AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, July 3, 2010

PENA 11: ...sesal dahulu lagi molek, sesal kendian takde maknenya....


Salam di pagi hari Penghulu segala hari. Alhamdulillah, mataku masih terbuka dan diberikan qudrat menulis dan mencurah idea di blog hujan sakinah ini. Alhamdulillah Alhamdulillah wa Alhamdulillah.
Bermula dari bangun di subuh hari kupelajari banyak perkara. Bila hati bersimpul tali-tali untuk menuntut ilmu, maka terbukalah segala jalan dan kita akan melihat sesuatu untuk kita mengambil pengajaran daripadanya.

Minat dan keinginan seseorang untuk belajar sesuatu yang baru, sebenarnya jika kita lihat dengan teliti ia berdasarkan konsep ‘sejarah yang pasti berulang’. Mengapa aku mengatakan begitu? Kerana jika kita tidak mengambil iktibar dan menjadikan ia sebagai satu batu loncatan untuk berubah bila melihat sesuatu yang telah terjadi, pasti perkara yang sama akan menjadi natijah bagi tindakan tersebut.
Mudah dilihat di sini satu peristiwa, Aslam berjalan ke dapur di dalam rumahnya lalu melihat satu kepala plug berada di tengah jalan. Dia nampak tetapi tiada tindakan untuk mengalihkan kepala tersebut ke tepi atau ke tempat yang lebih selamat.  Setelah dia siap bersarapan pagi dia pergi ke ruang tamu melalui jalan yang sama. Malangnya dia terlupa apa yang ada di lantai tadi lalu terpijaklah olehnya akan kepala plug tersebut. Menjerit kesakitan lah pulak.( huhuhu..macam kisah silam pula cara penulis bercerita). ‘ siapalah letak sepah-sepah benda alah ni..?’  sudah..padahal dia sendiri yang tak mengalihkan tadi.  Sudah berlaku begitu pun, dia tak buat apa-apa tindakan. Dengan syoknya dia menonton tv di ruang tamu dan sudah mengetahui  berita terkini, dia merasa dahaga pulak. Pergilah ke dapur semula dengan segera  semasa iklan berlangsung. Ahha….dia terpijak lagi. Dia menggeleng-geleng kepala kerana silapnya sendiri.

Begitulah jika kita tak ambil sesuatu yang dah berlaku sebagai iktibar dalam hidup. Perkara yang sudah berlaku dipanggil ‘sejarah’. Tak bermaksud ia sesuatu yang tidak bermakna bahkan ia merupakan sumber rujukan yang amat penting sepertimana yang selalu kita dengar daripada mulut-mulut mereka..(tak tau sapa) , “dengarlah nasihat daripada orang yang terlebih dahulu makan garam, kamu tu baru saja hidup setahun jagung…”.(Unik sebenarnya bahasa Melayu dan begitu halus penyampainnya)
Apa yang Hujan nak sampaikan kat sini sebenarnya…
1. jangan pandang sesuatu yang remeh tanpa apa-apa tindakan. Ia jauh sama sekali  maknannya berbanding  kalam orang bijaksana_ orang yang berjiwa  kecil akan melihat perkara kecil dengan suatu pandangan yang besar, tetapi orang yang berjiwa besar akan melihat perkara besar dengan sesuatu yang kecil. (mungkin nanti Hujan boleh buat huraian tentang perkara ini pula di lain ruangan).
2. elakkan daripada menangguhkan sesuatu kerja serta berdasarkan sifat ihsan seorang muslim adalah antaranya memudahkan perjalanan seseorang dengan  membuang apa-apa halangan di jalanan seperti mengalihkan kepala plug tadi. Bukan sahaja akan bermanfaat pada diri sendiri sahaja tetapi juga akan memberi kebaikan kepada orang lain.
3.berhati-hati ketika melaksanakan sesuatu perkara hatta di dalam rumah sendiri. Selalu kita dengar  ‘malang tidak berbau’ sebagaimana peribahasa kita,  “sesal dahulu pendapatan , sedal kemudian tak berguna”  dan “ ayam terlepas, tangan terbau tahi”.
Simboliknya; kalau dah tahu gerimis membasahi  bumi, takkan dibiarkan saja baju dibasahi hujan sebentar lagi?

Itu baru sahaja satu contoh kecil daripada sejarah, belum lagi melihat sesuatu yang besar seperti yang berlaku di zaman pemerintahan Sultan Murad untuk menawan kota Konstantinopel. Andai kekurangan, mohon maaf, kerana penulis lebih berminat mengambil sesuatu yang lebih dekat kepada kehidupan seharian untuk dijadikan pedoman dan diambil pengajaran.
p/s:  dan melepas sudah keGERAManku untuk menulis. Alhamdulillah.

8.55am selepas menonton MHI
Di teratak lama 353
Moga tahan puasa hingga ke terbenam  matahari.

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...