AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Thursday, December 15, 2011

PENA 88-Intellectual Discourse : Pemansuhan AUKU, Kebebasan @ Gimik Politik? - LAPORAN PENUH

 Disalin daripada Facebook iiumonline





Moderator : MOHAMMAD IQBAL AB WAHAB - SRC President
Speaker 1 : YB DATO SAIFUDDIN ABDULLAH - Deputy Minister of Higher Education
Speaker 2 : YB SALAHUDIN AYUB - Member of Parliament, Kubang Kerian
Speaker 3 : PROF. MADYA DR. ROSLI MAHAT - Secretary General of Malaysia Academician Movement (MOVE)
Speaker 4 : ASSOCIATE PROF. DR. ABU HASAN HASBULLAH - Department of Media Studies, Faculty of Arts and Social Science, Universiti Malaya


2040:
-VIP tiba.
-Asmaul Husna
-Negaraku
-Bacaan Doa

2050:
Moderator dan para panelis mengambil tempat di pentas
Forum dimulakan moderator dengan memperkenalkan ahli panel
Objektif forum 1.mengetahui pengumuman PM bahawa seksyen 15 AUKU akan dipinda.

ROUND 1 - Auku, mahasiswa dan negara daripada Speaker 1,2. Speaker 3,4 selaku ahli akademik bersoal jawab dengan Speaker 1,2.

Speaker 1 :
-Ada 3 mazhab tentang AUKU.
[1] AUKU baik dan bertujuan baik, menganggap seksyen 15 baik.Mengemukakan alasan mempertahan alasannya. Sebanyak 30 alasan yang berorientasi memperlekah dan memperkecilkan mahasiswa
[2] Mansuh terus, diganti mazhab lain atau tiada terus.
[3] Pinda AUKU. beberapa seksyen dalam AUKU.
- Pinda dan mansuh
-Walaupun tiada pemansuhan AUKU dalam Buku Jingga, tapi saya memilih untuk pinda.
-Jika dimansuhkan, ia amat rumit untuk dilaksanakan, saya x mampu untuk laksanakannya. Saya hanya mampu pinda. Saya bersyukur Dato' Najib bersetuju meminda AUKU.
-Perkara ia meraikan hak mahasiswa untuk berpartisipasi dalam politik
-Kali ini, ianya jelas, bahawa mahasiswa boleh menjadi ahli politik.
-Persoalan sekarang,.......
-Sebab itu, ia mesti selari dengan proses transformasi politik. Agar dapat melahirkan proses demokrasi matang dalam negara.
-Ia dapat melahirkan ruh universiti yang sebenar.
-Matlamat pindaaan harus 2 perkara.
[1] Tegakkan hak mahasiswa
[2] Meningkatkan partisipasi dalam struktur negara
-Dalam konteks meminda, kita perlu berpegang pada prinsip lebih kebebasan kurang halangan
-Fundamental Liberties must be generally......
-Cnth. Mesti difahami yang dilarang tidak mencengkam kebebasan aademik
-Bukan hanya seksyen 15 sahaja, banyk lagi terlibat
-Proses pindaan mesti bebas hijack
-Satu meja bulat untuk diskusi AUKU akan dimulakan sabtu ini. MPP IPTA dan lain2 badan dijemput termasuk SMM.
-Kita juga pinta akta2 lain yang berkaitan.

2017:
Moderator

2022
Speaker 2 :
-2 tahun lalu saya telah datang ke sini dan tajuk yang sama dan juga bersama Dato' Saifuddin
-Jika BN menang lagi, saya doakan Dato Saifuddin jadi menteri KPT. Dan dia mesti tunaikan janji-janji dia
-Siapapun perintah, pengurusan mesti prudence (mungkin penulis silap dengar istilah)
-Perkara kejumudan dan tidak prograssive akan dibunuh. Saya bangga dapat bersama mahasiswa yang bakal memipin negara pada hari ini
-Mana-mana kerajaan yang tidak peka pada perubahan menuju kemusnahan. Dalam konteks Msia, rakyat berdepan fenomena baru. Indikator good governance dan demokrasi kita ambil, yang tidak baik seperti free sex kita tidak ambil.
-Anak muda sekarang sudah pasti pilihannya. BN atau PR, itu sudah cukup kearah sistem dua parti.
-Hari ini perbincangan,discourse yang baik harus diraikan. Anak muda sudah cakna suasana, mana-mana kerajaan mesti peka.
-Winds of change adalah perkara yang berlaku sekarang, jadi pinda sahajalah AUKU. Biarkanlah anak muda berpolitik.
-Kepada anak muda yang tidak mahu jadi pemimpin masa depan, biarlah mereka terus dalam Dark Ages
-Plato, Socrates, buku-bukunya disimpan dalam library dunia. Walaupun ada betul atau salah, ia tetap dikaji.
-Dunia profesor, dunia masa depan akademik, jgn kita belenggukan prtofesor. Sepatutmya discourse-discourse diraikan, itu hak mahasiswa.
-Anak muda sekarang mahukan transformasikan politik.
-AUKU, pindaan akan membolehkan kreativiti anak muda berkembang. Supaya mahasiswa lebih progressive.
-Jika kita rasakan harus negara terus progressive, pemimpin mesti pandai membaca anak muda. Bimbing anak muda dan jgn perlekeh profesor. Jgn lagi mengugut profesor.

2039 :
Moderator

Speaker 3 :
-Dato' Saifuddin. Tertarik pada perlunya kepada peraturan universiti yang meraikan ruh universiti.
-Masalah kita, lain orang lain pendapat.
-Sebenarnya sudah ada beberapa dokumen berkenaan apa yang sepatut ada pada sebuah universiti. Cuba tgk pada 'UNESCO recomendation for higher education academic personal' sebagai permulaan. Dokumen ini berkisar taggungjawab, ahli akademik, universiti dan kerajaan.
-Ranking 100 bukan menjamin taraf world class sesebuah universiti. Dua universiti England reject untuk buka cawangan di Singapura kerana tiada kebebasan akademik di Singapura
-YB Salahudin, pertama sekali dengar daripada Pakatan Rakyat supaya pinda AUKU. Tidak dapat tidak AUKU perlu ada.
-Berkenaan isu PPSMI dan MBMMBI, tiadapun pengurusan universiti keluarkan komen. Adakah universiti hanya menunggu wahyu daripada kementerian.
-Secara menyeluruh, bukan AUKU sahaja perlu dilihat. RUU lain juga mesti dilihat, terutama yang mencengkam universiti. Juga akta hasutan.

2157 :

Speaker 4 :
-Seingat saya, kali terakhir saya berforum sambil ditemani oleh keselamatan ialah di Belarus. Belarus negara komunis. Maaflah pengurusan Universiti kerana universiti ini tempat yang suci.
-Berterimakasih pada Dato dan YB.
-Lihat sahaja Revolusi Perancis. Akibat adanya akta mencengkam akademik, maka lahirlah revolusi oleh orang muda. Maka larislah di Paris bermacam2 ilmuwan pada segala bidang.
-Kita mesti lahirkan ahl falsafah. AUKU adalah drakonian, negara x maju dengan drakonian.
-Bosnia, saya bertanya bagaimana muncul Bosnia yang hebat. 100,000 lebih buku dihasilkan. Tiga faktor [1] Freedom [2] Intelektual [3]Debate. Setiap malam di bosnia adanya debate.
-Tiada satu pun thesis yang berlawanan dengan kerajaan sejak selepas adanya AUKU.
-Das Kapital Karl Marx tiada seruan hancurkan eropah. Yang hancurkan eropah adalah Stallin & Lennin
-AUKU telah menyebabkan negara kita tidak mampu untuk hasilkan filem yang baik.
-Freedom of debates, Zuckerberg dapat idea buat Facebook.
-Kita ingin generasi baru.


2215 :

Speaker 1 :
-Prof Hassan, sample ahli akademik yang perlu dijaga dalam negara kita.
-Hujah akademik mesti dilawan secara akademik. Bukan surat tunjuk sebab
-Culture of fear. Deform yang disebut Prof Hassan adalah senang faham u-turn. Kita tak nak ini.
-Contoh. Naqib al-Atas, matlamat universiti bukan melahirkan pekerja yang baik, tapi melahirkan insan.
-Setiap sumbangan dan keputusan mesti berdasarkan kepada ilmu.
-Soal pemilihan MPP. Benarkan mahasiswa laksanakan sendiri pemilihan MPP.
-Budaya multi-tasking adalah budaya menggalakkan kemajuan ilmu. Universiti dan luar universiti sebenarnya tiada pagar. Tiada istilah dalam dan luar universiti.
-Bukan maksud saya akan buat suasana tiada undang2. Against the norm adalah kerana perkara kebiasaan tiada limitations


2029 :

Speaker 2 :
-Penggunaan hujah yang ilmiah mestilah perlu bila berhadapan dengan anak-anak muda. Tidak patut berkata belajar dahulu, politik kemudian.
-11 Feb 1990, bila Mandela dibebaskan. Siri perjuangan yang panjang, mahasiswa juga terlibat, termasuk sekali karyawan.
-Kumpulan Asas 50. Indonesia, contoh Pramoedya AnantaToer, seorang karyawan yang bagus, hingga dalam hutan menulis.
-Sir Iqbal, Ibn Khaldun. Ahli falsafah, dimana dunia islam atau bukan islam. Adanya budaya ilmu yang tidak dihalang.
-Pada hari ini, bukan perjuangan PAS supaya bila pinda AUKU, semua masuk PAS. Tapi kita mahukan taraf keilmuwan ditingkatkan.



ROUND 2 : QnA

1. Undang-undang universiti. Apakah yang akan berlaku pada undang-undang universiti bilamana AUKU dihapuskan. Bagaimana tindakan selanutnya akan diambil?

2. Bila AUKU dimansuh, bebas ruang untuk politik. Bimbang politik kepartian berleluasa.

Speaker 1 :
-Bila AUKU dipinda. Akta yang lain juga dipinda.
-Kaedah tatatertib mesti diambil kira dalam proses pindaan.
-Majoriti mahasiswa adalah non-partisan. Soal mahasiswa berpolitik tidak perlu dihalang.

2050 :

Penggulungan :

Speaker 2 :
-Bila berbicara AUKU, ia tidak lari daripada kebebasan intelek.
-Sudah banyak berbicara di Parlimen. Paradigm kita harus untuk berubah demi kejayaan negara kita.
-Rome was not built in one day. Oleh itu, kita mesti berani. Kerana adanya suara penting yang perlu kehadapan untuk tentukan iltizam orang politik. Jangan bagi orang politik berada dalam zon selesa.
-Rakyat mesti berani bersuara dan kerajaan mesti bagi kebebasan bersuara.
-Dunia arab hari ini tiada demokrasi. Sebab itu tercetusnya Arab Springs
-Pak Natsir, pemimpin tidak lahir dari bilik dari hawa dingin, pemimpin lahir dari denyut nadi rakyat.
-Era kita adalah era decisional making.

Speaker 1 :
-Soal mutu universiti dan transformasi politik.
-Authority of idea, not idea of authority
-Kalaupun xboleh amalkan demokrasi yang tulen.Sekurangnya kene elak jadi the worst

Speaker 3 :
-Apa yang dituntut dalam perjuangan kebebasan. Kebebasan ada hadnya, iaitu jika cakap lebih, ada kawan yang control.
-Speaker corner sekarang sudah tiada ruh.

Speaker 4 :
-Lihat sahaja dewan kita malam ini. YB dapat bersama.
-Tidak pernah televisyen dan internet cetuskan perang, begitu juga kebebasan berakademik

2310 :
Forum tamat. Token of appreciation

2315: Bersurai


Sekian terima kasih,
Ahmad Ashraf Azhar,
Mahasiswa Tahun Pertama,
Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (Sosiologi & Antropologi)
13 Disember 2011 | Main Auditorium, UIAM.
 

Tuesday, December 13, 2011

PENA 87 : Dhia' dan Pak Cik Teksi


Ya Allah…
Pinjaman perasaan itu sangat dihargai..disyukuri…
Di saat lautan bergelombang..
Pelbagai mehnah jua yang dihadapi…
Petang redup seperti memanggil hujan turun..
Dari bandar bersejarah kota Merak Utama..
Hiruk-pikuk bandar penuh dengan pelbagai jenis kereta..
Dhia’ tidak lupa untuk terus mengingati akan Pencipta-Nya..
Matanya melilau mencari tanda nama ‘TEKSI’ tetapi tak berjumpa..
Dari hujung stesen ke hujung stesen..dia telah bertanya kepada pemandu bas dan pekerja di stesen bandar Merak Utama tersebut akan mana  terletak kereta sewa…

Penat dan keletihan terlakar di wajahnya..istighfar beberapa kali..dia menarik nafas sedalamnya...dia memohon agar Allah menyabarkan terus dirinya… baru ujian sekecil itu, pasti di hadapan kelak akan bertemu lebih besar ujian..
Lalu dia tergerak untuk bertanya sekali lagi kepada seorang pemuda yang sedang duduk membelek telefon bimbitnya, ‘Assalamualaikum. Di mana teksi yang boleh saya dapatkan?’
Salam berjawab: “waalaikumussalam, teksi di hujung sana.” Diam sejenak. “ha, tu ada teksi, cuba awak tahan, tanya: boleh tak nak pergi ke tempat yang nak ditujui”

Tertera nama pemilik kereta sewa “Chua Ah ….” Terus tergambar ayat untuk menyapa pemandu tersebut dgn panggilan ‘uncle’.
“uncle, boleh tak hantar saya ke Alur Siam ?”
“boleh, boleh. Naiklah.”

Suara DJ jelas dari corong radio bersama muzik latar belakang yang indah. Sepertinya rancangan Islami atau Dhia’ silap mendengar. Muka Uncle ini memang ada seperti seorang cina. Tapi…
Tiba-tiba telefon bimbitnya mendendangkan lagu ‘azan’ tertera nama abangnya ,Anam , yang menelefon. “Salam. Ha’ah. dah dapat teksi. Pergi ke Alur Siam. RM20.” “oh, baiklah.”. Suara Dhia’ jelas ke pendengaran Pak Cik pemandu teksi .

Beberapa minit sebelum itu, Dhia’ dan pemandu teksi sempat berunding akan tambang teksi, ternyata tak boleh dikurangkan.
“anak dari mana?”
“dari Kuala Lumpur, Uncle”. Walaupun Dhia’ ingin menukarkan panggilan Uncle kepada Pak Cik, seolah lidahnya tak mudah mengungkap. Dilihat wajah dan terus masuk ke dalam mata Pak Cik itu. Allah. Wajah seseorang terimbau terus di dalam fikiran yang dalam. Doanya berterusan, “Ya Allah, rahmati Roh ayah.”
“Sudah tahun berapa?”
“Tahun keempat.”

Satu soalan satu jawapan. Hari itu Dhia’ tak seperti ramahnya selalu. “Ambil kos apa?” dadanya sebak. Satu soalan..perlahan-lahan dia menjawab. “Quran Sunah”.
Akhirnya kolam air matanya melimpah sedikit demi sedikit. Diseka dengan hujung lengan baju. Tak berjaya dia menahan. Mujur cermin sisi kereta sewa tersebut sudah pecah separuh, jika tidak, pasti Dhia’ malu, tiba-tiba sahaja dia menangis dan terlihat oleh Pak Cik. 

Selawat dan ayat-ayat ma’thur cuba dihayati dengan lafaz qalbunya. Kesedihan apa yang menimpa sehingga sedemikian. Selama 10 minit lebih dia menahan tangisan itu.
Perjalanan untuk ke Alur Siam melalui banyak lampu isyarat menyebabkan agak melewatkan Dhia’  dan dia merasakan begitu lama untuk sampai. Pak cik tersebut bercakap seorang diri tanpa respon daripada Dhia’ yang menahan kesedihan seorang diri.
Dhia’ cuba memarahi dirinya, “apa punca aku menangis?kenapa? Aku bukan putus bercinta macam orang lain? Aku rindukan ayah? Tak seperti ini selalunya? Aku marahkan orang? Buat apa nak marah. Ya Allah, akhirkan tangisan ini. Permohonannya kepada Tuhan waktu itu. Monolognya.

Dia tak mahu pemandu teksi tadi merasa bersalah atas perlakuannya tika itu. Padahal, Pak cik tersebut tak bertanyakan sesuatu yang menyebabkan terasa hati atau menyedihkan. ‘barangkali, kesedihannya akan kerinduan ayah’.



Ada sekumpulan peniaga yang berjualan di tepian jalan. Suasana taman dalam kampung itu nampak sesak di hadapan sebuah stesen minyak BHP kerana ramai pengunjung yang berpusu-pusu ke situ walaupun  azan maghrib tidak lama lagi akan berkumandang kerana jam di tangan sudah mencatat 7.00malam. Dhia’ cuba untuk meredakan diri.
Duit RM20 disediakan cukup untuk membayar tambang. Pak cik tadi baru kali ini menyuarakan pendapatnya

“kenapa anak kelihatannya taku-takut? Ada apa, nak??” 
ternyata mata merah Dhia’ mengejutkan Pak Cik tersebut , lalu Dhia’ menjawab dengan gelengan sahaja,  tanda dia bukan tidak percaya akan Pak Cik itu…sambil tersedu-sedan, 
“ sa..saya..ter..ingat kat ayah…” 
tangisannya nyata semakin menjadi-jadi…sebaknya makin terasa sesak di dada. Walhal jawapan yang diberi itu Dhia’ sendiri tidak yakin akannya. Sekadar untuk menyedapkan hati kedua-dua belah pihak.

Pak Cik itu benar-benar rasa bersalah, “ayah kenapa, dik? Ayah sakit?”
Dhia’ hanya menggeleng..terus menggeleng..
“takpe, dik. Adik doakan ayah . Doakan. Doakan ye”, suara Pak Cik itu seolah memujuk Dhia’.
Gelengannya ternyata tak dapat dibaca Pak Cik tersebut.
Ayah Dhia’ sudah tiada buat selama-lamanya. 

Tapi, sejak pemergian ayah, Dhia’ tak pernah menangis begitu, 
bahkan dia redha akan pemergian ayah sejak sebelum pemergian ayah lagi, telah banyak pesanan yang telah Dhia’ rakamkan terutamanya buat saudara seibu sebapanya . Dhia’ sering tidak mendapat apa-apa pesanan sejak dari dulu. Mungkin kepercayaan ayah ibu akan pandai berdikarinya dan menjaga diri. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Allah jua yang Maha Menjaga.

“Betul ke, abang adik tunggu di sini?”

panggilan anak bertukar menjadi adik kemungkinan melihat telatah anak gadis itu seperti anak kecil yang tak dapat mengawal emosinya, panggilan itu lebih sesuai dengan keadaan.
Dia mengangguk-angguk tanda membenarkan kerana tak mampu lagi untuk bersuara.
“takpe, adik doakan ayah ya.”

Dhia’ terus menuju ke tandas berhampiran untuk  mencuci mukanya yang telah berubah seperti warna saga…dia perlukan air yang menyejukkan wajahnya sebentar-moga tenang.

Tak lama kemudian, seruan menghadap Tuhan yang  Satu dari musolla berhampiran kedengaran , lalu dicari arah punca azan. Dekat saja. Kakinya melangkah laju ke rumah Allah. Di maghrib-maghrib sebegitu tak elok berada di luar tanpa tujuan. Dhia’ ingin merehatkan sebentar dirinya yang keletihan sepanjang hari duduk di dalam suasana seorang musafir. Hanya tika itu yang diingat, kesejukan wudhu’ dan syifa’ solat. Itulah jalan menenangkan. 

Takbiratulihram , dia tak dapat kembalikan dirinya kepada Tuhan. Dia  terus menangis seperti menyambung episod petang tadi. Cuba masuk ke fatrah khusyu’…agak sukar. “ Ya Allah, ini ujian untukku. Maka tabahkanlah.”  Jama’ taqdim terlaksana, dengan penuh harap agar solatnya sebentar tadi Allah terima. Banyak lubang-lubang yang perlu ditutupi.
“ Ya Allah…pabila kumengingatiMu, air mata ini semakin laju mengalir. Ya Allah , apakah dosaku yang tanpa kusedari yang telah kulakukan , ya Rob? “
“ Tangisan  ini sepertinya dari dalam tempat yang aku sendiri tak mengetahui dari arah mana..”
“Tuhan, jadikanlah air mata ini sebagai bukti dan penghapus api nerakaMu kelak..Siapalah aku untuk mengelak seksaanMu di akhirat sana…”



Hujan renyai-renyai mula membasahi tanah Alur Siam. Abang Anam dan anak saudaranya Hana’ sudah menunggu lama di kereta Viva. Dia sedaya upaya menyembunyikan apa yang telah berlaku sebelum ini.
Alhamdulillah.

Iktibar:
1)    Hargailah ibu ayah selagi mereka masih hidup
2)    Tanggungjawab mendoakan sejak hidup hingga tamatnya riwayat mereka
3)    Ingat Allah selalu di waktu suka dan duka.
4)    Bertoleransi kepada insan sewajarnya kelak Allah jua memberikan ruang kemudahan atas setiap urusan.
5)    Jika kita cuba memahami orang lain, dengan izin Allah pasti kelak Allah akan membantu.

PENA 86 : Sekitar I-CON (Protaz IRKHSS)


I-CON
ISLAMIC STUDENTS CONVENTION
PROFESIONAL USTAZ (PROTAZ)

Pagi Ahad 4/12/2011, 8.30pg bermula Konvensyen Pielajar-pelajar Islam di dalam Exprimental Hall, UIAM yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu (IRKHSS) sempena PROTAZ.
Ucapan rasmi oleh pihak sponsor utama JAKIM memberikan pesanan akhir kepada seluruh pelajar Islam agar dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin di bangku universiti untuk menjadi warga yang berkualiti serta tidak menjadi seperti ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.


PERANAN PELAJAR DALAM KONTEKS KRISIS PERADABAN KONTEMPORARI
-USTAZ MOHAMAD ZAMRI B. MOHAMAD SHAPIK-

Makna :
Krisis-ketidakstabilan, ketegangan
Peradaban-ketamadunan
Kontemporari-semasa

Dalam buku أين الخلال، د. يوسف القرضاوي،1985- :
Bagaimana boleh terjadi kepincangan umat?

1.Kurang kesedaran
2.Lupa diri
3.Kebendaan
4.Tak guna seluruh kekuatan
5.Daya fikir terencat
6.Tenaga kerja terbengkalai
7.Tenaga ekonomi terbantut
8.Daya kualiti tak berfungsi
9.Roh yang pudar
10.Sistem pendidikan dan media massa umat
11.Islam hanya slogan
12.Rosak Iman

·       Perbezaandi antara  :
Muslim-Tahu
Mukmin-Percaya
Muhsin-Mampu Berjihad
Mukhlis-Cinta

Example:
Think, How to be a winner in Gymrama for us as a muslim an muslimah??

*Kita miskin dalam negara yang kaya dengan hasil bumi
Cuba lihat perbandingan kenaikan hasil bumi di Malaysia, tetapi tidak memberikan apa-apa kesan kepada rakyatnya…
2007: RM 76,300
2011: RM241.2 BILLION
Beza (meninngkat 14.4 %) ke mana dibelanjakan ? ? ?

*Ke mana sumber ini?
Lebih banyak digunakan di PUSPEN.
Apa itu PUSPEN?
Pusat Serenti !!!
Mereka di PUSPEN hidup dalam FOC
(Free Of Charge)
-anak-anak di Universiti nak makan pun kena bayar RM5.00
-> paid at all time!!
[penghargaan lebih kepada yang tak sepatutnya]
[anak-anak berjaya seolah hidupnya lebih disusahkan]
-pelbagai kenyataan yang boleh dilihat di sini-

-WHERE THE JUSTICE?!-
1) Kapitalisme?
Contoh: Tol-Harga makanan, tandas free-tapi sebenarnya dah dibayar pada TOL.
Perbezaan dengan negara lain:
*TURKI
Currency (R&R) percuma, malah berjaya membina instirusi waqaf-> Hasil negara terus sampai kepada rakyat .
--Kita orang muda menggunakan kepemudaan untuk menjadikan realiti hasil negara terus sampai kepada rakyat di Malaysia –
2) Kehilangan arah dalam petunjuk Ilahi
*Uqubah dan treatment
UM Cast- Islamic Spiritual Intervention (kalimah ALLAH)
Nak bina kognitif dalam otak. Merangsang buat baik dan jahat kerana ia mengawal 2/3 otak.

 ----bersambung....






Saturday, December 3, 2011

PENA 85: Keinsafan diri- FURSAN

DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

CHORUS....

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI


PENA 84: Tentang Istikharah

dari blog ustaz Hasrizal- http://saifulislam.com/?p=8020

((Fitnah Petunjuk Istikharah))

“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.
Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]
KESIMPULAN
  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...