AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Wednesday, September 22, 2010

PENA 23 : Biasanya

Aku salam dan peluk emak lama-lama
Tadi
Aku mengusap perlahan pipi emak
Cium kiri dan kanan pipinya

Tadi
Aku melihat emak kemerahan matanya
berair
Emak penat barangkali
Sejak pemergian abah
Emak sering diam membisu
Duduk sendiri memenuhi masanya dengan zikir dan solat sunat
Emak penat barangkali
melihat kerenah anak-anaknya yang pelbagai

Emak, pergilah berehat n tidurlah dulu
Nanti mak penat pulak…
Takpe, lame lagi keretapi nak sampai
Kalau dah bunyi, mak turunlah..

Mak penat sangat-sangat ni…
Siang tadi beraya…
Gi walimah…

Sudah lama aku mendapat mimpi yang lalu..
Kalau tika itu aku menerimanya
aku sedih dan tak mampu menanggung rasa
Tapi kini
Aku boleh ketawa dan menyembunyikannya mungkin
Walau aku tahu saat itu pastikan tiba

Begitulah juga saat dan detik pemergian abah
Tanda-tandanya
aku melihat abah dikafani, aku menghantar jenazah ke kuburan
Dan pada realiti kejadiannya juga begitu…
Tapi kali ini
Mungkin nanti aku yang pergi dulu…
Kerana Tuhan Maha tahu

Pengumuman keberangkatan sebentar lagi
Aku bergegas mencapai beg-beg
‘kenapa bawak barang banyak sangat?’
Tu lah soalan selalu aku dengar…

Tadi aku hanya mencium mak…
Sekarang , nak peluk mak lama-lama sikit
Tak nak nanti menyesal bila mak…..
Bila aku…dah jauh dengan mak..


3pesanan buat mak…
Doakan 3perkara anakmu ini

Astaghfirullahala’zim…
Baru kini aku sedar..
Aku jarang dan tak pernah berpesan agar mak…
Kerana nasihat itu yang sering aku terima dari mak..
Ya Allah…
Engkau yang Maha Menjaga…kasihanilah dan rahmatilah emakku…

Akhirnya
dapat juga emak melihat dan menghantar aku menaiki keretapi..
Ya Allah,
kabulkan permintaan dan keinginannya untuk berjalan-jalan menaiki keretapi ke Segamat..
Rumah saudara-mara… ‘nanti di stesen keretapi ada yang menjemput’ itulah angan-angannya…
Setelah beberapa kali aku menceritakan best nya naik keretapi…
Ada katil…nanti tido je..subuh dah sampai…pastu tunggu kat mane nak berhenti..

Saat akhir mak hantar aku pulang naik bas…
Masa mak bersama-sama abah, nadia, dan abang…
Di sanggar kota…malam-malam pukul 12…lebih kurang begini juga waktunya
Masa tu abah boleh berjalan lagi
Kalau tak, malam tu jugak abah nak antar sendiri…abah nak bawak kereta
Aku berdoa ..ada lah nanti yang menghantar…
Aku tau abah tak sihat sangat kaki dan matanya..
Matanya tak ‘awas’ bila malam-malam
Kakinya selalu kebas

Kebetulan atau macam mana…
abang balik malam tu…jadi abang yang bawa kereta…
Abah bersungguh-sungguh nak hantar…abah yang siap dulu sebelum maghrib lagi…
Baju biru kemejanya dan seluar slack hitamnya…
Aku rasa sebak masa tu, entah…sayu je…
Masa mak, nadia dan abang melambai…abah takde…
Abah dah duduk kat kerusi menunggu..kepenatan…kakinya dah tak kuat masa tu…

Buat pembaca sekalian…
mohon sama-sama kita berdoa…
ya Allah,
ampunilah dosa-dosa kami
emak abah kami, adik-beradik kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat handai kami, kaum muslimin muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Ya Allah
Andai ada antara hati-hati kami perasaan hasad, benci, dendam dan segala yang mungkar…Engkau gantikanlah dengan sifat kasih sayang, pemaaf, lambat marah dan segala yang makruf
Andai ada di kalangan kami, hambaMu yang durhaka…maka ampunilah, dan jadikanlah kami hamba2 yang taat.
Andai ada di kalangan kami,suami/isteri / anak-anak yang durhaka, keras hati, keras kepala, bercakap kasar dan dusta, lupa tanggungjawab dan sebagainya…maka kami pohon jadikanlah kami suami/isteri dan anak2 yang soleh solehah, lembut hati dan perasaan, lemah lembut pertuturan…benar setiap tindakan, bertanggungjawab atas segala amanah…
Wahai Allah..
Andai ada di kalangan kami yang sering lupa akan tanggungjawab kepada agama dan masyarakat..
Bantu kami Ya Robbana..
Agar sentiasa berganding bahu merealisasikan asas ‘keteguhan islam’ di muka bumi ini…
Membantu yang memerlukan…menegakkan yang hak…meruntuhkan yang mungkar…
Inilah jalan kebenaran …di sana ada kebenaran dan keselamatan…





create first sunday after eid break.

1 comment:

  1. sayu je bila akak baca cak... (-_-)

    Ameen ya rabb!

    ReplyDelete

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...