AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Monday, November 8, 2010

PENA 37: beLajar dan teruS belajar

Subahanallah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
(ehehe...tiba2 teringat mase bagi syarahan dulu2..)

terima kasih ustazah Rosniza...ajarkan syarahan.(sampaikan aku yang suh ustazah je masuk pertandingan tu...nakalnya anak murid dia ni..suh je, tak masuk pun)

sobahulkhoir.../ ...masaulkhoir.. :)

moga Allah terus sudi memanggil kita untuk dekat kepada-Nya...


peperiksaan hampirkan tamat. (bagi hujansakinah).juga buat sahabat2 yang lebih mendahului dan yang melewati..
diiringi ujian2 selain kertas peperiksaan ...
ujian kehidupan...
diri sendiri menghadapinya...
terasa berat
mendengarkan luahan hati sahabat-sahabat..
juga merasai sama berat..
tapi, terus menguatkan diri,
bahawa Allah menurunkan ujian kerana hamba-Nya mampu memikul.
bagaimana kita menghadapinya, itu yang penting.

sebesar manapun ujian yang dihadapi...
kita terus berusaha untuk redha dan mohon Allah menguatkan iman kita
moga dengan ujian tersebut semakin hampir kita kepada-Nya.
Allah Maha Besar.


usahasama dari dulu hingga ke akhirnya

sama2 belajar, mendengar motivasi, saling menguatkan bila di antara kita ada yang merasai lelahnya kehidupan, saling mengingatkan bila ada dalam kalangan kita yang terlupa...kita adalah persis seutas tasbih..

erti sahabat...

sama2 kita di waktu suka dan duka..


moga Allah membalas jasa2 kalian

terima kasih Allah... Segala pujian buat-Mu wahai Tuhan yang Maha Mengasihani...
Engkau yang memahami hati ini...

untuk kertas terakhir esok pagi jam 9.
ramai masyayikh yang ditemui...' ramai cikgu ' ....

ustaz kelas I'jaz Sunnah semester 1 2010/2011: as syeikh (eh, yeke..:) ) erm..
Ustaz Khairil Husaini Jamil.
terima kasih ya ustaz..ajar kami. terutamanya saya dan kak syifa' yang selalu mintak penjelasan lepas kelas.
maklumlah..saya level 2. :)
ustaz korbankan cuti...jazakallahu khoirol jaza'.

pembantu setia saya...: kak Nurussyifa Abd Razak...dia baik. ajar saya banyak subjek...jazakillahu khoir...

akak saya, Siti Salwana..bagi pinjam dia nye kajian ilmiah yang terdahulu..

adik Faruq dan kak Nabila yang tolong assignment di saat akhir..

sahabat yang sering mendorong dan meningkatkan semangat, Saidah dan Rahmah..

sebelum mid-term yang lalu...

saya pulang ke kampung halaman...Johor Darutta'zim..
tapi, kena pulang ke sini secepatnya..kononnya mengajar hari Ahad...
jadi, masa dah sampai kat Bukit Jalil....amik tren ke Sri Petaling, gi mana?
erm, gi umah Mak Teh kak Syifa'. (huhu, katenya, saya jadi orang pertama antara kawan2 yang ikut gi umah Mak Teh..) em...Mak Teh dan Huda ,si kecil berumur 6 tahun kot...mereka berpurdah..Allahuakbar:)

si Ammar yang mulanya ditanya nama..begini jawapannya : .'kita tak tau nama orang, orang nak kenal kita..?' (wah, sungguh balaghah kecik ni..berkopiah..cute)..saya diam je, sebab tau..dia nak kata, saya ni tak kenalkan diri saya pastu nak tau nama dia lak. nasib baik kakaknya, Huda, bagi respon yg baik.Saya senyum je tengok si kecik tu. tak lame, dia pun bersuara..
'ummi, kawan Ammar (abang taufik) panggil Ammar 'amo'. pastu Ammar pon panggil dia 'abang topak'...
-nak terketawa saya dibuatnya. sungguh, dari kecik lagi dah pandai berkias. Subhanallah. dia nak gitau nama dia secara tak langsung tu.:)

buat ape gi sane?
belajar I'jaz. kat sane ada madrasah Alima dan Hafiza. saya tak terbayang camne tempat tu. Mak Teh n Kak Syifa' pun amik saya kat stesen.
sampai kat umah Mak Teh..kami makan tengahari n rehat sat. Mak Teh gi bergerak ke madrasah Alima sebab ada tetamu yang datang sane.
pastu dah bercerita tung tang tung tang....kami pun bergerak ke Alima..yelah, kan niatnya nak belajar.

tengok2 dak kat situ...pakai purdah semua..baju hitam seluruhnya..dahsyat kot(kagum wei..) saya? pakai baju kurung biasa je. segan lak..


em, takpela, selagi tutup aurat. tapi, still dipandang pelik. sebab lain daripada mereka dan mereka tak pernah nampak saya sebelum ni.ada jugak yang sangka saya ustazah kat Alima. (heehee...belum lagi tahap tu, korang lebih banyak ilmu...

Alima ni, lebih kurang institusi hadis..hafiza institusi Hifz Quran..sangat termotivasi melihat cara pengajian mereka...melihat? hehe ..tak..mendengar bagaimana mereka diajar.ada tetamu tadi tu, jadi mereka pun memuliakan tetamu tadi dengan sebaik2 layanan..dijamu makanan, dihibur nasyid...lagu Soutul Amal..'terkenang sebuah memori lalu...kisah persahabatan kita bersama....'

lepas tetamu dah balik, kitorang belajar kat kak Khadijah...dia terangkan syarah hadis..diorang belajar Sohih Bukhori dan Muslim.gune kitab lame. hm, tak pandai saya nak baca sendiri. Subhanallah...kitorang kuarkan la kertas i'jaz Sunnah tu...dia kata, untuk bahagian perubatan dan sains, ada kamus khusus jugak.(baru tau). 'baguslah korang belajar sal ni. kadang2 apa yang Nabi kata masa dulu, ada bersesuaian untuk diamal dan ada jugak yang tak untuk zaman kita ni. contoh cam cuka. cuka dulu..dibuat dari apa2 yang tak mendatangkan mudharat. tapi, cuka sekarang kan dah macam2 bahan yang boleh merosakkan perut.jadi, perlu faham hadis dan belajar dari yang pakar. (hm, perlu dalami lagi nampaknya..)
sampai ke maghrib kami belajar ngan dia.
Alhamdulillah, bertambah kefahaman...walaupun masa tu saya dah tertutup2 mata...

kena balik ke Uia malam tu jugak, sebab esok nak ngajar....
aiyOOO...tengok2, kat dalam tren ..dapat mesej dari ustaz..kata, esok saya tak perlu mengajar...atas sebab2 tertentu..erm, takpela, jadi, peluang tuk study i'jaz ada lagi.
Walau pe pun, esok kena gak jumpe ustaz, untuk tasmik akhir sebelum pekse. tasmik pas exam pun ada jugak, tapi tu dah lain..



Syeikh merangkap tok guru Mohd Faiz yang turut membantu...(saya yg menggelarkan nye..)

jazakallahukhoir...
banyak nak faham makna pe2...by YM n sms..
dan akhirnya, saya dan kak syifa' buat keputusan tuk wat Munaqasyah sebelum final exam ni.
Tok Guru pun setuju, kitorang pun decide library room for discussion..
mulanya, anak murid yang konfim cume saya, kak syifa' dan fadhil.
pastu... ada murid tambahan..kak Bismillah dan Busyro.
moga Allah memberkati perbincangan ini.
em, dapat jugak video cakerawala untuk lebih faham Graviti . baru amik satu episod sebab tak muat usb. Pasni kena guna external hard disc. semalam tak bawak lak...
maklumlah, khusyuk discuss...tengok2 dah terlebih waktunya...hm..kitorang kuar 12.09 sepatot-patotnya. tapi, semua kuar kul 12.45 camtu..kena la denda RM 2...masing2 lupe. takpe, demi belajar kan..huhuhu

Solahuddin yang membantu di saat2 tak tersangkakan..

 Jumaat petang yang lalu...ternampak Solahuddin ...entah camne..ditakdirkan kami pun belajar ngan dia. di kafe Econs
matanya yang Hijau..lain daripada kebiasaan orang Malaysia..yelah, dia bukan orang Melayu..hehe..dari India tu..huhu..menampakkan macam 'patung'...pernah, sampaikan orang ramai mengelilingi dia, sebab nak tau tu mata betul ke tak..lawak..

saya dah ngantuk sangat masa petang tu..memang tak leh amik kelas petang nampaknya...(sem akan datang..)

dah basuh muka pun tak jalan gak...akhirnya , Solah pun cerita la sikit pasal keluarga dia...saya dan kak syifa' dengar dengan kagum apa yang dicerita...ha, tang ni, memang 'menyegarkan mata'..bab cerita..sungguh, macam budak kecik la..

kagum kat dia.. yelah, sume adik-beradik dia amik bahagian Sains..ada doktor, pensyarah kejururawatan, farmasi..dan lain2..tapi, dia sorang je yang bahagian Agama. ikutkan, boleh je dia nak mik Sains. tapi tak mau.
sebenarnya, dia belajar kat Uia sebab dia dihantar oleh universiti...(al-huda kot namanya...kat India)...untuk dia mik master selama 2 tahun. pastu , balik nanti dia mengajar di sana dan bawaklah pe2 perubahan dan sistem yang dia belajar kat sini untuk memajukan universitinya...Subhanallah...moga mudah segalanya demi ummat.

pastu lepas 2 tahun lagi, dia akan dihantar semula ke Uia, untuk mik Phd...

dia tak tau sangat bahasa Melayu, kami pun ajar bahasa Melayu kat dia...

dia kata, kalian beruntung dapat library yang besar dan cukup banyak infrastruktur. maka manfaatilah. (erm, dapat motivasi...betol tu, kadang2 kita tak hargai apa yang di genggaman kita. bila dah takde baru nak nyesal...jgn camtu..hargailah semuanya yang ada di dalam genggaman kita kini)
~belajar ngan bakal pensyarah ...kami pun mengajar dia jugak..ajar bahasa kita...

tak tau nak kata apa..Allah mudahkan semua...Segala pujian buat Allah...

Maha baiknya Allah...Sungguh aku hamba yang zalim jika aku tak mensyukuri nikmat-Mu..maka, ampunilah dosa-dosaku...

erm, ni, pagi ni baru dapat wireless...dari ari Jumaat petang kat bilik Hafsa ni..tak dapat lorh...mungkin ngah baiki sistem kot....

dan hari ini hujansakinah ingin mengucapkan.....kepada Khairunnisa' bt Mohd Shah :


selamat...selamat...selamat hari lahir
selamat dari kemurkaan Allah..
selamat dari maksiat lahir dan batin
selamat bersyukur selamat bersabar...
demi masa
sesungguhnya manusia itu rugi
kecuali yang beriman
dan yang beramal soleh
juga yang ingat-mengingatkan kepada kebenaran dan kesabaran
dari Allah kita datang
kepada Allah kita kembali
umur yang dipinjamkan
hargailah
gunakan untuk  berbakti dan menyembah Allah
bila dapat nikmat, malulah dengannya
bila dapat uijian redhalah dengannya..
bersiaplah untuk pulang pada-Nya
hidup di dunia sebenarnya tipu daya....
   wahai abah yang telah pergi moga dikau dirahmati
  emak di Tanah Haram kini...moga Allah memudahkan ibadahmu dan menyempurnakannya
  moga peroleh haji yang mabrur
didoakan panjang umur murah rezeki
sihat badan sempena  hari lahir
semoga ilmu dan iman bertambah
sihat badan sempena  hari lahirsemoga ilmu dan iman bertambah

buat mereka yang prihatin
terharu kumenerima bantuan
moga bantuan Allah jua mengiringimu..
amin ya Robbal a'lamin

erm...lagu asal adalah lagu 'selamat hari lahir_mawaddah'
lagu ni jugak yang selalu saya nyanyikan buat sahabat yang menyambut hari lahir..
terutamanya kak Zikriah Salleh..sejak semester lepas...
dia juga banyak membantu saya. saat saya sepi sendiri...duka memerangkap hati...hilang dalam diri sendiri...Allah menghadirkan seorang ukhti
ukhti yang prihatin....menasihati....memotivasi....<masa lepas abah meninggal dan saya exam plak lepas tu...huhu~)

dah la kan....esok nak exam..ni, juz relax jap. k...teruskan usaha wat sahabat2...wat khairunnisa' juga:)
awak, kuat nisa' ! ! !

hujansakinah: hikmah bicaramu kuhargai...


untuk  1orang yang bakal melahirkan dan 1 budak cute yang menyambut hari lahirnya : moga Allah mudahkan urusan kalian...


terharu giler ko first bagi ucapan :) so sweet....dari dulu sampai skang...
(gambar mase kat bilik pengantin kak Long)

2 comments:

  1. dan sekarang saya dah level 3. Alhamdulillah. tak lame je lagi kat UIA...moga Allah membimbing hati ini.

    ReplyDelete
  2. er bleh add sy kt fb tk? shidorenne@gmail.com macey..

    ReplyDelete

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...