AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Monday, July 12, 2010

PENA 13: ALLAHUAKBAR!



Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!...
itu sahaja lafaz yang dapat memujuk hati ini.
saat gelisah melanda, lafaz itu memujuk kalbu yang lara..
hilangkan penat kerna ia seiring tarik dan hembus nafas ini..
melegakan sebentar..
aku jauh dari-Nya tanpa ketahuan.
kejap saja hilang dibawa arusan..




Pagi-pagi dah bersiap balik ke UIAM.adik saya (Mohamad Asyraf) hantarkan. mak saya(Halimah bt Ngadi dan adik saya (Khairul Aaqilah) t0long sediakan sarapan. kakak saya (Siti Saadah) , tolong saya simpan n pindahkan barang ke beg roda yg lain..kenapa? sebab mlm tadi, saya tak try pun beg yg sy dah isi tu.. tgk2, bile saya tarik je beg tu, mcm tak seimbang kedudukannya. boleh jadi, dlm perjalanan nanti boleh memenatkan saya sahaja utk jaga beg . akak saya berkata: "ko tak try dulu beg ni mlm tadi? kan ko suke berangan pakai2 beg?' saya pun kate: "hah? mane ada aku suke berangan."
(dalam hati, mungkin kot pada dia aku suke berangan ..tapi, pd benda serius tak plak la berangan..hehe)


naik bas dari air tawar 5 kul 8.30pg. sbb bas bertolak dari Bandar Penawar pukul 8.00 pagi. semalam jugak saya tulis di status FB, moga perjalanan yg 'merehatkan'. saya pun tak tau nape tulis gitu. Dapat ko! sekali bas tu punye air-cond rosak plak..memang benarlah 'REHAT'..2jam tuh kat Machap.


sempat saya habiskan bekalan nasi yg saya bawa dr rumah. mesti kowang nak tau saya bawak bekal apa kan?
erm, ayam goreng dan nasi campur kicap jer.
tu lah makanan mudah. suka bawak bekal dari dulu. cite pasal bekal teringat anak sedare saya: Aniq Fahim. ritu, dia datang umah. ummi dy pi jadi pengacara majlis tilawah. saya pun 'buli' dia kat umah.( buli depan ummi dia je. belakang dia, jaga baik apa) huhu. pastu, mak saya ada simpan kuih dalam sebuah bekas.

pastu terus plak dia cakap, "acik, ape kat dalam 'bekal'tu?" (macam nak tergelak. tapi, nak jage ati dia, jawab je ngan muke cover2...yelah, sudah maklum budak baru nak belajar)..

" tu namanya bukan bekal, kite panggil dia bekas. ape namenya? BE KAS...(dia pun ikut aku cakap)..kalau BEKAL, orang bawak gi sekolah ke. makanannya letak dalam bekas. nanti tak payah beli kat kantin:) (huhu..dia pun mengiyakan je)

."OOO..macam tu" baru 5tahun tu, budak skang bijak benar. sume pe dy nampak, nak tanya. baguslah kan, maksudnya otak dia aktif.

kakak saya (Arbayah), kata, saya pun banyak soal masa kecik2 dulu..(sampai skang kot banyak tanya)

sambung cite, akhirnya bas ganti sampailah dari Kota Tinggi kul 12.00 tengahari. nasib baik la ni awal sem. tapi, fikir nak check in plak. "YA ALLAH MOGA KAU MUDAHKAN SEGALANYA. AKU TAHU KAULAH SEBAIK2 PERANCANG"
sampai kat Bukit Jalil...solat kat surau tu(mcm dlm khemah gitu).. boleh lah,drp takde. erm harapnya, cepat2 la Pudu siap. AMIN. penat la nak ulang-alik ke sana-sini.


nek plak bas Metro 91 bile dah kat pudu. Oleh kerana tadi dah jamak Takdim, so, dah lega la kalau dah solat. Jamak la paling aku suke bila bermusafir nih...:)sampai2 je UIA_Hafsa, my mahallah, dgn tawakkal, aku tinggal je beg2 yang aku bwk kat tangga mahallah. aku nak kejarkan check in. masuk je kat dalam Office, dy terus letak rantai mangga, tak bagi orang lain masuk. dah kul 6.00 ptg, abis waktu registeration.

Alhamdulillah, aku tak de lah kena tangguhkan reg ke hari isnin. aku punggah sume barang, rasa penat yang amat. dah angkut tu, kunci yang aku dpt utk compartment A tu, tak boleh pulak nak bukak pintu. Ya Allah, aku call roomate. (aku tau no roomate baru, sebab dulu dia sekelas satu subjek ngan aku)_eh, dah tukar 'aku' plak ek..senang cite._

lambat gak dia turun. mintak tolong kawan sebelah bukakan. mane tau aku tak boleh bukak sebab dah kepenatan ke...dia try, eh, boleh..time nak tanggalkan kunci plak tak boleh..wah!
aku masokkan la dulu segala barang. tak lame tu my roomate sampai, dia pun tak kuat nak kuarkan kunci tu. kitorang turun,lalu terserempak ngan Pak guard. mngadu la kat dia, manetau kot2 dia leh tolong. dia suh pi jumpe mahalah office staff, sebab yg uruskan pihak 'maintenance'. berkejar ke ofis semula, ada la 2 org kakak tu. aku pi kafe aminah, my roomate bawak org ofis p mahallah.

aku sampai je kat kafe, siap jerk tempah...terus mintak air suam kosong n air oren suam. huh, ikutkan nak je 'ais', fikirkan badan yang begitu penat, ais tak membantu,malah makin memudharatkan. segelas air suam aku habiskan..perkh! lega gile.. Alhamdulillah tak terhingga...
pastu lapar plak, tapi tak leh nak telan. paksakan jugak... lapo giler. aku dah rase len macam je sistem dalam badan aku ni berfungsi. tak lame nanti jadi makin rumit plak lau tak diubat. nanti lah ek.

tadi kawan aku tempah burger ayam. dah bawak sumenya ke bilik, bersiap2 plak solat maghrib...sakit pale lo, pi mandi sat. tak selesa nak solat ngan badan dah sehari suntuk dalam perjalanan dan berkemas2. solat dah, pagar bilik belum agi ni..erm,ajak roomate pagar same2, aku tau aku lemah kat ne. so, berjage-jage lah kan.
Hafsa ni pun dah 3 bulan tak berpenghuni. renovate on the short semester. tinggalkan untuk 2 minggu cuti tengah sem je pun dah rase lain macam.

aku berkemas plak. k.halimah jiran sebelah merangkap satu kos, datang ke bilik selepas dia selesai meeting. kami bersembang sambil online register subjek, tak sedar sangat ...dah kul 12 lebih..uish, nak kena tido ni...esok nak sahur..masih Rejab kan. jangan sia2kan.
subuh2 agi, dia dah mesej... nak sahur la.
ok. tq u k.imah.

kalau kat umah, my mom yang kejut. pastu mak saya solat n saya sahur sorang-sorang. kadang2 je mak saya nak minum air panas. mak saya tak makan sangat. dan...saya jugak yang selalu buke setengah hari bile mak saya goreng cempedak. mane boleh tahan wei, cempedak kegemaranku...difikir2, macam budak kecik, sebab puasa separuh hari. huhu.paham2 la kan, cempedak kan bau pun semerbak. huhu..

ok lah, nak pi bersiap-siap utk kuliah pertama on 10 am hari ni. before that, i must arrange for booth new intake student. RAbbi Yassir, Rabbi YAssir, Rabbi YAssir..amin.

p/s: jom, niatkan segala yang cemerlang utk sem ini. selamat berjaya dan cemerlang buat orang yang ingin mencapai redha Allah! Allahu Akbar!!!!
sori, kejap gune 'aku' kejap gune 'saya'. suke2...hehe

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...