AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, November 27, 2010

PENA 41: Hamlatul Quran

dah lama tersimpan di draft blog.
tersiar jua akhirnya.
dikumpul maklumat dari pelbagai sumber.

TIPS MENGHAFAL QURAN

  •  Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.
  • Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. tempat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.
  • Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, struktur, dan susunan ayatnya diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan diingati.
  • Ayat atau surah yang hendak dihafal hendaklah dilancarkan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-Imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.
  • Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anda bercelaru.
  • Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.
  • Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.
  • Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.
  • Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.
  • Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.
  • Jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.
  • Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.
  • Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.
  • Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.
  • Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.


    Tips Hafaz Al-Quran dirujuk dari;
    KAEDAH LAIN YANG PERLU ANDA BACA:
    SEBELUM MENGHAFAL
    1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
    2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal
    3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
    4. Berada dalam keadaan tenang
    5. Tenangkan fikiran sebelum menghafal
    6. Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah dengan jenis mushaf lain
    7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mulai menghafal

    TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL

    A. Teknik “Chunking” (potongan-potongan)
    * Mengelompokkan ayat yang panjang dalam beberapa bahagian yang memang sesuai mengikuti arahan guru atau ustaz, jika belajar bersama mereka
    * Mengelompokkan awal surat pada beberapa bahagian (2 atau 3 bagian) yang sesuai
    * Mengelompokkan surah dalam beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita
    * Mengelompokkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya
    * Mengelompokan kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya

    B. Teknik Mengulang
    * Membaca sepotong atau sebagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulai menghafalnya
    * Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya
    * Selepas menghafal setiap setengah halaman, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bagian yang setengah halaman lagi
    * Sebelum menghafal bagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bagian yang sebelumnya.
    C. Teknik Menghafal Dengan Teman
    * Pilih seorang teman yang sama-sama berminat
    * Orang pertama membaca dan disimak oleh orang kedua
    * Orang kedua membaca dan disimak oleh orang pertarna
    * Saling menyebut ayat antara satu sama lain
    E. Teknik Mendengar Kaset/CD
    * Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Alquran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu
    * Sebelum mulai menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali
    * Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di pikiran
    * Mulai menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut
    * Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Alquran dan kurangi atau tinggalkan mendengerkan lagu-lagu kerana akan mengganggu penghafalan
    F. Teknik Merakam
    * Rakam bacaan kita di dalam kaset dan dengarkan lagi untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul
    * Bagi kanak-kanak, rekam bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut
    * Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya
    G. Teknik Menulis
    * Tulis kembali surat yang telah dihafal. Kemudian cek lagi dengan mushaf.
    * Menulis setiap ayat pertama awal surat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.

    MEMELIHARA HAFALAN
    1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati
    2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika dalam perjalanan, selepas azan dan lain-lain lagi
    3. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya
    4. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam
    5. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk
    6. Menulis setiap ayat yang mutasyabih
    pendapat mereka:

    * ikut aa  nak hafal long-term ataupun separa short-term..
    long-term,
    hafal ayat by ayat ...
    ataupun 2-3 ayat sehari..
    short-term,
    hafal setengah muka sehari..


    *nak senang, hafal lepas maghrib, dah solat.
    makan before maghrib, supaya kenyang dah turun, selesa nak hafal..
    esok subuhnya, ulang balik..dan ulang balik hafalan sebelumnya...


    *try aa..,
    walaupun aku nie xlah hafal sangat ayat2 suci nie...tp best on my experience (aku amik course yang banyak menghafal)....
    baca berulang kali...nt lama2 leh ingat satu persatu...hafal or baca dalam mood selesa...xda nak rushing2....environment pun msti selesa gak...

    *all da best ya ;)

    KATA-KATA GURU SAYA 

    1)hafallah dengan memahami maknanya.
    2)berakhlaklah sebagaimana yang anda baca dalam al-Quran
    3)ulangilah tiap kali sebelum dan selepas Subuh
    4)bawa dalam solat fardhu.
    5)perbanyak solat sunat agar dapat banyak mengulang di dalamnya.
    6)jangan tidur selepas Subuh, manfaati masa sebaiknya
    7)Rajinlah menghafal n mengulang
    8)Orang yang cuba menjaga al-Quran, lebih hebat ujiannya. maka, bersabarlah atas ujian yang lebih berat itu.
    9)bila rasa malas mengulang datang, itu salah satu tanda syaitan menggoda, maka, lawanlah. jangan putus asa.
    10)jika sukar menghafal pada satu-satu ayat, lawanlah dan teruskan, insyaAllah, ada bantuan-Nya.

    TERIMA KASIH

    Ustaz Jamaluddin Bin Aliahumad Al-Hafiz
    Ustaz Fahmi Bin Kamaruddin
    Ustaz Fahim
    Ustaz Fadzle Al-Hafiz
    Ustaz Farid Samad Al-Hafiz
    Ustaz Mohamad Hafiz Khamis Al-Hafiz
    Ustaz Yusuf Al-Hafiz
    Ustaz Nazri Al-Hafiz
    Ustazah dan madrasah MANAD, Parit Sakai, Muar.

    dan pentasmi' setia...emak...kawan..Solehah dan Saidah.

    menghafal al-Quran sejak kecil menjadikan hati insan itu bersih, terbuka menerima kenbenaran, dihindari dari sifat-sifat tercela

    No comments:

    Post a Comment

    berbicara di sini..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...