AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Tuesday, December 13, 2011

PENA 87 : Dhia' dan Pak Cik Teksi


Ya Allah…
Pinjaman perasaan itu sangat dihargai..disyukuri…
Di saat lautan bergelombang..
Pelbagai mehnah jua yang dihadapi…
Petang redup seperti memanggil hujan turun..
Dari bandar bersejarah kota Merak Utama..
Hiruk-pikuk bandar penuh dengan pelbagai jenis kereta..
Dhia’ tidak lupa untuk terus mengingati akan Pencipta-Nya..
Matanya melilau mencari tanda nama ‘TEKSI’ tetapi tak berjumpa..
Dari hujung stesen ke hujung stesen..dia telah bertanya kepada pemandu bas dan pekerja di stesen bandar Merak Utama tersebut akan mana  terletak kereta sewa…

Penat dan keletihan terlakar di wajahnya..istighfar beberapa kali..dia menarik nafas sedalamnya...dia memohon agar Allah menyabarkan terus dirinya… baru ujian sekecil itu, pasti di hadapan kelak akan bertemu lebih besar ujian..
Lalu dia tergerak untuk bertanya sekali lagi kepada seorang pemuda yang sedang duduk membelek telefon bimbitnya, ‘Assalamualaikum. Di mana teksi yang boleh saya dapatkan?’
Salam berjawab: “waalaikumussalam, teksi di hujung sana.” Diam sejenak. “ha, tu ada teksi, cuba awak tahan, tanya: boleh tak nak pergi ke tempat yang nak ditujui”

Tertera nama pemilik kereta sewa “Chua Ah ….” Terus tergambar ayat untuk menyapa pemandu tersebut dgn panggilan ‘uncle’.
“uncle, boleh tak hantar saya ke Alur Siam ?”
“boleh, boleh. Naiklah.”

Suara DJ jelas dari corong radio bersama muzik latar belakang yang indah. Sepertinya rancangan Islami atau Dhia’ silap mendengar. Muka Uncle ini memang ada seperti seorang cina. Tapi…
Tiba-tiba telefon bimbitnya mendendangkan lagu ‘azan’ tertera nama abangnya ,Anam , yang menelefon. “Salam. Ha’ah. dah dapat teksi. Pergi ke Alur Siam. RM20.” “oh, baiklah.”. Suara Dhia’ jelas ke pendengaran Pak Cik pemandu teksi .

Beberapa minit sebelum itu, Dhia’ dan pemandu teksi sempat berunding akan tambang teksi, ternyata tak boleh dikurangkan.
“anak dari mana?”
“dari Kuala Lumpur, Uncle”. Walaupun Dhia’ ingin menukarkan panggilan Uncle kepada Pak Cik, seolah lidahnya tak mudah mengungkap. Dilihat wajah dan terus masuk ke dalam mata Pak Cik itu. Allah. Wajah seseorang terimbau terus di dalam fikiran yang dalam. Doanya berterusan, “Ya Allah, rahmati Roh ayah.”
“Sudah tahun berapa?”
“Tahun keempat.”

Satu soalan satu jawapan. Hari itu Dhia’ tak seperti ramahnya selalu. “Ambil kos apa?” dadanya sebak. Satu soalan..perlahan-lahan dia menjawab. “Quran Sunah”.
Akhirnya kolam air matanya melimpah sedikit demi sedikit. Diseka dengan hujung lengan baju. Tak berjaya dia menahan. Mujur cermin sisi kereta sewa tersebut sudah pecah separuh, jika tidak, pasti Dhia’ malu, tiba-tiba sahaja dia menangis dan terlihat oleh Pak Cik. 

Selawat dan ayat-ayat ma’thur cuba dihayati dengan lafaz qalbunya. Kesedihan apa yang menimpa sehingga sedemikian. Selama 10 minit lebih dia menahan tangisan itu.
Perjalanan untuk ke Alur Siam melalui banyak lampu isyarat menyebabkan agak melewatkan Dhia’  dan dia merasakan begitu lama untuk sampai. Pak cik tersebut bercakap seorang diri tanpa respon daripada Dhia’ yang menahan kesedihan seorang diri.
Dhia’ cuba memarahi dirinya, “apa punca aku menangis?kenapa? Aku bukan putus bercinta macam orang lain? Aku rindukan ayah? Tak seperti ini selalunya? Aku marahkan orang? Buat apa nak marah. Ya Allah, akhirkan tangisan ini. Permohonannya kepada Tuhan waktu itu. Monolognya.

Dia tak mahu pemandu teksi tadi merasa bersalah atas perlakuannya tika itu. Padahal, Pak cik tersebut tak bertanyakan sesuatu yang menyebabkan terasa hati atau menyedihkan. ‘barangkali, kesedihannya akan kerinduan ayah’.



Ada sekumpulan peniaga yang berjualan di tepian jalan. Suasana taman dalam kampung itu nampak sesak di hadapan sebuah stesen minyak BHP kerana ramai pengunjung yang berpusu-pusu ke situ walaupun  azan maghrib tidak lama lagi akan berkumandang kerana jam di tangan sudah mencatat 7.00malam. Dhia’ cuba untuk meredakan diri.
Duit RM20 disediakan cukup untuk membayar tambang. Pak cik tadi baru kali ini menyuarakan pendapatnya

“kenapa anak kelihatannya taku-takut? Ada apa, nak??” 
ternyata mata merah Dhia’ mengejutkan Pak Cik tersebut , lalu Dhia’ menjawab dengan gelengan sahaja,  tanda dia bukan tidak percaya akan Pak Cik itu…sambil tersedu-sedan, 
“ sa..saya..ter..ingat kat ayah…” 
tangisannya nyata semakin menjadi-jadi…sebaknya makin terasa sesak di dada. Walhal jawapan yang diberi itu Dhia’ sendiri tidak yakin akannya. Sekadar untuk menyedapkan hati kedua-dua belah pihak.

Pak Cik itu benar-benar rasa bersalah, “ayah kenapa, dik? Ayah sakit?”
Dhia’ hanya menggeleng..terus menggeleng..
“takpe, dik. Adik doakan ayah . Doakan. Doakan ye”, suara Pak Cik itu seolah memujuk Dhia’.
Gelengannya ternyata tak dapat dibaca Pak Cik tersebut.
Ayah Dhia’ sudah tiada buat selama-lamanya. 

Tapi, sejak pemergian ayah, Dhia’ tak pernah menangis begitu, 
bahkan dia redha akan pemergian ayah sejak sebelum pemergian ayah lagi, telah banyak pesanan yang telah Dhia’ rakamkan terutamanya buat saudara seibu sebapanya . Dhia’ sering tidak mendapat apa-apa pesanan sejak dari dulu. Mungkin kepercayaan ayah ibu akan pandai berdikarinya dan menjaga diri. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Allah jua yang Maha Menjaga.

“Betul ke, abang adik tunggu di sini?”

panggilan anak bertukar menjadi adik kemungkinan melihat telatah anak gadis itu seperti anak kecil yang tak dapat mengawal emosinya, panggilan itu lebih sesuai dengan keadaan.
Dia mengangguk-angguk tanda membenarkan kerana tak mampu lagi untuk bersuara.
“takpe, adik doakan ayah ya.”

Dhia’ terus menuju ke tandas berhampiran untuk  mencuci mukanya yang telah berubah seperti warna saga…dia perlukan air yang menyejukkan wajahnya sebentar-moga tenang.

Tak lama kemudian, seruan menghadap Tuhan yang  Satu dari musolla berhampiran kedengaran , lalu dicari arah punca azan. Dekat saja. Kakinya melangkah laju ke rumah Allah. Di maghrib-maghrib sebegitu tak elok berada di luar tanpa tujuan. Dhia’ ingin merehatkan sebentar dirinya yang keletihan sepanjang hari duduk di dalam suasana seorang musafir. Hanya tika itu yang diingat, kesejukan wudhu’ dan syifa’ solat. Itulah jalan menenangkan. 

Takbiratulihram , dia tak dapat kembalikan dirinya kepada Tuhan. Dia  terus menangis seperti menyambung episod petang tadi. Cuba masuk ke fatrah khusyu’…agak sukar. “ Ya Allah, ini ujian untukku. Maka tabahkanlah.”  Jama’ taqdim terlaksana, dengan penuh harap agar solatnya sebentar tadi Allah terima. Banyak lubang-lubang yang perlu ditutupi.
“ Ya Allah…pabila kumengingatiMu, air mata ini semakin laju mengalir. Ya Allah , apakah dosaku yang tanpa kusedari yang telah kulakukan , ya Rob? “
“ Tangisan  ini sepertinya dari dalam tempat yang aku sendiri tak mengetahui dari arah mana..”
“Tuhan, jadikanlah air mata ini sebagai bukti dan penghapus api nerakaMu kelak..Siapalah aku untuk mengelak seksaanMu di akhirat sana…”



Hujan renyai-renyai mula membasahi tanah Alur Siam. Abang Anam dan anak saudaranya Hana’ sudah menunggu lama di kereta Viva. Dia sedaya upaya menyembunyikan apa yang telah berlaku sebelum ini.
Alhamdulillah.

Iktibar:
1)    Hargailah ibu ayah selagi mereka masih hidup
2)    Tanggungjawab mendoakan sejak hidup hingga tamatnya riwayat mereka
3)    Ingat Allah selalu di waktu suka dan duka.
4)    Bertoleransi kepada insan sewajarnya kelak Allah jua memberikan ruang kemudahan atas setiap urusan.
5)    Jika kita cuba memahami orang lain, dengan izin Allah pasti kelak Allah akan membantu.

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...