AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Sunday, August 29, 2010

PENA 19: Asiah_Secicip Rindu..Kita Bertemu




‘Oh rindunya pada mereka. Tapi kenapa hanya bertemu dalam mimpi?’,Asiah bercakap sendiri di dalam mimpi.
Begitulah dia selalunya jika sudah lama tidak pulang ke pangkuan keluarga., habis.. seluruh adik-beradiknya diketemu dalam alam bawah sedar itu.

Yang anehnya, kali ini bukan mimpi seperti yang selalunya. Dia masih tersedu-sedan walau sudah terjaga dari lamunan.

‘Ibu, Asiaah saaaaayang ibu…. Asiah takut sangat…..Asiah taaaaaaaaaaaaakuuut sangat…..kalau ibu tak de nanti. Asiah macam mana? ibu, Asiah nak peluk ibu puas-puas’
Apa yang Asiah fikirkan dalam mimpinya itu hanya satu: Siapa lagi dia nak mengadu sedih dan gembira rasa hatinya. Ibu tak sama macam orang lain. Andai sudah bepuluh orang sudah diceritakan masalah-masalahnya…masih belum mendapat ketenangan sebagaimana dia menceritakan kepada ibunya.
"Oh Tuhan, betapa besar nikmat kuperoleh seorang ibu seperti ini"

Jam baru menuju ke 3 pagi Ramadhan fasa kedua. Dia berdebar terus-terusan setelah mimpikan sebegitu. Sememangnya matanya pedih minta dikatup kembali. Tetapi, hati yang gundah tak betah dalam lena. Dia bangkit setelah sahabat sebiliknya mengejutkannya. Mungkin. Syarifah, sahabatnya itu menyangka yang Asiah hanya bermimpi atau mungkin Asiah menangis kerana terlalu memikirkan masalahnya yang bertimpa-timpa sejak akhir-akhir ini.

Duduk berteleku di coklat sejadahnya.
Asiah sangat terkesan dengan mimpinya. Boleh dikatakan hidupnya sangat berkaitan dengan mimpi. Pada mulanya, dia hanya mimpikan dua orang kakaknya…kemudian, detik-detik akhir pemergian bapanya pula terimbas dalam mimpi…disambung pula dengan pelukan ibunya.

 ‘Wahai Allah Yang Maha Mendengar
Wahai Allah Yang Maha Mengetahui
Aku mengadu kepada-Mu, Aku belum mampu untuk mengahadapi pemergian ibuku…
Wahai Allah…dengarilah rintihanku ini.
Sesungguhnya, Kau Yang Lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu’

Asiah rabitkan doanya dengan sesungguhnya. Bila sedih begitu, terngiang pula alunan ‘Selamat Tinggal IBUKU’

Sewaktu azan mendayu-dayu
Ibuku pergi meninggalkanku
Perginya takkan kemabali lagi
Kerna takdir telah menentukan
Doa restu kuutuskan untukmu ibu
Semoga diri ibu bahagia di akhiratnya kekal abadi
Ibuku
walau kaupergi jauh
Namun kutetap mengingatimu
 jasamu tak dapat kulupa
selamat tinggal ibuku


Bagaimana dengan mimpi istikharahnya?
Baru sahaja sebelum tidur malamnya itu dia beristikharah lagi.
Tiba-tiba peroleh mimpi dinihari, menyebabkan dia merasa ada yang lebih utama. Tanggungjawabnya terhadap ibu yang perlu diselesaikan dahulu. Ia masih tak tertunai dan pastinya tak terbalas segala jasa ibu. Kesihatan ibunya…susah senang ibunya….sedih gembira ibunya… siapa lagi yang perlu mengambil perhatian akan semua itu,  jika bukan Asiah anaknya …siapa lagi?

“Kalau ibu sangat sabar melayan kerenahku
Adakah aku mampu melayani dengan baik terhadap ibu jika usianya sudah lanjut?
Kalau ibu sanggup menjagaku saatku sakit
Adakah aku mengambil berat akan kesihatannya?
Kalau aku menyakiti hati ibu
Adakah aku sedar aku telah berdosa kepadanya?
Kalau ibu telah memaafkan sekalipun anak-anaknya
Adakah aku terus-terusan bersikap demikian?
Adakah aku mampu menjadi sesabarnya ibu bernama ‘Sumayyah’ ini
AllahuRabbuna…..Ampunilah dosa kedua  ibubapaku…Kasihanilah mereka.
Golongkan mereka dalam kalangan hamba-hamba yang kau redhai”

Asiah meneruskan doanya. Memuhasabah dirinya yang begitu kerdil dan banyak khilaf dalam amalan sehariannya. Hanya mengharap ampunan dan kasih-Nya Tuhan.




Wednesday, August 25, 2010

PENA 18: Berkat Rezeki-Mu

Jari-jemari meriah di atas kertas-kertas seorang aku. seorang aku juga berasa sakinah telah menghujani hatinya...sedikit demi sedikit dengan gerimis yang hadir. semua di sekeliling membantu seorang aku mencapai matlamat hidup...menjadi hamba Allah yang betul-betul memahami-Nya.


Nasihat dan tunjuk ajar kalian...sudah lama aku dahagakan. walau sedikit cuma amat berharga bagi insan bernama 'seorang aku'
Syukron ya asatizah....nasihatnya dalam memegang amanah Allah...fahamilah kitab Tibyan karangan imam nawawi....
yakinlah dengan diri sendiri, apa yang enti pandang pada diri enti tu adalah lebih penting daripada orang lain
saya akan doakan yang terbaik buat awak. serahkan semuanya kepada-Nya...


bergolek-golek dengan molek segala rezeki...tersusun padu...membuat kalbu yang rindu sungguh syahdu...Allah menyusunnya sebaik-baiknya...Alhamdulilllah...
sejak dari awal Ramadhan lagi, sudah bersusun-susun jadual iftar...duit poket tak berkurangan...teringat pesanan seseorang...infakkan harta kita kerana di dalamnya ada hak orang lain...bermulalah saat Ramadhan ini...takpelah kalau memulakannya kita mungkin mengharap balasan dari Tuhan, tapi yang penting yakin...Allah akan menggandakannya...mungkin nanti, bila kita dah biasa....kita memang benar-benar merasakan sebahagian rezeki dan harta kita adalah hak orang lain...


perkara lain yang hujansakinah boleh ambil iktibar dan meneruskan kertas kerja sejak Ramadhan ini (ceit! saje je...) adalah...permudahkanlah urusan orang lain... Allah sebaik-baik pemberi balasan...
sekadar satu perkongsian...dalam berurusan sedemikian...segala yang hujansakinah dapat daripada ustaz ustazah...dan segala amanah...adalah yang 'paling ringan' di dalam kelas. maksudnya...dapat kajian yang mudah untuk didapatkan  bahan-bahannya...kerja-kerja lain juga bersusun dengan baik.  Cume seorang aku saja yang perlu ada kesungguhan menyelesaikan segala kerja.


rezeki Allah tanpa diduga...
seorang pensyarah mesej kepada seorang aku...'salam. nisa' makan kurma?' tiba-tiba teringat sahabat yang kena buat kajian ilmiah tentang hadis dan sains berkaitan kurma...'makan.nape?' _nanti datang amik kurma ya.' . Usai kelas manahij Mufassirin...bergegas ke bangunan Celpad...kenapa? sebab dah dekat Zuhr waktu tu. dan teruslah teringat lagi pesanan seorang ustaz "jaga solat...pada awal waktu" ..
penat gak nak cari biliknya...akhirnya bertanya kepada seorang ustaz tentang keberadaan bilik yang seorang aku cari...jumpe akhirnya... dapat sebungkus kurma..'nisa' semalam iftar ape?' _'semalam ustaz belanja kelas saya ngan kelas lagi 1'....'ow...ustaz belanja?' _'a'ah'.. 'oklah, hari ni saya belanja pulak' ...seorang aku begitu blur waktu tu...tak paham ..nak ajak buka ngan kelas ke? ...mmg nampak ustaz kuarkan dompet..tapi.still blur...mungkin fikiran seorang aku tym tu...melayang ke mana ntah..


sekeping not merah diletak di atas meja. tersenyum dia. em...pastu...




Semoga Allah membalas jasa baik kalian. nasihat dan ingatan juga terbaik buat seorang aku. sentiasalah mendoakan orang lain. kalau rasa rindu kat seseorang...sedekahkan al-Fatihah buatnya... connection is excellent nanti...


akhirnya, kurma tadi disimpan di dalam beg dan terus pergi ke iftar gabungan. masa azan berkumandangan baru teringat lagi pasal kurma. terus keluarkan dan diagihkan untuk sama-sama merasai. kerana ukhuwah itu terasa manisnya dengan pelbagai cara. dalam hati 'mesti ustaz suka kalau tau kurma tu dah abis...sebab bagi kat sume kawan-kawan' ...memanglah rasa seronok pun...




terima kasih buat Saidah Mahmud...kak nur Manal Daim...dan Arifah....sama-sama kita makan dalam dulang semalam.


Allah...thabatkan hatiku...tarbiah ini bermula dan asyik tergendala...teruskanlah hujan sakinah!

Tuesday, August 17, 2010

PENA 17: Asiah 2:- Menangis akibat tak tertahan

Menangis akibat tak tertahan. 
Asiah sudah cuba sedayanya menolak rasa itu. Pelbagai cara telah dilakukan…berhari-hari mungkin. Sudah diceritakan kepada sahabat agar dapat mengurangkan rasa itu, sudah laksanakan puasa sunat agar jauh dr rasa yang membungkamnya, sudah buat solat istikharah juga istiqamah  bangun malam agar rasa itu pergi ke tempatnya kembali, sudah itu…apakah lagi?

Sehingga tak tahu nak buat apa lagi.
Memang ingin menyembunyikan daripada ibunya akan rasa itu. Tak mahu ibu bimbang akan dia di sini. Tapi bagaimana hendak jauh dari itu, seminggu mesti akan jumpa. Caranya dia lihat juga seperti menyimpan sesuatu. Arggh…! Mungkin Asiah yang perasan sendiri. (monolog dalaman  menolak lagi) ada yang seolah mengiyakan apa yang Asiah rasa dan mungkin juga dia rasa.

Astaghfirullahala’zim.


Doanya:
Ya Allah,
timbulkanlah rasa ini di detik aku sudah bersedia dan benar-benar mampu memikulnya. Allah, jangan kerana ini aku jauh dari-Mu. Jangan kerana ini membuatkan aku terbuai dalam mimpi, jangan kerana ini aku macam ‘gila’ sendiri, jangan kerana ini aku menjadi ‘rosak hati’…
Tetapi, 
jadikanlah kerana ini aku jadi lebih tabah dan kuat…jadikanlah kerana ini aku lebih akrab dan lena dalam dakap-MU tuhan..Allah…aku menitiskan air mata lagi kerana ini. Lemahnya hamba-Mu ini Tuhan. Tarbiahkanlah diri ini.

                                                                        >>>>>>

Hanya satu kelas sahaja pada pagi ini. Asiah sudah tak mampu menanggung sendirian. 
Asiah kuatkan diri untuk menghubungi ibu  di rumah. “Allah, kuatkan aku, aku tak nak nangis..aku hanya ingin meluah kepada ibuku…insan yang memahami anaknya ini. Suka dukaku pasti akan kukongsi bersamanya. Walau aku tahu apa yang akan menjadi pemanis mulut dan pujuk seorang ibu kepada anaknya yang seolah masih anak2 kecil ini.”
Asiah kuatkan diri untuk memberitahu apa yang berlaku. Ibunya terkejut kerana kali ini Asiah yang meminati dan menyukai orang. 
Tidak seperti selalunya, anaknya itu yang disukai. Ibu tak mahu jika anaknya ini menyukai orang luar daripada Malaysia. Sudah sedia maklum, belajar di universiti antarabangsa, tidak boleh tidak pasti akan ketemu dengan sahabat dari negara asing. 
Ibunya juga bimbang jika anaknya sudah berubah berfikiran daripada tidak suka kepada ‘orang Luar’ itu kepada suka pula.

Cepat dijawab bahwa orang yang disukai itu bukanlah orang luar negara.
Dia faham risaunya ibu. Terputus-putus suaranya untuk menjelaskan.
Akhirnya ibu menyetujui jika pilihannya itu adalah orang Malaysia asalkan baik budi akhlaknya dan boleh memimpin. 
Nak buat macam mana...Orang senegeri sendiri tak disukai Asiah. Entah mengapa, jika dilihat memang mereka suka kepada Asiah tetapi ada halangan yang menyebabkan Asiah rasa jauh dari mereka.
Bukan kesempurnaan yang dicari tetapi zuq itu tak hadir pun tika dengan mereka.





Saat pertama kali bertemu, semua tidak disangka.
Asiah masih menantikan jawapan dari Tuhan.
Dia meneruskan istikharah hinggalah sampai dia ketemu jawapan terbaik buatnya. 

Ramai sahabatnya merasa pelik kenapa dia sering menolak orang yang menyukainya? Bukankah orang-orang tersebut elok pekertinya, bonus pula wajahnya yang  kacak, di kalangan cerdik pandai pula?
Biarlah mereka nak kata apa, sememangnya hatinya belum tertarik kepada mereka dan tak sampai ke arah itu difikirkan.
hatinya tak mahu diisi perkara yang tak pasti, apa yang bukan miliknya, tak mahu bermain kata dengan hati…bimbang hatinya menjadi makin jauh dari Tuhan, sedangkan kini sediakala ternoda titik-titik hitam.




p/s: saat-saat paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud. Maka, perbanyakkanlah doamu pada waktu sujud, insyaAllah dikabulkan-Nya.

Saturday, August 14, 2010

PENA 16: Wah! banyak jugak program ...

Di sini, hujan sakinah saja nak berkongsi sedikit pengalaman dan gambar program sepanjang awal semester 1 ini.

...programnya adalah :


     1) bussiness week irkhss,iium...2ogos-6ogos 2010
2)syaaban menuju Ramadhan,edu.building,iium...5/8/2010
3)Launching Waqec Cafe, Mahallah Bilal,iium..6/8/2010
4)Siaran Langsung Akhir Akademi al-Quran ke-4, PICC Putrajaya..6/8/2010
5)Manahij al-Qasidin :ust Imran Islam, hs building..7/8/2010
6)pengadil hafazan PASTI peringkat kawasan (selangor) 8/8/2010
8)Postmoterm Launching,Quran Sunnah Department,iium..13/8/2010
9) Iftar Jami'e at Setapak,KL...farahanani H0use..13/8/2010

semuanya telah selesai. tapi, masih ada lagi tanggungjawab yang perlu dilaksana. Ditambah lagi dengan bulan Ramadhan mulia ini, moga akan lebih memudahkan untuk melaksana segala amanah. 

Allah, kami pohon kemudahan dari-Mu, kerana..Engkau sahaja yang maha Berkuasa untuk memudahkan segala yang sukar.

PENA 15: Bayi al-Quran diserbu



Salam. hari ni nak update blog ni...hujan turun pada Jumaat semalam. Tidak pada hari ini. Cerita ini dah lama, tapi ibrahnya untuk selamanya...




mengapa sehingga begini tanda kekuasaan-Nya? adakah manusia mem'buta'kan mata-mata mereka untuk melihat dan berfikir akan peringatan dari-Nya?






Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dalam setiap apa yang berlaku di keliling kita.


KIZLYAR - Seorang bayi ajaib, Ali Yakubov membawa harapan keamanan kepada penduduk Dagestan, wilayah selatan Rusia yang majoritinya orang Islam selepas kehidupan mereka terseksa akibat keganasan agama yang berlarutan.


Pada minggu ini, beratus-ratus pelawat berbaris panjang untuk melihat bayi berusia sembilan bulan itu selepas beberapa ayat suci al-Quran muncul pada tubuhnya pada setiap Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Pada setiap hari, kira-kira 2,000 pelawat daripada 20 juta penduduk Islam Rusia datang untuk melihat bayi ajaib itu.


Di luar kediaman ibu bapa bayi berkenaan iaitu Shamil Yakubov dan isterinya, Madina Yakubov, kedua-duanya berusia 27 tahun, orang ramai dilihat berdoa sambil mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan.


"Allah melindungi Dagestan," kata Akhmed Khadzhy iaitu seorang pesara dari Khasavyurt, bandar di sempadan Chechnya selepas tiga orang maut dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Dagestan dan militan Islam pada malam sebelumnya.


Berwarna merah jambu dan panjang beberapa sentimeter, ayat suci al-Quran bermaksud bersyukur kepada Allah jelas tertera pada kaki kanan bayi itu pada minggu ini, kata beberapa pemimpin Islam.

Sekumpulan wartawan asing yang melawat bayi itu dapat menyaksikan dengan mata mereka sendiri, satu huruf tiba-tiba muncul selepas ayat tersebut hilang.
"Keajaiban ini adalah isyarat Tuhan supaya kita tampil untuk membantu saudara seagama kita bagi mengembalikan keamanan," kata seorang pemimpin di Kizlyar, Sagid Murtazaliyev.
"Kita jangan lupa bahawa wilayah ini dilanda peperangan," jelasnya kepada pihak media yang diundang untuk menyaksikan keanehan itu yang disifatkan sebagai isyarat Tuhan.


Bukti keajaiban itu merupakan isyarat Tuhan turut diperkuatkan dengan fakta bahawa bapa bayi itu bertugas dalam pasukan polis dan sering menjadi sasaran pembunuhan militan Islam di Dagestan yang dikuasai Rusia.

Para pemimpin tempatan pernah memaklumkan kepada Presiden Rusia, Dmitry Medvedev bahawa mereka sukar membendung penentangan kumpulan-kumpulan militan Islam yang didalangi rangkaian Al-Qaeda. 

Akibatnya, keamanan yang dinikmati selama beberapa tahun di wilayah Dagestan, Ingushetia dan Chechnya musnah susulan pengeboman berani mati dan serangan bersenjata terhadap pihak polis dan pasukan keselamatan. - Reuters




                                               Ayat al-Quran pada kulit bayi


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


Ali




Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.












   SEPOTONG ayat al-Quran pada kaki Ali. 





Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.


"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

* videonya

PENA 14: أشكرك يا ربي



أشكرك يا ربي
على دوام فيض رحمتك
أنت الذي تأذن لي بلقائك
يا رحمن و يا رحيم

أدعوك يا ربي
أنت الذي تأذن لي بسؤلك
لك الحمد من كل قلبي
اجعلني في مناجاتك يا ربي

لكن خوفي هو عند لقائك
أن أُحسِن أدبي معك يا ربي
بدت نفسي تخشى من معصيتك
عند طاعتك بدون رحمتك
ويكن علي غضبك يا ربي

يا رب العالمين فاعف عني
يا رب العالمين اغفرلي





*terjemahan lirik Terima Kasih Tuhan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...