AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, October 30, 2010

PENA 34: Tahniah buat sahabat-sahabat yang akan melangsungkan majlis pernikahan




-AssaLaMuaLaikum :) -


~ Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa  jama'a bainakuma fi khoir ~


tiba-tiba ...

raSa Nak baGi ucapaN kepaDa Kawan2 yanG akaN bernIkaH.... seteLah tamat Semester 1(10/11) .... tak Lama Lagi ni.. 

ceriTa yanG biaSa didenGari di Uia ni. Setiap kali cuti Semester banyaKlah WaliMah saNa Sini.

aPa pun, 
moGa Allah memudahkan Jalan kalian dalam MemBina kehiDupan yaNg lebiH mencabaR selepas iNi di saMping diri masiH berstaTus seOrang pelajar. 
 

Thursday, October 28, 2010

PENA 33: ?>?>?


Ya Allah…


betapa hati ini merasai direntap kesedihan yang amat. Allahuakbar..bagaimana tidaknya. Melihat dengan mata sendiri. Jika dulu hanya dengar-dengar saja. Tak kupercaya andai ku tak tahu sendiri.
Mungkin pada hari yang sama, mengingatkan pada Ramadhan yang lalu. Allah, andai itu petunjukmu…apa yang kuharus lakukan kini? Tiada daya dan upayaku. Ya Allah, jangan kaubiarkan kudipimpini emosi, tetapi, bimbing aku dalam tarbiahmu.

Tuesday, October 26, 2010

PENA 32: Menjelang exam

study smart

exam week , iium
huhu..relax la ..akak abang sekalian.tgk saya ni..baca banyak kot..:)




apa niat utama belajar? bukan sekadar segulung ijazah! moga berkat ilmu dan membantu ummah.

ha! exam pe dan hari pe?

Di saat menjelang peperiksaan akhir semester ni..
ramai yang mengadu..
tak siap itu dan ini...((assignment tak hantar lagi..mid term tak memuaskan..camne nak ready for final..?,tak habis tasmik Quran dan hadis lagi, duit dah kering, tak kurang jugak..ada yg dilamar dan melamar org time2 camni, (apekes:bhs ganasnya..)dan putus 'cintun' , hmmm....macam2 hal yang didengari..)

adakah hidup ni untuk stress dan serabut2??

Wednesday, October 20, 2010

PENA 31: Surat Untuk Jiwa ;)



assalamu'alaikum wbt..


-suatu perkongsian-moga dpt menghidupkan hati2 yg lesu dan layu..moga diteguhkan iman hingga saat kita bertemu dgnNy..amiin Ya Rabb





surat cinta untuk jiwa..

Surat ini ku tujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku

Tuesday, October 19, 2010

PENA 30: Allah memilihmu..ia bukan satu kebetulan…



Siapa yang kata ia satu kebetulan? Bukankah Allah sudah menetapkan setiap langkah kita..
Jika ada niat kebaikan di hati…sampai satu masa, Allah perkenanakan jua..pasti waktu yang terbaik untuk
kita..
Begitu juga..sampailah giliran menunaikan haji…

Subhanallah..terimalah amalan kami yang tidak seberapa ini...

Bagi yang mampu..dan kemampuan itu terletak pada mental, fizikal, dan apa yang membawa kepadanya..
Bagaimana dengan persediaan sebelum haji? Dah siap segala urusan dengan pihak yang menguruskan sama ada agen tertentu atau Tabung haji? Sudah lihat tahap kesihatannya?

PENA 29: Kerna cinta Rasulullah bererti cintakan Allah

Salam alaik...
(jawab tau:) )
memberi itu sunat...menerima dan jawab salam itu wajib....
bukankah salam ini mengerat ukhuwah?


1.salam

senyum...:)   salam...
seringkali...bertemu insan di tiap perjalanan..yang aku lupa..aku pernah ketemui...sehinggakan mereka yang menegurku setelah senyuman bersambut..
~maaf, hujansakinah sering lupa..mungkin ketidakkerapan kita bersua...insyaAllah, terus cuba melekatkan di memori akan wajah dan nama2 kalian..
senyuman hadiahnya


sering juga...salam dihulur...setelah senyuman berbalas..walau tak kenal pada mulanya...akhirnya jika kita teruskan usaha untuk mengerat ukhuwah... kita akan ditemukan untuk lebih mengenali..
ye! ukhuwah itu bukan sahaja atas orang2 yg telah kita kenal..bukankah ukhuwah itu luas...luaskan juga pandangan hati anda kepada orang keliling...jangan menyorokkan wajah hati untuk menyangka baik kepada orang... dalam setiap hati pasti ada secebis kebaikan yang boleh kita bantu untuk mengembangkannya..tak begitu?


Thursday, October 14, 2010

PENA 28: Terima kasih tanda syukur

Setinggi-tinggi kesyukuran di atas kurniaan Rahmat Allah Taala

Alhamdulillah

Pertama-tamanya ingin sangat kiranya Hujan Sakinah membuat satu penghargaan di dalam blog ini kepada insan yang sering membantu diri ini...di saat tak terdaya bangkit sendiri...

Allah...jazakumullahukhoiron kathira....Barakallahulakum....

kepada:

Friday, October 8, 2010

PENA 27: Di Saat Akhir Semester

Salam Jumaat..Allahuakbar!

Sangat Indah Subuh hari

burung berkicau menyambut riang
sahur di akhir syawal bersama teman
telur, roti, susu... Allah berikan


berjemaah bersama sangat indah..
Mengalun as-Sajadah dalam fajr...
Mathurat yang cuba diteruskan...
mendengar luahan dari sahabat...
cuba menambah modal...bila nak mengulang?
Modal untuk Maryam pula gaimana?

melewati pagi hari yang tiada kelas formal dan kuliah
maka menyoroti kuliah di internet saja...
kisah sunnah di Sepanjang Jumaat
mari amalkan..! ! !
selawat banyak2 ke atas Rasul s.a.w. tanda kasih cinta kita sampaikan..
potong kukumu tanda menjaga kebersihan
terasa hari raya buat kita
.................
juga cuba mengingati hadis Imam nawawi 40...
walau sudah banyak tahun di sini..
kucuba perbaiki apa yang masih kurang

jika dulu sudah melekat beberapa hadis...insan biasa bila tak mgulang untuk mengingat..
maka terlepas segalanya begitu saja..
hah, hanya serpihan dan baki saja yang tinggal...
duhai diri, ayuh bangkit!
selagi hayat Tuhan pinjamkan, jangan kaulepaskan semua itu..
sampaikan ilmu yang kaumampu
walau hanya sedikit di mata insan
tapi..nilailah di sisi Tuhan bagaimana? jika kau ikhlaskan semua..

tawaran tanpa menduga..
kerana tak perlu menempuhi temuduga
dapat macam tu saja
pengganti tanpa ada rasa
menggigil tangan mencoret cerita ini tanda gembira
begitulah diri jika terlalu sedih,sukar, terlalu gembira..
tak boleh sesuatu yang ter'amat'
maka hilang kestabilan

menyesali

kelupaan di akhir hayat
menyelami makna hikmahNya
tinggalkan remeh-temeh belaka
ambil yang utama
itu yang memberatkan megabite memory
Tuhan bantu tabahkan hati
meredhai sedikit ujian ini
Kutahu Kau memberi tanda kumampu memiliki
Kutahu Kau memberi tanda kudiuji
Kutahu semua ini adalah terbaik buatku

syukur

kuperoleh rufaqa' yang sering mengingati
tika alpa merobek jiwa
tika putus asa menarik sentap hati nan lara
wahai rafiq
mendengari tanpa bosan
menasihat tanpa rasa beban
memarahi tanda amaran

ujian bertandang bila-bila masa

ia berlaku tanpa sedar
satu kata, berubah jiwa
hei, kuatkan saja!
au'zubillahiminassyaithonirrajim...
au'zubikalimatillahitaaammmat min syarrima kholaq
main tipu-tipu saja
lawan dan terus lawan kata nista
tapi dengan cara hikmah ya

Wednesday, October 6, 2010

PENA 26: Renungan Bersama..



* Barangsiapa yang mengasihi, dia dikasihi... 


* Barangsiapa diam, dia selamat...


* Barangsiapa melakukan kebajikan, dia beruntung...


* Barangsiapa bicara batil kepada orang ramai, dia merugi...


* Barangsiapa membenci kejahatan, dia bebas dari dosa...


* Barangsiapa tidak menguasai lidahnya, dia menyesali...


Tuesday, October 5, 2010

PENA 25: beraya dan berfikir di jalan lebuhraya

Salam diteruskan kembali...
Selawat dan Salam buat kekasih teristimewa Rasululullah s.a.w serta buat keluarga baginda dan sahabatnya
((I'll try follow your way))

dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Muar...
sungguh jauh..boleh rukhsoh solat:)
ambil masa 4jam dan lebih...

Bila terpesona melihat awan putih dan langit biru di sana
hujansakinah tiba-tiba dilalukan satu pemikiran 'jalan-jalan' dakwah bagi seorang pelajar

hujansakinah melihatnya untuk dikehadapankan kepada sahabat sekalian
Andaikata ada individu, kelab, atau persatuan yang ingin membina sebuah program,
boleh tak kiranya membawa objektif di atas?

Sebagai seorang pemikir( ceit, HS memang selalu berfikir...)
HS merasakan ramai di kalangan pelajar tidak kiralah sama ada pelajar di peringkat menengah atau universiti,
sudahpun tersemai kesedaran akan' kepentingan dakwah' .

Tapi, yang terkilannya di sini, mereka sudah punya 'niat suci' tetapi cuma...
belum bisa melaksanakan dakwah secara efektif dan lebih santai kepada insan sekeliling.

Mungkin nanti jika ada yang merealisasikan program ini, bolehlah diwar-warkan kepada seluruh kelompk pelajar dan remaja khususnya kerana...

kita semua sedar akan siapakah dia seorang dai'e ?
Tanggungjawab dai'e terpikul di bahu-bahu saya, kamu, dan kita semua.
Tidak takutkah kalian bila ditanya oleh Allah kelak apa yang kalian lakukan untuk menyeru manusia menuju kepada Tuhan?

jawapan kalian akan terjawab dengan amalan-amalan kalian yang dilakukan di muka bumi ini

hujansakinah berehat di terbitan fajar 5oktober 2010M:26syawal1431H
:. Berjalanlah dengan mudah, pilihlah yang paling mudah, mudahkan segala urusan,berjiwa besar pabila melihat sesuatu.:





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...