AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Thursday, April 7, 2011

PENA 63: kembali semula



Pena ini menari dengan lancarnya, diiringi riang kicau zikir alunan burung di pepohonan sana, seni zikir tarbiah 'cinta agung' turut menyedarkan, diri yang kian hanyut dalam dunia antara realiti dan fantasi. bangkitlah! ! !

Janganlah cintaku tak dibalas ya Allah. Secebis cinta-Mu amat mengindahkan kehidupan kami. Pimpin kami Robb.

Siapa kata seseorang itu berani jika tidak ia hanyalah bantuan dari Tuhannya??? Anda melihat kegagahannya, keberaniannya, kecekalannya menempuh segala, tetapi anda tidak tahu betapa gundah-gelana hatinya, bercampur-baur musykilnya, berdegup kencang kerisauan di hatinya di dalam menghadapi kehidupan di mata dunia. Dilihatnya tenang, dilihatnya mudah...semua atas bantuan Allah.

tersesat di jalan, Allah hendak beri peringatan agar serahkan sebulat-bulatnya kepada Allah. Biarlah penyerahan yang dibuat itu benar-benar asli.

seorang diri dalam menuju-Nya, Allah hendak kuatkan hati, Allah lah sebaik-baik teman. Di waktu susah dan senang.

Suka atas berita gembira, ada juga peringatan Tuhan, setiap kegembiraan pasti akan diselangi kesedihan
begitu juga kesedihan yang menjengah, setiap kesedihan pasti akan disusuli kegembiraan
maka berpada-padalah pada perasaan


Ketika seorang muslim baru menguatkan diri di tapak yang kukuh, Hatinya terus diuji rupanya, Sehingga dia merasa putus asa, Dia cuba koreksi diri, di mana silapnya, mungkin atas silapnya dia merasa semua itu atas usahanya, dia lupa semua itu atas bantuan yang Esa, itu tanda Allah mahukan cepat-cepat dekat kepadanya. Baguslah, masih mendapat peringatan dari-Nya, bagaimana jika terus-terusan dibiarkan, mungkin rasa bongkak riak ujub akan sedikit demi sedikit menjalari, tak lama akan menguasai diri .

terfikir selalu, jika jadi seekor burung, pagi petang riang berterbangan...tak memikir masalah kehidupan ... benarkah? nak tanya kat siapa melainkan seseorang pernah menjadi seekor burung.

itu semua sekadar persoalan kehidupan...



--------------------------------

apa yang tak seronok diganti dengan yang lebih seronok...bila tak suka sesuatu, mungkin sebab kita belum kenal sebaiknya. Allah uji dulu. bila hati kita dah terbuka untuk lebih kenal, maka mudahlah jalan menujunya.

tersenyum dalam duka yang melanda kekadang suatu yang sukar, sangat sukar sebenarnya. sebab ia tak seiring hati.

apa pun, harapan agar selamat dalam apa-apa situasi yang Allah ujikan.

berjalan ke sana-sini dipandang pelik, walau menutup aurat serapinya, adakah ini yang dikatakan 'orang yang melakukan kebaikan dipandang pelik' ??? buknkah orang yang menutupa aurat itu salah satu kebaikan? terima kasih atas doa-doanya.

rezeki yang memuat di sini dibahagi bersama. gurau-senda yang sering mengubat jiwa. tetapi, biarlah sekadarnya, agar tiada hati yang luka, tidaklah sampai mengumpat mana-mana, ada yang memberi inzar dan tabsyir bila-bila.

khabar dari sana, mengharap satu kehadiran. tak hadir tak bermakna tak menyokong. tak mengapa, teruskan perjuangan buat adinda Khairul Aaqilah dan anak buah Farhana Adibah di atas pertandingan Forum peringkat negeri (sekolah-sekolah menengah agama johor) di SMAKJ pada Jumaat ini, 8hb April 2011. tajuk forumnya " Bahasa Melayu Warisan Terabai " . bolehlah nanti acik amik isi-isi penting, kalau sudi, boleh dimuatkan dalam blog hujansakinah. Acik ada exam petang tu. cikgu acik (lecturer) sama nama cam atok, 'Mohd Shah'.

mujahadah yang sering diingatkan kepada kami. soalan seorang saudari mengenai mujahadah yang kesekian kalinya, tetapi ia terus berdatangan. bagaimana jawapan si kakak...

' mujahadah berterusan, takpe, Allah tahu kita mampu terus lawan dengan perasaan tu.'

- tapi kak, mujahadah tu tak beri kesan untuk kita lupakan perkara tersebut. ada yang kata, oleh sebab aku dah tak mampu, aku terus je la buat 'kerja' ni..

'teruslah mujahadah, dik. Allah tau kita berusaha, semakin kita bermujahadah, semakin kita rasa dekat. semakin kita diuji, semakin kita tau Allah uji keimanan dan tawakal kita'

-akak, rasa berdosanya setelah mujahadah, perkara tersebut masih lagi menghantui. seolah mujahadah tu tak berkualiti

'inilah namanya mujahadah. kalau tak, takdelah susah begini. buat aduan kepada Allah. kadang-kadang hati kita dah tak mampu, mohon pada Allah, agar digantikan hati yang lain. hati yang lebih lunak kepada Allah...apa yang akak nak ingatkan, terus-terusanlah mujahadah, cari kawan yang membantu mujahadah, ingat ya, Allah melihat usaha kita sekuat mana, bukanlah sekadar impaknya. ingat dik, banyakkan bersabar. jangan buka ruang syaitan dengan 'putus-asa'

-baik kak, adik cuba. kak, doakan adik menjauhi 'zina hati'. adik takut, adik tak sedar bila buat begitu.

'insyaAllah, sama-sama kita doa, untuk kita dan semua.



Hujan sakinah:
sabar atas ujian
teruslah bersemangat dalam kehidupan
Mujahadah diteruskan dalam menghadapi ujian
doakan juga untuk kebaikan ummat keseluruhan....

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...