AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Thursday, December 15, 2011

PENA 88-Intellectual Discourse : Pemansuhan AUKU, Kebebasan @ Gimik Politik? - LAPORAN PENUH

 Disalin daripada Facebook iiumonline





Moderator : MOHAMMAD IQBAL AB WAHAB - SRC President
Speaker 1 : YB DATO SAIFUDDIN ABDULLAH - Deputy Minister of Higher Education
Speaker 2 : YB SALAHUDIN AYUB - Member of Parliament, Kubang Kerian
Speaker 3 : PROF. MADYA DR. ROSLI MAHAT - Secretary General of Malaysia Academician Movement (MOVE)
Speaker 4 : ASSOCIATE PROF. DR. ABU HASAN HASBULLAH - Department of Media Studies, Faculty of Arts and Social Science, Universiti Malaya


2040:
-VIP tiba.
-Asmaul Husna
-Negaraku
-Bacaan Doa

2050:
Moderator dan para panelis mengambil tempat di pentas
Forum dimulakan moderator dengan memperkenalkan ahli panel
Objektif forum 1.mengetahui pengumuman PM bahawa seksyen 15 AUKU akan dipinda.

ROUND 1 - Auku, mahasiswa dan negara daripada Speaker 1,2. Speaker 3,4 selaku ahli akademik bersoal jawab dengan Speaker 1,2.

Speaker 1 :
-Ada 3 mazhab tentang AUKU.
[1] AUKU baik dan bertujuan baik, menganggap seksyen 15 baik.Mengemukakan alasan mempertahan alasannya. Sebanyak 30 alasan yang berorientasi memperlekah dan memperkecilkan mahasiswa
[2] Mansuh terus, diganti mazhab lain atau tiada terus.
[3] Pinda AUKU. beberapa seksyen dalam AUKU.
- Pinda dan mansuh
-Walaupun tiada pemansuhan AUKU dalam Buku Jingga, tapi saya memilih untuk pinda.
-Jika dimansuhkan, ia amat rumit untuk dilaksanakan, saya x mampu untuk laksanakannya. Saya hanya mampu pinda. Saya bersyukur Dato' Najib bersetuju meminda AUKU.
-Perkara ia meraikan hak mahasiswa untuk berpartisipasi dalam politik
-Kali ini, ianya jelas, bahawa mahasiswa boleh menjadi ahli politik.
-Persoalan sekarang,.......
-Sebab itu, ia mesti selari dengan proses transformasi politik. Agar dapat melahirkan proses demokrasi matang dalam negara.
-Ia dapat melahirkan ruh universiti yang sebenar.
-Matlamat pindaaan harus 2 perkara.
[1] Tegakkan hak mahasiswa
[2] Meningkatkan partisipasi dalam struktur negara
-Dalam konteks meminda, kita perlu berpegang pada prinsip lebih kebebasan kurang halangan
-Fundamental Liberties must be generally......
-Cnth. Mesti difahami yang dilarang tidak mencengkam kebebasan aademik
-Bukan hanya seksyen 15 sahaja, banyk lagi terlibat
-Proses pindaan mesti bebas hijack
-Satu meja bulat untuk diskusi AUKU akan dimulakan sabtu ini. MPP IPTA dan lain2 badan dijemput termasuk SMM.
-Kita juga pinta akta2 lain yang berkaitan.

2017:
Moderator

2022
Speaker 2 :
-2 tahun lalu saya telah datang ke sini dan tajuk yang sama dan juga bersama Dato' Saifuddin
-Jika BN menang lagi, saya doakan Dato Saifuddin jadi menteri KPT. Dan dia mesti tunaikan janji-janji dia
-Siapapun perintah, pengurusan mesti prudence (mungkin penulis silap dengar istilah)
-Perkara kejumudan dan tidak prograssive akan dibunuh. Saya bangga dapat bersama mahasiswa yang bakal memipin negara pada hari ini
-Mana-mana kerajaan yang tidak peka pada perubahan menuju kemusnahan. Dalam konteks Msia, rakyat berdepan fenomena baru. Indikator good governance dan demokrasi kita ambil, yang tidak baik seperti free sex kita tidak ambil.
-Anak muda sekarang sudah pasti pilihannya. BN atau PR, itu sudah cukup kearah sistem dua parti.
-Hari ini perbincangan,discourse yang baik harus diraikan. Anak muda sudah cakna suasana, mana-mana kerajaan mesti peka.
-Winds of change adalah perkara yang berlaku sekarang, jadi pinda sahajalah AUKU. Biarkanlah anak muda berpolitik.
-Kepada anak muda yang tidak mahu jadi pemimpin masa depan, biarlah mereka terus dalam Dark Ages
-Plato, Socrates, buku-bukunya disimpan dalam library dunia. Walaupun ada betul atau salah, ia tetap dikaji.
-Dunia profesor, dunia masa depan akademik, jgn kita belenggukan prtofesor. Sepatutmya discourse-discourse diraikan, itu hak mahasiswa.
-Anak muda sekarang mahukan transformasikan politik.
-AUKU, pindaan akan membolehkan kreativiti anak muda berkembang. Supaya mahasiswa lebih progressive.
-Jika kita rasakan harus negara terus progressive, pemimpin mesti pandai membaca anak muda. Bimbing anak muda dan jgn perlekeh profesor. Jgn lagi mengugut profesor.

2039 :
Moderator

Speaker 3 :
-Dato' Saifuddin. Tertarik pada perlunya kepada peraturan universiti yang meraikan ruh universiti.
-Masalah kita, lain orang lain pendapat.
-Sebenarnya sudah ada beberapa dokumen berkenaan apa yang sepatut ada pada sebuah universiti. Cuba tgk pada 'UNESCO recomendation for higher education academic personal' sebagai permulaan. Dokumen ini berkisar taggungjawab, ahli akademik, universiti dan kerajaan.
-Ranking 100 bukan menjamin taraf world class sesebuah universiti. Dua universiti England reject untuk buka cawangan di Singapura kerana tiada kebebasan akademik di Singapura
-YB Salahudin, pertama sekali dengar daripada Pakatan Rakyat supaya pinda AUKU. Tidak dapat tidak AUKU perlu ada.
-Berkenaan isu PPSMI dan MBMMBI, tiadapun pengurusan universiti keluarkan komen. Adakah universiti hanya menunggu wahyu daripada kementerian.
-Secara menyeluruh, bukan AUKU sahaja perlu dilihat. RUU lain juga mesti dilihat, terutama yang mencengkam universiti. Juga akta hasutan.

2157 :

Speaker 4 :
-Seingat saya, kali terakhir saya berforum sambil ditemani oleh keselamatan ialah di Belarus. Belarus negara komunis. Maaflah pengurusan Universiti kerana universiti ini tempat yang suci.
-Berterimakasih pada Dato dan YB.
-Lihat sahaja Revolusi Perancis. Akibat adanya akta mencengkam akademik, maka lahirlah revolusi oleh orang muda. Maka larislah di Paris bermacam2 ilmuwan pada segala bidang.
-Kita mesti lahirkan ahl falsafah. AUKU adalah drakonian, negara x maju dengan drakonian.
-Bosnia, saya bertanya bagaimana muncul Bosnia yang hebat. 100,000 lebih buku dihasilkan. Tiga faktor [1] Freedom [2] Intelektual [3]Debate. Setiap malam di bosnia adanya debate.
-Tiada satu pun thesis yang berlawanan dengan kerajaan sejak selepas adanya AUKU.
-Das Kapital Karl Marx tiada seruan hancurkan eropah. Yang hancurkan eropah adalah Stallin & Lennin
-AUKU telah menyebabkan negara kita tidak mampu untuk hasilkan filem yang baik.
-Freedom of debates, Zuckerberg dapat idea buat Facebook.
-Kita ingin generasi baru.


2215 :

Speaker 1 :
-Prof Hassan, sample ahli akademik yang perlu dijaga dalam negara kita.
-Hujah akademik mesti dilawan secara akademik. Bukan surat tunjuk sebab
-Culture of fear. Deform yang disebut Prof Hassan adalah senang faham u-turn. Kita tak nak ini.
-Contoh. Naqib al-Atas, matlamat universiti bukan melahirkan pekerja yang baik, tapi melahirkan insan.
-Setiap sumbangan dan keputusan mesti berdasarkan kepada ilmu.
-Soal pemilihan MPP. Benarkan mahasiswa laksanakan sendiri pemilihan MPP.
-Budaya multi-tasking adalah budaya menggalakkan kemajuan ilmu. Universiti dan luar universiti sebenarnya tiada pagar. Tiada istilah dalam dan luar universiti.
-Bukan maksud saya akan buat suasana tiada undang2. Against the norm adalah kerana perkara kebiasaan tiada limitations


2029 :

Speaker 2 :
-Penggunaan hujah yang ilmiah mestilah perlu bila berhadapan dengan anak-anak muda. Tidak patut berkata belajar dahulu, politik kemudian.
-11 Feb 1990, bila Mandela dibebaskan. Siri perjuangan yang panjang, mahasiswa juga terlibat, termasuk sekali karyawan.
-Kumpulan Asas 50. Indonesia, contoh Pramoedya AnantaToer, seorang karyawan yang bagus, hingga dalam hutan menulis.
-Sir Iqbal, Ibn Khaldun. Ahli falsafah, dimana dunia islam atau bukan islam. Adanya budaya ilmu yang tidak dihalang.
-Pada hari ini, bukan perjuangan PAS supaya bila pinda AUKU, semua masuk PAS. Tapi kita mahukan taraf keilmuwan ditingkatkan.



ROUND 2 : QnA

1. Undang-undang universiti. Apakah yang akan berlaku pada undang-undang universiti bilamana AUKU dihapuskan. Bagaimana tindakan selanutnya akan diambil?

2. Bila AUKU dimansuh, bebas ruang untuk politik. Bimbang politik kepartian berleluasa.

Speaker 1 :
-Bila AUKU dipinda. Akta yang lain juga dipinda.
-Kaedah tatatertib mesti diambil kira dalam proses pindaan.
-Majoriti mahasiswa adalah non-partisan. Soal mahasiswa berpolitik tidak perlu dihalang.

2050 :

Penggulungan :

Speaker 2 :
-Bila berbicara AUKU, ia tidak lari daripada kebebasan intelek.
-Sudah banyak berbicara di Parlimen. Paradigm kita harus untuk berubah demi kejayaan negara kita.
-Rome was not built in one day. Oleh itu, kita mesti berani. Kerana adanya suara penting yang perlu kehadapan untuk tentukan iltizam orang politik. Jangan bagi orang politik berada dalam zon selesa.
-Rakyat mesti berani bersuara dan kerajaan mesti bagi kebebasan bersuara.
-Dunia arab hari ini tiada demokrasi. Sebab itu tercetusnya Arab Springs
-Pak Natsir, pemimpin tidak lahir dari bilik dari hawa dingin, pemimpin lahir dari denyut nadi rakyat.
-Era kita adalah era decisional making.

Speaker 1 :
-Soal mutu universiti dan transformasi politik.
-Authority of idea, not idea of authority
-Kalaupun xboleh amalkan demokrasi yang tulen.Sekurangnya kene elak jadi the worst

Speaker 3 :
-Apa yang dituntut dalam perjuangan kebebasan. Kebebasan ada hadnya, iaitu jika cakap lebih, ada kawan yang control.
-Speaker corner sekarang sudah tiada ruh.

Speaker 4 :
-Lihat sahaja dewan kita malam ini. YB dapat bersama.
-Tidak pernah televisyen dan internet cetuskan perang, begitu juga kebebasan berakademik

2310 :
Forum tamat. Token of appreciation

2315: Bersurai


Sekian terima kasih,
Ahmad Ashraf Azhar,
Mahasiswa Tahun Pertama,
Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (Sosiologi & Antropologi)
13 Disember 2011 | Main Auditorium, UIAM.
 

Tuesday, December 13, 2011

PENA 87 : Dhia' dan Pak Cik Teksi


Ya Allah…
Pinjaman perasaan itu sangat dihargai..disyukuri…
Di saat lautan bergelombang..
Pelbagai mehnah jua yang dihadapi…
Petang redup seperti memanggil hujan turun..
Dari bandar bersejarah kota Merak Utama..
Hiruk-pikuk bandar penuh dengan pelbagai jenis kereta..
Dhia’ tidak lupa untuk terus mengingati akan Pencipta-Nya..
Matanya melilau mencari tanda nama ‘TEKSI’ tetapi tak berjumpa..
Dari hujung stesen ke hujung stesen..dia telah bertanya kepada pemandu bas dan pekerja di stesen bandar Merak Utama tersebut akan mana  terletak kereta sewa…

Penat dan keletihan terlakar di wajahnya..istighfar beberapa kali..dia menarik nafas sedalamnya...dia memohon agar Allah menyabarkan terus dirinya… baru ujian sekecil itu, pasti di hadapan kelak akan bertemu lebih besar ujian..
Lalu dia tergerak untuk bertanya sekali lagi kepada seorang pemuda yang sedang duduk membelek telefon bimbitnya, ‘Assalamualaikum. Di mana teksi yang boleh saya dapatkan?’
Salam berjawab: “waalaikumussalam, teksi di hujung sana.” Diam sejenak. “ha, tu ada teksi, cuba awak tahan, tanya: boleh tak nak pergi ke tempat yang nak ditujui”

Tertera nama pemilik kereta sewa “Chua Ah ….” Terus tergambar ayat untuk menyapa pemandu tersebut dgn panggilan ‘uncle’.
“uncle, boleh tak hantar saya ke Alur Siam ?”
“boleh, boleh. Naiklah.”

Suara DJ jelas dari corong radio bersama muzik latar belakang yang indah. Sepertinya rancangan Islami atau Dhia’ silap mendengar. Muka Uncle ini memang ada seperti seorang cina. Tapi…
Tiba-tiba telefon bimbitnya mendendangkan lagu ‘azan’ tertera nama abangnya ,Anam , yang menelefon. “Salam. Ha’ah. dah dapat teksi. Pergi ke Alur Siam. RM20.” “oh, baiklah.”. Suara Dhia’ jelas ke pendengaran Pak Cik pemandu teksi .

Beberapa minit sebelum itu, Dhia’ dan pemandu teksi sempat berunding akan tambang teksi, ternyata tak boleh dikurangkan.
“anak dari mana?”
“dari Kuala Lumpur, Uncle”. Walaupun Dhia’ ingin menukarkan panggilan Uncle kepada Pak Cik, seolah lidahnya tak mudah mengungkap. Dilihat wajah dan terus masuk ke dalam mata Pak Cik itu. Allah. Wajah seseorang terimbau terus di dalam fikiran yang dalam. Doanya berterusan, “Ya Allah, rahmati Roh ayah.”
“Sudah tahun berapa?”
“Tahun keempat.”

Satu soalan satu jawapan. Hari itu Dhia’ tak seperti ramahnya selalu. “Ambil kos apa?” dadanya sebak. Satu soalan..perlahan-lahan dia menjawab. “Quran Sunah”.
Akhirnya kolam air matanya melimpah sedikit demi sedikit. Diseka dengan hujung lengan baju. Tak berjaya dia menahan. Mujur cermin sisi kereta sewa tersebut sudah pecah separuh, jika tidak, pasti Dhia’ malu, tiba-tiba sahaja dia menangis dan terlihat oleh Pak Cik. 

Selawat dan ayat-ayat ma’thur cuba dihayati dengan lafaz qalbunya. Kesedihan apa yang menimpa sehingga sedemikian. Selama 10 minit lebih dia menahan tangisan itu.
Perjalanan untuk ke Alur Siam melalui banyak lampu isyarat menyebabkan agak melewatkan Dhia’  dan dia merasakan begitu lama untuk sampai. Pak cik tersebut bercakap seorang diri tanpa respon daripada Dhia’ yang menahan kesedihan seorang diri.
Dhia’ cuba memarahi dirinya, “apa punca aku menangis?kenapa? Aku bukan putus bercinta macam orang lain? Aku rindukan ayah? Tak seperti ini selalunya? Aku marahkan orang? Buat apa nak marah. Ya Allah, akhirkan tangisan ini. Permohonannya kepada Tuhan waktu itu. Monolognya.

Dia tak mahu pemandu teksi tadi merasa bersalah atas perlakuannya tika itu. Padahal, Pak cik tersebut tak bertanyakan sesuatu yang menyebabkan terasa hati atau menyedihkan. ‘barangkali, kesedihannya akan kerinduan ayah’.



Ada sekumpulan peniaga yang berjualan di tepian jalan. Suasana taman dalam kampung itu nampak sesak di hadapan sebuah stesen minyak BHP kerana ramai pengunjung yang berpusu-pusu ke situ walaupun  azan maghrib tidak lama lagi akan berkumandang kerana jam di tangan sudah mencatat 7.00malam. Dhia’ cuba untuk meredakan diri.
Duit RM20 disediakan cukup untuk membayar tambang. Pak cik tadi baru kali ini menyuarakan pendapatnya

“kenapa anak kelihatannya taku-takut? Ada apa, nak??” 
ternyata mata merah Dhia’ mengejutkan Pak Cik tersebut , lalu Dhia’ menjawab dengan gelengan sahaja,  tanda dia bukan tidak percaya akan Pak Cik itu…sambil tersedu-sedan, 
“ sa..saya..ter..ingat kat ayah…” 
tangisannya nyata semakin menjadi-jadi…sebaknya makin terasa sesak di dada. Walhal jawapan yang diberi itu Dhia’ sendiri tidak yakin akannya. Sekadar untuk menyedapkan hati kedua-dua belah pihak.

Pak Cik itu benar-benar rasa bersalah, “ayah kenapa, dik? Ayah sakit?”
Dhia’ hanya menggeleng..terus menggeleng..
“takpe, dik. Adik doakan ayah . Doakan. Doakan ye”, suara Pak Cik itu seolah memujuk Dhia’.
Gelengannya ternyata tak dapat dibaca Pak Cik tersebut.
Ayah Dhia’ sudah tiada buat selama-lamanya. 

Tapi, sejak pemergian ayah, Dhia’ tak pernah menangis begitu, 
bahkan dia redha akan pemergian ayah sejak sebelum pemergian ayah lagi, telah banyak pesanan yang telah Dhia’ rakamkan terutamanya buat saudara seibu sebapanya . Dhia’ sering tidak mendapat apa-apa pesanan sejak dari dulu. Mungkin kepercayaan ayah ibu akan pandai berdikarinya dan menjaga diri. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Allah jua yang Maha Menjaga.

“Betul ke, abang adik tunggu di sini?”

panggilan anak bertukar menjadi adik kemungkinan melihat telatah anak gadis itu seperti anak kecil yang tak dapat mengawal emosinya, panggilan itu lebih sesuai dengan keadaan.
Dia mengangguk-angguk tanda membenarkan kerana tak mampu lagi untuk bersuara.
“takpe, adik doakan ayah ya.”

Dhia’ terus menuju ke tandas berhampiran untuk  mencuci mukanya yang telah berubah seperti warna saga…dia perlukan air yang menyejukkan wajahnya sebentar-moga tenang.

Tak lama kemudian, seruan menghadap Tuhan yang  Satu dari musolla berhampiran kedengaran , lalu dicari arah punca azan. Dekat saja. Kakinya melangkah laju ke rumah Allah. Di maghrib-maghrib sebegitu tak elok berada di luar tanpa tujuan. Dhia’ ingin merehatkan sebentar dirinya yang keletihan sepanjang hari duduk di dalam suasana seorang musafir. Hanya tika itu yang diingat, kesejukan wudhu’ dan syifa’ solat. Itulah jalan menenangkan. 

Takbiratulihram , dia tak dapat kembalikan dirinya kepada Tuhan. Dia  terus menangis seperti menyambung episod petang tadi. Cuba masuk ke fatrah khusyu’…agak sukar. “ Ya Allah, ini ujian untukku. Maka tabahkanlah.”  Jama’ taqdim terlaksana, dengan penuh harap agar solatnya sebentar tadi Allah terima. Banyak lubang-lubang yang perlu ditutupi.
“ Ya Allah…pabila kumengingatiMu, air mata ini semakin laju mengalir. Ya Allah , apakah dosaku yang tanpa kusedari yang telah kulakukan , ya Rob? “
“ Tangisan  ini sepertinya dari dalam tempat yang aku sendiri tak mengetahui dari arah mana..”
“Tuhan, jadikanlah air mata ini sebagai bukti dan penghapus api nerakaMu kelak..Siapalah aku untuk mengelak seksaanMu di akhirat sana…”



Hujan renyai-renyai mula membasahi tanah Alur Siam. Abang Anam dan anak saudaranya Hana’ sudah menunggu lama di kereta Viva. Dia sedaya upaya menyembunyikan apa yang telah berlaku sebelum ini.
Alhamdulillah.

Iktibar:
1)    Hargailah ibu ayah selagi mereka masih hidup
2)    Tanggungjawab mendoakan sejak hidup hingga tamatnya riwayat mereka
3)    Ingat Allah selalu di waktu suka dan duka.
4)    Bertoleransi kepada insan sewajarnya kelak Allah jua memberikan ruang kemudahan atas setiap urusan.
5)    Jika kita cuba memahami orang lain, dengan izin Allah pasti kelak Allah akan membantu.

PENA 86 : Sekitar I-CON (Protaz IRKHSS)


I-CON
ISLAMIC STUDENTS CONVENTION
PROFESIONAL USTAZ (PROTAZ)

Pagi Ahad 4/12/2011, 8.30pg bermula Konvensyen Pielajar-pelajar Islam di dalam Exprimental Hall, UIAM yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu (IRKHSS) sempena PROTAZ.
Ucapan rasmi oleh pihak sponsor utama JAKIM memberikan pesanan akhir kepada seluruh pelajar Islam agar dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin di bangku universiti untuk menjadi warga yang berkualiti serta tidak menjadi seperti ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.


PERANAN PELAJAR DALAM KONTEKS KRISIS PERADABAN KONTEMPORARI
-USTAZ MOHAMAD ZAMRI B. MOHAMAD SHAPIK-

Makna :
Krisis-ketidakstabilan, ketegangan
Peradaban-ketamadunan
Kontemporari-semasa

Dalam buku أين الخلال، د. يوسف القرضاوي،1985- :
Bagaimana boleh terjadi kepincangan umat?

1.Kurang kesedaran
2.Lupa diri
3.Kebendaan
4.Tak guna seluruh kekuatan
5.Daya fikir terencat
6.Tenaga kerja terbengkalai
7.Tenaga ekonomi terbantut
8.Daya kualiti tak berfungsi
9.Roh yang pudar
10.Sistem pendidikan dan media massa umat
11.Islam hanya slogan
12.Rosak Iman

·       Perbezaandi antara  :
Muslim-Tahu
Mukmin-Percaya
Muhsin-Mampu Berjihad
Mukhlis-Cinta

Example:
Think, How to be a winner in Gymrama for us as a muslim an muslimah??

*Kita miskin dalam negara yang kaya dengan hasil bumi
Cuba lihat perbandingan kenaikan hasil bumi di Malaysia, tetapi tidak memberikan apa-apa kesan kepada rakyatnya…
2007: RM 76,300
2011: RM241.2 BILLION
Beza (meninngkat 14.4 %) ke mana dibelanjakan ? ? ?

*Ke mana sumber ini?
Lebih banyak digunakan di PUSPEN.
Apa itu PUSPEN?
Pusat Serenti !!!
Mereka di PUSPEN hidup dalam FOC
(Free Of Charge)
-anak-anak di Universiti nak makan pun kena bayar RM5.00
-> paid at all time!!
[penghargaan lebih kepada yang tak sepatutnya]
[anak-anak berjaya seolah hidupnya lebih disusahkan]
-pelbagai kenyataan yang boleh dilihat di sini-

-WHERE THE JUSTICE?!-
1) Kapitalisme?
Contoh: Tol-Harga makanan, tandas free-tapi sebenarnya dah dibayar pada TOL.
Perbezaan dengan negara lain:
*TURKI
Currency (R&R) percuma, malah berjaya membina instirusi waqaf-> Hasil negara terus sampai kepada rakyat .
--Kita orang muda menggunakan kepemudaan untuk menjadikan realiti hasil negara terus sampai kepada rakyat di Malaysia –
2) Kehilangan arah dalam petunjuk Ilahi
*Uqubah dan treatment
UM Cast- Islamic Spiritual Intervention (kalimah ALLAH)
Nak bina kognitif dalam otak. Merangsang buat baik dan jahat kerana ia mengawal 2/3 otak.

 ----bersambung....






Saturday, December 3, 2011

PENA 85: Keinsafan diri- FURSAN

DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

CHORUS....

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI


PENA 84: Tentang Istikharah

dari blog ustaz Hasrizal- http://saifulislam.com/?p=8020

((Fitnah Petunjuk Istikharah))

“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.
Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]
KESIMPULAN
  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

Monday, November 28, 2011

PENA 83 : Petang mengimbau kenangan


Langit hari itu nampak cerah . Sambil menanti kereta dipenuhi penumpang yang ingin bertandang ke rumah pengantin sepupu di Felda Kledang .
Sebelum bergerak jauh , kereta dipandu kakak ke rumah jiran di bawah sana (rumah Pitem dan Fida') menziarahi bakal tetamu Allah pada tahun 1423 H.
Jemputan kenduri buat seluruh ahli keluarga, terasa sangat akrab dan mesra , memandangkan adik Asyraf berkawan dengan Fida' manakala abang Azmi berkawan dengan Fikri. (gunakan nama sebenar mereka.)
Tapi , rancangan kami untuk terus ke destinasi tergendala setelah kereta kami ternampak kereta parking di hadapan rumah musafir dari Kluang-Kota Tinggi, Cik Abd Razak (adik abah), tak sempat kami jumpa di Aidilfitri, jumpa lagi dalam Syawal terakhir. Alhamdulillah.
Lalu cuba lagi untuk terus ke sana bersama mereka, lalu terserempak pula dengan kereta
Melaka-Pontian-Kota Tinggi , anak-anak saudara , kami berpatah balik ke rumah dan akhirnya bergerak setelah solat Zuhur.
Segalanya perancangan Allah .


gambar ni special, sebab mak yang suruh ambil jadikan kenangan-jarang sekali arahan tersebut :)
 Setelah seminggu beraya , muslimat pula mengadakan marhaban atau baraan . Meriahnya pabila selawat bergema di setiap rumah . Tujuan ziarah bukan untuk makan, kuih-muih sahaja yang terhidang sudah mencukupkan dan jika ada rezeki lebih, dihidangkan menu tambahan lain , tujuan sebenar untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli blok serta menziarahi ahli-ahli yang sudah uzur dan tak berupaya agar mereka rasa diingati dan diambil berat, yang menziarahi pula menyedarkan diri bahawa bila-bila masa sahaja Allah menarik nikmat sihat digantikan dengan ujian sakit sebelum menempuh ajal .



gambar ni dah lama sangat . ketika ini penulis di darjah lima bersama kak Saadah dan adik Asyraf di Sek. Kebangsaan . Abang Johari masih belajar di MARSAH atau mengajar di Darul Ulum , kak Arniza belajar di Maahad Johor.  
Raya haji waktu ni di Belungkor, oleh kerana semua pulang ke rumah dan ada tetamu yang hadir dari Universiti Malaya, mualaf Sabah dan Sarawak merangkap anak angkat keluarga ketika itu, kami meraikan kehadiran mereka ke tempat yang kami sendiri tak pernah jejaki . (tapi, mak abah dah pernah pergi la waktu dulu).
 Kak Salwana dan Kak Arbayah yang selalu bawa kawan muallaf masa mereka menuntut di sana . masa tu kecil lagi, tak berapa ingat . waktu tu juga saya rasa seornok belajar di Universiti, nanti boleh bawa kawan-kawan lain negeri .


 di rumah Kak Long (Jamaliah) dan Abang Salam. budak berdua tu baru balik sekolah ganti Sabtu bersama kawannya, Hidayah . Masa ni baru lepas jumpa doktor kat bandar Pontian .
Petang tu balik lalu jambatan Telok Sengat, best sangat :)

Aisyah tarik baju Nadia sebab nak tengok ke bawah tapi cam ngeri-ngeri gitu.


Tempat selalu kami lawati (Mydin Melaka) bila jejak ke Melaka .
Setelah penat berhari raya di Muar selama 3hari , kami meneruskan perjalanan ke Melaka .
Dalam perjalanan raya , masih sihat Alhamdulillah , siap merakamkan video dengan Tok Jamaa'on berselawat dan membacakan doa sempena ingatan dan telingan penulis yang selalu terngiang-ngiang suara Tok Ngadi mengalunkan ;
tak mengira waktu, sehinggakan jiran kenal akan suara atuk .
Doa-doa atuk juga panjang , kadang-kadang habis semua buku kosong ditulis sejarah zaman dahulu terutamanya ketika Jepun menyerang, peristiwa-peristiwa yang bercampur-aduk, dan sudah maklum tulisannya dalam Jawi -ini menurut kak Saadah yang dulu rajin menilik apa yang atuk tulis .

Tok Jamaa'on menceritakan zaman mudanya dahulu kagum dengan Allahyarham Tok Haji , selawat yang digabungkan dengan kompang menjadi adat hingga kini dan tradisi di Kampung sekitar Air Hitam Muar, kini giliran Tok Jamaa'on pula untuk mewariskan lagu-lagu tersebut .

Jika duduk dengan mereka, terserlah segala ilmu yang tak terjangka. Ilmu di sekolah moden tak berapa mendalam berbanding di sekolah pondok. Tok Jamaa'on pernah belajar di Singapura dan beberapa ketika itu baru menetap di Johor kerana pada zaman dahulu Johor dan Singapura masih di bawah satu jajahan .

Waktu yang singkat itu dapat saya manfaatkan sebaiknya , kami meminta nasihat agar terus tenang dalam hidup; pesannya , amalkanlah selalu ayat-ayat Quran dan selawat berdoa memohon perlindungan Allah kerana kita tidak pengakhiran hidup kita nanti bagaimana . pesanannya walaupun kita sedia maklum, tapi manusia itu snediri sememangnya wajib diingatkan .
Perbualan ini berlangsung dalam Bahasa Melayu di atas permintaan penulis sendiri, hanya bila atuk berbual dengan Emak sahaja berlangsung di dalam Bahasa Jawa .

Kami anak-anak di bawah bilangan lima hingga dua belas hanya tahu cuma sedikit bahasa jawa serta dilanjutkan nanti dengan 'ino iki we teko nguyu, tersenyum buat ku seneng' (terjemahan : hari ini kau datang riang tersenyum buat ku senang). wahai adik-beradik sekalian, kenangan yang melucukan .

Saya diingatkan oleh Tok Haji agar mendalami bahasa Jawa, jika tidak siapa lagi bakal pewaris bahasa untuk generasi kita? waktu itu saya di tingkatan empat, beliau tanya saya tahu atau tidak akan bahasa Jawa .

 Mak kata, ramai lagi saudara-mara sebelah Nyaie di Indonesia kerana zaman dahulu yang sempat mengikut ke Tanah Melayu hanya sebahagian daripada adik beradik Nyaie. begitulah serba-sedikit cerita yang saya ingat .
memang ada impian di jiwa saya ini ingin menjejak ke seberang sambil menemukan salasilah keluarga , berkemungkinan besar sebahagian besarnya kiai atau mengajarkan agama kerana latar belakang moyang belajar pondok. Allahumma ameen, moga menjadi penerus pewaris Nabi dan terjaga oleh Allah .



 waktu menyempatkan diri mendengar dialog di antara Islam-Kristian , 10.30pg-1.00tghri, waku kelas Islamic Ethics , Ustaz Dr.Ismail Mamat tak hadir kerana ada ahli keluarga beliau yang meninggal dunia .
majlis dirasmikan oleh mantan perdana menteri Pak Lah (Abdullah Hj Ahmad Badawi).
Hujah Kristian dapat disangkal oleh hujah-hujah Ilmuwan Islam, kebanyakan pensyarah kuliyyah Usuluddin dan Perbandingan Agama, saya kagum dengan mereka, satu hari kelak akan bertebaran ilmuwan seperti ini yang berkualiti , bukanlah seperti buih-buih di lautan tetapi berharga bak mutiara di lautan dalam . amin.


HUJANSAKINAH  : isikan masa yang lapang dengan aktiviti bermanfaat , pastikan ia boleh dijawab di akhirat bila soalan (bagaimana masa anda digunakan?) dapat dijawab dengan jawapan  yang tepat .

Bila kita ingat akhirat, kita mudah jauh daripada perkara sia-sia dan tiada manfaat, melihat perkara utama dan menuju bahagia dan redha-Nya di dunia dna akhirat .

PENA 82 : Kuatkanlah !

Cuaca cerah di sekitar Puteri Menangis , angin bertiup berzikir kepada pencipta  ,  manusia terus bernafas selagi takdir menukilkan dalam buku hayat umurnya .

Sebaik bangun dari tidur, kita diajar bersyukur kepada Tuhan yang menghidupkan dan mematikan , diucapkan dalam doa dan amalan , bersyukur masih dihidupkan untuk menunaikan kewajipan sebagai khalifah , menegakkan kalimah hak di atas muka bumi-Nya, menyumbang tenaga sedaya mungkin ke jalan yang diredhai .



Pagi ini , dia rasa tak bermaya . Alhamdulillah, kesihatannya agak stabil minggu ini tetapi , dia tidak tahu apakah punca masalah ngantuk terlampau tidak mengira waktu.

Memang ada yang mengatakan, jika mengantuk, tidur sahaja ubatnya. Ada pula pepatah, ' orang mengantuk disorongkan bantal ' yang membawa makna : perasaan gembira setelah mendapat apa yang didamkan .

Mengantuk dan lesu mendatangkan banyak masalah , terutamanya menghilangkan fokus pada pekerjaan, tidak dapat memberikan yang terbaik pada setiap tugasan, mudah lupa apa yang dilakukan, rasa gembira dan seronok dalam menyumbang sesuatu seolah-olah ditarik...

itu satu nikmat yang hilang...ALLAH...


Tetapi, banyak lagi nikmat Allah yang wajib kita ladeni dan syukuri . 'Mana satu nikmat Allah yang telah kamu dustakan? '

Nikmat Iman dan Islam sangat berharga bagi seorang Muslim.
Sambil saya menulis ini , ia juga membangkitkan semangat untuk terus bangkit , tak duduk di takuk yang lama ,  bak kata ahli hikmah : orang yang berjaya adalah orang yang bangun setelah dia jatuh . kata-kata lain pula ; seorang mukmin itu tidak jatuh dua kali pada tempat yang sama .
-maksud yang boleh kita ertikan di sini adalah , perbaiki diri agar masalah yang sama tidak berulang .

-hmm,  masalah mengantuk ni ada tak kaitan dengan benda alah yang tertulis ni.?.

dia rasa penat yang amat. bahunya seolah memikul beban yang berat. sudah selesai kerja sekolah, tapi, apa lagi yang tak selesai.

Allah, andai dosa-dosa penyebab rasa hazn ini, maka ampunilah segala dosa...
dosa seorang mukmin ibarat sebuah gunung , dosa seorang munafik ibarat seekor lalat yang menghinggap pada hidungnya...semoga kita semua dijauhkan , daripada sifat-sifat munafik (apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia khianati...)

Allah, andai amanah penyebab rasa lelah ini, maka bantulah meringankan serta memudahkan segala urusan , biarkan hamba berehat di waktu yang sepatutnya di sana kelak .

Allah, andai masalah lain datang yang bukan dalam pengetahuan hamba, maka bantulah hamba-Mu untuk menangkisnya, lindungilah diri hamba daripada segala gangguan serta kejahatan seluruh makhluk dengan berkat kalimah-Mu yang sempurna...



Lalu berusahalah menenangkan diri dengan :


A) kalau kita buat ibadah sunat , Allah yang akan menjadi telinga, mata, hati dan kaki kita serta segalanya mendapat ilham drp ALLAH TAALA.
*solat sunat, zikrullah, sedekah sunat, baca Quran, beriltizam dgn perkara-perkara sunnah
B) saya cinta kepada nabi saya selawat kepadaa Nabi
-Allahumma solli a'la muhammad
-sollallahua'laihiwasallam
-solatullahia'laih

C) saya cinta Allah
-sy bacakan surah al-ikhlas selalu, ia menjelaskan keesaan Allah..sifat-sifat Allah, ubudiyyah kita..serta rububiyyah Allah Taala.

D) kalau kita cinta Allah , kita tak perlu gusar apa saja perlakuan manusia keapda kita :
al-Maidah : 51

5:51

yuhibbuhum...
kasih sayang dengan orang beriman : >>tegas kpd org kafir

berjihad kepada Allah dengan segala apa yang mereka ada
melakukan perkara2 sunat
..وقالوا حسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير
tak takut orang mencela kepada kebaikan
banyak membaca surah al-Ikhlas

(( Sedikit selingan penulisan motivasi yang dahulu pabila mendengar ceramah ustaz))
 moga-moga Allah memberikan kelebihan istiqamah ke dalam diri kita semua .

Sunday, October 23, 2011

PENA 80 : Tatacara solat 1

Solatlah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda :

صلُّوا كما رأيتموني أصلي
"solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat" [al-Bukhari]

tata cara solat yang mudah difahami& senang diamalkan berpandukan hadith-hadith sohih.

1. Permulaan solat

Niat di dalam hati untuk solat yang akan dilaksanakan
إنما الأعمال بالنيات
"Sesungguhnya setiap perbuatan itu mestilah dengan niat." [Muttafaqun a'laihi}


Berdiri ketika mampu ketika solat fardhu.
وقوموا لله قانتين
" Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyu' " [surah al-Baqarah : 238]

صلّ قائماً فإن لم تستطع ققاعداً لم تستطع فعلى جنبٍ
solatlah dengan berdiri, jika tidak mampu maka duduk, jika tidak mampu maka berbaring" [al-Bukhari, Abu Daud, & Ahmad]

* Mengarahkan pandangan ke bawah. Tidak menoleh ke atas, ke kanan atau ke kiri.
وكان صلى الله عليه وسلم إذا صلى طأطأ رأسه ورمى ببصره نحو الأرض

Nabi SAW apabila bersolat baginda SAW merendahkan kepalanya dan memandang ke arah tanah [al-Baihaqi & al-Hakim]
وكان ينهى عن رفع البصر إلى السماء
Nabi SAW melarang melihat ke arah langit (ketika solat) [al-Bukhari & Abu Daud]

فإذا صلّيتم فلاتَلْتَفِتُوا فإنّ الله يُنصبُ وجهه لوجه عبده في صلاته ما لم يلتَفِت
"Apabila kamu bersolat maka janganlah menoleh ke kiri dan ke kanan kerana sesungguhnya Allah memandang ke arah hamba-Nya di dalam solat selagi mana dia tidak menoleh" [at-Tirmizi & al-Hakim]

* Menghadap ke kiblat

إذا قمتَ إلى الصلاة فأسبِغِ الوضوء ثمّ استقبل القبلة فكبّر
Apabila engkau hendak mendirikan solat hendaklah sempurnakan wudhuk kemudian menghadap ke arah kiblat dan bertakbirlah [Muttafaqun a'laih] 

*Meletakkan sutrah (penghadang) di hadapan tempat sujud jika menjadi imam atau solat sendirian.
لا تصلُ إلاَّ إلى سُترةِ ولا تدعْ أحداً يمرُّ بين يديك فإن أبى فلتُقاتِلهُ فإنَّ 
معهُ القرين
"Janganlah engkau solat melainkan ke arah satu sutrah, janganlah engkau membiarkan seseorang melintas di hadapanmu, sekiranya dia cuba juga untuk melintas maka halanglah dia, kerana sesungguhnya syaitan ada bersamanya." [Ibn Khuzaimah]

Saturday, October 15, 2011

PENA79: HalFest PWTC



   Pertemuan dengan seorang sahabat UIAM, Gombak, (Kak Hajar) semasa meraikan sahabat-sahabat senior di hari Konvokesyen, beliau telah menjemput untuk menyertai komiti di booth PWTC pada hari Jumaat hingga Ahad. Disebabkan penulis dan sahabatnya hanya dapat menyertai pada hari Jumaat sahaja, maka beginilah kisahnya:
Fathul Irsyad tak dapat berkumpul pada pagi jam 7.
Jadi, penulis terus sahaja bersiap-siap untuk ke PWTC sebagaimana yang dijanjikan 8.30pagi. Dengan menaiki kenderaan awam [ Bas T 231 > LRT Putra(Gombak) > Masjid Jamek > PWTC ]. Turut menyertai, seorang sahabat dari Uni. Malaya,  Master dalam Usuluddin. Kebiasaannya, kami akan merakamkan pandangan sisi yang cantik dan tertarik di sekitar perjalanan kami.

حسبي الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير
Menghiasi pagi hari Jumaat kerana telinga menangkap pertuturan Ustaz Zahazan di dalam kuliah Tafsir, IKIM, “amalkanlah zikir agar hati tenang, jauh dari musibah, rasa cukup dengan pemberian-Nya.
Maha hebat Allah, Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Allah, Kau berikan anggota yang cukup buatku.Allah, jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas setiap rezeki dan ujian-Mu.
                                                                                                                                           
   Setelah sampai di stesen terakhir sebelum berjalan kaki ke PWTC, satu kisah yang boleh dikongsikan. Tujuannya : agar sama-sama kita bersyukur atas setiap kurniaan Allah dan membantu mereka yang kekurangan.
   Seorang lelaki berusia lanjut memakai Kemeja-T biru dan berseluar hitam sedang berdiri di hadapan kaunter RapidKL. Agak lama melihatnya berdiri di situ. Kelihatan tangannya agak berbeza dari orang normal. Tangannya menyeluk ke poket seluar. Lama. Saya menanti apa yang dicari sementara saya menanti Kak Leha membeli Touch n Go.
          Cuba mendekati pak cik tersebut. Saya mula sebak bila melihat poketnya kosong. Tangan kedua-dua belah pendek dan sukar untuk saling membantu di antara tangan kanan dan kiri. (boleh bayangkan tak?)
          “Pak cik, nak saya bantu?” – Takpe2. “Pak cik cari apa?” –Duit saya kat dalam ni. (saya tak nampak apa pun, adakah duitnya tercicir atau bagaimana?)
 “Pak cik, takpe, biar saya tolong ambilkan ea?” –boleh2, terima kasih ye.
Duitnya memang dalam poket. kain poket telah dikeluarkan. Dan ada satu lagi poket di dalamnya (poket dalam poket), memang susah juga bagi orang yang normal membantu untuk mengambilnya. RM2.
Setelah dapat membayar di kaunter, beliau mengambil sebuah sampul surat besar berwarna putih yang tadinya diletakkan di kaunter ketika sibuk mengeluarkan duit. Sepertinya ada urusan yang perlu segera dilunaskan kerana jam telah menunjukkan lingkungan 9-10 pagi.
·         Lihatlah, kekurangannya tak menyebabkan dirinya merasa kekurangan dan terus cuba dan mencuba. Akhirnya senyuman terukir di bibirnya.

·          Huluran bantuan yang sedikit dapat meringankan beban orang lain.
“Ya Allah, limpahkanlah rasa kecukupan dalam hati kami….”
Allah…


    Sepanjang perjalanan saya melihat ramai orang yang menghadapi pelbagai kekurangan (seolah hari Jumaat itu hari penuh dengan muhasabah).
Soalan di mana PWTC dijawab oleh seorang wanita yang sengau. ( Ia memang tak lah kurang mana, tapi, betapa ramai yang punya suara yang elok, tapi, seolah bisu tak nak membantu orang lain bila diminta bantuan tunjuk arah).
Seorang bisu cuba berinteraksi dengan isterinya agar berfikir dahulu sebelum membeli baragan pameran di HalFest. (betapa ramai lagi orang yang dikurnia ‘BERCAKAP’, membuang waktu dengan bercakap yang sia-sia dan tak berpesan kebenaran. )
Seorang yang berkaki tempang (sebelahnya pendek). Dia berusaha menyertai seminar yang dianjurkan PPIM untuk mendengar sendiri penjelasan daripada pihak kementerian tentang “ Rumah Terbengkalai: igauan dan mimpi ngeri buat pembeli”. (Lebih ramai lagi yang lebih suka duduk berehat di rumah tanpa mengambil tahu hal umat. Kaki yg sudah diberi sebaiknya oleh Allah disalahguna ke tempat-tempat maksiat. Nauzubillah min zalik)
Apa yang boleh saya katakan jika semua yang di hadapan saya boleh hidup gembira dan meneruskan kehidupan serta menganggap kekurangan yang ada bukan penghalang sama ada untuk berjaya dalam hidup,  untuk membantu orang lain , dll, bagaimana dengan saya yang Allah berikan lengkap anggota dan akal fikiran?
Allah berikan setiap yang berlaku disertai hikmah. Terima kasih ALLAH.

Wahai orang yang sihat akal
Jangan disalahguna kurnia-NYA
Jangan menyeleweng amanah yang digalas atas bahumu
Amanah itu bukan untuk mengejar nama
Tapi
Kelak akan mendapat banyak penyaksian di sana

Wahai orang punya fikiran
Bantulah orang yang berada di bawah
Tika kau berada di kalangan orang atasan
Mereka sangat mengharapkan bantuanmu
Aduan mereka bukan sekadar meraih perhatian
Tapi
Suara mereka merupakan suara keramat rakyat meminta keadilan dijalankan
Berapa ramai dalam anggota keluarga mereka yang telah kau zalimi
Atas perbuatanmu yang sambil lewa
Tak menunaikan amanah

Wahai yang diberi wahyu dan akal
Pernahkah kau meletakkan dirimu di tempat mereka ?
Pernah kau menyelami kehidupan mereka ?
Ke mana segala wang yang telah diperuntukkan buat rakyat untuk projek tersebut?
*saya tujukan kata-kata ini buat forum semalam. Moga penyelesaian akan ditemui di titik akhir ini.

Saya tinggalkan kisah ini agar pihak berkenaan dapat membuat penggeledahan yang sepatutnya pada fail-fail kerja mereka dan orang yang terbabit dapat berfkir akan tindakan yang sewajarnya.
……
Pendaftaran dengan kad pengenalan dibuat di kaunter pertama di dalam PWTC bersama rakan-rakan yang lain.(agar pihak penganjur dapat menganggarkan bilangan pengunjung yang hadir). Door Gift , gelang tangan peserta dan beg CIMB Islamic diedarkan kepada kami. Berjalan di sekitar HalFest dewan pertama, di antara yang sangat menarik perhatian saya adalah : Nooraini’s biscuit, Kordial buah tin, Fast Food popia berinti otak-otak (padahal memang suka otak-otak), dan mencuba pelbagai juadah yang disediakan.
Perjalanan terhenti setelah dipanggil ke BILIK Kelantan no.3 berhampiran butik ARINI, di situlah program anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepanjang HalFest pada kali ini.

Pertemuan dengan tenaga PPIM dimulakan dengan langkah2 senyum, sapa, salam…dan itulah taaruf kami sebelum bekerjasama untuk melancarkan program hari itu. Tenaga yang kami sumbangkan tidaklah seberapa berbanding pihak mereka yang telah bertungkus-lumus selama seminggu menyusun program.
Setelah semua pekerja muslim menunaikan solat Jumaat, kami menyiapkan kerja-kerja yang belum diselesaikan dan kerja-kerja untuk esok hari. Program FORUM PERCUMA anjuran PPIM :
Sabtu, 15/10/2011-9pg Forum Perbankan Islam, 2 ptg- Forum Baitumal
Ahad 16/10/2011-9pg Forum … , 2ptg-Telco
Ia  memberikan peluang kepada orang ramai untuk mendengar dan memahami punca masalah yang berlaku serta berhubung terus dengan pihak berkenaan. Pihak PPIM sangat mengalu-alukan tenaga sukarelawan yang ingin menyalurkan bantuan sewajarnya. Beberapa badan media yang turut hadir sama membuat liputan di sepanjang forum berlangsung dan akan ditayangkan di dalam You Tube rakaman tersebut.

Akhir program, dapat berkomunikasi dengan orang yang saya tak kenali pada mulanya, (rupanya dato’ datin serta CEO pelbagai persatuan). Patutla muka bos (berbaju merah) macam pernah nampak, rupanya, banyak jasanya dalam menyuarakan aduan orang ramai ke pihak atasan. Sememangnya pengguna Muslim ada hak dan adil yang mesti dituntut.
Pertemuan dengan orang atasan dan bawahan menemukan keakraban yang unik, kita saling melengkapi.

Jemputan pihak PPIM kepada semua pengguna Malaysia agar dapat menyertai forum yang telah dianjurkan. Kehadiran anda amat dialu-alukan.
Forum Pengguna Islam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sempena HALFEST 12-16 /10/2011 di PWTC bertempat di DEWAN KELANTAN, PWTC. Semua di jemput hadir, masok percuma....mari kita sama2 berusaha membantu mencari penyelesaian permasalahan yang di hadapi oleh Pengguna Islam khususnya....
Sebarang masalah berkaitan prgram ini boleh hubungi sekretariat di nombor 0193591000/019913...0000.....

Tarikh: 15 / 10 / 2011

1) Tajuk : " PERBANKAN ISLAM SATU PENINDASAN???
masa : 9am

2 ) Tajuk : " BAITULMAL TIDAK MEMBANTU @ TIDAK MEMPERKASAKAN MASYARAKAT ISLAM???
masa : 2pm

Tarikh : 16 / 10 /2011

1) Tajuk : " PENGUSAHA ISLAM & SIJIL HALAL SEKADAR DI PINGGIRAN???
masa : 9am

2) Tajuk : " SYARIKAT TELCO UNTUNG BERGANDA??? PENGGUNA PULA YANG MERANA...
masa : 2pm

……

Jam 6, kami menghabiskan baki-baki pameran yang belum dikunjungi. 6.30ptg pelbagai tawaran sebelum pulang diambil sebaiknya. Halagel terutamanya. Jangan lepaskan peluang untuk ke sana. 
Di samping mengambil kad bisnes mereka, ia juga merupakan satu suntikan untuk saya turut turun menyertai bidang keusahawanan.
(nantikan dengan izin-NYA).





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...