AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Tuesday, October 19, 2010

PENA 29: Kerna cinta Rasulullah bererti cintakan Allah

Salam alaik...
(jawab tau:) )
memberi itu sunat...menerima dan jawab salam itu wajib....
bukankah salam ini mengerat ukhuwah?


1.salam

senyum...:)   salam...
seringkali...bertemu insan di tiap perjalanan..yang aku lupa..aku pernah ketemui...sehinggakan mereka yang menegurku setelah senyuman bersambut..
~maaf, hujansakinah sering lupa..mungkin ketidakkerapan kita bersua...insyaAllah, terus cuba melekatkan di memori akan wajah dan nama2 kalian..
senyuman hadiahnya


sering juga...salam dihulur...setelah senyuman berbalas..walau tak kenal pada mulanya...akhirnya jika kita teruskan usaha untuk mengerat ukhuwah... kita akan ditemukan untuk lebih mengenali..
ye! ukhuwah itu bukan sahaja atas orang2 yg telah kita kenal..bukankah ukhuwah itu luas...luaskan juga pandangan hati anda kepada orang keliling...jangan menyorokkan wajah hati untuk menyangka baik kepada orang... dalam setiap hati pasti ada secebis kebaikan yang boleh kita bantu untuk mengembangkannya..tak begitu?




ketidaksengajaan sebenarnya..bila senyuman itu meleret-leret tak tersimpan..sukar untuk menyimpan wajah hati....
juga sukar menyembunyi rasa keluh-kesah, gelisah, gemuruh, takut dan sebagainya...hanya orang tertentu akan kenal dan faham...tahniah! buat kalian yang memahami ...
terlahir di wajah yang Tuhan kurniakan...
pohon maaf di atas memek muka yang tersinar dan tersuram...secara tiba-tiba..
~  tak mengharap insan memahami diri sepenuhnya...tetapi, mungkin kita punya rasa sama.


* sampaikan senyum..salam tanpa segan...moga terikat kukuh persaudaraan...



2.Selawat


kita pernah belajar...
kita pernah tahu..
siapa yang paling bakhil?
yang tak nak berselawat ke atas kekasih tercinta...
Nabi Muhammad s.a.w...


Wahai Rasul
kaulah segalanya
kau contoh terbaik ummat akhir zaman
akhlakmu tinggi
kan kami jejaki
sifat sempurna pelengkap peribadi....




masih ramai yang segan untuk bersuara dalam selawat..
bahkan dalam kelas-kelas agama sekalipun..
seringkan kalian diingatkan oleh mua'llimukum???


pelik ke nak selawat?
pelik ke nak amal dalam jalan harian ke kuliah dan
berzikir terus-terusan saat senggangnya waktu?
memang pengamal yang baik dipandang pelik
dipandang bak 'makhluk' dari planet lain
di akhir zaman kini...


* berselawatlah!!!...dan hayati benar2 selawat tersebut..
moga hati-hati ini didekatkan dengan jalan hidup Rasulullah...moga terus tetap dalam jalan hidayah...
cuba amalkan tiap kali lepas solat beberapa kali selawat..ringankan lidah untuk mahmudah...permulaan untuk amal dalam tiap detik hidup..sekurang-kurangnya, anda yang membaca ini., ada niat dan usaha untuk ubah diri...
bukankah hidup ini sering menemui jalan baru....
sama ada kita bersedia atau tidak.kita pasti akan menghadapinya....
maka bersedialah..
nak tunggu... bila lagi nak berubah??? dah tanya diri?... hah! berubahlah ke arah yg lebih baik

*****


Selawat diluar solat hukumnya adalah mustahab (digalakkan). Tidak berdosa mereka yang tidak berselawat asalkan mereka ini tidak ingkar dengan perintah Nabi . Malahan mereka ini merupakan manusia-manusia malas yang sangat bakhil. Dari Hussein ra. bin Ali ra. bin Abi Thalib bahawa Nabi bersabda :
البخيل الذي من ذكرت عنده فلم يصل عليَّ
“Orang yang bakhil adalah mereka yang di peringatkan aku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatasKu” [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #3546, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Irwa' al-Ghaleel, #5].
Orang-orang yang tidak berselawat keatas Nabi lebih-lebih lagi apabila nama baginda disebut dianggap sebagai orang yang sombong. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi  bersabda :
رغِم أنفُ رجلٍ ذُكرتُ عنده فلم يصلِّ عليَّ
“Semoga digosokan hidungnya dengan debu bagi lelaki yang di peringatkan aku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatasKu” [hadith Riwayat al-Tirmudzi #3545, dikelaskan sebagai sahih oleh al-albani didalam Irwa' al-Ghaleel, #6].
Nabi s.a.w mensifatkan orang-orang seperti ini merupakan orang yang bakhil, sombong dan sudah tentunya rugi. Ganjaran pahala berselawat keatas Nabi sangat besar. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi s.a.w bersabda :-
من صلى عليَّ واحدة صلى الله عليه بها عشراً
“Barangsiapa yang berselawat keatasKu 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali” [hadith sahih riwayat Muslim].
Malaikat pun diperintahkan berselawat keatas Nabi. Orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah swt juga diperintahkan berselawat keatas Nabi sebagaimana firman Allah swt :-
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. ” [surah al-Ahzab : 56]
Umat Islam dianjurkan berselawat keatas Nabi didalam pelbagai tempat. Diantaranya yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh. adalah :-
وبما أن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم مشروعة في الصلوات في التشهد، ومشروعة في الخُطب والأدعية، والاستغفار، وبعد الأذان، وعند دخول المسجد، والخروج منه، وعند ذكره، وفي مواضع أخرى، فهي تتأكد عند كتابة اسمه في كتاب، أو مؤلف، أو رسالة، أو مقال أو نحو ذلك، لما تقدم من الأدلة، والمشروع أن تكتب كاملة تحقيقاً لما أمرنا الله تعالى به،
“Bahawa berselawat keatas Nabi merupakan perkara yang disyariatkan didalam tashahud dalam solat, didalam Khutbah, ucapan dan Do’a, istighfar, selepas Azan, ketika masuk masjid, dan ketika keluar darinya, berzikir dengan berselawat ditempat2 lain, memastikan buku-buku ditulis namanya, atau pengarang, atau risalah, artikel atau seperti itu, dan disyariatkan menulis penuh sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah” [Majmu' Fataawa bin Baaz, (cet Dar al-Watan, 1416H) 1/445].
Amalan berselawat keatas Nabi  merupakan salah satu keadah bagi mendapatkan syafaat baginda pada hari Qiamat kelak! Dari Ibn Mas’ud ra., telah bersabda Nabi  :-
أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة.
“Manusia yang terutama disisiku pada hari Kiamat adalah yang paling banyak berselawat keatasKu” [Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Tirmudzi dan beliau mengatakan bahawa hadith ini Hasan Gharib].


p/s hujansakinah :  ...maka berselawatlah 


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Al-Bukhariy/ 3190]

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...