AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, December 25, 2010

PENA 42: Asiah - Solat dan didikan awalnya

  • "Allahu akbar" takbir pertama imam diikuti makmum di kanan dan kiri. Asiah mengimami ibu dan kakaknya. Cutinya merapat lagi hubungan dengan keluarga dengan solat berjemaah. Dia cuba untuk tidak meninggalkan solat berjemaah. Solat berjemaah banyak kelebihannya berbanding solat bersendirian. Jika di mahallah, dia berjemaah dengan rakan sebilik. mengapa pula tidak diteruskan di rumah kan.

  • Doa dipanjat memohon hidayah dan taufiq-Nya sentiasa Allah kurniakan. itulah doa paling besar bagi seorang mukmin agar dikurnia hidayah, kerana dengan hidayah Allah, manusia boleh berubah ke arah-Nya. tanpa hidayah-Nya juga manusia boleh menyimpang dari jalan sebenar.



  • Awal didikan solatnya sejak kecil lagi. Pasti dimarahi kakaknya jika tinggalkan solat. Ada sahaja hadiah jika solat 5 waktu dapat dipenuhi. Memotivasi kanak-kanak. Dihadiahi telekung comel hasil buatan tangan sendiri kakaknya, Arifah. Asiah dan kakaknya, Khadijah, ternanti-nanti telekung yang dijahit oleh kakaknya. Itupun, semasa berusia 8tahun, semakin singkat telekung tersebut. kebetulan pada watu itu kakaknya menyambung pelajaran, tak sempat nak menjahit. maka, hanya membelikan telekung baru yang terjual di pasaran. Telekung warna ungu dia perolehi dan Khadijah pula mendapat warna biru.

  • Kanak-kanak mana yang suka diganggu waktu mainnya.? tetapi, itulah kenangannya...ketika Asiah dan  anak jiran-jirannya sibuk membina strategi permainan...belon acah, ting-ting, congkak dalam tanah, buaya-buaya, pondok-pondok, main masak-masak dan lain-lain...kakaknya memanggil dari rumah disuruh solat. Kawan-kawannya sudah faham. Mereka menanti Asiah selesai solat barulah disambung permainan. semua itu mengajarnya, walau apa pekerjaan sekalipun dilakukan, berhentilah seketika untuk mengutamakan solat.  

  • Pada mulanya, dia hanya mengikut sahaja perbuatan berdiri, rukuk, dan sujud. setelah dia mengahafal al-Fatihah, dibawa ke dalam solat. Sebagai makmum di belakang kakaknya, dia menunggu lama apa yang kakaknya baca. hanya dengar...'syu..syi...syu syi..'..dia pun menyambung bacaannya dengan bacaan, 'alif ba ta..tha' sehingga kakaknya rukuk. kerana sebelum solat dia bertanya kepada kakaknya, " nanti nak baca apa lepas baca Alhamdulillah?...orang tak tau nak baca lain dah"...." adik baca apa yang adik tau ye.". -"ok". sebab tu lah dibacanya alif, ba, ta. sekurang-kurangnya dia terlatih dengan solat.


    • menjejak kaki ke sekolah agama pula, semua pelajar diberikan sekeping kad laporan solat 5 waktu. mesti dibawa ke sekolah untuk diperiksa oleh guru kelas masing-masing. Jadi, dari situ, pelajar rasa berkobar-kobar untuk memenuhi solat fardhunya. walaupun tak dapat penuh 5 waktu, Asiah sedaya upaya melaksanakan apa yang mampu. Selalu dia tertinggal solat Isyak atau Zuhur. kerana selepas mengaji waktu maghrib pasti dia sudah mengantuk dan tak sedarkan diri. Zuhur pula dia kelam kabut ke sekolah.

    • pernah satu ketika, ustazahnya baru sahaja mengajar solat Subuh. Oleh kerana, belum diajari solat 4 rakaat, maka, dia dan kawan-kawannya hendak mencuba solat Zuhur di surau sekolah semasa waktu rehat Sekolah Rendah. Guru-guru yang lain turut solat. rehat sesi petang bagi Sekolah Rendah pada jam 3petang. Jadi, dia dan kawan2nya bercanggah pendapat....ada yang buat tahiyat awal pada rakaat ketiga kerana ada yang ingat tahiyat awal mesti pada rakaat sebelum tahiyat akhir...ada yang buat dua rakaat dua rakaat....ada yang betul tahiyatnya pada rakaat kedua...kerenah kanak-kanak. Akhirnya, bila mereka diajari solat yang 4 rakaat...Asiah dan kawan-kawannya tersenyum sesama sendiri kerana teringat akan solat mereka. Entah kenapa gurunya di situ tak menegur akan solat mereka. Sepatutnya ditegur agar anak didik itu terdidik dalam segala segi. Biar tinggi ilmu akademiknya, agama, ruhiah dan jasmaninya. Bukan hanya pada satu-satu perkara sahaja.

    • Amali Solat hanya diajar di Sekolah Agama pada sesi pagi. Jam 10 pagi hingga 12 tengahari waktu sekolah. Ustazah Siti Zulaiha menjadi guru kelas. Penat agaknya ustazah tersebut mengajar anak-anak kecil itu. Mereka hadir dari latar belakang keluarga yang berbeza. Ada yang telah tahu asas solat, ada yang tidak tahu langsung, ada yang diajar tapi sendiri tidak mahu solat dan sebagainya.Sehinggakan ketika Rafiq mengimami solat...makmum di belakang semua tertawa. mengapa? kerana Azhar yang mengangkat takbir ketika hendak bangun ke duduk di antara dua sujud. Ustazah Zulaiha fikir Azhar hanya main-main kerana dia kenal dengan sifat nakal Azhar. Tetapi, rupanya memang Azhar tak pernah melihat ibu ayahnya solat. Ustazah Zulaiha terus berdoa dalam hatinya. "wahai Tuhan, peliharalah hati kami, agar kami terus aqrab dengan-Mu. Bantulah kami untuk menyeru insan mengenali dan dekat kepada-Mu". Ustazah Zulaiha terdiam tergamam mendengar jawapan anak muridnya tadi.

    • dari rukun Qauli, Asiah memang cepat mengingat. tetapi untuk mengeja dia tidak sehebat kawan-kawannya. setiap kali lepas berhimpun di luar kelas, hatinya akan berdebar, kerana semua ahli kelas akan diminta membaca bersama-sama doa belajar dan bacaan dalam solat. pada awal persekolahan, dia hanya terkumat-kamit mengikut. setelah 3 bulan, dia sudah boleh menghafal dengan lancar. belajar mengajinya sememangnya dengan Qiraati dan Muqaddam. tetapi, sebahagian juz Amma telah dihafal disebabkan selalu duduk sebelah ibunya yang mengajar al-Quran anak kejiranan. Dia sendiri akan disuruh mengulang setiap bacaan surah sekurang-kurangnya tiga kali. Sehinggakan Asiah selalu menangis kerana bosan disuruh mengulang. Dia tak sabar hendak masuk ke surah baru. tetapi, dewasanya kini, dia menghargai dan mengerti atas apa yang diajar ibu dan kakaknya.

    • Usai berdoa dan berzikir bersama ibu tercinta dan kakaknya...dia mencium tangan dan pipi mereka..memohon maaf jika ada kesilapan. pilu hati kerana sayang untuk meninggalkan mereka dan saat begini...bersama-sama menemui Rabb. Doa Rabitah diamin  bersama tadinya. Moga ukhuwah keluarga itu juga membantu menuju Tuhan. Hatinya  memohon.  Tak lama duduk cuti di rumah sempena cuti semester ini.




      No comments:

      Post a Comment

      berbicara di sini..

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...