Akhir Semester, sebelum sampai ke 15hb April dan 16hb April, saya dan kak Yan sibuk menyiapkan assignment ke-2 (Tadribat thani Takhrij Hadis).
Tak siap sebab apa?
Sebab menangguh?
Em tak..
Sebab malasS?
Tak jugak
Sebab…tak tau nak wat?
Mungkin jugak. Tapi, lebih tepat kepada, kami asyik tukar hadis je. Ditambah lagi dengan sanad yang banyak dari sumber kutub sittah.
Em, yela, kami belum sampai ke tahap pakar. Hmm..pengalaman beberapa bulan dalam mempelajari takhrij ni memang mencabar. Sebab belajar cara lama. Bak kata Ustaz, mungkin generasi akan datang dah tak tau cam na nak wat dan guna kitab-kitab lama ni, yelah, gunakan perisian komputer yang semakin lama semakin lengkap dan sentiasa mengalami perubahan.
Setuju ngan pandangan tu. Yelah, kami belajar ni pun sebab ustaz ajar. Kalau tak, tak tau jugak ni. Dan…ini jugak sebagai ‘obor semangat’ nak meneruskan tadribat ini. Kami berazam, walaupun dah habis semester, kami nak jugak wat latihan seterusnya agar ilmu ni tak hilang. Macam orang belajar math. Kena selalu wat latihan kan…Amin, semoga dimudahkan jalannya.
Nak siapkan tadwin bagi takhrij ke-2 ni…
kami amik masa yang panjang. Kenapa ea....
budak2 lain cepat je siap? Pelik jugak. Tapi, takpe, ni kerja berkumpulan. Sorang tak siap, kita tunggu dan tolong siapkan. Sorang rasa lemah, kita tolong kuatkan. Sorang rasa lemah, jangan lagi sorang berjangkit..hehe..insyaAllah, ada berkat jemaah dan menuntut ilmu di situ.
Sememangnya pada awal pelajaran pun dah diberitahu,
salah satu syarat atau sifat bagi pentakhrij adalah ‘Hendaklah ia bersabar dan tekun dalam melakukan takhrij’. Masya Allah.
9hb kami takda exam. Bermula penyambungan kerja takhrij. 11hb, kami minta jasa baik ustaz Husaini cek kan tadwin takhrij (penjelasan tentang hasil hadis), 12hb kami minta jasa baik ustaz Shayuthi menjawab perkataan yang kami tak faham dalam buku Takhrij.
Bila jumpa pakar-pakar hadis ni..kami rasa bersyukur sangat, sebab dapat motivasi secara tak langsung. Dapat pegang dan belajar buku-buku utama dalam takhrij cam ‘taqrib tahzib’,’ tahzib kamal’, ‘tahzib tahzib kamal’,...
kenapa? Kat library tak leh cari ke? Em, bukan camtu, kat library boleh cari jugak, Cuma bila belajar kat ustaz, lebih jelas cara penggunaannya dan lebih ingat.
Takpe, sekurang2nya, ini sebagai batu loncatan untuk kami berani mengexplore kitab2 lain.
Lepas dah selesai semua, kami pi lah cek kitab Tuhfatul Asyraf, Tuhfatul Ahwazi…nak tengok cara penggunaan dan penjelasan penulis macam mana.
Penyebab nak tengok kitab tu…
kerana kami tak faham istilah dan nombor dalam ‘Mawsua’t kutub tis’ah’ (ensiklopedia Sembilan kitab utama hadis)…ada perkataan ‘tuhfah’ dan ‘mu’jam’….
Tanya kat sorang akak master, dia mik pengkhususan hadis. Dia pun tak berapa pasti apa maknanya. Jadi, dia tanya kat suaminya, org Maghribi. Wow , hebat sei kawin ngan foreigner, akak ni cakap Arab je ngan suami dia. Mereka ajar, kalau nak baca kitab-kitab arab ni, tak boleh tak (mesti), kena baca muqaddimah (pengenalan) kitab dulu. Rupanya, istilah dalam buku tu menunjukkan, symbol kepada rujukan no dalam mu’jam mufahras li alfaz hadis syarif A.J.vinsik..dan Tuhfatul Asyraf.. OOOOOooooo..be..gi..tu…
Alhamdulillah, seronok belajar daripada ramai orang dan pelbagai latar belakang. Seronok sebab dapat luaskan pandangan, tambahkan kefahaman, nak kongsi ilmu ni jugak kepada kawan-kawan dan orang ramai.
Sampai masa dah nak hantar kat ustaz Shayuthi, ustaz tak sihat sangat masa tu. Demam. Syafahullah. Jazakallahukhoiroljaza’. Ustaz pelik bila tengok kitorang punya tadrib tu tebal sangat. Ditanya kenapa lambat hantar…menjawab la kami apa adanya…
la, rupanya ustaz memang nak ‘Tadwin sahaja’.
Ye.. tadwin. Amik nama kitab, bab, roqom dll tu je. Aishh…ya Allah… takpe, kami menyedapkan hati,
“ takpe2, kalau tak, kita tak dapat nak belajar guna kitab2 tu cam na. Alhamdulillah, kami terima ujian ni..hehe.”
Betul ar. Kalau kitorang dah tau buat tu je, mesti la siap dan hantar cepat. Tak dela kesempatan dan semangat berkobar-kobar nak tau isi setiap kitab tu. hikmah Allah.
Manahij pada 16hb..
kami start muroja’ah jemaah pada 12hb malam di group discussion library 4.1 bersama tutor dan ustazah kami, Siti Hawa. Akak ajar sempoi je. Best kot lau dapat lecturer cam akak. Tapi, lau cakap BM ar..hehe. tanya pe yg tak faham. Contoh pun best ja..huhu. nisa’ , kak Syifa’, kak Yan, kak Shida, dan Saidah. Best dok study group, cepat ingat, tak faham terus dapat jawapan. Kita tak ingat ni, kawan yang lain leh ingatkan. Sambung disscuss masa 15hb petang. Time tu duk kat surau Asiah, semua orang dan sibuk-sibuk angkat barang nak balik. Ni, kalau study sorang2, memang confirm berangan nak balik jugak sampai tak leh study…atau…tengok movie..atau….buat keje online Fb…(ni jawapan saya dapat bila survey kat orang ramai -bila exam kalian yang terakhir- …)
Seksa au jiwa ni bila exam yang terakhir. Erm, Tapi.. Ada jugak manfaatnya kat situ, dapat study lebih lama. Hehe, kalau bab study lebih lama ni.. pernah last subjek sem lepas…malam exam dah tak leh nak baca..mual2 perut ni nak tengok kitab agi…mampu tengok video dan rakaman perbincangan je…kerisauan yang amat kepada kertas terakhir yang tak pernah berlaku sampai tak leh nak baca ni, tak pernah berlaku sebelum ni. Pukul 3pg masih boleh terbangun, tapi tengok 2 baris ayat, terlelap balik..sampaikan kawan saya yang risau sangat…jadi dia buatkan air kopi, Maggie…semuanya saya suruh dia makan je..saya dah tak boleh nak telan…..huhu…macam dah boring sangat kot ulang banyak kali…serius..Alhamdulillah, sok pagi dapat jawab ngan tenang…sebelum masuk dewan selak je mane2 yang tergerak kat hati nak tengok.
Penyerahan segalanya kepada Allah. (Hmmm...jangan tiru aksi ini...)
Dah study , cume tinggal malam tu je dah tak leh nak baca. Penyakit apakah??
Huhu..macam2 cerita bila nak exam tu…
Petang tu ada yang bertanya sal Hawamish dan hashiah. Saya pun teringat benda tu ustaz pernah terangkan dalam kelas. Saya sempat salin perbezaannya. Kedua2nya menunjukkan footnote , Cuma hawamish kedudukannya di satr (bawah bhg kertas), guna zaman skang, penerangan bernombor.., hashiah pulak di sekeliling kertas, org zaman dulu guna, takde nombor dan tak sistematik. Begitulah…tengok2, tu yang kuar. Semuanya bertahmid panjang. Alhamdulillah….tersenyum semua bila keluar dari dewan exam Foyer 3, CAC pada jam 11pg dan hujan renyai-renyai waktu tu. Hujansakinah.
RASOK…Revelation as Source of Knowledge. Salah satu subjek Optional (pilihan) untuk Quran Sunnah. Dr Mohd Shah Jani yang ajar. Sama ngan nama abah. Kedudukan nama dalam kelas pun, nama saya yang kedua. Tapi, setelah Jasmine withdraw dah dekat2 nak exam, nama saya jadi nama pertama berdasarakan level study…bermaksud, sayalah yang paling tua dalam kelas tu. Huhu. Ni pun kekadang study group ngan Nurul Imani. Assignment ngan Iman dan Sukma. Benda baru dapat dalam subjek ni mengenai golongan anti-hadis. Orang kat sekitar Arab sana ada sorang namanya Abu Rayyah, orang kat Malaysia pun ada tau yang anti-hadis. Salah satu pendapat diorang nape tolak hadis…sebab, kan dah cukup ngan Quran je.?. Ulama’ kita boleh jawab…'kan hadis tu kan sifatnya menjelaskan apa yang tak jelas dalam quran. Mana ada dalam Quran terangkan bape rakaat solat, zakat dan penjelasannya, puasa macam mane… .'
Tilawah Quran 2,
belajar ngan ustaz Mukhni. Ustaz semangat macam abah. Masa abah masih sihat dulu-dulu..time boleh kerja kuat kat bengkel. Teringat plak kat Tadika Kemas , masa berbaju kotak-kotak kecil warna merah dan berkain biru (tahun last berbaju merah..tahun berikutnya berwarna biru..). Kadang-kadang lau tak de orang tumpangkan balik, saya jalan kaki pi kedai abah. Tak berani nak balik sorang-sorang. Kedai abah dekat sikit ngan sekolah. Pastu, nanti abah suh amik buah-buahan yang dah siap dipotong di kedai sebelah, kedai abang Napi. Selalu saya akan amik buah tembikai. Bila balik, saya cerita kat emak, ‘mak ,abang napi tu baik je kan. Dia bagi je icak amik buah tembikai. Tak kena bayar pun..’ pastu mak jawab.. ‘mananya tak kena bayar, nanti abah bayar lah bila nak balik kerja…’ .. ‘eh, yeke..’..hari berikutnya, saya tengok la dan tunggu abah bayar kat abg Napi. Ngok –ngek betul time tu. Tanya kat abah, ‘Abah, tak bayar kat abg Napi ke?’ ‘amik je dulu, nanti abah bayarkan’. Memang la abah bayar. Dah tentulah abah tutup kedai before maghrib. Kan saya dah kat umah masa tu.So, tak nampak lah abah bayar bila..
Nanti, duduk lah kat kerusi besi hitam buatan abah. Kerusi tu abah welding sendiri. Peluh abah bercucuran di tengahari tu..tandanya panas dan abah pun kena lah rehat. Nanti abah suh abiskan air teh tarik bungkus kat dalam kedai. Tak pun, minum teh O yang bawak dari rumah.
Pernah sekali…eh, banyak kali…abah dah nak tutup kedai dah…dah siap sapu-sapu semua..abah teliti bab keselamatan..mana-mana skru kecil ke..serpihan-serpihan besi ke..terus disimpan atau dibuang yang tak perlu..ada orang datang, motornya pancit..dah banyak kali pancit. Abah dah cakap tukar tayar je. Tiub tu tukar banyak kali pun dah sama harga ngan tayar. Lebih baik beli tayar. Abah cakap, untuk keselamatan orang tu kat tengah jlnraya. Ayat biasa yang diorang selalu cakap, ‘Mat, tayar aku pancit la…nak hantar anak gi sekolah ni, boleh tak buatkan dulu…’ . Dah tau nak antar anak, tak fikir keselamatan pulak. Lebih sayangkan duit…(ni ayat saya…)
Memang la waktu tu saya kecik agi, tapi, perasaan geram dan tak suka dengan cara tu memang dah ada. Abah diam je. Dah biasa ngan orang cam tu. Hantar tengahari buta, nampak dah abah dah penat. Abah buat ngan cepat. Saya yang masa tu dah mendokong beg dan bangun nak naik motor, terduduk semula bila abah mula mencungkil tayar nak kuarkan tiub motor. Perkara ni yang paling saya ingat. Semoga usaha abah memudahkan kerja orang lain ada rahmat dan berkatnya. Amin..
Huhu…saya plak yang beremosi waktu tu. Mungkin terdorong dengan penatnya tunggu abah. Bila dah besar, baru saya faham, kenapa abah wat gitu. ‘kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan urusan kita’. Saya banyak belajar dari contoh perbuatan.
Adakah belajar tilawah 2 berkait dengan motor? Tak la.. Cuma cite je. Banyak belajar Makharijul huruf..(tempat keluarnya huruf) …5 minggu pertama setiap hari Isnin, kami tamatkan tasmik surah hafazan. Mulk, Sajadah, Yaasin, waqia’h, Insan..Rabu dan hari seterusnya kami belajar Tajwid dan makhraj. Akhir kelas setelah mid term , ustaz pesan, ‘lepas ni kena banyak lagi belajar. Banyak lagi yang perlu dibetulakan.’ Ustaz asaknya dari Sumatera. Cakapnya da macam orang Malaysia. Uniknya ustaz boleh tiru-tiru cakap pelbagai tempat. Nampak di situ ustaz banyak merantau masa mudanya. Pernah beliau becerita, pernah bekerja di Mesir beberapa waktu dulu. Dah nak exam Tilawah 2, saya mintak tolong Anasshafiq dengar cerita makhraj. Dan nak exam 2hb April…kami study sama-sama ngan Saidah..kat level 1 Law Library.
Tafsir Mawdui’… study ngan Saidah..ulang belajar yang mid term ari tu..banyak soalan tatbiq…
Mabadi’ Taa’mul…study ngan kak Yan dan kak Syifa’ sampai kul 5pg. exam petang tu. Saya dah tidur sampai 5 round. Mana tak nya, siangnya tu baru exam yg paling dahsyat (tahfiz)..takutt…5kali saya tidur, bangun2 tengok diorang segar agi matanya…Diorang tahan gila tak tidur. Sambil tidur sambil mimpikan apa yang kuar esok. Sedap gila. Maka, keluarlah soalan zakat, untuk menuju cara pelbagai wasilah, menjilat jari selepas makan, pendapat ulama’ tentang zaman fitrah…
Hadis Ahkam…soalan nikah wajib kuar.huhuu… Banyak soalan berkaitan assignment. Seb bek kitorang sempat bentangkan zakat walaupun ari tu ustaz tak ada. Study ngan Saidah dan Kak syifa’.
Sejuta penghargaan buat kalian semua pemberi pinjaman nota dan buku:
-kak Fairuz
-kak Cacha
-kak Eliza
-Faiz
-Fadhil
-Syarief
-kak Husna
-kak Syifa’
Sejuta ditambah sejuta buat tenaga pengajar dan kawan2 group disscussion secara langsung dan tak langsung..:
-yang dihormati ustaz kami,,,
Ustaz el-Mogtaba, ustaz Saad Adin, ustaz Laith Suud Jasseem, ustaz Mukhni, ustaz Hafiz, Ustaz Mohd Shah, Ustaz Shayuthi, Ustaz Husaini, Ustazah Zarina, Ustazah Hawa
-kawan-kawan yang dikasihi :-
-Zamir, Habib (bolong..)peace J, Anasshafiq
-Kak syifa’, Saidah, kak Yan, kak Jua, kak Shida, Imani, Sukma
Moga bergandingan bahu terus-terusan dalam mengaut ilmu Allah ini. 2.35ptg berteman kipassaporkeh…18hbApril2011
kenangan ni kn tersemat dlm hati smpi bl2...moga ilmu ni lekat sepanjang masa untuk keperluan akan dtg... jazakumullahu khairal jaza' ;)
ReplyDeleteamin.. ya Robbal a'lamin...terus kekal agar bermanfaat buat diri jua ummat:)
ReplyDelete