AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, January 1, 2011

PENA 44: IRKHS'S dalam kenangan





Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam buat junjungan Idola ..kekasih-Mu Nabi Muhammad s.a.w..
kami cuba untuk menyusuli jalan baginda..


Closing Ceremony ISCAR'10
Takdirnya
kita di sini
berganding bahu
merealisasi cita-cita yang satu

bersama mengenal dan belajar
erti pengalaman
erti kepimpinan dan amanah
erti persahabatan
kerana setiap yang Allah ciptakan
ada pengajaran yang perlu kita ambil perhatian

naiknya kita
bukan kerana kita yang terbaik
turun atau tak terpilihnya kita
bukan kerana kita tidak layak
tetapi
perhatikanlah
seni ujian yang Allah berikan
Dia hanya mahu kita menghadapinya dengan hati yang redha dan tenang
adakah kita masih tetap di atas jalanNya?
adakah kita jujur melaksana amanah?
adakah kita menggunakan jalanNya sebagai wadah menuju matlamat?

di atas atau di bawah
itu hanya kedudukan
hakikatnya
dan sebenar-benarnya
kita hanyalah hamba yang hina di hadapan Allah, Tuhan Pencipta sekalian alam

maka
tundukkan hatimu
rendahkan hatimu
di hadapan Sang Pencipta
sekali lagi diingatkan
KAU HANYA HAMBA
yang terus-terusan mengharap bantuanNya

Ya Allah
moga segala usaha mereka Engkau berkati
moga jalan mereka Engkau tuntuni
berat sungguh tanggungjawab yang diberi
melainkan Engkau yang memudahkan dan membantu menyelesaikan
Ya Rahman
Andai ada kekurangan dalam kepimpinan mereka
maka Engkau sempurnakanlah
Andai ada cacat-cela yang sedar atau tidak
maka ampunilah dan sedarkanlah serta bantulah untuk dibaiki
Maha Suci Tuhan dari segala kekurangan
terimalah amalan mereka ini
Jauhi mereka dari sifat jemu dan bosan memimpin ummah dan ibadah
tetapkanlah rasa rela ikhlas dan suka pada suruhanMu
Wahai Tuhan yang memperkenankan doa, maka, perkenankanlah.



Tahniah dan terima kasih di atas kerjasama semua organisasi,komiti,dan ahli IRKHS'S 09/10 .

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...