tetapi untuk lebih kenal diri
untuk hidup dalam realiti
bukan angan-angan dan mimpi
segala mehnah menerjah diri
semakin menggugat dan merobek hati
pohon agar diri sentiasa ditarbiah Ilahi
Wahai Tuhanku Yang Esa. Tika mengenang Ghafar-Mu. Putus asa tiada lagi. Semangatku pulih semula. Harapanku subur kembali. Ujian menimpa menekan di jiwa. Tak sanggup meneruskan perjuanganku. Mehnahmu itu penghapus dosaku. Mengganti hukuman-Mu di akhirat:. pada-Mu daku bermohon moga syukurku bertambah. Ya allah,Tuhanku! bantulah diriku agar dapat membentuk jiwa yang murni. .:tetapkanlah hati kami di jalan-Mu:.
Al-Fath : 4.
هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم
ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما
(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
No comments:
Post a Comment
berbicara di sini..