AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Wednesday, December 19, 2012

PENA 93 : link mp3 dan download terus ceramah, motivasi, serta nasihat oleh personaliti tanah air

link  untuk anda like di facebook "majlisilmu.com" , di sini banyak link yang telah diberikan untuk mudah mengethaui update ceramah di ikim.fm

link ustazah Hafizah Musa , Prof.Dr.Muhaya, dan asatizah yang lain ada di www.majlisilmu.com

Monday, October 8, 2012

PENA 92:Terima kasih

Tahun 2008 mencatatkan sejarah bagi majlis konvokesyen STAM 2007. Pada hari tersebut, abah beria-ia nak bergambar di atas pentas walaupun waktu tu kaki abah sakit dan berjalan perlahan-lahan. Saya takut abah tak larat untuk naik tangga pentas. Tapi,waktu tu abah mendesak untuk bergambar dan menanti giliran di bawah. Cepat-cepat saya dan mak bersiap untuk turut sama bergambar. Abang melihat kami dari jauh. Rupanya waktu itu waktu terakhir bergambar dalam majlis konvo bersama abah dan pada tahun 2012 ini , hanya bergambar bersama emak tercinta di samping adik dan keluarga abang yang turut hadir.

Terima kasih buat emak yang mendorong perjalanan ini dengan suntikan kata-kata hikmah dan mengajar erti penyerahan diri kepada Allah dalam setiap perkara.

Terima kasih kepada para pensyarah yang dihormati atas didikan dan menjadi ikon kepada diri ini.
Terima kasih buat para guru.

Terima kasih buat keluarga yang turut menyumbang tenaga dan kewangan buat perjalanan menuntut ilmu di muka bumi ini.

Terima kasih buat teman-teman yang sering berkongsi masa dan bicara ilmiah. moga budaya menuntut ilmu sentiasa subur.

Buat yang jauh tetapi sering menitipkan doa juga kuhulur salam sejahtera dan moga Allah memudahkan jalan menuju taqwa di sisi Allah.

Moga kita semua dimudahkan jalan ke syurga Ilahi atas asbab menuntut ilmunya dan kerendahan diri dalam menuntut ilmu.

Thursday, August 2, 2012

PENA 91 : Pengalaman baru



Segalanya atas ketentuan Allah

Aku di sini kerana-Nya
Aku di sini kerana Dia yang menetapkannya
Aku tak terfikir akan ke sini
dengan secepat masa dan tanpa ruang untuk membuang masa...

Cemerlang!

Terima kasih Allah...


Rupanya...
banyak lagi yang tersimpan di hati
Rupanya
guruku terus menjadi guruku
sampai bila pun
mereka tetap kuhormati
mereka tetap kusayangi
kudoakan
moga mereka dirahmati-Nya

Tuhan
tunjukkalah kebenaran di sini
tunjukkanlah kebenaran di daerah ini
tunjukkanlah kebenaran di negeri ini
di tanah air ini
di muka bumi ini
tabahkanlah hati mereka yang menegakkan kebenaran
bantulah mereka ya Allah

2 Ogos 2012, 10. 23am

Sunday, June 10, 2012

PENA 90 : Misi dakwah dan khidmat masyarakat (Keningau Sabah)

(untuk makluman, ini adalah post tertangguh..hihi..)


Bismillahirrahmanirrahim

Setelah beberapa lama meninggalkan dunia menulis blog, (tetap menulis di laptop sendiri) tersimpan begitu sahaja kerana tiba-tiba sahaja organisasi blog ini berubah.

Ada kawan yang meminta disemak blog nya pun belum sempat dibelek. (walaupun saya bukan pakar blogger macam orang lain dan macam anda yg membaca ni..hihi, sy sekadar tahu menulis dan post je..), memandangkan baru sahaja tamat peperiksaan semester 2, 2011/2012. Alhamdulillah binikmatihi tatimmussolihaat...Segala puji bagi Allah yang menyempurnakannya dengan penuh kebaikan .

Sebenarnya , lebih kurang dua minggu sebelum peperiksaan, saya dan rakan-rakan yang terlibat dengan
'Misi Dakwah dan Khidmat Masyarakat di Sabah' telah sibuk mencari dana dan sumbangan daripada individu , agensi, persatuan dan juga NGO yang berkaitan . Program ini dianjurkan oleh bekas pimpinan IRKHS'S dan exco terkini . Saya sendiri menyelit-nyelitkan nama ke program ini, untuk menimba pengalaman dakwah di Sabah. Sebelum ini, pernah juga saya menyertai Baktisiswa di Selangor, tetapi pendekatannya ada sedikit perbezaan . Baktisiswa kebiasaannya lebih kepada aktiviti pelajar dan banyak disertai pelajar itu sendiri (kita datang kg orang, kita yg join program). Misi dakwah pula, dianjurkan pelajar untuk masyarakat menyertai sama (lebih kepada kita yang memberikan khidmat kepada mereka). Ya, ini peluang untuk melangkah setapak bersama masyarakat.(ceh! cakap cam orang yang 'turun padang' plak). Ini berdasarkan kefahaman saya di dalam menilai perbezaan matlamat dua program ini.  Inilah masanya untuk siswa-siswi mengaplikasi ilmu wahyu dan kesenian Islam ke dalam aktiviti dakwah sesuai metode mengikut peringkat umur. Rabbi Yassir Lana .

Mohon doa kalian mengiringi perjalanan kami agar diluruskan niat di hati hanya kerana Ilahi segalanya bergerak dengan baik sekali.

Terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan moral dan sokongan kewangan . Tahniah! kerana kalian telah melihat hakikat kehidupan. Sumbangan kecil manapun kami tetap menghargai malah Allah melihat tiap embun ikhlas yang mengalir dari hati kalian di dalam menyumbang tenaga dan wang, bukan sahaja dalam program dakwah ini, malah program yang lain juga yang membantu menegakkan kalimah Allah dan kebenaran .

Semoga Allah merahmati perjalanan sebelum, semasa dan selepas dakwah ini. Kami amat berharap program sebegini dapat diteruskan oleh generasi seterusnya.

3.15pm , Ahad, 10 Jun 2012.

[laptop saya dah nak dihantar ke Melaka, pulanglah barang menyusul Tuannya kemudian]
Cabaran -cabaran yang dihadapi :

1) Program ini tiada dana diperuntukkan. Jadi 28 orang peserta perlu mencari RM400 untuk mencukupkan estimated budget RM14,000. sekurang-kurangnya...dapat lebih lagi bagus. memandangkan, kami juga adalah berstatus seorang 'PELAJAR', jadi kami berjalan satu-persatu lorong untuk mencari dana...Saya sendiri menggunakan cara atas talian (online) melalui Fb dan emel, sistem pesanan ringkas (sms), telefon, bertemu sendiri individu tertentu terutamnya para pensyarah di dept. Quran Sunnah (krn rakan lain mencari di dept Fiqh dan Usuludin), begitu juga bertemu ahli keluarga beritahu secara tidak langsung, dan mengutip dana di restoran yang dikunjungi di Simpang Renggam.

Tak Mudah dan Tak Susah untuk mencari dana di musim peperiksaan...Kenapa?
Bila kita yakin, siapa yang NAK bantu Agama Allah, pasti Allah BANTU !
dalam saya sibuk menguruskan hal study dan revision period , sambil on9 Fb saya juga turut menghantar emel kepada ustaz-ustazah , rakan-rakan, ahli keluarga, dan lain-lain sebarang kertas kerja berkaitan tanda bukti dan perjalanan program yg kami rancang.
Prof DrYusuf Qaradhawi pernah menulis di dalam buku "Aku dan Ikhwan Muslimin"-

" KEINGINANKU TIDAK HANYA SEKADAR MENYELESAIKAN PENGAJIANKU,
TETAPI
AKU MENGINGINKAN SESUATU YANG LEBIH LUAS DAN DALAM DARIPADA SEKADAR MENCARI KEUNTUNGAN PERIBADI 
DAN MASA DEPAN DIRI SENDIRI. "


Inilah salah satu hikmah yang membangkitkan semangat untuk terus mencari-cari dana yang diperlukan. Bila tiba waktu hujan dan istijab ad-dua', menyegerakan diri untuk doa ini...doa agar kemudahan akan pertolongan ke atas pejuang Islam...Pejuang Islam itu luas bunyinya...ya, seseiapa sahaja yang berusaha menegakkan kalimah Allah ! ! !

Seperti biasanya, Emak lah tempat yg saya nak cerita apa yang sedang lakukan, yang sedang risaukan, dan yang disibukkan.... begitu juga tentang pencarian dana ni . Mak kata : "kalau mak ada duit yg banyak, mak nak bagi kat program Sabah ni " . Saya terharu mendengarnya lalu terdiam . Allah, siapa yang lihat wajah Mak waktu tu, pasti meruntun jiwanya.

Begitu juga ustaz dan ustazah, mereka memang pemurah, senang menghulurkan bantuan , ada juga yang menitipkan nasihat yang pelbagai untuk misi ini .









Sunday, April 1, 2012

PENA 89 : terdetik untuk menulis

Bismillahirrahmanirrahim

Mohon sahabat-sahabat yang membaca coretan kali ini, dapat mendoakan seorang insan yang pernah saya kenali dan pernah saya mimpikannya sebelum ini....sebelum tragedi ini berlaku...

doanya :

"Ya Allah, ampunilah sahabatku ini,
mungkin di saat dia tersasar dia tidak tahu, atau dia terlupa, atau dia tertipu dengan tipuan syaitan...
Ya Allah, bantulah dia kembali ke jalanMu
pimpinlah dia, bakal suaminya, dan keluarganya ke jalanMu
Ya Allah, terimalah doa seorang hamba untuk seorang hamba
Apa dayaku untuk berusaha selain doa ini
kerana aku juga tidak tahu, ke mana arahnya pergi saat ini...."



Tahun yang lalu pernah saya didatangkan sebuah mimpi,
saya melihat berboyot perutnya, tanda dia mengandung, sedangkan saat itu, saya sudah lama tiada mendapat perkhabaran akan dirinya.
Walaubagaimanapun, di saat saya tersedar, saya hanya menafikan apa yang berlaku. Saya menyangka kemungkinan, ia sekadar mimpi kosong.

Pulang cuti yang lalu, setelah solat fardu , saya keletihan, lalu tidur sebentar demi mencari sebuah kerehatan, termimpi, saya membawa sebuah borang lalu bertemu ayah si kenalan, tapi, saya sukar untuk pulang ke rumah kerana seolah-olah ada seperkara yang belum diselesaikan . Saya diamkan sekali lagi apa yang berlaku.

Malam itu, saya dan kakak memasak di dapur. Tiba-tiba, entah bagaimana, kakak saya bercerita, " tahukah kau bahawa si fulanah itu dah bersalin? " - "bila dia berkahwin?"
"baru sahaja bertunang." ....lalu saya tersentak, saya cover je muka, rupanya mimpi yang lepas dan tadi ada kesinambungannya...

apa kah lagi seorang yang sudah dapat tahu cerita ini, melainkan ...mengajar diri untuk mendoakan .
terasa berdosa hamba , hamba tidak lah tahu akan cerita kehidupannya setelah alam persekolahan....

walaupun dahulunya, ada dua persitiwa di antara kami... semasa umur hamba enam tahun dan tujuh belas tahun .

di waktu itu , hamba tak tahu nak mengatakan apa kepada dirinya...

sehingga kini, hamba terdiam seribu malah berjuta bahasa .






di dalam sebuah kelas
TerasinG
5.03pm

Thursday, January 19, 2012

PENA 88 : Pelesit ???

Kisah tuan si pelesit yang cemburu yang tertanam di dalam diri tuannya , orang lain menjadi mangsa . Tidak mampu untuk membalas sendiri lain pula dihantar untuk membuat perhitungan .

Memang adat manusia hari ini suka membela syaitan sebagai perisai.
Sampai bilakah makhluk halus itu mampu patuh kepada tuannya?
Apa akan terjadi apabila tuan si pelesit sudah mula terpesong niat asalnya?

Biasanya pelesit dipelihara oleh wanita. Pada mulanya memelihara pelesit itu sekadar untuk pemanis kecantikan dan untuk menjaga keselamatan diri sendiri .


Rupa-rupanya, pelesit tak perlu diarah untuk mengganggu seseorang - apabila hati tuannya sakit hati, secara tak langsung pelesit belaan berkenaan itu mengganggu orang yang menyakitkan hati tuannya .

ia juga boleh menjelma menyerupai belalang, terutamanya belalang daun .

Ramai yang tidak sedar kehadiran pelesit ini di rumah terutamanya waktu senja kerana saiz belalang agak kecil untuk dilihat.
bagi memastikan ia pelesit yang menjelma menjadi belalang, ia akan mengeluarkan tik..tik..tik.. jika ada bunyi sedemikian, itu adalah pelesit.


Salah faham tentang pelesit

Ada pula yang beranggapan untuk memastikan sama ada pelesit jelmaan belalang atau tidak...ia perlu dipatahkan kepala belalang itu di hujung baju. Ini silap..
Sebenarnya, cukuplah dengan keyakinan membaca ayat-ayat Allah...ayat Kursiy, ayat surah-surah lain untuk menghalau pelesit tersebut .

Tanda-tanda anda diganggu pelesit?

Dua tanda :

1) Gigitan luar yang mengakibatkan lebam-lebam dan meninggalkan kesan 3 lubang akibat gigitan .

2) Meresap masuk ke dalam tubuh manusia dan menyebabkan seseorang itu akan meracau kerana rasukan pelesit yang menumpang tubuhnya.
Bagaimana cara untuk mengelak gangguan pelesit ?

Nabi S.A.W pernah menyuruh agar ibu bapa memastikan anak - anak mereka berada di dalam rumah ketika senja, malah makanan, haiwan peliharaan juga perlu ditutup dan dilindungi bila menjelang senja .


حدثنا مسدد ، حدثنا حمّاد بن زيد، عن كثير ، عن عطاء ، عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما رفعه ، قال : (( خمروا الآنية، وأوكوا الأسقية ، وأجيفوا الأبواب، واكتفوا صبيانكم عند العشاء ، فإن للجن انتشارا وخطفة، وأطفئوا المصابيح عند الرقاد، فإن الفويسقة ربما اجترّت الفتيلة فأحرقت أهل البيت ))
قال : ابن جريج وحبيب ، عن عطاء : ((فإن للشياطين ))

الحديث متفق عليه، أخرجه البخاري :3316


Begitu juga dengan tidur di waktu senja . Hari ini pantang larang begini tidak lagi diendahkan, semuanya main langgar sahaja sehingga tidak langsung menghiraukan waktu untuk tidur.
Syaitan cukup suka kepada mereka yang gemar tidur di waktu petang sehingga menjelang maghrib kerana waktu tersebut merupakan waktu paling mudah untuknya memasuki tubuh manusia .

Bacalah Basmalah dan menjadikan ia sentiasa meniti di bibir untuk mengelakkan gangguan pelesit . 


Nama Allah itu besar hikmahnya, bukan sahaja untuk mengingat dan bersyukur malah digunakan sebagai penghalang sihir walaupun pada zahirnya sifat kejadian jin dan syaitan sememangnya halus dan tiada berbentuk  sebagaimana kejadian api .

Begitu juga dengan aurat perlu ditutup dengan rapi semata-mata kerana Allah bagi mengelakkan makhlus halus tidak dapat masuk . Apabila aurat didedahkan ia akan mengundang syaitan dan jin jatuh cinta terhadap wanita itu.
Allah menyuruh setiap wanita menjaga aurat , bukan sahaja dengan bukan mahram malah dengan makhluk halus. (Memang manusia tak mampu melihat makhluk halus dengan mata kasar, tetapi ada caranya untuk menghalang pandangan syaitan daripada melihat aurat terutamanya ketika menyalin pakaian dan ketika masuk ke tandas .
Penglihatan makhluk ini akan terhalang sekiranya manusia membaca doa masuk tandas dan paling tidak sekalipun dengan ungkapan 'Bismillah', mampu melindungi aurat manusia .





Amalkan bacaan ayat Kursiy setiap kali selepas solat dan diikuti dengan Tiga Qul..

bagi wanita yang datang bulan, mereka paling senang didampingi makhluk halus kerana berada dalam keadaan tidak suci dan selalunya tidak dalam perlindungan.

Oleh itu, bacalah basmalah sebanyak 21 kali dengan niat berzikir di samping zikir-zikir yang lain.


Dengan izin Allah jua segala manfaat dan mudharat :

tanda-tanda secara teori -
1) air liur pelesit boleh mendatangkan bisa terhadap badana secara tidak langsung mengganggu kesihatan manusia.
2) Lebam yang ditinggalkan
3) tanda-tanda lain :)
-rambut terlalu banyak yang gugur.
-hilang selera makan menyebabkan badan menjadi kurus mendadak
-mudah jadi pelupa
-hilang seri muka..

Namun berdasarkan firman ALLAH ,

" padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka..."  (surah al-baqarah : 102.)





Sumber asal : Majalah Al-Islam, Sudut : Umum (Cemburu si PELESIT) oleh: Nur Hasyimah Othaman

Sunday, January 15, 2012

PENA 87 : Akhlak Nabi SAW

سبحان الله...

menarik video ni...




Kita Rindukan Rasulullah saw, kita ikut sifat baginda..

PENA 86 ; Hukum memakai kanta berwarna untuk perhiasan dan fesyen


Salam.
Tadi semasa sesi membaca buku-buku bersama buku baru hasil belian baucer RM200 semalam...buku fiqh mara'h..satu bahagian yang menarik perhatian adalah bab ini.


Gambar di bawah menunjukkan salah satu kedai buku yang kami kunjungi di Alhidayah book store..area jalan nk ke international islamic college (IIC) dari shell Batu Caves.boleh google untuk lebih lanjut. Juga dapat 10% disakaun kalau guna baucer RM200...Promosi ini di atas permintaan tuan kedai dan kakitangan syarikat berkenaan. :) Jadi, saya siarkan di sini. 



Ok, berkaitan tajuk utama mengenai konteklens :





      Syeikh Shaleh bin Fauzan pernah ditanya tentang hukum memakai konteklens yg berwarna dgn alasan untuk perhiasan dan mengikuti bentuk , mengingat harganya sangat mahal?

    Syeikh menjawab : Memakai konteklens utk tujuan keperluan , tidak ada masalah padanya. Jika dilakukan tanpa ada keperluan, maka MENINGGALKANNYA TENTU LEBIH BAIK, terutama apabila harganya sangat mahal, kerana dianggap perbuatan berlebih-lebihan yang diaharamkan.

Ditambah lagi adanya unsur pengelabuan dan penipuan, kerana memperlihatkan mata yang buka sebenarnya.
Syeikh Ibnu Uthaimin mengatakan: “ Untuk konteklens maka dimestikan supaya berbincang dengan doktor, apakah akan berpengaruh buruk pada mata atau tidak ? Jika berpengaruh buruk, maka dilarang penggunaannya menimbang bahaya yg akan menimpa mata dan setiap bahaya yang menimpa tubuh, maka mesti dilarang berdasarkan firman Allah s.w.t. :

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيماً{29}
29. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. 

(surah an-Nisa’ :29)


Adapun jika kalangan doktor menetapkan bahawa tidak ada pengaruh buruk terhadap mata dan tidak membahayakannya , mak mesti melihat sekali lagi apakah lensa ini menjadikan mata wanita seperti mata haiwan? Yakni seperti mata kibasy atau kelinci (arnab). Maka hal ini tidak boleh, kerana termasuk perbuatan menyerupai haiwan, padahal menyerupai haiwan tidak ada kecuali dalam hal celaan, sebagaimana terdapat pada firman Allah swt :

واتْلُ عَليهِم نَبَأَ الذي آَتيناهُ آياتِنا فانسلخَ مِنْها فأتبعَه الشَّيطان فكانَ مِنْ الغَاوين
ولَوْ شِئنَا لرَفَعْناه بِها ولكنّه أخْلَدَ إلَى الأرضِ واتّبع هَوَاهُ فَمَثَلُه كمَثَلِ الكَلب إن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ

175. dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.
176. dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (surah al-a'raf :175-176 )

Sesuai dengan sabda Nabi saw :
“Tidak ada bagi kita contoh yang buruk bahawa orang yang menarik semula pemberiannya seperti anjing kembali menjilat muntahnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Orang yang bercakap pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah adalah seperti keldai membawa buku-buku.” (Riwayat Ahmad)

Maka, jika konteklens tersebut menjadikan mata seperti mata binatang , tentu sahaja memakainya adalah haram. Tetapi jika tidak membawa perubahan pada mata, tetapi hanya , mengubah warnanya dari hitam misalnya kepada agak hitam dan sebagainya, maka tidak ada masalah dan hal ini bukan termasuk perbuatan mengubah ciptaan Allah, kerana lensa ini sifatnya tidak tetap, sehingga tidak seperti tatu. Jika si pemakai mahu, ia boleh menanggalkannya. Bahkan hampir sama dengan cermin mata yang dipakai di mata, walaupun cermin mata lebih jelas berbeza dengan kontekslens, kerana kontekslens dipasang pada mata secara langsung.

PENDEK KATA,JIKA WANITA MENGHINDARINYA TENTU LEBIH BAIK DAN LEBIH UTAMA DAN LEBIH SELAMAT BAGI MATANYA DARI BAHAYA. DEMIKIAN KUTIPAN DARI BERBAGAI-BAGAI-BAGAI FATWA YANG TERKANDUNG DI DALAM KASET YANGBERJUDUL ‘Pengarahan bagi Wanita Beriman’.

Sumber asal : Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah
Syeikh Abu Malik
Kamal Bin As-Sayid Salim

Sunday, January 8, 2012

PENA 85 : Slot ikim.fm -bersama ustazah Hafizah


Bismillahirrahmanirrahim.

Salam pagi..salam Ceria..salam Bahagia ! ! !
Dah lama saya tak mendengar radio IKIM.FM sejak musim exam ni. Tapi saya tetap ada rasa kekurangan, sebab jika setiap hari saya mendengar motivasi dan muhasabah diri, hari-hari peperiksaan pula kurang mendengarkannya.

Alhamdulillah, hari ini Allah berikan ruang masa saya untuk mendengar siaran ulangan slot Jumaat baru-baru ini, Jumaat pada tahun baru 2012.

Ustaz kata :
Bertaubatlah setiap hari, biasakan sebelum solat fardu beristighfar 10 kali dengan khusyuk…selepas solat 10 kali dengan khusyuk. Kita berzikir bukan ingin mengejar kuantiti..tetapi kualiti. Walaupun hanya 10 kali sebelum dan selepas telah menjadi 20x 5 kali solat= 100kali. Sekurang-kurangya kita juga belajar istiqamah. Wahai Allah, jadikan kami orang yang ikhlas dan istiqamah.

lalu ustaz kongsikan…
Cuba lihat rumah kita, adakah rumah kita sebuah rumah pawagam atau  rumah sekolah?
Kenapa dikatakan sedemikian?
Ada rumah yang hanya untuk hiburan dan filem-filem semata-mata? Di mana rumah yang mendidik???
Ada tak rumah yang seperti sebuah sekolah yang mendidik? Rumah yang apabila kita berada di dalamnya kita sentiasa berusaha untuk dididik dan mendidik .


Saya membayangkan serta memasang impian untuk menyediakan sebuah rumah yang bertemakan perpustakaan tarbiah! Allah! Impian ini tidak mustahil jika pasangan saya kelak turut menyumbang tenaga untuk merealisasikan tema ini. Ya, macam kita buat kajian untuk AOP, ada tema yang masing-masing bawa dalam rancangan bidang pekerjaan . Allah… ada ruang yang kami sediakan untuk membaca malah hobi kami semua adalah membaca. Sesiapa yang berkunjung ke rumah kami juga berminat dan tertarik untuk membaca terutamanya Kalamullah dan apa yang mengembalikan kepada Allah. Setiap ilmu dunia dan akhirat , semua mengembalikan kita kepada pencipta. Suara kami digunakan sentiasa untuk tarbiah secara berlemah-lembut, kerana Allah juga sangat suka pada setiap perbuatan yang lemah-lembut. Maha Lembutnya Allah. Nampak tak suasana rumah kami. Jom lah ! nanti jemput datang ke rumah baru kami ! :)


Ustazah Hafizah berkongsi pandangan di slot Muqaddimah Usroti..

Satu doa yang Nabi SAW sering amalkan ketika baginda berbaring. Ada yang disebutkan, tetapi saya teringat pada makna hadis sahaja. (walaupun ustaz pernah pesan, pelajar Quran & Sunah perlu membentangkan hadis yang jelas sumbernya dan sanad matannya.., saya tak dapat ingat dengan sekali mendengar lagi setakat ini..maaf, ustaz..)
Doanya begini : “ Wahai Allah, tika jiwa ini diangkat bertemu-Mu, maka kasihanilah jiwa ini. Wahai Allah, tika jiwa ini dikembalikan kepada diri ini, maka didik dan jagalah sebagaimana Engkau menjaga orang-orang yang soleh.”
Doa ini banyak yang tersirat. Satu permintaan ketika diangkat bertemu Allah, bermaksud..setiap daripada kita apabila kita tidur, tak kira sama ada kita berdoa atau pun tidak sebelum tidur, hakikatnya jiwa kita kembali kepada Allah.
Lihatlah, jika kita membawa amalan yang buruk, apakah kita tidak malu?
mengapa kita perlu berdoa sedemikian?
Agar kita sedar yang jiwa kita perlu bertaubat akan dosa-dosa kita serta bertambah kesedaran bahawa Allah lah tempat kembali. Jika keesokannya Allah tak mengizinkan kita kembali kepada diri, semoga dengan doa ini kita dikasihi Allah.
Sebaliknya, jika Allah mengembalikan diri kita , maka semoga jalan kita terdorong dengan pimpinan Allah.

Maha Luansya Ilmu Allah…



Hidayah Allah tidak mengenal usia


Ustazah bercerita kisahnya semasa berada di sebuah bengkel sekolah rendah. Lalu datang seorang pelajar tahun enam bertemu beliau dan meminta sesuatu , “Ustazah , doakan saya tau dapat 5A” . Ustazah menjawab seperti biasanya, “InsyaAllah, UPSR kan?” ..
“Ustazah doakan tau!”…”ya, ustazah doakan”

“tapi kenapa ustazah tak macam sungguh-sungguh je? Ustazah tak tanya pun nama saya.”
“Ok, nama siapa”…menjawab la akan namanya.

“Ustazah saya betul-betul nak dapatkan 5A. sebab ibu saya janji, kalau saya dapat 5A saya boleh minta apa je yang saya nak. Ibu pun tak tahu apa yang saya nak ”

Ketika ni, saya sudah terbayangkan PS2 , game, IPAD dan lain-lain permintaan seperti kebiasaan anak-anak moden sekarang.

“ok, cuba kongsikan dengan ustazah apa yang awak nak?”
“ Saya nak minta ibu saya tutup aurat”
Allah. Berderai air mata.. pabila telinga ini menangkap kata-katanya , sebak di dada. Betapa hidayah itu tidak mengenal siapa dan usia. Anak ini punya impian yang besar terhadap ibu yang melahirkannya. Sucinya fitrah seorang anak.
Saat itu juga ustazah menadah tangan berdoa kepada Allah dengan penuh harap. Saya yang mendengar sambil menggosok baju juga turut sama mengharapkan satu harapan yang sama. Allah…

Ustazah mengajak kepada para suami isteri melihat akan kehidupan mereka di rumah bersama anak-anak. Adakah rumah yang disediakan mudah untuk mendapat hidayah Allah ??? Bagaimana rumah ‘hidayah’ ??? Lihat suasana yang kita bentuk di rumah. Adakah sekadar hiburan, makanan jasmani..atau kita sediakan sudut-sudut makanan rohani, tazkirah, hiburan yang mendidik, dan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Besarnya peranan rumah. Baiti Jannati terlihat di sini. 

Sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Khaldun bahawa sebuah tamadun yang hebat adalah lahir daripada keluarga dan rumah yang mantap. Lihat, peranan ibu bapa sangat besar di sini, tidak dilupakan peranan anak-anak yang juga perlu mengingatkan ibu bapa yang tersilap.

Ini baru muqaddimah dalam slot Usroti, Jumaat pagi. Jadi untuk menambahkan ilmu pengukuhan sebuah rumah tangga, sesuaikan dan biasakan pendengaran anda untuk slot ini serta pendengaran dan bacaan yang berkaitan kehidupan positif. Lintaskan dalam hati perasaan yang indah dan yakin Allah membantu merealisasikannya. Amin…



PENA 84 : Ubat di kala ini

Bismillah...

dengan Bismillah pun sudah teringat satu peristiwa...

Apabila kita berbicara dengan para ilmuwan, ada sahaja ucapan balasnya yang mendidik jiwa..

Rezeki Allah boleh datang dalam pelbagai keadaan yang tidak kita sangkakan .

Sebelum menulis di dalam blog ini, pelbagai video di youtube yang telah saya amati dan jelajahi .
Di antaranya :

Pesanan Tok Guru kepada Mahasiswa berikutan peristiwa di UPSI baru-baru ini



Pemberita Tv3 tersyasul sebut nama DSAI sebagai PM

Syair Imam Ahmad bin Hanbal

Baki peperiksaan : 1 tahriri dan 1 syafawi. Ramai juga dalam kalangan sahabat yang baru memulakan langkah ke dewan peperiksaan . Siang tadi baru sahaja siap kertas Ittijahat al-Hadithah fi at-Tafseer. Kini, saya menarik nafas sebentar sebelum menyambung usaha ke peperiksaan seterusnya .

Jika minggu yang lalu peperiksaan saya diselangi dengan pelbagai bacaan yang menenangkan seperti "Galaksi Muhsinin" ...
Minggu seterusnya saya baca pula Antologi Cerpen Undang-undang UIAM "Jalan Lain Ke Sana "..
sambil diselangi bacaan " Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim ". .

Walaupun ada sebahagian pandangan atau pendapat yang menyatakan tak sesuai untuk membaca sedemikian di musim peperiksaan , berbeza pula di mata saya...kerana bagi saya, dengan membaca bahan bacaan lain , saya dapat :

a) kurangkan ketegangan
b) cepat-cepat nak habiskan bacaan study sebelum nak baca buku-buku lain
c) tambahkan ilmu untuk kehidupan
d) tambahkan lagi ruang kekreatifan
e) melalui tabiat yang sama (membaca), rehat juga dengan membaca, kita akan bertambah seronok untuk  lebih memahami setiap pelajaran yang kita akan hadapi dalam peperiksaan

maka, tidak timbullah istilah-istilah negatif seperti...'stress', 'tension' , 'takut', 'tak bestnya exam!' , 'malasnya nak baca' dan lain-lain lagi...

sebaliknya , akan timbul pula perkataan positif 'seronoknya membaca !' , 'relax' , 'esok exam? cam tak rase apa..'

ketenangan sangat penting dalam menghadapi peperiksaan. Jika kita gementar dan gemuruh (perasaan tak tenteram), boleh jadi, apa yang kita baca hilang atau 'blur' semasa exam .

Jadi, inilah salah satu cara saya menghadapi exam .

-waktu final exam tinggal mengulang balik apa yang telah dibaca sebelum ini
-saat-saat refresh
-perbincangan diperbanyakkan
-persoalan dikemukakan

semuanya perlu dihadapi dengan tenang .

Dan kepada siapa lagi yang layak kita pinta ketenangan? ? ?

Daillah 24434...nak rapat lagi, atau cerita dan bicarakan sesuatu dan boleh lah call bila-bila... cara menenangkan buat seluruh umat Islam....

Bila kita nak tahu apa yang Allah bicarakan, bukalah kitab demi mebaca kalamNya yang penuh mukjizat....


Setakat ini dahulu...Sekian, selamat menempuhi peperiksaan.

~tulis penulisan dan penulis~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...