AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Tuesday, November 2, 2010

PENA 36: Bersarapankan Kesyukuran:)




Subhanallah...Alhamdulillah...Laa ila ha illallah...
Allahu akbar..


kesyukuran atas kurniaan segalanya darimu, Tuhan



pagi yang penuh semangat untuk makan.
Malam tadi, tak larat nak menghabiskan makanan
bermulalah projek makan dan makan selepas solat Subuh...
Masak air..bancuh ngan Hi-Goat dan Radix HPA

Sahabat saya

gembira dia tengok saya makin berselera makan. Sejak hari raya yang lalu, makan cam tak lalu..berkali-kali nak menghabiskan makanan(beli bungkus). dan akhirnya, bila dia pun tak mampu nak tolong habiskan, maka, ke tempat tong hijau je la nampaknya. 
cume, bila ada tetamu datang, maka bolehlah berkongsi dengan jumlah yang ramai. dan kebiasaannya, bila saya dah jamah je makanan tu maka tetamu yang bantu habiskan. makan sama-sama katenya..hehe~

sahabat kata, bila saya nak makan, maka saya akan makan sungguh-sungguh. tapi, bila tak nak, muke toye je. (huhu..bahasa mudahnya cam tu la..)

tapi, dia pelik bila tengok dari semalam saya makan boleh habis licin! Saya kata dalam hati, Alhamdulillah, saya dah mampu nak habiskan..:) senyum :) dan senyum....

sejak saya makan di mahallah Maryam dan Asiah mungkin pada Ahad lalu...

nikmat nak menghabiskan makanan tu amat dihargai. Alhamdulillah...

ingat dulu masa kecik

sambil-sambil duk makan tu, terimbau dan sama-sama bercerita kisah lama. tentang apa? tentang sarapan dan 'ngeteh'


tak ramai orang tau tentang 'ngeteh'. terutama orang luar daripada JOHOR. ngeteh ni lebih kurang maknanya, minum-minum di luar. biasanya digunakan bila minum di warong.

yang nak ceritanya masa kecik dulu, biasalah, budak perempuan mana lah ikut abah sangat, kan banyak berprogram dengan mak. kenapa? mungkin nak dibiasakan dengan aktiviti kewanitaan dan kelelakian..iaitu menuju kepada pengkhususan. maka jaranglah anak perempuan dibawa keluar.

dulu, masa saya demam...
mulalah tak selera makan. mungkin sebab tu, arwah abah bawa saya gi ngeteh...bukan saya sorang je...bersama dengan akak saya, Adah n adik saya, Asyraf. masa tu la, tengok abah buangkan buih teh tarik, dia kata  'geli'..huhu..dan abah tuangkan air teh tarik panas ke dalm pinggan kecik, tunggu sejuk sekejap...pastu, barulah kami boleh minum dan hirup guna pinggan tu..seronOk bila ingat semula

 camtu jugak la saya buatkan untuk anak2 sedara saya bila air masih panas saat tu pastu mereka dah haus  ..

menu untuk sarapan? kami tak tau ada apa yang boleh ditempah, maka abah lah yang tempahkan makanan yang sama untuk anak-anaknya ni. maklumlah, budak-budak kecik, bila tak sama, nanti ada rasa 'jealous'.
masa tu, baik-baik demam, terus senyum je sebab dapat makan kat luar.adik senyum sindir je, yelah, dia lelaki, mestilah dah biasa ikut abah. tapi, abah tak suka sangat gi ngeteh. kan? perlu banyak berjimat, anak-anak ramai dan untuk masa-masa yang tak dijangka.

masa sekolah arab pulak

abah dan mak sangat mementingkan pengambilan sarapan anak-anaknya. tak kira hari sekolah atau tak, mesti kena sarapan...

masa sekolah rendah, saya akan tunggu akak2, abang2, dan sepupu-sepapat saya sarapan dulu. sebab mereka perlu kejar bas 6 pagi di simpang keluar rumah. dulu, sedara-mara yang sekolah  Arab Kota, sama2 duk kat umah, sebab, dulu takde asrama. biasanya, mereka yang akan bergilir-gilir memasak untuk sarapan.

lepas subuh dan sebelum ke sekolah, saya saraplah ngan akak saya.

Dah sekolah menengah, paling lewat kena bangun, pukul 5 pagi. hm...nak kejar bas jugak. tapi, masa saya nak naik bas, dah jauh sikit...kat jalan besar Felda Semenchu..dekat ngan bengkel Abah. pulak tu, yang nak naik basnya 3 orang, saya, Adah dan abang saya, Emy .(masa saya form1). pak Cik Mail kena tunggu selagi kami tak sampai. tapi, kalau dah memang lambat..nanti dia gi gerak jugak ke Sungai Mas. pastu, abislah nanti kena motivasi pagi.nanti abah hantar kami ke simpang Semenchu. ingat sampai sekarang, abah kata..: 'hidup ni perlu ada Wawasan. kalau tak bila kita boleh berubah dan boleh berjaya? sampai bila asyik nak kejar bas je? kita ni, naik orang, kita la kena tunggu...' hehee.....bab2 ni, memang saya ingat.

Saya duk diam je kat belakang. em, nak wat camne, 3 orang, gilir-gilir masuk bilik air...pastu kalau sorang lewat, maka lewatlah sume.
*itu cerita tak best ditinggal bas.*

*yang bestnya, mesti kami akan bersarapan.*

kalau tak sempat sekalipun, mesti mak akan bawakkan bekal. bekal jemput2, jemput ikan bilis, jemput kentang, nasi goreng dan lain-lain. dan kami suke bersarapan....
jemput-jemput tu apa? orang lain, kadang kata..'cengkodok'.

bekal tu, separuh saya makan dalam bas dan separuh lagi makan waktu rehat. cukuuuup..jimat gak duit.nape nak jimat?
sebab tengahari tu, akan tunggu cik Mail sampai, maka pi beli Roti Hawaii 0.50 sen, keropok lekor plak beli kat sekolah Teknik Kota bila tunggu dak2 teknik balik.

kenapa nak tunggu?
yelah, kan jauh. kira-kira setengah jam jugak nak sampai ke rumah.Satu bas, macam2jenis sekolah. sekolah Arab Kota Tinggi, sekolah teknik Kota Tinggi, sekolah Bandar, Sekolah Tun Habab...dan ada jugak sekolah Keb, Kota Jaya..(ambil kelas khas).

memang terasa 'mujahadah'..
huuhuu..dengan kejar bas pagi2, baca n ulangkaji pun dalam bas sebelum sampai sekolah, kadang-kadang wat kerja sekolah pun dalam bas..masa gi atau balik sekolah.(belajar math ngan Rahmat_amat. dia terer math.) sebab tak sempat wat kat umah...

bila dah sampai umah lak, kejarkan untuk ke sekolah Agama darjah 6. sebenarnya kena masuk kelas  kul 2 ptg.dan hanya ada 1 kelas je untuk darjah 6 sesi petang untuk pelajar sekolah Menengah Semenchu kelas aliran agama.(yang kelas amik bahasa arab tu...)

nak tau saya masuk kelas kul bape? kul 3.30...sampai umah kul 3(paling awal la tu...), pastu solat Zuhr, dan masa tu jugak ingat Ustaz Wahi kata, jangan solat akhir waktu~ aiyOoo
kalau sempat makan nasi, makan dulu.....lau tak gi je la sekolah ngan lapar2.

tapi ustaz@ah tau nape saya lambat ke sekolah.

Orang kata, berkat betul-betul nak ilmu....saya yang masuk kelas paling lewat..dapat terbaik (kononnye~) dalam periksa darjah enam sekolah johor. peringkat sekolah je. Alhamdulilllah.

em, nasib baik jugak (yeke...) sebab ustaz@ah ramai yang tak masuk. dan baliklah umah bila kul 4.30...huhu..duduk 1jam je kat kelas...bila darjah 6 tak banyak belajar..maka, seksa la bila darjah khaS...

*maka contohilah pelajar cemerlang. hm...semua melibatkan Masa..


dan pada hari ini bila di Universiti

saya dan sahabat...bertungkus-lumus nak menghabiskan sarapan...
pagi ni,

*sebekas nasi ayam
*sebekas yong tau fu
*sebekas biskut dan roti
*secawan air kopi radix susu hi Goat

dan saya rasa gembira dan SerOnok dapat makan dengan baik. sambil memikirkan, apa ye sarapan mak dan kak Long di sana? semua adik-beradik sarapan apa? kawan-kawan sume sarapan dan makan tak? camane sedara mara kita di negara2 Islam yang miskin???


'YA ALLAH. ENGKAU YANG MAHA MEMBERI, MAKA CUKUPKANLAH SETIAP APA YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI. JADIKANLAH KAMI INSAN-INSAN YANG BERSYUKUR. DAN BERKATILAH SERTA REDHAILAH DIRI KAMI'



rezeki dari Allah. bekalan buat perut mulakan kerja hari ini.Laksanakan hak setiap anggota anda.



hujansakinah: maka, sahabat sekalian, sarapanlah!
kerana banyak manfaatnya untuk kesihatan kita.

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...