AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Sunday, April 25, 2010

PENA 3: MALAS MAKAN

Watak : asiah dan ibunya, sumayyah

  • “Erm, sedapnya makan aiskrim!” ,kata Asiah di dalam hatinya. Dia pun membuka peti ais untuk mengambil aiskirim Walls perisa kopi lalu mengisi perutnya yang sudah lama teringin akan aiskrim. Sudahlah panas sepanjang hari tersebut dilayan pula seleranya dengan aiskrim. Lega rasanya. Asiah tersenyum sendiri. Belum pun puas dia menghabiskan aiskrim tersebut, tiba-tiba dia membuka matanya dan melihat bahawa dia berada di atas katil. “Asrtaghfirullahala’zim….”Asiah beristighfar panjang. Rupanya dia tertidur setelah solat dhuha tadi. “Kepenatan agaknya, maklumlah baru sahaja sampai jam 4.00 pagi tadi..” bisik hatinya. Dua minggu cuti semestenya sebelum menginjak ke semester tiga. Walaupun dua minggu dilihat sedikit sahaja, tetapi jika diisi sebaiknya pasti akan berhasil manfaat yang pelbagai.
  • Asiah terus bangkit dari tilam kesayangannya terus meluru ke peti ais di dapur. Terliur rupanya dia akan aiskrim yang dimakan dalam mimpinya. Pelik ibunya , Puan Sumayyah melihat gelagat anak gadisnya. “Kamu dah sarapan belum? Ummi siapkan nasi goreng sahaja pagi ni. Makanlah, nanti sakit perut pulak”, sapa Puan Sumayyah. Asiah hanya melemparkan senyum mengharap sambil menjawab , “ ummi, takde aiskrim ke? “ “ Hah, cari aiskrim mana pulak, bila masa pulak la rumah kita ni menyimpan aiskrim, asiah anak ummi.. Kenapa pulak cari aiskrim pagi-pagi ni?” jawab ibunya dengan panjang. “ Alah, tadi asiah makan aiskrim dalam mimpi, tapi tak sempat pun habiskan. Tu yang teringin makan aiskrim ni. Erm, sedapnya ummi, kalaulah ada asikrim. Yelah, tengah musim panas ni kan” Asiah mencebikkan bibirnya, kecewa kerana apa yang diinginkan tak kesampaian. “ Sudahlah, sayang. Pergi sarapan dulu. Aiskrim tu nanti-nantilah. Perut kamu tu tak tahan kalau makan lewat. Isilah perut dulu. Susah pulak nanti bila masuk angin”.prihatin ibu Asiah akan anaknya yang manja ini.
  • Tangan dibasuh lalu dia pun menikmati hidangan sarapan pada pagi itu dengan adabnya. Agak bereselera dia bersarapan , maklumlah sudah lama tak merasai air tangan ibunya. Otaknya terus ligat berfikir untuk masakan tengahari nanti sementara ibunya sibuk di luar rumah menyapu sampah dan memindahkan tanaman di tanah ke dalam pasu. “ sedap jugak kalau masak sambal tumbuk, sayur air, telur dadar…uish! Mesti sedap punyer..” Asiah bercakap sendirian. Adik beradiknya yang lain ada yang bekerja dan belajar di luar daerah serta yang lainnya hanya bekerja di kampungya, berniaga di gerai koperasi kampung. Setelah selesai bersarapan, dia pun mengemas dapur dan mencuci pinggannya.
  • “Ummi, nak masak apa tengahari ni? Asiah nak makan sayur bening la, ummi. Pastu, ada sambal tumbuk plak. Sedapkan , ummi? Ada cili tak , ummi? “ banyaknya soalan si Asiah ini. Banyak cakapnya. “ada kat dalam peti ais. Erm, bolehlah masak bening labu. Kak Ngah kamu bawak hari tu. Ummi belum sempat masak lagi. Sedap jugak tu." sayur air itulah menjadi makanan kegemaran keluarga asiah. Kadangkala, ibunya hanya memetik sahaja daun-daun di luar rumah untuk membuat bening seperti pucuk belinjau dan pucuk betik. Bukan kerana tidak mampu, tetapi itulah selera mereka.
  • Ligat Asiah di dapur menanak nasi dan menyediakan bahan-bahan untuk Bening Labu dan Sambal Tumbuk. Ketika sedang menyediakan lauk-pauk tersebut, dibiarkan sahaja nasi tadi kerana ia dimasak di dalam periuk nasi elektrik. Inilah faedah moden, boleh menyiapkan kerja dengan lebih pantas. Ikan bilis, bawang kecil, bawang besar, bawang putih, dan cili semuanya sudah disiapkan. Ikan bilis dilebihkan berbanding cili, ditambah pula dengan bawang putih. Setelah digoreng bahan- bahan tersebut lalu dia menumbuknya dan jadilah sambal tumbuk. Erm, sedapnya sambal. Memang nak suruh aku makan ni. Sabar-sabar!
  • Telur dikacau dengan sedikit garam lalu dibiar di atas kuali yang panas. Sayur labunya dibiarkan bersama bahan-bahan tumisan kerana labu tersebut perlu dibiarkan lama untuk menjadi empuk. Dihidangkan kesemuanya di atas meja makan dan terus memanggil ibunya yang sudah tentu kelelahan di luar sana. Asiah yang cerdik ini menyediakan secawan air teh sejuk tanpa gula buat ibunya.Rupanya panggilannya sebentar tadi tidak didengari. Dia pun menyarungkan tudung Arini dan membawakan air tersebut kepada ibu kesayangannya. Dibiarkan ibunya berehat sebentar dan dijemput untuk makan tengahari. “ Nanti ummi makan lepas makan ubat. Kamu makanlah dulu” jawab ibunya yang sentiasa mengambil pemakanan ubat Homopathi kerana menghadapi barah payudara. Ibunya ini begitu kuat untuk melawan penyakitnya. Asiah selalu bercita-cita untuk menjadi sabar, tabah , cekal dan redha seperyi ibunya. Asiah pun masuk ke dalam rumah dan dia berniat untuk makan bersama-sama ibunya nanti.
  • Jarum jam terarah ke pukul 12.45 tengahari. “ sempat nak Qailulah ni. Nak zuhur nanti mandi barulah khusyuk solat. Hehe..” Bisik hatinya. Dia pun tidur sebentar sebelum zuhur demi mengikut jejak rasulullah s.aw. yang mana banyak faedahnya dan moga kepenatan perjalanan dlam bas malam tadi terubat. Bila tidur sebentar sahaja di tengahari sebegitu lebih terasa puas berbanding waktu lainnya, maka bolehlah meneruskan pekerjaan selepas itu dengan lebih bertenaga.
  • Usai solat zuhur dan mengulang satu juzu’ hafalannya, Asiah pun mengambil novel tentang seorang tokoh islam yang membangkitkan obor perjuangan seorang muslim iaitu “ Muhammad al-Fateh” karangan Abdul Latip. Dia begitu tertarik dengan cara penyampaian penulis sehinggakan dia terlupa bahawa dia belum lagi makan masakannya tadi.
  • Masa terus berlalu dan Asiah pun melaksanakan segala tanggungjawabnya hanya satu yang sering dia tangguh-tangguhkan iaitu makan. Dia sanggup melayan buku-bukunya berbanding makan kadangkala sehingga menimbulkan rasa malas untuk makan. Dia penat untuk mengunyah. Perutnya asyik lapar sahaja tetapi nafsu makannya seperti sudah hilang entah menyorok di mana.
  • 7.00 malam terus merangkak untuk mengunjungi ke waktu Maghrib. “ dah makan belum? “ sapa ibunya. Ibunya terlalu risau akan kesihatan asiah, kerana selain dia menghidapi Gastrik dia juga mempunyai masalah bahagian dalam perut yang lain. “ hehe, nak makan la ni. Baru je nak panaskan lauk.” Jawab Asiah yang tahu ibunya akan memarahinya bila dia lewat makan. Ibunya hanya mampu menggelenglan kepala setelah melihat perangai anak gadisnya itu, bukannya tidak dinasihati malah sudah berbuih dia menasihati agar jangan bertangguh untuk makan.

Moral: makanlah pada waktunya, berhenti sebelum kenyang untuk mengelakkan kemalasan, kalau tak nak makan lebih baik berpuasa.

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...