AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Sunday, January 15, 2012

PENA 86 ; Hukum memakai kanta berwarna untuk perhiasan dan fesyen


Salam.
Tadi semasa sesi membaca buku-buku bersama buku baru hasil belian baucer RM200 semalam...buku fiqh mara'h..satu bahagian yang menarik perhatian adalah bab ini.


Gambar di bawah menunjukkan salah satu kedai buku yang kami kunjungi di Alhidayah book store..area jalan nk ke international islamic college (IIC) dari shell Batu Caves.boleh google untuk lebih lanjut. Juga dapat 10% disakaun kalau guna baucer RM200...Promosi ini di atas permintaan tuan kedai dan kakitangan syarikat berkenaan. :) Jadi, saya siarkan di sini. 



Ok, berkaitan tajuk utama mengenai konteklens :





      Syeikh Shaleh bin Fauzan pernah ditanya tentang hukum memakai konteklens yg berwarna dgn alasan untuk perhiasan dan mengikuti bentuk , mengingat harganya sangat mahal?

    Syeikh menjawab : Memakai konteklens utk tujuan keperluan , tidak ada masalah padanya. Jika dilakukan tanpa ada keperluan, maka MENINGGALKANNYA TENTU LEBIH BAIK, terutama apabila harganya sangat mahal, kerana dianggap perbuatan berlebih-lebihan yang diaharamkan.

Ditambah lagi adanya unsur pengelabuan dan penipuan, kerana memperlihatkan mata yang buka sebenarnya.
Syeikh Ibnu Uthaimin mengatakan: “ Untuk konteklens maka dimestikan supaya berbincang dengan doktor, apakah akan berpengaruh buruk pada mata atau tidak ? Jika berpengaruh buruk, maka dilarang penggunaannya menimbang bahaya yg akan menimpa mata dan setiap bahaya yang menimpa tubuh, maka mesti dilarang berdasarkan firman Allah s.w.t. :

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيماً{29}
29. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. 

(surah an-Nisa’ :29)


Adapun jika kalangan doktor menetapkan bahawa tidak ada pengaruh buruk terhadap mata dan tidak membahayakannya , mak mesti melihat sekali lagi apakah lensa ini menjadikan mata wanita seperti mata haiwan? Yakni seperti mata kibasy atau kelinci (arnab). Maka hal ini tidak boleh, kerana termasuk perbuatan menyerupai haiwan, padahal menyerupai haiwan tidak ada kecuali dalam hal celaan, sebagaimana terdapat pada firman Allah swt :

واتْلُ عَليهِم نَبَأَ الذي آَتيناهُ آياتِنا فانسلخَ مِنْها فأتبعَه الشَّيطان فكانَ مِنْ الغَاوين
ولَوْ شِئنَا لرَفَعْناه بِها ولكنّه أخْلَدَ إلَى الأرضِ واتّبع هَوَاهُ فَمَثَلُه كمَثَلِ الكَلب إن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ

175. dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.
176. dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (surah al-a'raf :175-176 )

Sesuai dengan sabda Nabi saw :
“Tidak ada bagi kita contoh yang buruk bahawa orang yang menarik semula pemberiannya seperti anjing kembali menjilat muntahnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Orang yang bercakap pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah adalah seperti keldai membawa buku-buku.” (Riwayat Ahmad)

Maka, jika konteklens tersebut menjadikan mata seperti mata binatang , tentu sahaja memakainya adalah haram. Tetapi jika tidak membawa perubahan pada mata, tetapi hanya , mengubah warnanya dari hitam misalnya kepada agak hitam dan sebagainya, maka tidak ada masalah dan hal ini bukan termasuk perbuatan mengubah ciptaan Allah, kerana lensa ini sifatnya tidak tetap, sehingga tidak seperti tatu. Jika si pemakai mahu, ia boleh menanggalkannya. Bahkan hampir sama dengan cermin mata yang dipakai di mata, walaupun cermin mata lebih jelas berbeza dengan kontekslens, kerana kontekslens dipasang pada mata secara langsung.

PENDEK KATA,JIKA WANITA MENGHINDARINYA TENTU LEBIH BAIK DAN LEBIH UTAMA DAN LEBIH SELAMAT BAGI MATANYA DARI BAHAYA. DEMIKIAN KUTIPAN DARI BERBAGAI-BAGAI-BAGAI FATWA YANG TERKANDUNG DI DALAM KASET YANGBERJUDUL ‘Pengarahan bagi Wanita Beriman’.

Sumber asal : Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah
Syeikh Abu Malik
Kamal Bin As-Sayid Salim

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...