AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Tuesday, January 18, 2011

PENA 51: Ulul Albab 1

 KELAS ganti Tak Berganti

Sebagaimana yang telah dirancang beberapa hari yang lalu, ustaz-ustaz saya nak buat kelas ganti pada pagi Jumaat dan petangnya.
Sebelum rancangan tersebut disampaikan, saya dah nampak dah poster kat board untuk program Jumaat ni kat LAW.
Sedih jugak sebenarnya bila dapat tau ustaz nak buat kelas. Dalam kes ni, saya memilih yang lebih utama. Kelas tu kan wajib. Yang kat LAW tu kalau dah abis kelas boleh la gi.
Segalanya atas izin dan ujian Allah. Tidak berlaku suatu manfaat atau mudharat melainkan atas keizinan Allah Taala.

Ditakdirkan...
pagi Jumaat tu, saya dan Nurul Imani gi kelas sama-sama. Penat gak sampai kat kelas pagi tu. Tak pernah kelas Jumaat kan...
Ek'eleh, tau tak? tengok-tengok, ada Bro. tu ngah tulis, "Class Cancelled". erk..."sabar, sabar.....takpe2, jom, kita gi sarap!" saya cakap kat Imani. Tercengang gak sebenarnya, sebab, biasanya apa yang terdeti kat hati kitorang sama, dan biasanya berlaku. Selalu kalau kitorang cam rasa malas pi kelas (bukan tak rajin, cume cam berlengah-lengah...) pastu rasa Ustaz tak wat kelas...jawapannya nanti memang takde kelas...kebetulan je.
Jadi, kami jalan gi Kafe HS. bungkus je. kat bilik ada kawan yang belum sarap jugak, nanti boleh makan same2 ngan dia.
_tu cerita kelas pagi.


ZAss!!
pas dah sarap kat bilik, gi merayap kat BookFair. Ada satu benda yang aku suka sangat tengok...dan ada niat nak beli dari dulu..
Cuba teka apa?
Kalau saya ada benda tu, mesti orang datang bilik saya, dia akan kata " banyaknya...! "


Tu la, "My Quran "
kali ni beli Quran by juzu' .
RM30 dapatlah kurang RM2. 
......................................

Ritu, baru je dapat Quran. Mintak kat mak. saya yang kena bawak Quran Mak masa punggah barang2 mak balik haji. Dari umah Kak Long, saya ngan Adah balik umah dulu. Sebab Adah ada appoinment ngan doktor aritu. Mak plak peanat agi dan balik ngan kak Ijah. Quran yang besara saya tak amik. Mula2 saya cuma guna Quran sederhana je disebabkan Quran tafsir saya tertinggal kat umah kak Long. Bila dah guna, sonok plak. hehe, mula lah menge'ndeng kat Mak....nak mintak, relak2 ar kan...saya guna sepanjang cuti Sem. sampai masa dah nak balik Uia...mak tanya, mana Quran yang lagi satu yang berzip tu? (mak kata, Quran tu, orang kat sana bagi. sume dapat..)..." Icak guna mak. ada kat bilik abah, icak letak situ..Quran lagi satu kat atas gobok tinggi...besar sangat Qurannya. kat dalam beg itam tu.."
bila betul2 dah nak balik Uia, saya ngah packing barang, mak ada..saya pun cakaplah.." Mak, icak nak bawak nak guna Quran mak, boleh...? "ceh, muka simpati ek..huhu..tapi, saya memang suka Quran tu..tak tipu..
"baaawaklah.." camtu la gaya mak. "heehee..." (sengih sudah....)
Mak lebih senang gune Tafsir ar-Rahman yang tebal sangat dan besar sangat...bila ajar ngaji mak cik2 ngan dak2 jiran tu. 

bila saya balik umah ritu..seminggu pertama, sebab angkut barang yang tertinggal...saya ajak Saidah sekali datang umah...
adik pun tanya.." akak. akak bawak Quran mak ea..?"
dia tanya sebab dia nampak saya kuarkan dari beg.
"a'ah, akak dah mintak kat emak lah.....alah. adik kan dah dapat Quran mak dulu yang warne ijau..ni, akak plak la dapat quran mak dari Mekah, biar nanti akak rajin hafal, rajin baca, bila tengok quran tu cepat2 nak gi Haji...akak kan tak rajin lagi....hehe"(saja nak pujuk adik..)

"takdelah, orang tanya je..." ..."yelah, akak pun jawab je.." hehe...
 ......................

Bro yang jual kitab ngan Quran tu mula2 aku cakap omputih, dia nak cakap Melayu.Bila aku cakap Melayu, dia terus tak paham plak. Ha, kan dah,,,,

Aku kesian tengok dia tercengang aku cakap laju2..(sapa tak kenal nisa' suka cakap laju, macam dah takde masa dah ek...) aku tanya itu ini  kat dia..rupanya dia student Uia gak. Master in Quran Sunnah. " aha,, nanti boleh la awak ajar saya Hadis Ahkam...saya ada assignment kena buat.."
nama dia unik wei.." MaksumBillah" 
"masyaAllah..." dia senyum je bila aku takjub mendengar.
"Ok ukhti, what's ur name?"
"Ismi?"
"Khairunnisa' "
dia plak cakap "masya Allah.."
dua2 tergelak. eh, bukan ber2...kami ber3. saya kan gi ngan kawan saya. 
"and u ukhti? ur name?"
"Saidah"
"MasyaAllah....nahnu Saidah fiddunya wal akhirah..."
huhu...
keunikan gabungan nama kami. Sakinahnya Jumaat.


ha, pastu dapat gi beli 1 buku Hafiz Firdaus, RM1. kakak tu lelong buku kepunyaannya. Dia dah bis baca, pastu dia jual. The Creative Thinking. sambil dia jual, orang lain leh dapat manfaat gak kan.


pas orang Solat Jumaat, kawan2 saya nak gak amik MISWAK. saya mana la tau kena amik kat mane. memang la kat Masjid, tapi takde pun nampak. Cume nampak orang agihkan buku2 dari Turki dan Mushaf. Kawan saya nak sangat Al-Quran. Jadi, saya temankan, dan amikkan...Sebab, Quran kawan saya kecik. tak nampak sangat.
Tapi, bila saya tengok Quran tu kat bilik, rupanya bukan Rasm Uthmani. Takpelah, dah amik pun.


masa amik Quran tu sebenarnya sambil nak tunggu kata putus oleh ustaz, ada tak? - kelas ganti petang tu..erm, takde jugak,,,disebabkan ,kelas kami diguna orang, pastu masa kami cari kelas lain pun masa dah lewat sangat. Jadi, ustaz kata, tak payahlah kelas.
Diorang semua nak balik. Saya terus teringat program kat Law. Talk in Malay. Profesor Ulung. saya ajak kawan saya. dia nak gi gak, so Carry On! (ni, nama kelab kereta..)


jalan2..saya tak penah gi n tak tau kedudukan tempat tu , saya gitau nama tempat tu kat kawan, dia pun bawak. Tak tau nak masuk pintu mana...tanya plak kat Bro. yang nak masuk gak ke situ. dia pun tunjukkan arah. Tengok2, dia pensyarah rupanya. hehe.
Ramai lah gak kat dalam tu... Kali pertama menatap wajah ahli pemikir yang menerima anugerah Profesor Ulung...



Konsep Ilmu & Pembentukan Para Ilmuwan Ulul Albab Dalam Konteks Masyarakat Islam Masakini"
Profesor Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan
bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa
Moot Court,LAW, UIAM.
2.30-4.00ptg, 14hb Jan 2011.

banyak program hari Jumaat ni. Disebabkan rancangan untuk pulang ke rumah ditolak...maka, saya sangat memerlukan pengisian yang padat pada akal dan hati ni. Kalau tak, nanti mesti sedih dan terngiang-ngiang suara2 khalifah masa depan tu...(anak2 saudara saya lah...)

jap ea...nanti sambung ke 'Ulul albab 2' . kat situ saya nak tulis apa yang kisahnya program tu...


*nak gi kelas, tulis pagi2 dapat idea....(=


selamat berkelas...! ! !
Nisa' dan kawan2 semua kena belajar rajin2, faham betul2, tak faham kena tanya....tak mau segan2 tanya ea...
nanti dapat amal, meletup-letup putusannya...gembira keluarga dan cikgu...


yezza!!!!

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...