AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Sunday, August 29, 2010

PENA 19: Asiah_Secicip Rindu..Kita Bertemu




‘Oh rindunya pada mereka. Tapi kenapa hanya bertemu dalam mimpi?’,Asiah bercakap sendiri di dalam mimpi.
Begitulah dia selalunya jika sudah lama tidak pulang ke pangkuan keluarga., habis.. seluruh adik-beradiknya diketemu dalam alam bawah sedar itu.

Yang anehnya, kali ini bukan mimpi seperti yang selalunya. Dia masih tersedu-sedan walau sudah terjaga dari lamunan.

‘Ibu, Asiaah saaaaayang ibu…. Asiah takut sangat…..Asiah taaaaaaaaaaaaakuuut sangat…..kalau ibu tak de nanti. Asiah macam mana? ibu, Asiah nak peluk ibu puas-puas’
Apa yang Asiah fikirkan dalam mimpinya itu hanya satu: Siapa lagi dia nak mengadu sedih dan gembira rasa hatinya. Ibu tak sama macam orang lain. Andai sudah bepuluh orang sudah diceritakan masalah-masalahnya…masih belum mendapat ketenangan sebagaimana dia menceritakan kepada ibunya.
"Oh Tuhan, betapa besar nikmat kuperoleh seorang ibu seperti ini"

Jam baru menuju ke 3 pagi Ramadhan fasa kedua. Dia berdebar terus-terusan setelah mimpikan sebegitu. Sememangnya matanya pedih minta dikatup kembali. Tetapi, hati yang gundah tak betah dalam lena. Dia bangkit setelah sahabat sebiliknya mengejutkannya. Mungkin. Syarifah, sahabatnya itu menyangka yang Asiah hanya bermimpi atau mungkin Asiah menangis kerana terlalu memikirkan masalahnya yang bertimpa-timpa sejak akhir-akhir ini.

Duduk berteleku di coklat sejadahnya.
Asiah sangat terkesan dengan mimpinya. Boleh dikatakan hidupnya sangat berkaitan dengan mimpi. Pada mulanya, dia hanya mimpikan dua orang kakaknya…kemudian, detik-detik akhir pemergian bapanya pula terimbas dalam mimpi…disambung pula dengan pelukan ibunya.

 ‘Wahai Allah Yang Maha Mendengar
Wahai Allah Yang Maha Mengetahui
Aku mengadu kepada-Mu, Aku belum mampu untuk mengahadapi pemergian ibuku…
Wahai Allah…dengarilah rintihanku ini.
Sesungguhnya, Kau Yang Lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu’

Asiah rabitkan doanya dengan sesungguhnya. Bila sedih begitu, terngiang pula alunan ‘Selamat Tinggal IBUKU’

Sewaktu azan mendayu-dayu
Ibuku pergi meninggalkanku
Perginya takkan kemabali lagi
Kerna takdir telah menentukan
Doa restu kuutuskan untukmu ibu
Semoga diri ibu bahagia di akhiratnya kekal abadi
Ibuku
walau kaupergi jauh
Namun kutetap mengingatimu
 jasamu tak dapat kulupa
selamat tinggal ibuku


Bagaimana dengan mimpi istikharahnya?
Baru sahaja sebelum tidur malamnya itu dia beristikharah lagi.
Tiba-tiba peroleh mimpi dinihari, menyebabkan dia merasa ada yang lebih utama. Tanggungjawabnya terhadap ibu yang perlu diselesaikan dahulu. Ia masih tak tertunai dan pastinya tak terbalas segala jasa ibu. Kesihatan ibunya…susah senang ibunya….sedih gembira ibunya… siapa lagi yang perlu mengambil perhatian akan semua itu,  jika bukan Asiah anaknya …siapa lagi?

“Kalau ibu sangat sabar melayan kerenahku
Adakah aku mampu melayani dengan baik terhadap ibu jika usianya sudah lanjut?
Kalau ibu sanggup menjagaku saatku sakit
Adakah aku mengambil berat akan kesihatannya?
Kalau aku menyakiti hati ibu
Adakah aku sedar aku telah berdosa kepadanya?
Kalau ibu telah memaafkan sekalipun anak-anaknya
Adakah aku terus-terusan bersikap demikian?
Adakah aku mampu menjadi sesabarnya ibu bernama ‘Sumayyah’ ini
AllahuRabbuna…..Ampunilah dosa kedua  ibubapaku…Kasihanilah mereka.
Golongkan mereka dalam kalangan hamba-hamba yang kau redhai”

Asiah meneruskan doanya. Memuhasabah dirinya yang begitu kerdil dan banyak khilaf dalam amalan sehariannya. Hanya mengharap ampunan dan kasih-Nya Tuhan.




No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...