AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Wednesday, April 7, 2010

tinta pertama



Jari -jemari mengulit indah di atas kertas elektronik meluah rasa, mengungkap apa yang tersirat, menjelas yang pudar, mendepani hikmah hidup yang tak ketahuan, dan yang pasti ia sekadar satu idea yang mungkin boleh diperbaiki lagi agar garapan idea-idea yang dikongsi merupakan cara yang segar dan menjadi rujukan insan.

Penulis 'hujansakinah.blogspot' dengan ini merasmikan pembukaan blogspot khair_iium@yahoo.com dengan penuh tunduk dan harap agar ia tak keluar dari landasan syariat.

Sebarang cadangan dan komen kalian yang berbudi lagi dikasihi dialu-alukan. Moga Rahmat Allah memayungi kita semua.

Pena 1:Kuliah tafsir

Tafsir surah al-Qasas sebenarnya. Tapi yang saya dapat tangkap daripada tafsir ikim.fm ini hanya sedikit sahaja, kerana ada hal yang tak dapat dielakkan ketika itu(tak dapat dengar dari awal). Mohon maaf, tapi tetap ada satu perkongsian.

Lebih kurang begini; Ummu Aiman r.a.h. salah seorang sahabiah menangis. Tatkala itu, ada sahabat yang pelik mengapa beliau menangis. Beliau menjawab, aku menangis bukan kerana sedih akan kematian Rasulullah s.a.w, bukan kerana Baginda sudah tiada, tetapi…kerana, setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w itu, maka akan terhentilah segala wahyu. Wahyu tak mengunjungi lagi. Maka, di akhir zaman ini hanya ada ilham atau ruqyah solehah di kalangan orang-orang soleh. Fitnah bertambah banyak, ada yang mengaku dirinya soleh, dan ada pula yang berijtihad untuk kepentingan diri sendiri. Ijtihad amat diperlukan di zaman ini.

Pengajaran yang boleh penulis ambil dari kuliah yang telah dirumuskan ustaz Zahazan , walaupun hanya dapat dengar sebentar.. adalah:

1. kita harus mengunjungi ulama’ yang berlainan jantina dengan syarat menuruti batasan syara’, dijaga sebaiknya. Sebagaimana sahabat Rasulullah menemui Ummu Aiman r.ah. yang beliau alim dan banyak ilmunya.
2. belajar geografi al-Quran. Menziarahi tempat-tempat yang disebutkan di dalam al-Quran, yang dilaknat oleh Allah, yang dimuliakan oleh Allah, dan tempat-tempat yang punyai sejarah tersendiri. sebagai contoh sahabat terdahulu telah dilarang oleh Rasul daripada mengambil air dari kawasan yang dilaknat Allah( tempat kaum Nabi Hud, ada yg berpendapat tempat tersebut adalah syam, makkah, atau palestin..) juga larangan daripada memakan roti yang telah dibuat daripada gandum tempat tersebut dengan hanya memberikan  roti tersebut kepada unta-unta sahaja.
3.banyakkan bersedeqah, sentiasa menjaga solat malam, perbanyakkan puasa sunat(lebih-lebih lagi sekarang ini sedang menghampiri bulan-bulan barakah) dan menjaga amalan kerana ini adalah jalan orang-orang soleh, agar mendapat ilham yang tepat daripada Allah s.w.t.
4.berdoalah dan memohon kepada-Nya dengan doa

اللهم ألهمني رُشدي و أعذني من شرِّ نفسي
Maksudnya: Ya Allah, kurniakanlah ilham yang baik kepadaku, dan jauhkan serta lindungi aku daripada kejahatan diri aku sendiri, ilham yang buruk .


*** و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلّم...وبارك الله عليكم...والسلام عليكم ورحمة الله وبركته.***


#

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...