Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi
Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi
Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rahmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Kami sebagai peserta dibahagi-bahagikan kumpulan mengikut nama yang telah disenaraikan. owch...saya dapat fasilitator bernama...jeng jeng jeng...'Khairunnisa' ' dan kak....(dah tak ingat namanya....) dalam kumpulan saya tika tu, ada Nadhirah, Alia, Nisa' Jalil..Nadwa, Balqis...erm ada lagi yang saya tak ingat. kumpulan2 ini akan bergerak bersama-sama dalam acara yang dah ditetapkan. Acara pertama, 'Makan dalam dulang' . Ia bertujuan, mengikut sunnah nabi (makan berjmaaah), merapat ukhuwah, elakkan pembaziran dan taaruf sesama peserta dan fasi. Tanya punya tanya, rupanya nama akak tu pun Binti Mohd Shah. Sama la ngan saya. Kali pertama dalam hidup, jumpa nama sama berbintikan yang sama. hehe. Sambil makan, ada lagu-lagu mawaddah yang dibuka melalui cakera padat dan ditayangkan kepada kami. Muslimat makan di mata'm (dewan makan asrama), muslimin makan di kantin sekolah. Kalau tak silapnya, begitulah.
Acara seterusnya sehinggalah ke kemuncak malam, kami ditugaskan membuat persembahan 'Terima Kasih Tuhan' bagi setiap kumpulan. Kami diketuai 'nadhirah'. saya tak tahu kenapa muka masing-masing macam tak de mood gitu. Kalau saya sendiri, sebab dah mengantuk. Kat mana-mana je saya boleh mengantuk kalau dah sampai waktu tidur.
Setiap kali sebelum solat, kami dikumpulkan beramai-ramai di dalam surau agar dapat betul-betul bersedia menghadap Illahi. erm...berapa lama kita boleh bersedia sebegitu rupa? Tujuannya adalah, agar kita dapat sucikan hati dengan istighfar dan lupakan hal-hal duniawi...dapat betul-betul khusyuk di hadapan Allah. Allah....motivasi ini lebih besar kesannya daripada motivasi biasa yang kadangkala hanya mementingkan konsep kecergasan fizikal dengan aktiviti-aktiviti lasak masuk keluar hutan dan sebagainya.
Tiga aktviti yang sangat mengingatkan saya dan yang lainnya seolah saya tak berapa nak ingat.
Sebelum kakak2 fasi tu balik, saya ada mintak biodata diri kak Nisa', tapi, saya dah tak jumpa dah sekarang, mana kertas tu. Sebab pernah sekali saya hantar surat kat dia, tapi tak berbalas, mungkin dia dah pindah rumah kott.....mungkin. Andai dipanjangkan umur, moga dalam bertemu dalam hari yang penuh barakah. insyaAllah.
Tamat program setelah beberapa hari, saya buat survey kepada kawan-kawan...survey mulut ja...soalan: apa pendapat anda tentang program motivasi yang lalu? (huhu, takdelah saya tanya dengan se'skema' begini..tanya la ngan ayat bual biasa...)
jawapan kebanyakan : tak best. jawapan minimum: ok, best, bagus buat semua, biar sedar sikit.
mungkin jawapan kebanyakan dibuat kerana: tak seperti kem lain, jiwa yang masih nakkan hiburan semata, nampak cam boring je program (mungkin nak wat kem kesedaran begini, kena lebih aktif dan banyak bergerak kot...)...dan apa lagi agaknya...
jawapan minumum dibuat : kematangan dan kesedaran setelah berprogram...pentingnya didikan hati..
Bukannya nak kata orang yang kata tak best tu tak bagus...cuma mugkin cara pendekatan yang digunakan perlulah berbeza mengikut individu. Perlulah faham bila pelajar2 ni dari latarbelakang berbeza...
Setelah beberapa tahun..saya telah tamat STAM...dan ada baki-baki bulan sementara menunggu keputusan dan memohon UPU. Pernah saya mendengar cerita dari abang. Anak saudara sahabatnya dihantar ke sekolah (macam kelab anak soleh tu), mereka semua diajar hidup berdikari seperti berniaga, memasak,menjahit, bernasyid...dan kebanyakannya berdasarkan bakat-bakat anak tersebut. Erm, bestnya...saya nak jugak gitu. Abang cerita lagi, diorang kalau lepas buat persembahan nasyid, diorang dididik agar jangan riak , jangan bogkak dengan suara kurniaan Illahi, jadi mereka akan disuruh pergi mencuci tandas-tandas, mengelap lantai...dan buat kerja-kerja amal. Cuba bayangkan , kalau semua artis Malaysia ni kena buat gitu, mungkin akan berkuranglah sedikit kontroversi dan hampirlah lagu-lagu mereka kepada Tuhan. Subhanallah... bagusnya hati mereka yang dididik, kerana dari hati melahirkan perbuatan.
Pernah jugak saya berhasrat tak mau sambung belajar kat U, nak sambung kat sana je...tak pun pi sekolah-sekolah pondok...Tapi, takdir Allah lebih mengatasi. Takde masalah nak belajar sana, waktu cuti boleh je join sekolah pondok kan...
Hujansakinah: salah satu cara mengurangkan gementar peperiksaan adalah dengan menulis dan berkongsi cerita. Petang ni jam 3, saya periksa di CAC. doakan kemudahan dan kelancaran semua.
No comments:
Post a Comment
berbicara di sini..