AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Wednesday, April 20, 2011

PENA 67: Foto berbicara,....

Bulan tak kelihatan di gambar

Sebelum ke Sungai Pisang

Abang Blues...ada

Senja 1


Senja 2

Jambatan belum dapat kelulusan...

On the way Telok Sengat

Burung Berterbangan

Senja 3

Senja 4_ ada Model Senja

Senja 5

Senja 6

Senja 7..Terbaik ! ! !

Senja 8 hampir laut

Senja 9_abang jurufoto

Senja 10_senja sakinah

Mari bergandingan tangan...tangan2 penggoncang dunia!





putih itu tandanya ada jet..

oit...jangan biarkan kereta ke laut..



jambatan dari pandangan malam

bulan purnama


selepasa short sem ke-2


hidup yang penuh pelajaran

PENA 66: Pengisian Masa…

Akhir Semester, sebelum sampai ke 15hb April dan 16hb April, saya dan kak Yan sibuk menyiapkan assignment ke-2 (Tadribat thani Takhrij Hadis). 

Tak siap sebab apa?

Sebab menangguh?
Em tak..

Sebab malasS?
Tak jugak

Sebab…tak tau nak wat?
Mungkin jugak. Tapi, lebih tepat kepada, kami asyik tukar hadis je. Ditambah lagi dengan sanad yang banyak dari sumber kutub sittah.
Em, yela, kami belum sampai ke tahap pakar. Hmm..pengalaman beberapa bulan dalam mempelajari takhrij ni memang mencabar. Sebab belajar cara lama. Bak kata Ustaz, mungkin generasi akan datang dah tak tau cam na nak wat dan guna kitab-kitab lama ni, yelah, gunakan perisian komputer yang semakin lama semakin lengkap dan sentiasa mengalami perubahan.

Setuju ngan pandangan tu. Yelah, kami belajar ni pun sebab ustaz ajar. Kalau tak, tak tau jugak ni. Dan…ini jugak sebagai ‘obor semangat’ nak meneruskan tadribat ini. Kami berazam, walaupun dah habis semester, kami nak jugak wat latihan seterusnya agar ilmu ni tak hilang. Macam orang belajar math. Kena selalu wat latihan kan…Amin, semoga dimudahkan jalannya.


Monday, April 11, 2011

PENA 65: Satu

Salam


Pagi-pagi ni, tiba-tiba teringat kisah pertama kali masuk UIA.
Jadi, terimbaslah segala memori yang boleh membawa aku ke sini...BUMI INI (TAMAN ILMU DAN BUDI)
Minda separa sedar yang sangat membantu...yeke...huhu..


1] Semasa program Kepimpinan Pelajar PIJ di Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor. Wakil-wakil pelajar setiap sekolah menengah Agama di Johor dimotivasikan. aku sorang ja wakil SMAAKT. Erm, macam tak puas hati gak sebab takde geng. Dari dulu, pi mana sorang-sorang je. Ustaz kata, memang orang sana nak sorang wakil je. Takpelah. Kisahnya....
Slot membayangkan 'Bagaimana anda 10 tahun selepas ini' ...

-Bayangkan anda TELAH MENDAPAT KEJAYAAN CEMERLANG 11A1 DALAM SPM...Suasana kegembiraan, air mata kesyukuran, anda mendakap mak dan ayah...
-Bayangkan anda sedang dalam orientasi (suaikenal) Pelajar Baru Universiti yang anda idamkan. Bayangkan, mak ayah ada, bawak bekal dari  kampung, makan sama-sama, angkat segala beg besar-besar....
*time ni, aku tak tau nak bayangkan apa. Sebab memang tak pernah gi U mane-mane. ..so, teringat pernah ter Tengok gmabar UIA kat majalah FOKUS SPM. Gambar tu je la yang aku terbayang...tak tau pun suasana sana camna.. Apa pun, masa tu memang tekad, walaupun UIA nak kelayakan BI yang bagus, aku peduli apa..."UIA, KO TUNGGU AKU JEJAK SANA" "AKU DAH DAPAT KECEMERLANGAN DARI UIA>>>"
bayangkan sejelas-jelasnya...memang semua pelajar mengalirkan airmata....Subhanallah...kami semua dinasihati agar membayangkan perkara2 tersebut setiap kali lepas solat......

nak tau kisah realitinya sambung nt...insyaAllah..

2] Masa ngah tunggu result STAM.....tak henti2 doa dapat keputusan yang terbaik.
Sebenarnya, tak tau nak mohon U mana.
Internet pun aku tak tau sangatnak guna cam na. Yelah, skang kan zaman dah canggih, nak mohon UPU pun Online.
Masa ni, rasa terkebelakang giler...rasa aku ni ketinggalan zaman...but...
'bisikkan ke dalam diri, " TAKPE, AKU BOLEH EXPLORE BENDA-BENDA NI TAK LAME LAGI"...

Dalam permohonan tu, ada mintak emel..
time ni la baru nak belajar wat YAHOO MAIL....
aku mintak tolong TAUFIQ ajarkan...
masa tu, aku, Alia ngan Aisyah Fathiah pi Cyber Cafe dekat ngan Sekolah Arab Kota.
Masa tu, Nisa' Jalil ada sekali kot...kitorang sama-sama mohon PTPTN...masing2 bukanlah dari keluarga yang 'manyak2 duit'. sebagai persediaan untuk masuk U...nanti dapat duit pendahuluan PTPTN RM1500....

3] Siapa yang mohon UPU?

Nama pemohon: Khairunnisa'
Yang buatkan : Arniza. akak aku.. Umah dia ada internet . Umah kat Air Tawar 2. Uma aku takde tenet. Lau da pun kat CC la...tu pun, memang aku " BUTA IT" time tu. so, segalanya, aku serahkan kat akak suh isi la mane2 U...kos pun sama.. Yang penting...1st and 2nd mohon kan EDUcation...
1st EDU..UTM
2nd EDU...UKM
3rd...Syariah UM
4th ..Usuluddin UKM
5th ...Syariah UKM
6thUsuluddin UM
7th...BARB UIAM
8th....USUluddin UIAM

perkh...aku dapat tau, akak  mohonkan UIA pada no ke-7 dan 8...macam nak pengsan aku...

Kak, pesal ko mohonkan Uia...konfim2 ar aku tak dapat... dah la BI aku terer sangat..nanti, cmane aku nak cakap ngan kawan2 dak Luar...perkh...
(manyak cekadak plak aku ek time ni...huhu)

Alah, boleh punya, aku tau adik aku pandai...

Eleh, ko....aritu trial STaM pun ada sangkut weii.....Rasib wei...cam nak mati..nak nangis ar camni

ok. kite tunggu je keputusannya...

Ko tengok ar, dia nye kelayakan masuk..nak MUMTAZ....Muet kurang2 BAnd 2.....perkh....mumtaz, tu yang aku takut...

Ala...ko doa la wei..kan pekse dah wat betul2 kan...insyaAllah..ada rezeki...

kenapa ko tak mohonkan UM je..aku takut Ar....UM Bahasa Melayu, senang sikit
(perkh,,"minah ni ' (aku) banyak songel tol...orang dah wat kan tu..terima kasih je ar..huh..dapat la 'padan muka' aku...)

erm...tak boleh semua mohon UM n UKM...sebab kan ko nak Syariah ngan Usuluddin..jadi, akak wat kan U yang ada ar...
takpe ar kak, Tawakkal je...Doakan yang terbaik je...
----------------------------------------

Aku ngan Alia masa tu singgah umah kak Ijah, pas beli no Pin U kat Bank BSN...naik bas merah MaraLiner berhenti2 ..pastu turun ar kat AT2...tak terbayang masa tu macam mana kehidupan U...

4) Masa Bulan April...8 april 2008 kot...aku pi temuduga DQ...dapat surat 6 ke 7hb....
memang mohon pun..angan2 masa kat SMAAKT tu...mana tau rezeki dan keluarga ubah fikiran izinkan pi sana...
ngat nak amik diploma DQ...3tahun..cam lama gak..takpe..kalau tu yg terbaik insyaAllah..ada jalannya...

masa temuduga tu..datang lambat wei...bayangkan ar...
adik-beradik yang kat uma ada sape je mase tu, tak boleh nak hantar ke sana...
tu pun, aku memang bertekad gile nak pi temuduga lepas aku gitau kat mak n abang akak....

lambat sebab apa??
sebab temuduga kat JB...aku duk Semenchu. semenchu ke KOTA 1/2 jam..kota ke JB...1/2 atau 1jam.[kalau jem ar..]
Plak tu, hari temuduga masa hari Hol Sultan Johor kot...sesak ar jalan...
Tekad demi tekad kubawa..accehhh!!
temuduga stat kul 9pg cmtu...
aku pi....ke pejabat Masjid Sultan Abu Bakar...entah kul bape sampai...
seb bek dah biasa ngan Masjid Abu Bakar sebab kitorang dak Maahad Johor tarawih kat sana...
ada la segelintir dak laki yang aku kenal.Sebab dak sekolah aku. dak pempuan semua aku tak kenal...mungkin diorang Dak Maahad Pontian kot...kot..
Time tu, aku dah tau aku dah lewat...sebab..tengok...dak2 ni kat luar semua ngah mengapal...aku terus masuk bilik ustaz penemuduga...
gitau:
mintak maaf lambat..jalan jem..saya dari kota tinggi..semua semua semua...
ustaz ok je..dia terus suh aku isi ujian bertulis...ada tajwid..hukum and fardu ain sikit...cepat2 siapkan kat level atas tempat solat wanita...turun balik, dapat muka surat mana nak kena hafal 20-30 minit.....

ayat nya mudah Alhamdulilllah..hampir sama...
hafal Quran atau Berzanji bagi wanita...
dak laki Quran je....

Entah, aku rasa aku yang banyak soal kat Ustaz tu...
macam dapat..
pastu, aku tanya, 
ustaz, kalau la kan..kalau la...mana tau tiba-tiba saya tak dapat gi DQ lepas dah dapat tawaran kan. pastu, kena tulis surat ke camne????
tak perlu, pulangkan kertas2 agreement je..
owh, ok ustaz.

sambil2 tu, ustaz tu tnya ar jauh mana aku duduk...aku cite la tu ini....

dipendekkan cerita..sebelum dapat keputusan tu... 3hari sebelum tu istikharah mana yang terbaik....U ke DQ...entah..mimpinya.....memaknakan 'dapat kertas kuning dari sorang brother bekas pelajar DQ..(abang kawan aku)...' yg diberi maksud....tawaran bakal diterima..
Alhamdulillah dapat..senyum memnajang. tapi, runsing plak..sebahagian kata setuju..sebahagian kata tak...yelah, keluarga pendorong utama kan...
so, istikharah untuk pi ke tak pulak....aku da bayangkan hari orientasi kat DQ camne dan sebagainya...

mimpinya..kawan aku bermasam muka kat tangga....dia tengok je dari jauh...
ni, kompius nak maknakan apa....

tapi, aku tanya kat mak : Tunggu je la U...
mak rasa, Icak dapat ke masuk U????

alamak....nanti ar sambung eh....Dua

Friday, April 8, 2011

PENA 64 : Memohon Munajat



Seruan menuju Illahi bergema di subuh hari. Ramai tidak insan yang sudah bangkit menyiapkan diri mahu berjumpa Cinta Hati?

_______-(lirik lagu terima kasih Tuhan)_______________
Album : Terimakasih Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan

Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terima kasih wahai Tuhanku

Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan

Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rahmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

    Lagu di atas ada sejarah dan makna yang besar kepada kehidupan hujansakinah. Bermula dengan lagu ini, mulalah kehidupan baru bagi orang yang memahami. Daripada sekeras batu maka bertukar menjadi selembut air.Mudah-Mudahan berterusan.

    Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan sekolah akan membuat aktiviti motivasi dan kepimpinan pelajar kepada pelajar-pelajarnya demi menyedarkan jiwa-jiwa remaja akan hakikat tanggungjawab dan amanah belajar yang dipikul. Dan setiap kali sampai kepada tahun kami (batch’89), kami merasakan mesti ada berlaku sesuatu yang pelik. Tahun sebelum kami tak pernah buat, maka tahun kami permulaan buat. Bukan tak pernah buat motivasi, tapi, motivasi dibuat di kawasan sekolah. Ramai pelajar yang seolah tak berpuas hati, dipersoal kenapa tak buat kem di luar? Jawapan ustaz yang mengumumkan program
'tahun ini kita buat kelainan sedikit'. 
-ustaz, nape time kitorang mesti tak best?
'insyaAllah best, dari consultant yang baik ni. program pun nama 'anak soleh' , biar awak semua ni jadi anak soleh.'

    Pada tahun 2003, kami yang majoritinya berumur 14 tahun ketika itu akan mengambil peperiksaan besar pelajaran Arab (SMRA-Sijil Menengah Rendah Agama), ada juga umur yang 13, 15 dan 16 tahun, sama ada mereka lompat darjah 5 atau terlewat masuk sekolah arab Kota Tinggi. Pun begitu, tak banyak beza antara kami, kami tak de lah membezakan umur sangat pun. Pelbagai pelajar maka latarbelakang kehidupan pun berbeza.

    Sampailah waktu yang dijanjikan pihak sekolah, kami berkampung di sekolah selama 3 hari 2 malam. pelajar luar (ulang-alik) termasuklah saya, turut berkampung di asrama sekolah. Asrama dikosongkan berikutan cuti bulanan bagi pelajar. Maka, bersedihlah pelajar asrama yang setingkatan dengan kami, juga pelajar SMA (tingkatan 4). Motivasi tersebut dibuat khas untuk pelajar Tingkatan 2 dan 4 di kawasan sekolah SMAAKT.

    Maka, bermulalah episod, kami berkumpul di dewan atas ( yang asalnya kelas, dibuka semua pintu kayu untuk dijadikan dewan)....pertama persembahan dari pihak 'kumpulan anak soleh' adalah persembahan lagu 'Terima kasih Tuhan' . Semua pelajar lelaki yang menyanyikan lagu tunduk menghadap lantai. Dalam hati saya 'kenapa diorang ni nyanyi tak ngadap kitorang pon...? malu kot..' . Tak lama, setelah lagu bermula, seperti ada sesuatu yang menusuk ke kalbu. Ya Allah, mereka bukan sekadar menyanyi biasa-biasa...mereka menyampaikan dari hati mereka. Terlihat titis-titis air mata mereka mengalir...Mereka lebih kurang seusia kami, tapi, hati mereka benar-benar lembut dengan Tuhan Pencipta kita semua. Allah Allah Allah....Ya Allah berikan kepada kami hati seperti mereka. Di waktu tu, saya tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh ke peringkat begini, sedangkan kami tak sedar-sedar diri??

   Kami sebagai peserta dibahagi-bahagikan kumpulan mengikut nama yang telah disenaraikan. owch...saya dapat fasilitator bernama...jeng jeng jeng...'Khairunnisa' ' dan kak....(dah tak ingat namanya....) dalam kumpulan saya tika tu, ada Nadhirah, Alia, Nisa' Jalil..Nadwa, Balqis...erm ada lagi yang saya tak ingat. kumpulan2 ini akan bergerak bersama-sama dalam acara yang dah ditetapkan. Acara pertama, 'Makan dalam dulang' . Ia bertujuan, mengikut sunnah nabi (makan berjmaaah), merapat ukhuwah, elakkan pembaziran dan taaruf sesama peserta dan fasi. Tanya punya tanya, rupanya nama akak tu pun Binti Mohd Shah. Sama la ngan saya. Kali pertama dalam hidup, jumpa nama sama berbintikan yang sama. hehe. Sambil makan, ada lagu-lagu mawaddah yang dibuka melalui cakera padat dan ditayangkan kepada kami. Muslimat makan di mata'm (dewan makan asrama), muslimin makan di kantin sekolah. Kalau tak silapnya, begitulah.

   Acara seterusnya sehinggalah ke kemuncak malam, kami ditugaskan membuat persembahan 'Terima Kasih Tuhan' bagi setiap kumpulan. Kami diketuai 'nadhirah'. saya tak tahu kenapa muka masing-masing macam tak de mood gitu. Kalau saya sendiri, sebab dah mengantuk. Kat mana-mana je saya boleh mengantuk kalau dah sampai waktu tidur.

   Setiap kali sebelum solat, kami dikumpulkan beramai-ramai di dalam surau agar dapat betul-betul bersedia menghadap Illahi. erm...berapa lama kita boleh bersedia sebegitu rupa? Tujuannya adalah, agar kita dapat sucikan hati dengan istighfar dan lupakan hal-hal duniawi...dapat betul-betul khusyuk di hadapan  Allah. Allah....motivasi ini lebih besar kesannya daripada motivasi biasa yang kadangkala hanya mementingkan konsep kecergasan fizikal dengan aktiviti-aktiviti lasak masuk keluar hutan dan sebagainya.

    Tiga aktviti yang sangat mengingatkan saya dan yang lainnya seolah saya tak berapa nak ingat.

     Sebelum kakak2 fasi tu balik, saya ada mintak biodata diri kak Nisa', tapi, saya dah tak jumpa dah sekarang, mana kertas tu. Sebab pernah sekali saya hantar surat kat dia, tapi tak berbalas, mungkin dia dah pindah rumah kott.....mungkin. Andai dipanjangkan umur, moga dalam bertemu dalam hari yang penuh barakah. insyaAllah.

      Tamat program setelah beberapa hari, saya buat survey kepada kawan-kawan...survey mulut ja...soalan: apa pendapat anda tentang program motivasi yang lalu? (huhu, takdelah saya tanya dengan se'skema' begini..tanya la ngan ayat bual biasa...)

jawapan kebanyakan : tak best. jawapan minimum: ok, best, bagus buat semua, biar sedar sikit.

mungkin jawapan kebanyakan dibuat kerana: tak seperti kem lain, jiwa yang masih nakkan hiburan semata, nampak cam boring je program (mungkin nak wat kem kesedaran begini, kena lebih aktif dan banyak bergerak kot...)...dan apa lagi agaknya...

jawapan minumum dibuat : kematangan dan kesedaran setelah berprogram...pentingnya didikan hati..

    Bukannya nak kata orang yang kata tak best tu tak bagus...cuma mugkin cara pendekatan yang digunakan perlulah berbeza mengikut individu. Perlulah faham bila pelajar2 ni dari latarbelakang berbeza...

    Setelah beberapa tahun..saya telah tamat STAM...dan ada baki-baki bulan sementara menunggu keputusan dan memohon UPU. Pernah saya mendengar cerita dari abang. Anak saudara sahabatnya dihantar ke sekolah (macam kelab anak soleh tu), mereka semua diajar hidup berdikari seperti berniaga, memasak,menjahit, bernasyid...dan kebanyakannya berdasarkan bakat-bakat anak tersebut. Erm, bestnya...saya nak jugak gitu. Abang cerita lagi, diorang kalau lepas buat persembahan nasyid, diorang dididik agar jangan riak , jangan bogkak dengan suara kurniaan Illahi, jadi mereka akan disuruh pergi mencuci tandas-tandas, mengelap lantai...dan buat kerja-kerja amal. Cuba bayangkan , kalau semua artis Malaysia ni kena buat gitu, mungkin akan berkuranglah sedikit kontroversi dan hampirlah lagu-lagu mereka kepada Tuhan. Subhanallah... bagusnya hati mereka yang dididik, kerana dari hati melahirkan perbuatan.

   Pernah jugak saya berhasrat tak mau sambung belajar kat U, nak sambung kat sana je...tak pun pi sekolah-sekolah pondok...Tapi, takdir Allah lebih mengatasi. Takde masalah nak belajar sana, waktu cuti boleh je join sekolah pondok kan...


Hujansakinah: salah satu cara mengurangkan gementar peperiksaan adalah dengan menulis dan berkongsi cerita. Petang ni jam 3, saya periksa di CAC. doakan kemudahan dan kelancaran semua.

  






  

Thursday, April 7, 2011

PENA 63: kembali semula



Pena ini menari dengan lancarnya, diiringi riang kicau zikir alunan burung di pepohonan sana, seni zikir tarbiah 'cinta agung' turut menyedarkan, diri yang kian hanyut dalam dunia antara realiti dan fantasi. bangkitlah! ! !

Janganlah cintaku tak dibalas ya Allah. Secebis cinta-Mu amat mengindahkan kehidupan kami. Pimpin kami Robb.

Siapa kata seseorang itu berani jika tidak ia hanyalah bantuan dari Tuhannya??? Anda melihat kegagahannya, keberaniannya, kecekalannya menempuh segala, tetapi anda tidak tahu betapa gundah-gelana hatinya, bercampur-baur musykilnya, berdegup kencang kerisauan di hatinya di dalam menghadapi kehidupan di mata dunia. Dilihatnya tenang, dilihatnya mudah...semua atas bantuan Allah.

tersesat di jalan, Allah hendak beri peringatan agar serahkan sebulat-bulatnya kepada Allah. Biarlah penyerahan yang dibuat itu benar-benar asli.

seorang diri dalam menuju-Nya, Allah hendak kuatkan hati, Allah lah sebaik-baik teman. Di waktu susah dan senang.

Suka atas berita gembira, ada juga peringatan Tuhan, setiap kegembiraan pasti akan diselangi kesedihan
begitu juga kesedihan yang menjengah, setiap kesedihan pasti akan disusuli kegembiraan
maka berpada-padalah pada perasaan


Ketika seorang muslim baru menguatkan diri di tapak yang kukuh, Hatinya terus diuji rupanya, Sehingga dia merasa putus asa, Dia cuba koreksi diri, di mana silapnya, mungkin atas silapnya dia merasa semua itu atas usahanya, dia lupa semua itu atas bantuan yang Esa, itu tanda Allah mahukan cepat-cepat dekat kepadanya. Baguslah, masih mendapat peringatan dari-Nya, bagaimana jika terus-terusan dibiarkan, mungkin rasa bongkak riak ujub akan sedikit demi sedikit menjalari, tak lama akan menguasai diri .

terfikir selalu, jika jadi seekor burung, pagi petang riang berterbangan...tak memikir masalah kehidupan ... benarkah? nak tanya kat siapa melainkan seseorang pernah menjadi seekor burung.

itu semua sekadar persoalan kehidupan...

Wednesday, April 6, 2011

PENA 62: Ilham di sepanjang jalan

Lembu meragut rerumput di padang hijau
burung-burung putih berterbangan riang
aku yang masih dalam musafirah panjang
kaki meninggalkan kampung halaman

Wanita yang diuji mohon dikuatkan
Kadang setelah istiqamah berdampingan
ujian bulanan menjengah
menantikan sanggupkah kita terus bertahan

Memang mudah seorang wanita masuk ke syurga
Mudah juga ke neraka sana
Kami amat memerlukan pemimpin sejati
pemimpin jiwa dan diri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...