AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Monday, January 24, 2011

PENA 53: Ulul Albab2



Bismillahirrahmanirrahim…..
Naik turun pada suhu termometer tidak mematahkan semangat untuk hujansakinah meneruskan penulisan yang tertangguh.

" Konsep Ilmu & Pembentukan Para Ilmuwan Ulul Albab Dalam Konteks Masyarakat Islam Masakini"
Merasakan seperti ada yang ternanti untuk perkongsian yang lepas berkaitan UlulAlbab.
Oleh kerana , keterlambatan hujansakinah dan sahabat masuk ke dewan di Law itu, pertama rangkap kata  yang didengari dari kupasan petang tersebut adalah….(mohon maaf di atas kupasan sebelum yang tidak dapat diambil…)


Kegagalan ilmu Sains secular dan sains sosial Barat Moden dalam banyak bidang peradaban manusia abad ke-20 [dalam dan luar dikritik hebat oleh Post Modernist..]
Tanda-tandanya adalah:
-kepincangan Moderniti dan epistemology akal manusia.
Apakah epistemology?

épistémologi ialah  teori tentang pengetahuan, terutamanya yg berkaitan dgn kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan.(Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat) cek sini
pandangan lain pula , Epistemologi merujuk kepada idea perkara yang boleh dikira sebagai ilmu, perkara yang boleh diketahui, dan kriteria ilmu yang mesti dipenuhi untuk dinamakan ilmu dan bukan kepercayaan.

-Idea puluhan ilmuan Islam terdahulu dan kini
(Sepertinya escatology macam belajar I’jaz ,cuma hampir2 sama ..dan buku yang kelihatannya ada di pesta buku hari yang lalu.)


Konsep klasifikasi ilmu pengetahuan manusia
1) Ilmu
Anugerah dan rahmat Allah.
Kedudukan ilmu sangat tinggi.
2) Ilmu Wahyu sebagai asas kepada ad-Din
3) Ilmu yang diperoleh dengan usaha akal manusia merupakan asas-asas kepada dunia
4)Ilmu terbahagi kepada dua:
-terpuji
-tercela

*Permohonan sebagai satu hakikat sebenar
[konsep di atas merujuk kepada Resolusi Konferensi Pendidikan Islam Sedunia Yang Pertama, Makkah 1977]
Anda juga boleh merujuk kepada Kitab al-I’lm karangan Imam Al-Ghazali.

Seterusnya mari kita kongsi tentang;


Konsep kesepaduan dua kitab atau dua jenis ilmu

1 *Wahyu Ilahi(al-maqru’) :sumber ilmu agama
2 *Alam Tabi’e( Kitab al-kaun al-maftuh) : sumber ilmu dunia

Tujuannya adalah
Kembalikan kepimpinan umat Islam:-
Fardhu ain & fardhu kifayah
Supaya binaan ilmu alamm fizikal & social diwarnai oleh norma-norma agama

Petunjuk-petunjuk Al-Quran yang dinafikan oleh Epistemologi Sekular

-keutamaan, ketinggian, ketepatan ilmu yang diwahyukan
-kewajipan menguasai ilmu dunia dari خلافة ، إمارة الكون، مصلحة& إصلاح
-akibat buruk membelakangi nilai &norma Illahi
-Peranan penerima/ akal & hati disatukan dalam kemajuan pengabdian kepada Illahi sebagai tujuan hidup


Cara mendapatkan ilmu yang dikehendaki Allah berdasarkan Cara holistik dalam Al-Quran:
1.Tadabbur
2.Absor
3.Tafsil
4.Nazor
5.Fahim
6.Aqal
7.Alim
8.Faqih
9.Tafakkur

Kemuncak Ilmu Agama dan dunia
I
I
I
(أولو الألباب)
I
I
I
Tiada dikotomi orang yang belajar agama  & orang yang belajar alam

(dikotomi: pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dll) dlm sesuatu hal yg saling bertentangan: dasar tadi me­nyebabkan kita selalu berfikir secara ~; ~ ini tidak terbatas kpd dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan ke­hidupan.)


Makna dan pandangan cendekiawan tentang definisi Ulul Albab:-

Hamka : “ Orang yang berfikiran dalam dan orang yang mempunyai inti fikiran”
Abdullah Basmih: “ Orang yang berakal yang dapat memikir dan menilai”
Ibnu Kathir: “ Akal yang sempurna/ suci yang menanggapi sesuatu perkara dengan hakikatnya, seterang-terangnya atau sejelas-jelasnya”

Kenapa natijah kita sebagai muslim dalam menggunakan akal menjadi buruk?
-kerana mereka tak mengikut apa yang Allah gariskan
Jadi...
أولو الإدراك الصحيح ويفتحون بصائرهم لاستقبال آيات الله
Buka fikiran dan terima ayat Allah yang ada dalam alam ini



Ciri-ciri Ulul Albab dalam Al-Quran:
1) Takut kepada kemurkaan Allah dan risiko azab akhirat
خشية الله (فاطر: 27-28)
Al-baqarah:179,197,269
Ali Imran: 7,190
Al-Maidah: 100
Yusuf: 111
Ar-Ra’d: 19
Ibrahim: 52
Sod: 29, 43
Ghafir: 54
At-Talak: 10
Az-Zumar: 9, 18, 21
[16 konteks]

2) Mendalam ilmunya+ والراسخون في العلم  besatu dengan iman yang mendalam kepada Allah
Al-Ankabut: 43
AnNisa’: 162


Cabaran dunia kini dan globalisasi
* Keunggulan sains dan teknologi Barat (asas kekuatan dan Hegemoni barat/ timur)
* Excellence without soul[Harry Lewis,2006] التفوق بلا روح , Ancaman pembaratan “Kanser Institusi Pendidikan”
* Kejahilan, Kelemahan kepincangan iman dalam umat Islam dan penyelewengan para ilmuwan

كيف التفوق بلا روح؟
Achieve the standardize!

Ulul Albab dan Kitab Alam Terbuka?
إنما يخشى الله من عباده العلماء
من العلماء؟
Siapakah ulama’ tersebut?
-“Ahli agama yang mengetahui tentang alam dengan mendalam.”- Syed Qaradhawi
Dan
Fitrah Allah   -------------  <---Hubungan intim--->  ---------   Fitrah insan



Pembentukan Ilmuwan dan cendekiawan Ulul Albab

Universiti?
* Ia merupakan tahap ketiga jinjang pendidikan
Jadi?
* Institusi pendidikan lahir dari:-
1)keluarga : didikan iman, ilmu, akhlak
2)integrasi: Quran dan sains
3)Khususan dan integrasi: agama, dunia, khusus dalam bidang tertentu

serta...
* reformasi kurikulum dan silibus berdasarkan (ilmu, iman, akhlak, tauhid)
* proses Tauhidism, Islamism, Integrasi, relevanisasi
*Tolak Mithos “value free” sains dan ilmu manusia, worldview athiestik & materealistik


Hamka: MATA MELIHAT ALAM , HATI MELIHAT TUHAN


hujansakinah: menulis apa yang didengar, fenomena professor ulung melanda sahabat-sahabat saya.( ",)v

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...