Tidaklah Allah melihat rupa dan zahir seseorang, melainkan Allah melihat hatinya...
Allahu allahu Allah...
Bagaimanakah kita hamba-Nya ini....? Sering kita melihat bersih pakaian luar semata, adakah dilihat dalaman kalbu kita?
Bersahabat dengan bermacam orang kadangkala akan membuatkan kita sendiri akan merasai keserasian pada permulaan pertemuan...benar atau tidak? itu memerlukan kepada pengamatan dan pengalaman seseorang...
Ahha...
yang seronokny pulak, ada sahabat saya yang dapat mengenali orang dengan sekali pandang sahaja. Erm, tapi, bila ditanya padanya, "best tak , dah tau hati budi orang dan tau sebab apa dia nak kawan ngan kita terlebih dahulu sebelum kita kawan lama ngan dia?"
jawabnya mudah: "Allah bagi ujian tu buat orang yang mampu, nisa'. Saya kena jugak kawan ngan orang tu walau saya tau akibatnya. adakalanya, saya turut menolak orang yang tidak sepatutnya. tapi, bila banyak kali menolak, siapakah yang benar-benar ikhlas nak kawan ngan saya...? susah nak dicari..."
saya fikir, best sangat la bila dapat anugerah tu. Tapi, sebaliknya rupanya. Mungkin...Allah beri anugerah tersebut kepada sahabat saya, kerana dia sangat dekat dengan Allah..Wallahua'alam. kerana tak pernah dia meninggalkan solat malam...MasyaAllah...
Kerana hati kita berbeza dan berbolak-balik... maka, sering juga diuji...Pernah tak anda rasa...tak suka kat seseorang? benci kat seseorang? suka kat seseorang? kagum kat seseorang? semua itu...mungkin disebabkan daripada sikap dan sifat orang tersebut menyebabkan timbul rasa suka dan benci...
Pernah satu ketika dahulu, saya ditegur oleh Ustazah....tika di bangku sekolah menengah...rapat ngan guru-guru saya... cerita masalah pelajaran dan minta motivasi...
"Jangan benci orang sangat, takut nanti kita suka padanya. Jangan terlalu sayang sangat pada seseorang, takut nanti boleh berlaku sebaliknya"
-jadi, apa yang boleh saya buat?
"buatlah seperti biasanya. biarkan kita benci pada sikapnya, bukan orangnya...suka biarlah berpada-pada"
saya menganggukkan kepala tanda faham. Tpi, nampak gayanya sangat sukar untuk dipraktik dalam hidup sebenar.
biasa orang kata dari mata turun ke hati...bermaksud dari sebuah pandangan merantaikan pengertian pada hati insan...lebih kurang begitulah mafhumnya..
jadi, jika dari hati jatuh ke mata bagaimana pula?
bila kita sudah cinta pada suatu perkara, mungkin.... mungkin tidak endah pada rupa sesuatu..mungkin la...kerana fitrah manusia itu suka akan kecantikan, keindahan, dan kebaikan...
tetapi, percaya atau tidak, selalunya jika sesuatu yang baik dan Allah redha sesuatu...kebiasaannya 'elok' di pandangan hati. . . mudah-mudahan...
Mari, saya mahu kongsikan apa yang dikatakan dalam video ini...kenapa? mungkin ada kalangan kita yang tersangkut-sangkut untuk melihat video ini...maklumlah, tak semua tempat dapat line internet yang baik...saya juga menghadapinya...maka, saya faham..hehe
k...
"WAHAI PEMUDA!
TIDAK ADA SEORANG PUN DARI KITA YANG KELUAR DARI RUMAHNYA
DALAM KEADAAN ORANG LAIN TIDAK SENANG MELIHAT KEADAANNYA
YAKNI,
TIDAK MUNGKIN ADA KALANGAN KITA YANG KELUAR DARI RUMAH SEBELUM MENCUCI MUKANYA
DAN MEMAKAI PAKAIAN YANG CANTIK-CANTIK
MUNGKIN SALAH SEORANG DARIPADA KITA KELUAR DI JALANANDAN TERDAPAT CERMIN DI DALAM LIF CONTOHNYA DAN MENDAPATI BAHAWA TERDAPAT SESUATU DI MATANYA, DAN PADA PAKAINNYA TERDAPAT SESUATU YANG TIDAK SESUAI DILIHAT OLEH ORANG LAIN DAN MERENDAHKAN NILAI DIRINYA...
MUNGKIN DIA AKAN PATAH BALIK DARIPADA PERJALANANNYA...
MUNGKIN DIA AKAN KELUAR DARI KERETANYA DAN AKAN PULANG KE RUMAH UNTUK MEMBERSIHKAN DIRINYA..SUPAYA ORANG LAIN DAPAT MELIHATNYA..
INI ADALAH BANDINGAN BAGI SUATU YANG DILIHAT DAN DIAMBIL KIRA OLEH MANUSIA
BAGAIMANA PULA DENGAN TEMPAT YANG DILIHAT OLEH AR-RAHMAN SWT ???
SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MELIHAT KEPADA RUPA PARAS DAN LUARAN KAMU
TETAPI DIA MELIHAT KEPADA HATI KAMU
SEKIRANYA SALAH SEORANG DARI KALANGAN KITA MERASAI PERASAAN INI SETIAP HARI,
BERAPAKAH NILAIAN PANDANGAN ALLAH SWT PADA HATINYA,
NESCAYA DIA AKAN MENYIAPKAN DIRINYA, SEBAGAIMANA DIA MENYIAPKAN PAKAIANNYA,
WAJAHNYA APABILA DIA KELUAR KEPADA AWAM MANUSIA
BAHKAN LEBIH BAIK DARI INI LAGI.
MEMADAILAH BAGI KITA, BILA KITA MENYAMAKAN PANDANGAN MAKHLUK DAN PANDANGAN PENCIPTA
NESCAYA KEADAAN KITA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA SEKARANG INI
BERKATA SAIDINA ALI R.A.:-
BEKAS-BEKAS ALLAH DI DALAM DUNIA INI ADALAH HATI
HATI ADALAH TEMPAT TURUNNYA RAHMAT, JUGA MENGANDUNGI ILMU PENGETAHUAN
PARA ULAMA' MEMBAHAGIKAN HATI KEPADA EMPAT BAHAGIAN:
1) HATI YANG TECEMAR DENGAN KEKOTORAN
2) HATI YANG PECAH
3) HATI YANG TERTUTUP
4) HATI YANG SUCI, YANG MENGHADAP KE LANGIT
SEPERTI BEKAS-BEKAS (DITUNJUKKAN DALAM VIDEO)
BEKAS YANG KOTOR UMPAMA HATI YANG PUNYAI HASAD,SOMBONG, DAN BERLAGAK DENGAN MANUSIA..
APABILA TURUN RAHMAT DAN ILMU KE DALAM HATI, TERCEMARLAH RAHMAT TERSEBUT DISEBABKAN KEKOTORAN YANG ADA DI DALAM HATI
SEPERTI YANG DISEBUTKAN OLEH ALLAH SWT..
"TIDAKKAH KAMU MELIHAT ORANG YANG MENJADIKAN HAWA NAFSUNYA SEBAGA TUHAN MEREKA DAN DISESATKAN OLEH ALLAH DENGAN ILMU MEREKA"
ILMU TETAP MASUK
KERANA SETITIS DARI HAWA NAFSU DAPAT MENCEMARKAN LAUTAN ILMU
MAKA, INI ADALAH PERUMPAMAAN BAGI HATI YANG DICEMARI DENGAN NAJIS
DI SINI TERDAPAT JUGA HATI YANG PECAH (SEBAGAIMAN YANG TERDAPAT DALAM VIDEO..)
SEPERTI HATI MANUSIA YANG TERUS MELAKUKAN MAKSIAT
SETIAP KALI DIA MELAKUKAN KEBAIKAN, DIA AKAN MELAKUAKAN MAKSIAT SELEPAS ITU..
CONTOHNYA: HADIRI MAJLIS YANG MULIA, TAPI BUILA KELUAR DARI MAJLIS ITU, TERUS MENGUMPAT ORANG LAIN.
SELEPAS MEMEGANG BIJI TASBIH, BERZIKIR, ATAU SOLAT, TERUS BUKA TELEVISYEN DAN MENONTON ADEGAN YANG DIHARAMKAN
MAKA TIDAK SEMPAT PUN RAHMAT ITU KEKAL DI DALAM HATI MELAINKAN IA KELUAR DISEBABKAN OLEH MAKSIAT
SESETENGAH MANUSIA LEBIH BAHAYA DARIPADA INI SEMUA
HATINYA TERTUTUP DAN TERKUNCI
BAGAIMANAPUN TERCURAH RAHMAT KE ATASNYA...IA TIDAK AKAN MASUK KERANA IA TERTUTUP DAN TERKUNCI.
INI ADALAH CIONTOH BAGI HATI YANG SUKA MEMBANGKANG
MEMABNAGKANG ALLAH, ORANG-ORANG SOLEH, BILA DIA MENGHADIRI SATU MAJLIS YANG BAIK, DIA AKAN MENCARI KESALAHAN ORANG...
APABILA ADA ORANG SOLAT, DIA MELIHAT SOLAT ORANG TERSEBUT TIDAK SAH, DIA DA MASALAH ; SEPERTI DERHAKA KEPADA IBU BAPANYA, MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM....INI ADALAH PERKARA SEBENAR-BENAR MENUTUP HATI..!
TIDAK DAPAT DIMASUKI DENGAN RAHMAT SEPERTIMANA YANG DISEBUT OLEH NABI MUHAMMAD S.AW.
EMPAT GOLONGAN YANG TIDAK DIAMPUNKAN PADA BULAN RAMADHAN ANTARANYA;
1) DERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA
2) PEMINUM ARAK
3) DUA ORANG YANG BERMUSUH
4) YANG MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
INI TIDAK AKAN MASUK LANGSUNG RAHMAT KE DALAM HATINYA.
>>>>
ADAPUN HATI YANG KEEMPAT...SAYA BERHARAP AGAR INI MERUPAKAN HATI SAYA DAN KAMU SEMUA INSYAALLAH..
HATI YANG JERNIH , BERSIH DAN MENERIMA
HATI INI DENGAN IBADAT YANG SEDIKIT, SEKIRANYA HADIR MAJLIS YANG BAIK-BAIK, SOLAT, BERZIKIR KEPADA ALLAH TERUS KITA AKAN MENDAPATI HATI INI PENUH DENGAN KEBAIKAN DAN RAHMAT.
RAMAI ORANG SELEPAS DARIPADA MENDENGAR PERBICARAAN TENTANG HATI, TERKESAN...
TETAPI, SOALAN MASYHUR ADALAH...
APAKAH UBATNYA?
APA AKU NAK BUAT?
AKU TAHU, HATI AKU NI ROSAK, HATI AKU NI KOTOR...
DAN AKU TAHU MEMANG HATIKU BEGINI, APA UBATNYA???
SATU PERKARA PENTING YANG DAPAT KITA KONGSIKAN ADALAH :
MENGENAL PENYAKIT...
SESEORANG ITU APABILA SUDAH MENGETAHUI PENYAKITNYA- DIANGGAP MENGENALI PENYAKITNYA ANTARA LANGKAH TERPENTING DARIPADA LANGKAH-LANGKAH PERUBATAN.
PERKARA INI MUNGKIN TIDAK DIAMBIL BERAT OLEH MASYARAKAT..
70% ATAU 80% DARIPADA PROSES PERUBATAN, ADALAH MENGENAL PASTI PENYAKIT SEHINGGA DALAM DUNIA PERUBATAN BADAN.
PERKARA PALING PENTING BILA KITA PERGI KE HOSPITAL UNTUK BERUBAT DENGAN DOKTOR, ADALAH DIAGNOS PENYAKIT DENGAN BETUL .
KEMUDIAN MUDAHLAH DOKTOR ITU TULIS ARAHAN UNTUK MAKAN UBAT SEBIJI-SEBIJI DAN SELESAILAH.
TAPI SEKIRANYA TERSALAH DIAGNOS PENYAKIT DAN DIBERI PULA UBAT YANG SALAH, BERTAHUN-TAHUN PUN TIDAK AKAN SEMBUH DARI PENYAKIT ITU.
MATLAMAT PADA BEKAS-BEKAS DAN SUSUNAN TADI ADALAH SUPAYA KITA KENAL HATI KITA TERGOLONG DALAM JENIS HATI YANG MANA.
APABILA SUDAH TAHU, MAKA, MUDAHLAH UNTUK DIPERLAKUKAN HATI ITU BERLAWANAN DENGAN KEADAANNYA SEKARANG .
SEKIRANYA KOTOR DIBERSIHKAN, SEKIRANYA TERTUTUP DIBUKA, SEKIRANYA BANYAK DOSA BERHENTI DARIPADA MELAKUKAN DOSA-DOSA DAN MEMBAIKI HATINYA.
SEKIRANYA KITA SUDAH MENGENAL KEADAAN DIRI KITA MASING-MASING , TELAH JUJURLAH KITA MENUJU KEPADA ALLAH SWT
DAN YANG PALING UTAMA SEKALI ADALAH APABILA SESEORANG ITU SUDAH TAHU PADA DIRINYA TERDAPAT KEKURANGAN DAN KEBURUKAN ,
BERLINDUNG KEPADA ALLAH SUPAYA DISEMBUHKAN HATI DARIPADA PENYAKIT HATI KITA ITU DAN ALLAH MENYEMBUHKAN."
"dan sekiranya aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku"
No comments:
Post a Comment
berbicara di sini..