AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, November 27, 2010

PENA 39: Jauhnya moga bertambah ilmu

~lukisan alam~

Sebelum Pulang...jazakumullhukhoiroljaza'

banyak nak tulis.
tiba-tiba pagi ni cam 'blur'
nak cerita dan cerita.
jauhnya perjalanan 5,6,7,8 sehingga ke 11 jam dah jadi macam biasa.
segalanya dari Yang Esa.
Dia yang mengurniakan qudrat untuk diri mampu semua.
sebab bukan  saya yang memandu kereta.
naik bas terus lelap mata.
buka mata baca Isabella tak pun baca buku pemberiannya.
macam ada pertandingan membaca dalam perjalanan ini.
suasana membaca hidup nampaknya.
kedudukan bas paling belakang, masing2 sedang membaca..
rasa terbuang masa sahaja dalam musafir yang mengambil masa yang panjang ini,
jika tak buat apa-apa
nak dengar Mp3 Sony, ngok-ngek plak sejak akhir-akhir ni.
habis baterinya ikut suka hati dia je.
duduk di 'sit double or single' punya keistimewaan tersendiri.

dari UIA ke Kota Tinggi
dari Kota Tinggi ke Pontian
dari Pontian ke Kuala Lumpur
dari Kuala Lumpur ke Alor Star
dari Alor Star bertebaran ke jalan-jalan di Kedah
dari Kedah ke Muar, Johor
Muar ke Kota Tinggi
dari Kota Tinggi ke jemputan walimah insyaAllah (tak jadi nampaknya)
Muar ke Melaka
Melaka ke Serdang...


memang nak balik. tapi, mak takde. belum balik dari Tanah Suci.
jadi, ikut je la program akak.
gi Mines..abang Samad ada bentang kertas kerjanya....
aku, kak Awa, dan anak2 saudara duduk kat tempat2 air tu...
suasana di situ nampak macam laut
tapi, udaranya tetap panas
itulah perbezaan mana yang asli dan buatan manusia
tasik tu dibuat
sangat panas...
kalau kat laut...dengan kuasa-Nya...
angin bertiup dan pemandangannya amat menenangkan...


pi MAHA kat Serdang...
aish...sesak sangat...
ada plak orang kerja kahwin...macam konfius mana satu tempatnya...
macam dah putus asa tak mau pergi...
hujan...
rasa cam tempat tu tak strategik...
erm, bila dah gini dan rasa susah..macam2 fikiran kreatif dan idea yang datang..untuk perbaiki program sebegini agar lebih lancar dan mudahkan pengunjung
kenapa tak wat kat padang yang lebih mudah orang nak sampai? kenapa dan kenapa lain pun datang berkunjung...
akhirnya, telah tersurat...aku dan mereka pun sampai kat tempatnya...
nak tau..
bas yang disediakan untuk pi padang luas tu sampaikan senget tak seimbang...
ramai sangat yang naik..terpaksalah pemandu menukar bas...dan sebahagian penumpang turun...
bila keadaan dah tak sesak...
setelah kami mengerjakan solat dan memandikan budak2 kecik tu kat surau situ...
barulah mudah segalanya....
abang Samad bawak je kereta...sebab budak2 tu pun cam dah penat(huhu..padahal, aku dan kak Awa yang dah tak larat)
oleh kerana kepenatan yang amat
maka yang dilihat macam apa je...
ke arah tempat yang perlu je yang kitorang pi


dan cerita sebelumnya telah terlakar dan tergambar terlebih dahulu...

di Darul Aman

hijau itu damai~ Pendang menyaksi segala

semuanya menterjemah perbezaan kita pelbagai warna.

izinkan saya mengukir kenangan di air Pantai Kok sana.
cewah!

pasti kulakar di hatimu
Masjid Zahir





Dulu dah pernah jalan ke Baling. masa musim durian kat rumah Solehah. sempat pi Sungai Petani dan ke Sekolah Menengah Agama Baling. yang penting dapat pi RFC.

kini, telah menjejaki Pendang...

*Muzium Kedah
*Hospital Sultanah Bahiyah
*Langkawi
-Cable Car
-Pantai Kok
-Mahsuri
-Kolam Air Hangat
-Haji Ismail Group
*Laksa
*Radix Pizza House
*Radix Chicken House
*HPA dan Bekam Mak Andak
*Rumah kak Syifa', Pendang
*Rumah Naguib, Alor Star

terima kasih dan moga Allah membalas jasamu.
buat Alauddin, kak Syifa' dan keluarga, Naguib dan keluarga serta kak Aisyah...

rehlah ini dimanfaati bersama.
perbezaan itu indah. kita hidup untuk saling mengenali dan memahami.



p/s hujansakinah : manfaatkan setiap detik yang ada


No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...