ditanya tentang kefahaman ilmu...oleh seorang sahabat..ilmu dan isu semasa...
ya, itu cabaran buat aku...
" Adakah anda meminati A.Samad Said?" (argh..soalan apakah itu..menguji menduga atau ..)
(saatku merantau sebuah buku 'Hujan Putih'...bukan saat aku melihat blog 'Hujan Pagi' milik sasterawan itu...)
- erm, ini bukan A.samad said.
(aku tau tu bukan jawapan bagi soalannya..tapi, boleh jadi itu yang dimaksudkan, kerana dia melihat aku membaca..)
"saya tanya, awak suka A.samad said?"
(jawab je la..) - ya. kenapa?
"kenapa awak suka?"
-kerana cara penyampainnya.. isi yang dilontarkan mengenai isu kini, jatuh bangun sebenar orang Melayu, tentang adab dan nilai budi..(ku menjawab ringkas...kenapa? tak tau nak kawab panjang-panjang dalam bahasa Inggeris, sahabat ini orang asing, bukan Malaysia)
"awak kenal Munshi Abdullah?"
(ya syeikh, apa yang mahu tahu dari saya...? uji benar nampaknya...)
-tahu. (dengar2 dan pernah terbaca tentangnya, tapi dah tak ingat )
"awak tahu kenapa namanya 'Munshi' ?"
(sudah, orang ni memang nak uji tahap pengetahuan aku...aisey...senyum sudah..aku menggeleng perlahan..)
-saya tahu, awak tanya sebab awak tahu, jadi bagitahulah...
"pada zaman dulu, tentera India yang datang ke Malaysia..telah diajar bahasa Melayu oleh Munshi.gelaran bagi orang menjadi guru bagi orang India adalah 'munshi'. sama seperti 'ustaz' dan lain-lain. jadi, kamu adalah 'munshi' saya."
aku tersenyum bila tahu isi yang ingin dismapaikan. aku munshinya. huhu.
Saudari perlulah tahu mengenai negara saudari. bagaimana nanti jika saudari ditanya tentang negara saudari dan sejarahnya?
pesoalan itu membuka minda aku dan kawan-kawan yang tadinya terdiam tak tahu menjawab soalannya.
Siapakah Munshi Abdullah?
Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854 M) dianggap sebagai bapa penulisan Melayu moden.
Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.
Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.
Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.
Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah atau juga dikenali sebagai Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir 1849, Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi 1880 merupakan kisah pengembaraan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi.
Cetakan pertama merupakan cetakan batu yang diterbitkan pada 1849, disunting oleh Abdullah daripada manuskrip yang disediakannya pada tahun 1843.
Terbitan rumi diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1907 bagi kegunaan teks di sekolah-sekolah Melayu
contoh hikayat Munshi Abdullah |
agar sejarah yang molek dicontohi, maka hayatilah dan fahamilah jalan hidup mereka sebelummu.
No comments:
Post a Comment
berbicara di sini..