja sangat memberi
perhatian terhadap respon ibu bapa walaupun kita sering tahu, memang dalam
banyak hal, anak-anak remaja tak mendengar, tapi ini tak sepatutnya menimbulkan
persepsi kepada remaja dalam hal ini .
Kajian yang pernah dibuat di Amerika berkenaan , “Siapakah
yang memberikan pengaruh dalam pendidikan seksual? “
3% sahaja yang mengatakan terpengaruh dengan rakan. Sebanyak
50% mengatakan pengaruh ibu bapa. Ibu bapa yang mencegah lebih besar kesannya
daripada ajakan kawan-kawan. Ibu bapa perlu memberikan sedikit pengetahuan
kepada mereka tentang hal ini.
SEMBILAN :
Anak-anak remaja mahu ibu bapa faham yang mereka SAYANGkan ibu bapa. Mereka
kadang-kadang tak tunjukkan mereka SAYANG ibu bapa dan ada juga antara mereka
yang janggal dan kelihatan semakin menjauhkan diri daripada ibu bapa –
sebenarnya, mereka sedang membina jati diri mereka. Jadi, ibu bapa tidak perlu
berkecil hati dengan hal ini, yang penting, ketika mereka menjauh dari ibu
bapa, ibu bapa pula perlulah jaga hubungan baik dengan mereka. (Walaupun
kelihatan hubungan itu “ jauh”, tapi biarkan ia jadi “hampir,dekat, dan akrab”. )
Pentingnya : Jaga dan pelihara hubungan, saling memahami,
berbual dengan mereka untuk fahami apa yang dilalui anak remaja- bila rapat dan faham anak-anak, barulah boleh menasihati apa yang perlu sesuai keadaan mereka. Biarlah mereka sentiasa merasakan, "saya ada keluarga di saat suka dan duka".
JADILAH TEMAN JUA RAKAN KEPADA ANAK-ANAK TIKA USIANYA
MENJANGKAU REMAJA (14 TAHUN HINGGA 21 TAHUN)
Sumber pendengaran daripada : IKIM fm
sangat bagus! Luangkan masa untuk kebaikan!
No comments:
Post a Comment
berbicara di sini..