Wahai Tuhanku Yang Esa.
Tika mengenang Ghafar-Mu.
Putus asa tiada lagi.
Semangatku pulih semula.
Harapanku subur kembali.
Ujian menimpa menekan di jiwa.
Tak sanggup meneruskan perjuanganku.
Mehnahmu itu penghapus dosaku.
Mengganti hukuman-Mu di akhirat:.
pada-Mu daku bermohon
moga syukurku bertambah.
Ya allah,Tuhanku! bantulah diriku agar dapat membentuk jiwa yang murni.
.:tetapkanlah hati kami di jalan-Mu:.
AyaT SakinaH
Al-Fath : 4.
هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم
ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما
(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
PENA 30: Allah memilihmu..ia bukan satu kebetulan…
Siapa yang kata ia satu kebetulan? Bukankah Allah sudah menetapkan setiap langkah kita..
Jika ada niat kebaikan di hati…sampai satu masa, Allah perkenanakan jua..pasti waktu yang terbaik untuk
kita..
Begitu juga..sampailah giliran menunaikan haji…
Subhanallah..terimalah amalan kami yang tidak seberapa ini...
Bagi yang mampu..dan kemampuan itu terletak pada mental, fizikal, dan apa yang membawa kepadanya..
Bagaimana dengan persediaan sebelum haji? Dah siap segala urusan dengan pihak yang menguruskan sama ada agen tertentu atau Tabung haji? Sudah lihat tahap kesihatannya?
Bagaimana pula ilmu untuk ibadah haji nanti? Kewangan dan persiapan diri…hati juga amat penting..bersihkan segalannya…Wahai Allah, permudahkanlah urusan insan yang berniat yang makruf selagi ia Kauredhai…perkenankanlah..ya Mujibuddua’
Tahniah !
dan setinggi-tinggi syukur kepada Tuhan yang Maha Memberi…Tuhan Yang Maha Pengasih..Tuhan Yang Maha Mendengar..Tuhan yang Maha Suci daripada segala kekurangan
Akhirnya…
emakku, Halimah bt Ngadi dan juga kak Long, Jamaliah bt Mohd Shah…dipanggil ke tanah suci…
Allahurobbuna…hati kecil mereka dan kami yang di sampingnya...gembira atas perkhabaran ini…moga kami akan menyusuli jalan ini..maka, permudahkanlah, ya Allah..
Rancangnya dulu, mak gi ngan abah…abah tak dapat pi … sebab…abah sakit dan skang dah meninggalkan dunia fana’…Allahummarhamhu wa a’fihi wa’fua’nhu…,
sudah badal haji pada tahun lepas juga..
# # # #
Pada 24hb Oktober 2010 , insyaAllah..mak dan kak long akan bergerak ke lapangan terbang Senai…
Hujansakinah?
Cume dapat balik pada minggu yang lalu…
14okt balik pas zuhur…
15 kenduri..mcm nk patah badan..lembik sangat aku ni..thank adik Khairul Aaqilah…transfer angin2…untuk dikeluarkan..sangat tak tahan..nanti balik lagi..insyaAllah akak cite lebih lanjut....
16 sudah bertolak pulang ke sini…
Banyak kali mak bertanya sebenarnya…
‘Dapat balik tak nanti…masa mak nak pergi?’
~bukan tak nak balik..tapi, ari Jumaat ada kelas ganti…nanti Ahad ada kelas jugak paginya…nanti kena balik ari Sabtu plak..tak dapat hantar mak jugak gi ke Senai…
Dalam hati: erm…lagi sayup dan sayu nanti kalau dah dekat waktu nak hantar, pandang wajah mak..Allahuakbar!
Sayu hati…bila mak tanya banyak kali..cuba jugak kuatkan hati..ya Allah..kupohon yang terbaik..
Kehidupan seorang pelajar di akhir-akhir waktu menjelang peperiksaan semester ini…begitu menguji..bagaimana kita membuat pilihan yang awla…
Sebab saya fikir..saya belum berapa faham pelajaran tersebut, maka saya cuba untuk menghadirinya…moga mujahadah ini, memberi impak yang baik di sisi Allah…
Mungkin ada yang kata..ini biasa…tapi bagi hujansakinah..apa yang berkaitan dengan pertalian darah, sangat mengesan di hati…
Takpe, masing-masing diuji dengan kaedah tersendiri…Cuma bagaimana kita menerima dan mengatasinya…kan…?
Nanti mak balik pn 5hb..kalau dilewatkan mungkin 10hb disember..nampaknya jika begitu..hanya sempat jumpa 2 hari sahaja sebelum menyambung semula kuliah semester 2…
Dan perlu membatalkan niat tak, (untuk jadi komiti Minggu taaruf)) ??? ~ Masih berkira-kira..
Mari! Mendoakan mereka yang akan mengerjakan haji
YA ALLAH, JADIKAN HAJI MEREKA HAJI YANG MABRUR, SAI’E MEREKA SAI’E YANG DISYUKURI DAN DOSA MEREKA DOSA YANG DIAMPUNI, DENGAN RAHMAT-MU YA ALAH WAHAI YANG PALING MENGASIHANI DARIPADA SEGALA YANG MENGASIHANI..
YA ALLAH, KAMI POHON DALAM PERJALANAN MEREKA KEBAIKAN DAN TAKWA DAN SEGALA AMALAN MEREKA ENGKAU REDHOI, MUDAHKANLAH PERJALANAN MEREKA INI DAN DEKATKANLAH JARAK MEREKA YANG JAUH. ENGKAU SEBAIK-BAIK YANG DITINGGALKAN( UNTUK MENJAGA) KELUARGA DAN HARTA MEREKA, YA ALLAH KAMI BERLINDUNG KEPADA-MU ARI HALANG RINTANG PERJALANAN DAN BURUKNYA PEMANDANGAN SERTA DARIPADA KEBURUKAN MASA KEMBALI KEPADA HARTA DAN KELUARGA, DENGAN RAHMAT-MU YA ALLAH WAHAI YANG PALING MENGASIHANI DARIPADA SEGALA YANG MENGASIHANI.
~Allah memilihmu..ia bukan satu kebetulan…~
p/s hujansakinah:jangan lupe ye..kita juga perlu doa untuk sampai ke sana..:)
No comments:
Post a Comment
berbicara di sini..