AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, September 21, 2013

PENA 108: Bagaimana mahu langsaikan hutang PTPTN sekaligus atau sekelepuk?



Coretan ini kumulakan dengan kalam pujian buat Allah Taala, Alhamdulillah, memang tiada pujian yang dapat menandingi pujian-Nya buat-Nya sendiri . Maha suci Allah.

Selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w. juga keluarga baginda, para sahabat yang mulia lagi dijanjikan syurga di sana.

Alhamdulillah , semalam pada jam 10 pagi di KL SENTRAL- One stop center PTPTN, hujansakinah dapat menghantar dokumen bank deraf kepada PTPTN sebagai melangsaikan hutang PTPTN secara sekaligus.

Bagaimana saya dapat selesaikan hutang segera?

Saya , jika dilihat lebih banyak menggunakan wang setiap bulan kerana saya masih menyambung belajar di peringkat Sarjana (Part Timer Student) secara berulang-alik setiap minggu.

Perbelanjaan bulanan saya dari segi :

Tambang bas Kuala Lumpur -Kota Tinggi           RM35 x 8kali pergi balik = RM280.00
Tambang LRT dan bas ke UIAM                             RM5 x 8kali                      = RM40.00
Makan , sampingan dan runcit                               RM20 x 2hari x 8kali   = RM320.00

Jumlah normal   = RM 640.00

selalu sediakan RM100 untuk satu perjalanan pergi. (RM400 untuk perjalanan sebulan)

Perbelanjaan Satu semester ulang-alik :
RM800.00 x 4 bulan   (1Sem)               = RM3,200.00
Yuran satu semester (2 subjek)          = RM  820/1090.00
Jumlah                                                      = RM4290.00 +/-


                              ..............................................................................................

Kalau diikutkan gaji , ia jatuh kepada negatif dalam perbelanjaan . RM800 sebulan duit perbelanjaan, RM100/150  bilik sewa, RM50 duit menumpang kenderaan, duit infak, duit nafkah, makan dan minum di sekolah biasanya saya cukup-cukupkan, adakalanya saya bawa bekalan ke sekolah, dan lebih mudah berpuasa.

Alhamdulillah , saya bersyukur, dengan perut yang sering tak berselera makan memudahkan saya membuat penjimatan dalam urusan makanan juga lebih mudah diurus jika berpuasa kerana terlalu sibuk dalam urusan pekerjaan. Lagi-lagi mengejar deadline untuk minit mesyuarat yang perlu disiapkan (walaupaun sering saya tak berada dalam mesyuarat kerana Isnin da Selasa saya di UIA), 3 hari sahaja masa PDP saya untuk habiskan 5 hari PDP sebenar, dan lain-lain lagi .

Titik jua nokhtahnya :
Bayaran PTPTN itu bukanlah duit simpanan belajar atau lain-lain.


Semuanya berkat doa berterusan, usaha, dan yakin

Dahulunya, saya mengambil Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional ini disebabkan :

1. salah faham- kami fikir ia satu kewajipan pelajar yang nak masuk ke IPTA perlu menyenaraikan nama ke sini. (hal ini kerana kekurangan info dan sekadar dengar cakap-cakap orang)

2. Mak abah , keluarga juga kurang dari segi bantuan ribuan (belanja besar)) belajar setiap semester ini.Bantu sikit-sikit boleh la. Mereka pun ramai anak kecil.

3. Tak tahu dari segi hukum pinjaman bagaimana, melainkan setelah mempelajari ilmu "Madkhal ila Fiqh" Ust. Rumaizi , juga mengikuti kuliah petang jam 5.00 " Fiqh Mua'soroh" yang disampaikan oleh Ust Ruzaimi ,dianjurkan Ma'ruf Club pada tahun tersebut (2008-2009) serta update berkenaan Hukum PTPTN dan penyelesaiannya.


Pernah disua pelbagai cara

Terjadi pada tahun 2009, ada seorang sister memperkenalkan MAA Takaful kepada saya dan rakan-rakan. Penjelasan berkenaannya memang menarik. 
Perkara tersebut saya panjangkan kepada seorang brother yang dikenali dan faham berkenaan takaful. Menurut beliau dan setakat yang difahami, beliau tidak menggalakkan. Beliau merupakan senior kami di UIAM.

Saya menghormati pandangan beliau yang sudah mengkaji dalam hal ini, berbanding saya yang tidak tahu langsung tentang takaful dan sebagainya.

Ada juga yang mencadangkan mengambil pinjaman Yayasan Pelajaran Johor setelah menamatkan pinjaman dengan PTPTN. Setakat yang diketahui, urusan YPJ juga lambat. Wallahua'lam. Saya juga fikir, jika terlalu banyak pihak yang dipinjam, sukar pula untuk berurusan itu dan ini. Pemikiran saya yang cetek dan belum terbuka tentang dunia pinjam-meminjam. 

JPA dan permohonannya. Akibat terkandas di CELPAD (kelas bahasa di UIAM) selama satu semester, permohonan untuk biasiswa JPA banyak kesulitan atau saya sendiri yang tidak melengkapkan keperluan maklumat atau memang hakikatnya bukan rezeki... tapi, saya tak ingat kenapa. Saya selalu berdoa, moga apa yang menjadi rezeki saya, semoga ia dimudahkan walau sesukar macam manapun.

Akhirnya, sejak semester satu hingga tamat semester akhir Jun 2012, saya menggunakan PTPTN.

Tahun kedua di UIAM sudah berkira-kira untuk mencari inisiatif membayar hutang tersebut. Tapi, bagaimana? sejak dari itu saya berdoa dan teruskan berdoa. Memang tak senang juga hidup belajar, tapi meminjam dan memikirkan perlu membayar selepas tamat belajar tanpa ada simpanan khas untuk itu.

Saya hanya insan kerdil, ujian untuk saya lebih banyak belajar tentang doa, dan mungkin ini salah satu doa yang diperkenankan, juga saya pernah meminta emak mendoakan untuk ini...

Jika tak bermasalah saya mahu kongsikan details doa yang saya pohonkan;

(doa kepada Allah perlu details -pesan seorang ustaz . Memang Allah Maha Tahu, tapi, mengakulah ketidak mampuan kita di mana, dan bagaimana yang kita harapkan Allah bantu...)

Sewaktu doa itu dipanjatkan, saya terkesan dengan suasana dalam kalangan penuntut IPT waktu itu (sampai sekarang sebanrnya ) yang seringkali memberontak mempersoalkan "  di manakah kebajikan pelajar di pertahankan? kenapa perlunya ada PTPTN bukan biasiswa? dan macam-macam lagi forum, kuliah, diskusi status PTPTN dll"
 

 Doa seorang hamba Allah :
"Ya Allah,
aku geram dengan sistem PTPTN. Mana yang kata pemerintah bantu rakyat. Mana pemerintah yang menjadi macam Saidina Umar yang menangis tatakala melihat rakyatnya kelaparan...padahal kami orang yang menuntut ilmu, tapi status kami adalah berhutang kepada negara.
Ya Allah,
Banyak urusan yang aku tak faham tentang ujrah , tentang riba' tentang pengurusan yang terlalu mengambil banyak duit perkhidmatan... aku lemah tentang ini. Jika ia berkaitan riba' , padahal aku tahu, orang yang mengambil juga memberikan riba' adalah golongan yang meyuarakan untuk BERPERANG dengan-Mu juga Rasul-Mu. Aku tak mahu menjadi kalangan orang demikian, maka, bantulah aku untuk jauh dari terjebak perkara yang KAU MURKAI . Ya Allah, jika memang PTPTN itu wajib ke atasku untuk membayarnya, maka bantulah aku untuk membayar sekelepuk habis, setakat yang aku faham kalau makin lambat bayar, maka makin bertambah bunganya...lagi lah kaya mereka dengan riba' ya Allah. aku tak faham pasal ni.
Ya Allah, andai PTPTN ni tak perlu bayar, katanya, kalau PR naik maka akan jadi biasiswa, seandainya PR naik dan kami terlepas dari membayarnya, maka permudahkanlah ia buat kami. Jika tidak , maka bantu lah kami membayarnya. Ya Allah, bantulah. Mak abah tak de duit banyak tu, akak abang ada keperluan pada duit mereka, aku sendiri tak de duit untuk tu. Bantulah aku nak bayar sekelepuk, sekurang-kurangnya, aku tak bantu mereka dengan riba' semampu ku. aku masih belajar dan nak faham apa tu riba' , ujrah tawaran mereka kononnya, dan apa lagi yang mereka putar belitkan. Ya Allah tunjukkan aku jalan yang benar. Wahai Allah, perkenankanlah "

Bagi saya yang memang mengaku tak faham lagi sistem PTPTN walaupun baca dan cuba memahami, tapi, jadi tak faham sebab GERAM sangat, lagi-lagi saya hanyalah orang marhaen berbanding mereka yang ada kuasa di dunia. Saya fikir, saya ada Allah untuk Menguasai segala hal dunia dan akhirat saya .

Tamat pengajian dan peperiksaan di UIAM, saya diminta ustazah Aishah untuk membantu sekolah lama SMAKT menjadi warden puteri, saya fikir waktu itu hanyalah mengisi masa kosong saya sementara menantikan jawapan tawaran belajar di Peringkat Sarjana UIAM sebelum September 2012. Mengikut perancangan asal, saya ingin belajar secara full time, tamatkan dalam tempoh 2 tahun barulah berkerjaya. Tapi, takdir Allah menentukan segalanya.

Sebenarnya memohon juga untuk menjadi guru ganti kerana terdengar ada kekosongan Julai-September Guru yang Bersalin. Jadi tempoh berada di sana menjadikan saya ada dua pekerjaan. Bagi fresh graduate yang langsung tiada duit mungkin nampak ia suatu rahmat yang besar. Saya juga belajar menjadi hamba yang bersyukur. Kerana, tinggal di asrama menjadikan saya jimat gunakan wang dari segi tambang ke rumah tiada, makanan tiap hari makan di kantin asrama, bil elektrik dan air ditanggung sekolah. Apa lagi nikmat yang saya tak nampak????

Setelah beberapa bulan di sana, ada pula tawaran menjadi guru di SMAKT sebelum penyertaan Sekolah Menengah Agama (SMA) di negeri Johor ke SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerjaaan). Sewaktu itu ada empat kekosongan. Saya juga pernah tawarkan kepada rakan-rakan lain. Nampaknya hambar dan mereka tak berminat. Tetapi, setelah kekosongan diisi, ramai pula yang bertanya.

Dalam tempoh saya masuk ke alam kerjaya, ramai yang mengatakan kami guru baru beruntung kerana kelak sekolah tergolong dalam sekolah SABK. Saya memegang prinsip : selagi tiada hitam putih, tak jelas sesuatu perkara, saya sekadar boleh dengar dan ....entah. Saya hanya menyerahkan diri kepada Allah . Yang sering mereka sebutkan adalah berkaitan gaji. Saya tak faham. "Ya Allah, memang tak faham maksud mereka walaupun cuba difahamkan". Maaf lah, mungkin saya "lambat" untuk hal-hal ini.

Sehingga masuk ke pengalaman bekerja  bulan kedua belas, hampir setahun, maka , dapat lah pulangan duit permulaan bermula RM1,500. Saya menerimanya dan terfikir mungkin ada orang tersalah masukkan duit. ada ura-ura tentangnya, tapi saya juga menjadi 'tak faham' tentang itu. Bulan seterusnya perlu menandatangani banyak memorandum dan memberikan salinan kesihatan , sijil yang pelbagai....beberapa kali untuk itu....akhirnya semua guru yang terlibat perjanjian dengan KPM menerima duit gaji tunggakan beberapa jumlah... di antara RM 10,000 hingga RM25,000. Saya berada di tengah-tengah.

Niat saya sebelum memegang duit tersebut adalah :

a) Jika PR naik tak perlu bayar PTPTN, jadi masukkan terus untuk persediaan haji dan umrah. Selebihnya untuk keluarga

b) Jika tiada rezeki PR, saya perlu langsaikan hutang PTPTN walaupun waktu itu saya tak tahu berapa banyak hutang yang ditangguhkan.

Saya terus memindahkan wang tersebut ke akaun Tabung Haji (kerana agak sukar sedikit untuk pengeluaran di mana-mana ATM). Saya juga memohon kepada Allah agar saya tak tergunakan wang tersebut ke tempat lain, sekiranya memang takdir Allah memang saya perlu langsaikan hutang ini.

Beberapa bulan selepas itu , baru saya menerima surat drp PTPTN kenyataan jumlah hutang saya, walapun sebenarnya pengesahan yang saya minta adalah sejak Januari lagi untuk maklumat tersebut. Boleh la, daripada tak dapat maklumat langsung. Tapi, boleh kata, SANGAT LEWAT pengurusannya.
Saya juga memberitahu kepada Emak tentang ke mana hala tuju duit tersebut. Saya ceritakan, ada kalangan rakan guru yang memberikan duit tersebut kepada keluarga , beli kereta baru, belanja kahwin, beli rumah, investment lain, dan ada yang guna untuk perkara lain... Langkah yang saya ambil ini diberitahu kepada Emak bahawa, nama Mak sahaja sekarang sebagai Pewaris PTPTN. Abah adalah penjamin pertama dan telah meninggal dunia. Saya mengatakan kepada Emak, jika saya meninggal dunia (kerana kita tak tahu, bila Allah tarik nyawa kita), nanti Mak yang terpaksa langsaikan hutang ni. Padahal, kalau sekarang saya mampu bayar, kenapa saya tak selesaikan...? Emak mendengar dan menyetujui tindakan saya. Saya tak mahu mak berkecil hati untuk hal ini. Kalau diikutkan, Mak harapkan saya membeli kereta dahulu. Tapi, setelah mendapat maklumat bayaran, saya jadi tak keruan. Jadi, saya mengatakan, in sha Allah, jika ada rezeki, bila-bila sahaj Allah boleh beri kereta atau apa yang Allah nak bagi. Jadi, mak ok, saya pun jalan...

Alhamdulillah, duit tersebut telah digunakan untuk membayar hutang PTPTN.
Selepas ini, duit saya mungkin akan dipotong untuk membayar hutang yang tak melibatkan bunga, iaitu hutang kepada Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) dan juga insurans serta simpanan haji saya. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah. Saya masih belajar menguruskan kehidupan ini.

Saya mengajar subjek Perdagangan, Tajuk terakhir Tingkatan Empat berkaitan Pelaburan sangat memberikan kesan kepada saya. Sebagai seorang muslim, kita sepatutnya menjadi kaya bukan sekadar untuk diri sendiri malah ada matlamat nak bantu muslim dan manusia yang lain.

" Bagaimana kita ingin membantu jika kita tiada apa-apa???"

-------------


__________________________


Bayaran pelajaran asal adalah RM22,000. Bayaran perkhidmatan adalah bertambah RM4,000. Bayangkan!

Semua setelah potongan daripada diskaun 20% daripada RM26,000 (menolak RM5,200) bayaran asal.
RM20,800 saya pulangkan kepada PTPTN, Caj kepada deraf bank Bank Islam (BIMB) sebanyak RM2.15 .

Sentap!!!

Ya, pengalaman saya lalui ini mungkin sedikit berbeza daripada sahabat yang lain. Walau apa pun, saya yakin, jika punya niat untuk melangsaikan hutang, in Sha Allah, Allah akan temukan kita dengan jalan yang betul .

Mohon maaf, jika teknik saya jauh benar dan dianggap salah langkah bagi yang hebat dalam dunia pengurusan kewangan.
Saya cuma fikir, jika saya mati dan saya menjadi orang yang meninggal dunia dalam keadaan tak selesai hutang. Lagi-lagi ilmu yang saya pelajari adalah ilmu-Nya -entah , kita dikira berhutang atau tidak kepada negara, duhai penuntut ilmu ?

Alhamdulillah, segala duit pengajian di peringkat Sarjana kini sepenuhnya menggunakan duit gaji bulanan sejak September 2012 di samping dapat membeli aset impian sama ada untuk belajar atau untuk mengajar. Semuanya saya minta kepada Allah. Saya juga meminta kepada Emak, guru-guru juga orang terdekat mendoakan impian saya. Saya yakin kuasa doa . Saya minta menjauhkan daripada sesuatu jika ia lebih banyak mudharat kepada diri dan masyarakat.

2012 impian memiliki Samsung Galaxy Tab 7.0= Allah berikan Samsung Galaxy Tab 2 10.1. Alhamdulillah. Kak JIe Nadzirah yang temankan pilih Tab kat Low Yat sana..

2013 impian nak mudahkan PDP dengan guna projektor sendiri = Allah berikan Projektor Acer mini (boleh juga untuk versi 3D) terima kasih kepada abang ipar, Fuad, yang membantu mencarikan untuk ini.

Alhamdulillah, pelajar juga lebih memahami.
In sha Allah, untuk impian seterusnya, semoga segala yang memudahkan urusan ke jalan Allah, saya mendapatkannya , memanfaatkannya, juga korbankan segalanya demi Allah, Cinta Utama. Allah bantu hamba-Mu.

Ustaz-Ustazah pesan: setiap material yang ada pada kita, infakkan ke jalan Allah. Setiap barang ada ajalnya. Gunakan semaksimum mungkin untuk kebajikan, Islam dan kepada Allah.
Pasti Berbaloi!!!


Moga bermanfaat buat semua.


Tips lain :

* Gunakan kewangan di bawah kemampuan
* fokus pada barang impian yang menjadi keperluan
* elakkan penukaran telefon bimbit pintar/bijak/ apa yang dilihat tak perlu
* sedaya upaya sediakan duit yang ada untuk infak
* pastikan duit sengkek macam mana pun ada nafkah untuk ibu bapa
* yakin rezeki daripada Allah
* penuntut ilmu, pasti sahaja ada rezekinya jika niat benar menuntut ilmu kerana-Nya

Allah, bersihkan dan kembalikan pada niat sebenar kami menjadi hamba di muka bumi-Mu ini.

----> Semoga Semua Yang Membaca mendapat manfaat walau sekelumit.
Semoga Semua yang Berhutang dapat melangsaikan hutang
Semoga Semua yang Berusaha ke arah hidup lebih berjaya akan mencapai impian tersebut.


Semoga kita ditempatkan di sisi ALLAH yang Dipandang Allah dengan pandangan istimewa. Amin.

Segala yang baik daripada ALLAh. dan saya memohon keampunan kepada ALLAH atas segala kekurangan yang ada dan lahir dari diri saya sendiri .

Wassalam.

Baca laman web ini juga dapat membantu:

http://www.akpk.org.my/my/
http://www.mohdzulkifli.com/

tamat menulis 5.18pm di Mahallah Asma' UIAM
esok pagi kelas Manahij al-Muhaddithin


Ubahsuai , 5.33pm, on the highway, Kl-Kota Tinggi. 22 Sept 2013.







PENA 107 : 9 PERKARA YANG DIHARAPKAN ANAK REMAJA KEPADA IBU BAPA




SATU     :Masa dah berubah, maka, cabaran yang mereka hadapi juga berbeza daripada apa yang ibu bapa telah hadapi sebelum ini. Mereka mahu ibu bapa tahu tentang cabaran yang mereka hadapi.

DUA       : Bantu mereka menangani stress (tekanan) terhadap masalah di sekolah, dengan rakan sebaya, masalah remaja, dan lain-lain. Banyak rungutan ibu bapa berkenaan , “ remaja kini mudah sangat terkesan dengan rakan sebaya.”
Tahukah ibu bapa bahawa anak-anak mengambil tindakan demikian kerana mereka tidak pandai atau tidak belajar untuk mengatakan ‘tidak’ (SAY NO! ) kepada ajakan rakan-rakan ???

TIGA      : Mereka mahu rasakan lebih bertanggungjawab kerana mereka mahukan kepercayaan ibu bapa. Apabila dapat kepercayaan , maka, mereka rasa dihargai.
Contoh : Ibu bapa memberikan seikit tanggungjawab dan dipantau. Sekiranya dilihat mereka mampu membawa tanggungjawab tersebut, teruskan dengan memberi tanggungjawab yang lebih besar disertai pantauan dan nasihat kepada mereka.
Itulah harapan anak-anak kepada ibu bapa sebenarnya, walaupun sering ibu bapa melihat mereka seperti tidak mampu , tapi cuba usahakan perkara ini. Mereka mahu diberi kepercayaan.

EMPAT : Anak yang baik pun ada saatnya melakukan kesilapan. Hal ini kerana, mereka juga mempunyai sikap suka mencuba benda baru sama ada baik atau pun tidak. Anak yang baik jika mereka melakukan kesilapan, jangan terus melabel mereka sebagai ‘JAHAT’ , padahal banyak lagi kebaikan yang mereka lakukan sebelum ini.

LIMA     : Berikan masa berehat untuk mereka kerana mereka juga ada tekanan yang dihadapi sama ada di sekolah, bersama rakan sebaya, dan lain-lain. Benarkan mereka buat sesuatu yang mereka sukai atau minati setiap hari dengan syarat, mestilah dipantau.

ENAM   : Remaja mahukan ibu bapa yang berBANGGA dengan diri mereka. Jangan buat perbandingan antara mereka dengan anak rakan-rakan kita atau rakan mereka sendiri. Motivasikan mereka dengan diri mereka dan lebih telus ,
 “ Kalau kamu tolong Mak, nanti kan dapat pahala, Allah sayang, jadi anak yang soleh…”
BANGGAlah dengan keunikan anak-anak sendiri, TERIMA kelemahan mereka, dan cuba baiki sedikit demi sedikit kelemahan tersebut kerjasama dengan anak-anak.

TUJUH  : Anak remaja mengharapkan ibu bapa TAK BERGADUH DI HADAPAN MEREKA. Terutamanya apabila berkomunikasi dengan anak-anak, elakkan pergaduhan dan pertelingkahan berlaku di hadapannya, kerana mereka tidak suka keadaan tersebut.

LAPAN  : Harapan mereka kepada pandangan dan nasihat ibu bapa tentang sesuatu isu-mereka memerlukannya. Remaja sangat memberi perhatian terhadap respon ibu bapa walaupun kita sering tahu, memang dalam banyak hal, anak-anak remaja tak mendengar, tapi ini tak sepatutnya menimbulkan persepsi kepada remaja dalam hal ini .
Kajian yang pernah dibuat di Amerika berkenaan , “Siapakah yang memberikan pengaruh dalam pendidikan seksual? “
3% sahaja yang mengatakan terpengaruh dengan rakan. Sebanyak 50% mengatakan pengaruh ibu bapa. Ibu bapa yang mencegah lebih besar kesannya daripada ajakan kawan-kawan. Ibu bapa perlu memberikan sedikit pengetahuan kepada mereka tentang hal ini.

SEMBILAN           : Anak-anak remaja mahu ibu bapa faham yang mereka SAYANGkan ibu bapa. Mereka kadang-kadang tak tunjukkan mereka SAYANG ibu bapa dan ada juga antara mereka yang janggal dan kelihatan semakin menjauhkan diri daripada ibu bapa – sebenarnya, mereka sedang membina jati diri mereka. Jadi, ibu bapa tidak perlu berkecil hati dengan hal ini, yang penting, ketika mereka menjauh dari ibu bapa, ibu bapa pula perlulah jaga hubungan baik dengan mereka. (Walaupun kelihatan hubungan itu “ jauh”, tapi biarkan ia jadi “hampir,dekat, dan akrab”. )

Pentingnya : Jaga dan pelihara hubungan, saling memahami, berbual dengan mereka untuk fahami apa yang dilalui anak remaja- bila rapat dan faham anak-anak, barulah boleh menasihati apa yang perlu sesuai keadaan mereka. Biarlah mereka sentiasa merasakan, "saya ada keluarga di saat suka dan duka".

JADILAH TEMAN JUA RAKAN KEPADA ANAK-ANAK TIKA USIANYA MENJANGKAU REMAJA (14 TAHUN HINGGA 21  TAHUN)

Sumber pendengaran daripada : IKIM fm

sangat bagus! Luangkan masa untuk kebaikan!

Saturday, September 14, 2013

PENA 106: September 2013

Red velvet menemani petang Jumaat Barakah

Sebahagian tempat dlam UIAM yang mengalami banjir kilat

kitab utama yang digunakan di  kelas Manahij al Muhaddithin.

Bekalan tenaga dan ingatan menjaga masa. Moga Allah berkati masa kita semua.
Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, Jumaat saiyyidulayyam (penghulu segala hari, tajuk Tingkatan 1, Pendidikan Islam) untuk minggu kedua dalam bulan September.
Ia juga hari kedua saya di UIAM untuk semester 1, 2013/2014.

Bergerak dari KOTA TINGGI pada 11 September memberikan sedikit kelainan.  Ada sedikit bingkisan untuk perjalanan juga ditemani (secara kebetulan, actually taqdir) oleh dua anak saudara kepada abang ipar sulong.

Peliknya malam di dalam bas waktu itu tak begitu menenangkan hati. Boleh jadi juga kerana sudah lama tidak menaiki bas selama bercuti semester dan tak berulang-alik Kuala Lumpur-Kota Tinggi.

Ia tak berhenti di situ. Ketika di dalam kelas petang, jiwa yang dah lama tak menghadiri kelas dalam suasana aman tenang petang hari, permulaan ini merasa mengantukkan dan sangat. Majoriti kelas Manahij al-Muhaddithin sem ini semuanya full time student. Saya seorang sahajalah nampaknya part timer.

Ustaz bercadang menukarkan waktu kelas, sayalah orang terhalang untuk itu. mengikut perancangan, saya mahu dua hari sahaja di UIAM, Khamis dan Jumaat, hal ini demikian kerana saya telah menghantar jadual potongan cuti belajar tanpa gaji ke Bahagian Pendidikan Islam , juga telah selesai urusan agihan dan pertukaran jadual Khamis dan Jumaat ke hari Isnin hingga Rabu. Hati terus menata hal ini sebaiknya. Tetapi, ada juga doa yang dipohon sebelum memulai kelas, sekiranya, ada takdir yang lebih baik yang Allah aturkan, saya akan cuba berjalan sebaiknya sebagai hamba-Nya, sebagai penuntut ilmu sepanjang usia yang Allah pinjamkan.

Ustaz Prof Dr Abullais memberikan kelonggaran untuk saya hadir waktu kali pertama dan terakhir sahaja, selebihnya, ustaz meminta saya menggunakan khidmat Skype untuk berhubung terus dengan beliau secara santai dan bertanya apa yang tak faham sahaja. Ligat dan cuba fikir sebaiknya. Peluang, tapi dari segibertemu muka , mendengar dari mulut syeikh sendiri, menghadiri majlis ilmu, dan pelbagai perkara lain yang diambil kira...

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mengambil masa 4 hari di UIAM, hari pertama perlu saya peruntukkan untuk tesis saya. mungkin ini yang terbaik, sebagaimana yang saya minta sahabat sekerjaya mendoakan agar tesis saya dibuat sehabis baik dan secepat yang boleh. Supervisor saya juga menasihati buat dalam masa terdekat ini agar ia boleh membantu pendidikan hadis di Johor. Ya Robb, yassir li.

Persoalanan tesis timbul di sekolah, ketika saya bersoal jawab dengan ustaz berkaitan isu semasa, survey pengalamannya, pengetahuan am, syariah, kerjaya, tempoh matang kerjaya, profesionalism, dan lain lagi.

Pagi Jumaat saya dan rakan bercadang untuk berurusan di one shop centre PTPTN di KL Sentral.Alhamdulillah, urusan sebahagiannya dapat diselesaikan, cuma tinggal menyerahkan dokumen penting minggu hadapan. Semuanya kerana 20% diskaun sebelum 30 September 2013 jika anda ingin bayar semula secara penuh.

Petang Jumaat, setelah menikmati ayam KFC combo (gembira sangt sebab makan bila dah rasa lapar...), selesaikn urusan dengan Bamk Islam untuk bank draf, pengurusan dengan AMAD UIAM, untuk urusan sahabat saya , Meryam Hafizah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Cuma, tinggal tunggu keputusan bagi penetapan semula pertukaran waktu kelas bagi subjek Qodhoyaa Mua'soroh. Pakat semua nak tukaq waktu....apa hal la ea...Allahua'lam. Saya memohon, moga Allah melapangkan dada semua pihak atas perkara ini, terutamanya saya....


Robbi, ujian kecil ini, jika tak dapat kulepasi, bagaimana untuk aku melepasi ujian yang  lebih besar kelak. Maka janganlah biarkan aku dengan diriku sendiri, walau sekerdip mata,
pimpinlah aku selalu agar aku jadikan setiap ujian jua nikmat adalah tanda ku masih dan sentiasa dalam tarbiah-Mu.


"Dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar" (al-Anfaal:46)

" Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami." (at-Thur: 48)

Yusuf al-Qaradhawi menulis di dalam bukunya , Al-Quran menyuruh kita sabar,
"Barangsiapa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah maka dia akan mampu memikul segala beban penderitaan dan sabar menghadapi semua hal yang tidak menyenangkan. "


status: menantikan penetapan masa yang terbaik. yassir ya, robb.
*menulis pada petang Jumaat dan Sabtu pagi, dalam perjalanan pulang ke Johor.
*Siap siaga untuk menjadi fasilitator di SMA PARIT RAJA pula, juga menjadi guru pengiring.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...