AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Thursday, October 28, 2010

PENA 33: ?>?>?


Ya Allah…


betapa hati ini merasai direntap kesedihan yang amat. Allahuakbar..bagaimana tidaknya. Melihat dengan mata sendiri. Jika dulu hanya dengar-dengar saja. Tak kupercaya andai ku tak tahu sendiri.
Mungkin pada hari yang sama, mengingatkan pada Ramadhan yang lalu. Allah, andai itu petunjukmu…apa yang kuharus lakukan kini? Tiada daya dan upayaku. Ya Allah, jangan kaubiarkan kudipimpini emosi, tetapi, bimbing aku dalam tarbiahmu.

Tak semua yang kuharap akan menjadi realiti. Perlu juga usaha untuk memperbaikinya. Bukan dibiar begitu sahaja. Bukankah jika Allah ingin menurunkan bala, kita juga mengenainya??? Kerana kita di atas muka buminya.
Aku tahu, aku paling lambat sekali mengetahui. Kerana aku sering tak nak ambil tahu atau aku sering menafikan perkara itu berlaku???
Allah, kuhanya mampu memohon pertolongan-Mu. Jagalah jiwa-jiwa itu ya Allah. Mungkin dia lupa, mungkin juga dia bingung mencari jalan hidup, kasihanilah mereka ya Allah. Ampuni mereka ya Allah. Tunjukkan petunjuk-Mu agar mereka sedar dan kembali ke jalan-Mu.


~hujansakinah: moga rintik-rintik hujan sakinah sudi menyuburi hati ini lagi.~

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...