Asiah sudah cuba sedayanya menolak rasa itu. Pelbagai cara telah dilakukan…berhari-hari mungkin. Sudah diceritakan kepada sahabat agar dapat mengurangkan rasa itu, sudah laksanakan puasa sunat agar jauh dr rasa yang membungkamnya, sudah buat solat istikharah juga istiqamah bangun malam agar rasa itu pergi ke tempatnya kembali, sudah itu…apakah lagi?
Memang ingin menyembunyikan daripada ibunya akan rasa itu. Tak mahu ibu bimbang akan dia di sini. Tapi bagaimana hendak jauh dari itu, seminggu mesti akan jumpa. Caranya dia lihat juga seperti menyimpan sesuatu. Arggh…! Mungkin Asiah yang perasan sendiri. (monolog dalaman menolak lagi) ada yang seolah mengiyakan apa yang Asiah rasa dan mungkin juga dia rasa.
timbulkanlah rasa ini di detik aku sudah bersedia dan benar-benar mampu memikulnya. Allah, jangan kerana ini aku jauh dari-Mu. Jangan kerana ini membuatkan aku terbuai dalam mimpi, jangan kerana ini aku macam ‘gila’ sendiri, jangan kerana ini aku menjadi ‘rosak hati’…
jadikanlah kerana ini aku jadi lebih tabah dan kuat…jadikanlah kerana ini aku lebih akrab dan lena dalam dakap-MU tuhan..Allah…aku menitiskan air mata lagi kerana ini. Lemahnya hamba-Mu ini Tuhan. Tarbiahkanlah diri ini.
>>>>>>
Asiah kuatkan diri untuk menghubungi ibu di rumah. “Allah, kuatkan aku, aku tak nak nangis..aku hanya ingin meluah kepada ibuku…insan yang memahami anaknya ini. Suka dukaku pasti akan kukongsi bersamanya. Walau aku tahu apa yang akan menjadi pemanis mulut dan pujuk seorang ibu kepada anaknya yang seolah masih anak2 kecil ini.”
Tidak seperti selalunya, anaknya itu yang disukai. Ibu tak mahu jika anaknya ini menyukai orang luar daripada Malaysia. Sudah sedia maklum, belajar di universiti antarabangsa, tidak boleh tidak pasti akan ketemu dengan sahabat dari negara asing.
Ibunya juga bimbang jika anaknya sudah berubah berfikiran daripada tidak suka kepada ‘orang Luar’ itu kepada suka pula.
Dia faham risaunya ibu. Terputus-putus suaranya untuk menjelaskan.
Akhirnya ibu menyetujui jika pilihannya itu adalah orang Malaysia asalkan baik budi akhlaknya dan boleh memimpin.
Nak buat macam mana...Orang senegeri sendiri tak disukai Asiah. Entah mengapa, jika dilihat memang mereka suka kepada Asiah tetapi ada halangan yang menyebabkan Asiah rasa jauh dari mereka.
Bukan kesempurnaan yang dicari tetapi zuq itu tak hadir pun tika dengan mereka.
Asiah masih menantikan jawapan dari Tuhan.
Dia meneruskan istikharah hinggalah sampai dia ketemu jawapan terbaik buatnya.
Ramai sahabatnya merasa pelik kenapa dia sering menolak orang yang menyukainya? Bukankah orang-orang tersebut elok pekertinya, bonus pula wajahnya yang kacak, di kalangan cerdik pandai pula?
No comments:
Post a Comment
berbicara di sini..