AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Monday, June 27, 2011

PENA 75 : Ingatan si Kecil


Matahari tersenyum menyinari pagi Bandar Maharani . Jari-jemari mengetik tersusun madahnya bagi sebuah tugasan . Baru kali ini Asiah senang duduk memulakan kerjanya. Jika tadi, ke sana-sini dipanggil kekandanya untuk dibantu . Sesekali menziarahi saudara-saudari seibu sebapa, apa salahnya membantu apa yang mampu . 



Dia duduk terasa puas setelah siap semuanya . Sedang asyik mencipta ayat satu-persatu sambil di hadapannya pelbagai buku rujukan, di sisinya si kecil bersuara , " Dah pukul berapa, Cik Asiah? " hatinya berkata , kenapalah si Hana ni bertanya jam pula, nak tengok siaran tv apa pula lah. Sudah sedia tahu bahawa rumahnya tiada televisyen seperti rumah saudara-saudaranya yang lain. Hana juga pernah menyuarakan bahawa dia berasa pelik jika ada orang begitu taksub dengan tv. Katanya " apa lah yang ada kat tv tu? bukannya best pun". Asiah menjawab tenang kerana dia ingat sebagaimana banyak buku motivasi yang pernah dibaca, pertanyaan si kecil jangan dipandang enteng dan jangan mematikan persoalan mereka, jawab dengan sabar dan luaskan fikiran mereka kerana kelak mereka boleh membina pemikiran yang bijaksana, 

" Jam kat laptop Cik ni dah pukul 11 pagi. Kenapa Hana tanya ya?" 
"Oh, dah pukul 11. Cik , tak sembahyang ke? "

"Zuhur belum masuk lagi la Hana..." Asiah menjawab sambil tertawa di hujungnya . Disambung lagi, "nanti pukul 1 lebih baru Zuhur."
"Sembahyang sunat? "

Terdiam seketika Asiah. Dia menghentikan kerjanya sejenak, matanya masih tertumpu pada skrin komputer riba ACER Aspire 4315. "Subhanallah, cikgu ajar sembahyang Dhuha ea kat sekolah? Bagusnya cikgu...."
" Tak lah. Cikgu tak ajar."

"Abis, camne Hana tau? Siapa yang beritahu?"
"Nenek selalu sembahyang sunat. Selalu kalau pukul 11, nenek dah mandi dan siap-siap semua, pastu, sembahyang sunat, Cik. Pastu nenek baca Quran pula. "

"Bila nampak nenek buat? bagusnya Hana. Hana tak ikut nenek sembahyang sekali? "
"Selalu kat sini nenek buat. " Hana dan Sakinah sedang bercuti sekolah, kebetulan masing-masing mendapat adik yang baru . Jadi , ibu kepada Asiah,Sumayyah, juga nenek kepada Hana dan Sakinah, meluangkan masa untuk bersama anak-anaknya yang baru sahaja bersalin . Seorang mendapat amanah seorang putera dan seorang lagi mendapat amanah puteri.

'Allah... bagusnya mereka. bersih hati mereka. jelas terlihat Lisanul Hal lebih Fasih Daripada Lisanul Maqal . Allah, didiklah anak-anak ini menjadi hamba-Mu yang taat, anak yang solehah, berkhidmat untuk agama dan negara. Allah....'

Perbualan mereka terhenti seketika. Walaupun persoalan si kecil benar-benar terkena pada Asiah, dia sangat bersyukur, masih ada yang mengingatkan tika dia sedang sibuk dengan urusan dunia, ' Itu juga teguran daripada Allah'. Bukan sahaja di waktu susah kita mencari-Nya, di waktu senang sepatutnya juga kita tidak melupakan-Nya .

Asiah membelek kembali kitab terjemahan Syamail Muhammadiyah Imam Tirmizi. Di dalam bab 41 menukilkan tentang Solat Dhuha Rasulullah ;


Muad'zah binti Abdullah al-Adawiyah berkata :
Aku bertanya kepada Aisyah, "Adakah Rasulullah mendirikan solat dhuha?"
Aisyah menjawab, " Ya, Beliau mendirikan solat dhuha sebanyak empat rakaat. Kadang kala, bilangan rakaat ditambah sesuai dengan yang dikehendaki oleh Allah."

(Direkodkan oleh Muslim, Tirmizi dan Ahmad)

Hadis ini bertaraf sahih .
Dilaporkan oleh Mahmud at-Thayalisi, aripada Syu'bah, daripada Yazir  ar-Risyk yang bersumber daripada Muad'zah binti Abdullah al-Adawiyah.

Biodata : Mua'dzah binti  Abdullah Ummu  ash-Shahba al-Adawiyah adalah wanita alim dan ahli ibadah.
Menetap di Basyrah, melaporkan hadis daripada Ali bin Abi Talib, Aisyah dan Hisyam bin Amir . Hadis beliau dijadikan dalil. Beliau meninggal dunia pada tahun 83 Hijrah .

Alam terus bertasbih memuji Ilahi . Asiah tersenyum dengan teguran si kecil berusia enam tahun . Inilah khalifah Allah .

Pengajaran dari Hujansakinah :

1) Luangkan sedikit masa di waktu siang sebelum masuk waktu Zuhur untuk Solat Dhuha. 

2) Bersabarlah dengan tujahan soalan anak-anak kecil dan jawablah dengan matang agar anak itu terbuka fikirannya.

3) Buatlah perkara hasanah dan mahmudah agar dapat dicontohi anak-anak dan orang sekeliling.

4) Jika kita diteguri, terimalah dengan hati terbuka, itu kunci bagi menuju pengislahan diri ke arah lebih baik.

5) Pujilah Allah di waktu senang dan susah.


Saturday, June 25, 2011

PENA 74 : Saya dan anda

Salam Sabtu..huhu..Selalunya salam Isnin..Eh..yeke! selalunya Salam Jumaat la....

SABTU

























































































































































Cuba lihat gambar di sebelah, ada Quran terkecil... gambar diZoOm. gambar ni telah diambil dari dalam Perpustakaan al-Hikmah UIAM, Gombak. ada pameran2 di level 2. Teringat Quran kecik yang dulunya atuk pernah simpan.
Apa tujuan ambil? Sebab unik. terfikir, ada yang mampu membacanya ke? Apa tujuan Quran kecik ni ditulis? (mungkin ada sebab dan sejarahnya saya tak tahu).



Masa ni, ngah cari bahan-bahan untuk memenuhi resepi belajar. buat makanan biasa sebagai penuntut.
Bahas (Assignment) untuk AAP. Semangat berbeza bila pergi ke perpustakaan. Tengok pelajar-pelajar master dan PHD yang tekun membaca bahan-bahan penulisan mereka. Saya pun jadi semangat. Tekun dalam buat sesuatu tu, sangat penting. Ia juga dituntut dalam kehidupan seorang muslim. Kadang, kita perlu cari tempat dan suasana yang dapat membantu kita merasai dan menghayati apa yang kita lakukan. [Lebih kepada selalunya, bukan kadang-kadang..hehe].

Pelajar Puteri...Bersama Ustaz Abdun
Pengalaman buat bahas kali ni berbeza sedikit, sebab, sebelum dihantar (taslim) , kami Wajib menyemak bersama ustaz. Hendaklah dibetulkan mana yang salah dan kurang kesesuaian...Tak lupa juga, tajuk bahas yang kami cari pun hendaklah dikomen juga oleh ustaz.  Sedikit-sebanyak, perkara ni memberikan motivasi untuk menyambung lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sebenarnya, ada hasrat hati nak belajar dgn lebih lanjut bab penulisan ni. Tapi, tak tahulah, mampu dan daya tak. Belajar memang perlukan banyak kesabaran. Alah, tapi, macam mana ye dengan cuti semester 2 bulan ni??? Puasa dan Raya... [Wajibkan diri membaca pelbagai bahan bacaan sama ada Soft Copy atau Hard Copy] ...Bila ada azam, jalan kita tak la kucar-kacir. ye tak?(sekurang-kurangnya ada azam)
Nak kerja? Belum tentu lagi. Kelihatannya, kebarangkalian untuk berada di rumah, lebih besar.

Muhammad Ismail, Besar dah...:)



Haza min fadhli Robbi....
Dengan izin-Nya, dapat 3 orang khalifah Allah...(anak saudara) daripada kakak no.2 (Arbayah pada akhir Mei) Muhammad Soleh, kakak no.3 (Siti Salwana pada awal Jun) Nur Sayyidah Syafiah , dan abang no4 (Pertengahan Jun). Lupe nak amik gambar baby tu....
Bertambah ahli keluarga kami, semoga zuriat ini soleh solehah terdidik dalam tarbiah Allah. Syukur saya, sebab bertambah zuriat mereka . Dekat-dekat pula umur mereka, Sebab mak ayah mereka pun umur lebih kurang , jarak dua tahun je masing-masing dalam keluarga kecuali umur saya bersama kakak dan adik-adik agak berbeza.
Dia pun nak baca jugak...Sains angkasa lak tue...
Bila balik Muar...atau balik ke Kota Tinggi, merasakan cepatnya masa berlalu... "Cepatnya anak-anak ni besar. dah pandai bercakap, pandai berjalan berlari...". Kekangan masa bukan alasan untuk kita beramah-mesra bersama keluarga di kejauhan mata. Ada teknologi kita manfaat bersama. Telefon, internet...yang jauh kita rapatkan. yang dekat kita mesrakan..(eh, apa tah..macam gitu ea ayatnya..)
Umur saya semakin bertambah, apa yang telah saya sumbangkan buat dunia???





Agak-agak gambar di atas ni,  kat mana??
Em, sahabat sowang ni.....baik giler...Allah saja yang dapat membalas segala kebaikannya. Jazakillahu khoiran. Yang paling penting, bila saya sakit ke, lapar ke,  dll, dia tolong jaga saya. Dia yang "tolong risaukan".
Dah macam Mak plak.. ni, Mak Versi UIA la... Tak semua orang dapat kawan sebaik ni. Saya ni je yang belum pandai menghargai. Ya ALLAH, ajarkan saya pandai menghargai setiap kurniaan-Mu ya Allah.
Semoga persahabatan ini juga menjadi saksi di sana. Mohon Maaf segala kekurangan dan kesilapan saya ye, Cik..

Dia pernah kata : "nanti kalau ada calon, tolong hantar kat aku dulu, biar aku bagi dia check list pe yang ko suka dan tak suka.. Kalau dia takde kreteria yang ko nak, aku cakap elok-elok untuk tolak...." haha, lawak giler, Mak aih, sampai ke calon2 dia leh nak arrange kan ek...
Dia tolong fahamkan apa yang saya beri faham. Faham-faham sudah ~~~`-`)v



ni plak ubat Mak beri lepas mengadu skang ni jadi tak tahan kulit dengan macam-macam keadaan. (ni mak betul ar, Halimah binti Ngadi..) Mak belikan kat homoephati. Terima kasih, mak. Ni, kawan pun tolong marah2kan mana2 yang tak leh makan dan kena pantang
Skang ni pulak ngah berpantang minuman yang sejuk dan tak elok untuk tekak dan suara . Jumpa doktor, diberi antibiotik, datang pula sakit yang lain, Sabar je...Jumpa dokor lagi, bagi penghapus ubat antibiotik ni. Kebarangkalian, perut tak tahan ngah dos ubat tu. Allah....ya Syafi...
Panjang la jugak masa nak baik ni. ada dah dalam dua minggu.

cadangan untuk berubat dan mengatasi batuk sudah diikhtiar :
a) Madu. First choice.
b) Air suam dan air masak diminum banyak.
c) Jumpa doktor, minum ubat batuk dan pil sakit tekak
d) Air Asam jawa pesanan pak cik teksi yang prihatin.
{boleh plak ek, dia kata saya gi Karaoke, sebab tu suara serak...Pak cik ni...tak baik tau..}
e) Teh Hijau (dikenali Green Tea) minum di Nescafe Uia
f) Air yogurt Bliss untuk buang antibiotik lama
g) Madu lagi...


 Boleh plak Cik Saidah cakap ubat batuk tu sedap. Mana sedap :p . Pahit ar. minum tu kena malam je, nanti ngantuk. dah lah tak minum pun mengantuk, jadi ambil pil siang untuk batuk tu. bertambah2 la pembelian mentos paling pedas dan dingin.
Akhirnya, saya hentikan makan ubat klinik .
Usaha itu perlu !!! Sabar nisa' !

Dalam kelelahan dan sihat nak sihat ni, saya masih berkesempatan untuk lebih mengenali diri dengan SDS....jumpe kak Uswah. I'm the Persuaders and Helper ! ! ! [ini berdasarkan minat-minat saya tu lah]..Bagus perkara ni, kita akan menumpukan kepada kelebihan kita untuk meningkatkan diri. Cakap ngan dia ngan bahasa melayu je, komunikasi ngan BI or BA, cam tunggang-langgang... :( Seb bek dia faham.



Kelas akhir ngan Ustaz Habeeb. Sleu Arab.

Oreo Arab dibeli ketika menyertai Konvensyen alFatih


-
Belajar History ngan Kak Kimah ngan Kak Najwa, saya tak tahan bila dah kul 12..saya pun tidur..tapi, masuk pe yang diorang bincang dalam tidur saya. haha..Soalan bercambah kepada ummat sekarang? kalau orang dulu sibuk nak buat sesuatu dan bagaimana mereka boleh terfikir untuk buat bangunan dan bina logam yang pelbagai jenis??
 
-jawapan logik saya: mereka rajin berusaha, cuba tengok, mereka korek tanah buat sesuatu dan berusaha menjadikan gangsa dll...usahanya ada. walaupun
mereka tu bukan beragama Islam , janji ALLAH tetap jalan, " Barangsiapa berusaha, Allah beri ganjarannya" .  Allah juga yang MengILHAMkan agar mereka buat ini dan ini. Allah nak tunjukkan sesuatu tamadun tu berkembang dan bergerak sedikit demi sedikit agar manusia dapat berfikir dan mengambil pengajaran daripadanya. Boleh jadi, jika ALLAH berikan sekelepuk /  sekaligus sesebuah negara berteknologi----> manusia jadi lupa diri dan tak menghargai. 
 
Jika kita lihat sekarang, teknologi yang sudah ada bermacam-macam dan canggih ke sana-sini, tapi, kenapa sebuah negara yang punyai manusia yang berkemahiran dan berkebolehan, negaranya tak membangun atau negara yang membangun tapi gejala sosial semakin menjadi-jadi ??? 
 
-faktor sistem negara yang digunakan (eksploitasi orang bawahan...)
-rakyat miskin tak dipeduli, lebih mengajar majunya bangunan dalam negara bukan bangunan rakyat
-manusia itu sendiri yang tidak mahu menuju kepada bertamadun


~ilmu itu penting agar sejarah takkan berulang~

Biskut Tiger yg digemari bersama kaya pandan...nyum nyum... teman sebelum belajar dan sarapan

La tahzan...ada dijual di Kiosk Hafsa.. dulu, ada jugak kat female mosque. Semoga yang makan ni tak bersedih ye..haha~

Eh, bangunan Celpad dah lain....dicat baru..masa ni nak hantar keje sekolah kat bilik ust. Abdurrahman






Akhir Kalam....

Selamat menempuhi peperiksaan. kepada kawan-kawan yang mengambil semester pendek ni. ukirkan kenangan terindah sebelum bercuti ni ye....K. Salam.

Kat umah nanti :

-tolong mak ayah masing-masing walau dengan sekecil2 perkara...contohnya gi buangkan sampah...
kan anak yang baik tu, berbakti pada ibu bapa. Walau sedikit, pasti mereka suka
-tolong juga perkara yang berat. yang anda mampu dan berkebolehan.
-tolonglah apa-apa yang boleh saya dan anda tolong untuk meringankan kerja orang...kalau ada anak saudara tolong dijaga, ada adik ditunjuk ajar pelajaran, ada keluarga diambil berat...

Benda ringkas, tapi tak ramai yang dapat buat sebab terlepas pandang. Sibuk perkara dan program lain, Keluarga yang utama.


 ~Siapa yang mengenali diri, dia mengenali Penciptanya ~
kalau ada sesiap yang nak buat SDS ni, (lihat kelebihan melalui pekerjaan yang diminati, kemahiran, hobi dan lain-lain) anda boleh pergi ke :

*Alumni and Career Services Division 8.00am-5.00pm Monday-Friday
atau ke
* SLEU 26/6/2011 9.00pg-4.00pm>



Jaga DIRI, Jaga HATI, Jaga-jaga dengan hati ! ! ! :)

Monday, June 20, 2011

PENA 73 : Kerana Iman Seorang Gadis

InsyaAllah, hujansakinah akan menitipkan kisah ringkas hidup kekasih Allah setiap selang masa yang sesuai.  Kali ini, cerita yang menarik mengenai pilihan terbaik seorang yang bijak.

Disalin dari penulisan Nawawi Dusuki dalm bukunya "Kisah Ringkas Kehidupan Rasululah s.a.w "


________________________________________________________________________

Seorang dari golongan Ansar yang tidak menarik rupanya serta berbadan pendek, namanya Julaibib. Beliau bukan dari keluarga terkenal maka sukar baginnya mendapatkan jodoh. Beliau suka mendekati wanita dan berbicara dengan mereka, tetapi tidak siapa yang mahu menerimanya sebagai suami atau menantu. Keadaannya ini diketahui oleh baginda Nabi s.a.w an ianya menjadi bahan fikiran baginda kerana manusia yang normal itu harus berumahtangga. Oleh itu, baginda berusaha mencarikan jodoh kepada Julaibib.

    " Wahai fulan, engkau kahwinkan aku dengan anak gadis engkau," kata Nabi s.a.w kepada seorang sahabat.
    " Baik, dengan segala senang hati ! " jawab sahabat itu.
    " Tetapi pinangan ini bukan untuk aku, " kata Nabi lagi.
    " Untuk siapa," tanya sahabat seakan terkejut kerana pada mulanya dia beranggap Nabi yang menginginkan anaknya.
    " Julaibib, " jawab Nabi s.a.w.
    " Ya Rasulullah , (kalau untuk dia) baiklah aku berunding dengan ibunya, " jawab sahabat itu.

Ia pun segera pulang ke rumahnya. Dalam hatinya timbul persoalan bagaimana jika isterinya menolak atau menerima.
Jika menolak pinangan Nabi sudah tentu tidak baik bagi seorang Mukmin. Tetapi menerimanya juga berat, bermenantukan seorang seperti Julaibib akan menjadi pembicaraan orang ramai kerana beliau dianggap lelaki yang tidak laku.

    " Nabi meminang anak gadis engkau," kata sahabat kepada isterinya sesampainya dia di rumah.
    " Baik dan dengan segala senang hati," jawab isterinya.
    " Tetapi bukan untuk baginda," kata sahabat
    " Untuk siapa," tanya isteri
    " Julaibib ! " jawab sahabat.
    " Untuk Julaibib ? aku tidak akan mengahwinkan anakku dengan beliau, sunguh-sungguh , demi Allah! " jawab isteri dengan tegas sekali

    Setelah demikian jawapan isterinya maka segeralah beliau kembali kepada Nabi, tetapi sebelum beliau dapat berbuat sesuatu, telah berlaku kejadian tanpa diduga sama sekali.

    Anak gadisnya telah mendengar pembicaraan kedua ibu bapanya  dan keputusan menolak Julaibib itu sebenarnya menolak ketentuan Rasul.

    "Apakah ayah dan ibu menolak keputusan Rasulullah ? " demikian anak gadis itu bertanya kepada mereka berdua.
    "Beritahu kepada Nabi, aku menerima pinangannya Julaibib, kerana baginda tidak membiarkan aku tersia-sia," selanjutnya gadis itu berkata mendorong bapanya.

Mendengar kata tegas anaknya itu, maka beliau datang menemui Rasulullah dan berkata : " Kehendak engkau diterima."

Nabi s.a.w. pun mengahwinkan Julaibib dengan gadis itu. Sesunggunhya gadis itu mempunyai pandangan jauh serta iman yang tinggi. Beliau tidak memandang tentang rupa yang tidak disukai orang tetapi sebenarnya menghargai ketentuan Nabi atas dirinya.Rasulullah lebih tahu hal ini dan tidak akan membuatnya terhina. Demikian contoh gadis beriman yang menghargai ketentuan agamanya lebih utama.

    " Ya Allah, limpahkanlah keberkatan-Mu ke atas gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan
    hidupnya dalam susah-payah," demikian Nabi mendoakan untuk gadis itu.

Pernikahan diselesaikan kedua mereka dipertemukan oleh Nabi s.a.w. Sesungguhnya kejadian ini sangat besar ertinya sehinggakan ahli sejarah tidak menyebutkan nama gadis itu dan kedua orang tuanya. Ketinggian IMAN gadis itu pada menyambut ketentuan Nabi lebih penting dari nama. Sejarah mengenali kemurnian gadis itu dari doa Nabi s.a.w. untuknya.

Julaibib ini sebenarnya seorang pahlawan unggul walaupun beliau berwajah hodoh. Beliau akhirnya gugur sebagai syahid dalam satu peperangan bersama Nabi dan baginda sendiri ikut sama menyempurnakan jasadnya. Isterinya pula menjadi seorang janda terhormat kemudiannya. Kedua pasangan suami-isteri ini mendapat penghargaan dari Nabi s.a.w., iaitu suaminya kerana keberaniannya dan isteri kerana nilai Imannya
.

Sunday, June 12, 2011

PENA 72: Istikharah Cinta 2 (versi wanita)



Jam di tangan tepat ke arah 10. Bas yang dinanti di Sanggar Kota, Kota Tinggi sudah bersedia memuatkan penumpang untuk menuju ke Kuala Lumpur. Dengan tertib, kakinya melangkah satu persatu mendaki tangga bas. Syarikat Transnasional sangat menjaga kualiti masanya terus memulakan perjalanan, setelah disemak semua penumpang telah memenuhi kerusi masing-masing. Adakalanya, turut terdengar suara-suara yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bas tersebut : bas terlalu lama, pecutan bas yang tak bersesuaian, penghawa dingin tak berfungsi dengan baik dan macam-macam lagi. Apa pun, jika tiada perkhidmatan bas tersebut, sukar juga untuk mnyampaikan diri ke destinasi masing-masing.





Dia memulakan doa musafir dengan kumat-kamit mulutnya, perlahan beriringan di dalam hatinya sambil zikir dan selawat berselingan menenangkan hati. Kerisauan dirinya yang tidak lama lagi akan menjadi permaisuri hati si putera  kekadang menyebabkan dia tertanya, 'Adakah aku benar-benar telah bersedia?' 'Adakah aku layak untuknya?' 'Adakah pilihan waktu ini tepat seusiaku?' . Hanya keredhaan Allah diharapkan dalam setiap pemilihan kehidupannya.

Sugul gadis bersebelahannya, tiba-tiba si gadis menegur. " Akak, belajar atau bekerja?" " Akak belajar. Sedang menyiapkan Master, InsyaAllah."
"adik? belajar lagi?" "Ya, belajar lagi."
"Rumah adik di mana?", dia terus ramah bertanya. Kelihatan sepertinya si gadis itu ada sesuatu ingin dikongsi.  Mungkin dia yang bertudung labuh dan murah senyuman, menguatkan rasa percaya si gadis untuk berkongsi masalah dengannya. "Rumah saya di Air Tawar 4" " Oh. dekat je"

"Kak, kadang hidup ni, tak semua yang kita impikan kita dapat kan? Akak dapat tak semua yang akak nak?"
"Betul, dik. Semua yang akak nak tak delah dapat semua. Tapi, akak cuba bersyukur atas setiap apa yang akak dapat."



"Kak, sebenarnya, akak nak tau tak. Saya ada minat kat seorang lelaki ni. Dia pendidik saya. Dulu, dia mengajar saya di INSTEDT. Saya sukaaa.. sangat kat dia." lama terdiam,tiba-tiba, si gadis mengalirkan air mata.
Dia terkejut, kenapa tiba-tiba si gadis menangis. Apa salahnya suka pada seorang lelaki, itu fitrah. "Kenapa dik? Dia tahu tak, adik sukakannya?"
"dia...dia tak tahu. . . Saya malu nak beritahu. Namanya Abu Bakar. Saya tertarik kepadanya sebab dia sangat menjaga hubungannya dengan pelajar, setiap kali sebelum bermula kelas dia mesti mengajak pelajar-pelajar muslim agar sama-sama membaca al-Fatihah dan berdoa moga diterangkan hati. Segi luarannya, molek pekerti. "

Terkedu dia bila mendengar nama 'Abu Bakar' , tapi, cuba bersangka baik, bukan seorang sahaja yang bernama Abu Bakar di Instedt itu.

Si gadis terus bercerita dengan lengkapnya satu persatu mengenai lelaki idamannya itu. Diamati betul-betul asal-usul lelaki tersebut, beliau dari Barat Malaysia. Argh ! memang yang diceritakan ini tunangannya dan bakal suaminya sebulan lagi, "Abu Bakar bin Sulaiman. Dia cuba menyusun ayat untuk menyatakan hal yang sebenar tanpa emosi.

Lima minit lagi bas akan menghampiri Restoran Jaya, Machap, tempat singgahan pertama bas sebelum meneruskan perjalanan. Sudah panjang lebar kisah yang diluahkan seolah teman yang sudah laam yang tak berjumpa. Melihatkan si gadis begitu seronok dan lega apabila bercerita, dia biarkan sahaja. Setelah keadaan reda, si gadis berkata : "Kak, saya bercerita panjang betul, saya tak tahu kenapa saya senang bercerita kepada akak..." ,senyum terukir di bibirnya. Lumrah seorang wanita, sering ingin didengari masalahnya, bukannya memerlukan penyelesaian dari mulut si pendengar. " Takpe la dik, akak sedia mendengar."

Dia cuba menyusun bicara sebaiknya, " Dik, kalau akak beritahu, adik jangan terkejut ya? " "Kenapa kak? Kalau akak nak bercerita, saya pun sedia mendengar. Kan akak dah dengar cerita saya. " " Sebenarnya...Sebenarnya, lelaki yang adik minat tu,..dialah tunangan akak. Kami akan melangsungkan perkahwinan sebulan lagi" . Merah padam wajah si gadis tadi, entah menahan malu atau terkejut, mungkin juga bercampur baur rasa bersalah. Mana mungkin dia tersalah meluahkan, kepada bakal isteri lelaki idamannya pula. Meluncur laju maafnya, "Kak, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak tahu pun dia tunang akak. Patutlah saya senang je nak cerita kat akak. Rupanya, Allah nak beritahu saya, dia sudah dimiliki. Akak, saya minta maaf sekali lagi. " Dia cuba mengukir senyum, dia juga rasa bersalah, terpaksa berterus-terang. Tetapi, jika tidak diterangkan, kasihan si gadis masih menantikan lelaki tersebut. Pertemuan hari itu betul-betul bersejarah. Sekurang-kurangnya hal sedemikian dapat diselesaikan sebelum urusan pernikahan. Jika dia ingin mendapatkan penjelasan pun, boleh terus kepada tunangannya. Bukankah tempoh pertunangan itu sesi perkenalan. Banyak lagi yang dia belum tahu tentang bakal suaminya.
 "Takpe dik, sekurang-kurangnya akak dapat menjelaskan duduk perkara sebenar. Kasihan adik jika akak tak beritahu tentang perkara ini." "kak, akak jangan marahkann dia ya, saya yang sukakannya. dia tak tahu pun. Saya yang bersalah, kak" "
Akak faham. Tak lah, akak tak marahkan dia." ...

Bas berhenti betul-betul berhadapan dengan pintu masuk restoran. Dia mengajak si adik turun. Masa rehat diberikan selama 30 minit. Mereka beriringan jalan. Dia terfikir, "kalau nak Dhuha, sempat jugak ni." lalu dia pun bersuara," dik, adik pergilah tempah dulu, akak nak gi surau kejap, ye"
"eh, akak nak solat ke? belum masuk Zuhur kan, kak? baru 11.00pagi." "Belum Zuhur,dik. Ada masa sedikit ni, nak ucap syukur pada Allah. Mohon perjalanan kita selamat.", tuturnya sambil tersenyum lebar. "Oh, ok lah kak. saya tempah dulu. Akak, nak tempah apa? saya tolong tempahkan sekali." "em, bihun sup pun ok jugak" si gadis tadi hanya mengangguk perlahan.

Si gadis duduk di kerusi hijau dalam restoran tersebut sambil menunggu kuah sup sedikit sejuk. Lagu Maher Zain "insya Allah" terus diulang-ulang oleh si tukang kedai kaset dan Cd. Inilah masanya si tukang kedai nak mempromosi kepada pelanggan. Ramai juga yang pergi menjengah lagu-lagu yang sedang menaik saat ini.  Hati gadisnya terusik, "ini benar-benar insyaAllah, ya Allah, aku yakin, akan datang suatu masa yang tepat dan calon yang tepat buatku". Memang patut pun kakak tadi dengan Encik Abu Bakar, dia baik, akak tu pun baik. Janji Allah memang tak pernah dimungkiri" . Sedikit sebanyak gaya kakak tadi tertempias pada hatinya.

Di surau sana, dia mendoakan si gadis agar dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. Syukur atas pertemuan hari ini. syukur dia dapat menjelaskan sebaiknya kepada adik tersebut.
Rupanya, penjelasan tadi semakin melapangkan hatinya dan hati si gadis. Ia semakin merapatkan hubungan saudari semuslim.

Kehidupan membina sebuah bahtera perkahwinan itu adalah dalam memilih teman hidup  terbaik agar melengkapkan lagi amal sebagai hamba-Nya serta tidak membiarkan kapal karam dalam perjalanan. Moga kehidupan itu akan menjadi saksi terbaik dan terus menjadi peneman di syurga destinasi terakhirnya.



terima kasih. sekadar ceritera yang diedit dari kisah seorang wanita. moga ada manfaatnya.
Hujansakinah
Sering penjelasan itu membawa kebaikan. berkata benarlah , walaupun ia pahit. Berkata benarlah kerana, akan tiba masanya, hati yang keras, akan lembut untuk menerima.

Sejak akhir-akhir ini kisah versi cinta yang ter'idea' di minda, disebabkan tempias majlis pertunangan dan perkahwinan kawan-kawan terdekat. Bau gulai kawah mewangi di sini, lagu 'Selamat Pengantin Baru' merdu kedengaran.Ya Allah, permudahkanlah dan berkatilah pasangan mempelai ini. :)

Tuesday, June 7, 2011

PENA 71 : Istikharah Cinta



Dia menunduk wajah memandang ke lantai. Lama . Apa yang difikirkan melayang ke mana. Tiba-tiba, dia dihinggap rasa bersalah. Tapi, kepada siapa? mengapa? Ya Allah, baru dia sedar . Allah, dipohoni keampunan akan kelalaian hatinya. Cepat benar memikirkan yang tidak-tidak.

Malunya dia kepada Allah. Sering dia leka, masih dibantu, masih ditunjuk mana jalan yang perlu dituntuni...Padahal, dia selalu mengabaikan panggilan-Nya..melewatkan suruhan-Nya. Dia rasa tak layak untuk menerima petanda awal tersebut. Maha Baiknya Allah. Dia bimbang andai apa yang diterima itu sebagai amaran Allah. Dia berpatah balik ke sisi positif, ini sebagai ingatan Allah agar dia kembali bersama-Nya. Sayangnya Allah dengan kehadiran ujian-ujian itu. agar dia lebih dekat..agar lebih muhasabah..agar lebih fokus pada tujuan hidupnya..
Pencinta mana yang tak cemburu pada kasih yang yang diberi terbelah sana dan sini. Allah Cinta utama. Realisasikannya dalam kehidupan kita.

Telefon bimbit di atas meja dicapai segera.
Dia menekan punat telefon bimbitnya menghantar khidmat pesanan ringkas kepada temannya. mohon komen daripada apa yang ditimpanya kini. Setelah bertanya khabar dan berbasa-basi, soalan pertama mencipta butir persoalan. "Apa yang harus aku lakukan? Si dia sudah berjanji pada lelaki lain untuk kehidupan lebih panjang selepas ini? adakah harus aku menantikan dia? "
Temannya, menjawab tenang, " Jika sudah dia berjanji, mengapa pula harus ditunggu lagi, ramai lagi insan yang boleh kaucari " jawapannya bukan tiada empati, tetapi, itu jawapan rasional, mengajak teman yang ditimpa persoalan agar lebih rasional dalam menangani emosi.

"Tetapi, aku belum putus asa untuk menunggu dia. Dia pernah berjanji, agar aku menyuntingnya setelah tamatnya pengajian. Ya, aku menanti dan pegang pada kata-katanya. "
"Teman, ada apa pada janji manusia, jika ketentuan Allah itu lebih menandingi. ya, jika kau berpegang pada janji tersebut, tapi, dia buat tak endah dan sekadar memuaskan hatimu pada saat itu, apa gunanya? Bukankah sekadar lelah dan resah yang kau sunting sehingga kini tanpa jawapan pasti? sekiranya kau tahu, yang namanya perempuan itu, sulit perasaannya untuk ditafsir, dia sukar memilih selagi belum ada yang pasti di hadapannya. Lebih sulit, jika dia ada dua pilihan. Kadang, dia merasa dia hebat kerana dikejar. Tapi, bukan tujuanku untuk memburukkannya, sekadar kebiasaan orang, bila dia disukai, begitulah lazimnya... Kau harus berfikiran matang dalam soal ini... Jika dia katakan dia pegang pada janjinya, boleh jadi, dia lebih memilih untuk pada janji pertama, iaitu dengan lelaki yang pertama "

"Bagaimana untuk aku katakan perasaan ini? sebelum ini, belum pernah kurasai. Tika aku menemuinya inilah rasa yang asing bagiku."
" Itulah lumrahnya...cuba kau senaraikan padaku apa sebab-sebab kau menyukainya? Aku lihat dia seperti orang biasanya. Adakah kau hanya tertarik pada wajah mulusnya?"

"Ya, begitulah nampaknya. Memang sebab pertama kerana wajahnya."
"Wajahnya persis warga luar negara? erm?"

"Ya, tapi itu bukan soal utama. Yang penting, sekarang, aku memang menyukainya.."
"Baiklah, jika begitu, biarkan tenang jiwamu dalam larut malam ini. Cuba, lupakan sebentar soal dia yang kau sukai. Esok, mula kau bersolat pohon petunjuk Tuhan, apa kau buat ini pilihann yang benar atau tidak. Aku juga tidak tahu, apa yang terbaik untukmu. Aku sekadar mendengar dan menasihati apa yang mampu."

"Tak boleh mula solatnya malam ini?"
"Bukan tidak boleh, tapi, aku tahu, jiwamu malam ini masih bercelaru, memikirkannya dan terus memikirkannya. Seolah pinanganmu ditolak. Padahal, kaubelum cuba lagi menutur kata padanya. Benar tak?"

"Ya, memang aku masih terus memikirkannya setelah jawapan yang diberi agar aku tak menantinya..bagaimana mungkin? aku sudah separuh hidup menunggu waktu habis pengajian, dia boleh  pula mengatakan begitu? "

" Sudah-sudah lah tu, kan sudah aku katakan, rehatkan dulu. Kau sudah tahu begitu jawapannya, sabar ya. Cari punca kau menyukainya. Jika esok kau berkesempatan bertemunya, cuba kau nyatakan hasrat hatimu untuk memperisterikannya. Tanyakan dan cuba dulu. Tapi, jika belum berani, nantikan dahulu jawapan Tuhan, ya."

"Baiklah. terima kasih kerana mendengar kisah aku. Aku cuba untuk beristikharah dengan keadaan hatiku tenang. Moga petunjuk-Nya membuatkan aku lebih tenang."
"InsyaAllah, Yakinlah, Allah pasti menyediakan yang terbaik buat hamba-Nya. Tinggal hanya kau perlu usaha dan  yakin. "

"Terima kasih sekali lagi"
"Sama-sama. Moga Allah memudahkan urusanmu"


___________________________________________________________________

Kisah ini diambil dalam cebisan kehidupan seorang remaja. Apakah yang dikatakan solat istikharah? 

Solat istikharah adalah solat memohon petunjuk dari Allah. Bukan sahaja dalam memohon petunjuk apabila kebuntuan dalam memilih soal jodoh, tetapi juga dalam kebuntuan masalah yang lainnya seperti memohon pilihan yang terbaik antara dua yang terbaik, contohnya, kebuntuan dalam memilih institut pengajian tempat menuntut, memilih Kos yang terbaik mengikut kemampuan diri, memilih waktu terbaik untuk menyambung pengajian, memilih tender dalam pekerjaan, memilih pemimpin yang terbaik pada sesebuah kawasan...dan sebagainya... 

Perluaskan skop tentang sandaran kepada Tuhan. Nanti kita benar-benar sedar, bahawa hidup ini, begitu dekat dengan Tuhan. Dia yang menyukarkan , dia juga memudahkan. Jadi. pilihlah yang lebih mudah, kerana, kekasih ummat ini (Nabi s.a.w) sentiasa memilih yang lebih mudah di antara dua urusan pekerjaannya. Mengapa perlu disusahkan kehidupan, andai sudah terbentang jalan mudah dan cepat serta selamat sampai?? 

Semoga pilihan yang dibuat adalah yang terbaik buat diri, keluarga , agama,  masyarakat dan negara buat masa ini dan akan datang, dunia dan akhirat. Amin.


Sebuah hadiah buat kalian..Istikharah cinta:



Bersaksi cinta di atas cinta
dalam alunan tasbih ku ini
menerka hati yang tersembunyi 
berteman di malam sunyi penuh doa~


sebut namamu  terukir merdu
tertulis dalam sajak dan cinta
tetap kau pilihan sebagai teman
kekal abadi di akhir zaman~1

istikharah cinta memanggilku
memohon petunjukmu
satu nama teman setia naluriku berkata
di penantian luahan rasa teguh satu pilihan
menusuk  separuh nafasku
dalam maha perindu

uhhhh...di istikharah cinta




Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma

Istikharah Cinta



Friday, June 3, 2011

PENA 70 : Dua

Maka, bersambunglah kisah....Satu.


"UIA, KO TUNGGU AKU JEJAK SANA" "AKU DAH DAPAT KECEMERLANGAN DARI UIA>>>"
  -------

Sebaik melihat slip keputusan SPM 2006, entah dari mana datangnya  air mata menitis..haru aku tak tersangka keputusan sebegitu...aku ngan kawan-kawan time tu pergi naik bas tambang, semata-mata nak tengok result. kitorang sambut kegembiraan dengan 'air batu campur' ...so sweet..:) (takde bajet banyak time ni..)

Sir Bahrin pun tak sangka aku dapat keputusan tu..
sebab..ada banyak 'G' kot kat Trial Spm...hmmm..
ha..ni bukan cerita ke'ajaib'an..tapi..ini kisah kesedaran..
setelah mendapati kelemahan dalam satu2 subjek..:
 -ditambah usaha yang lebih dan penumpuan kepada subjek tersebut..
 -banyakkan baca 'bahasa' berkaitan..
 -buat pembetulan setiap kesalahan
 -walaupun tak faham dalam kelas..elakkan tido...elakkan 'berbual'...(ramai la jugak yang tergoda dgn hasutan syaitan..)..mase tu, aku cuba jugak fahamkan..
sebab teringat kisah dulu masa SMA..

* takdelah faham sangat belajar Adab Nusus..tapi, berkat dengar dan penumpuan sepenuhnya dalam kelas..Allah bantu jugak  untuk jawab...jadi, tergolonglah dalam pelajar 'LULUS' masa ni.. Syukur sangat...dan syukur dapat lulus. sebab ada dalam 5 hingga 10 orang je kot yang lulus daripada 90 orang...disebabkan Insya' atau Adab tak lulus.. macam pelik..Insya'? erm....mesti ada kesilapan penandaan dan pemarkahan... Tapi, pihak sekolah tak boleh buat apa, setelah gi ke jabatan berkenaan, begitu jugalah keputusannya... majoriti batch'06 amik semula (tampal subjek SMA dan buat SMA) masa dah dekat ngan SPM.. akademik dan arab yang saling 'bergaduh' dah jadi kebiasaan di sekolah-sekolah Arab...

kami hanya mampu mendengar bantahan-bantahan tersebut...apa yang penting, semua dah boleh fikir apa yang tebaik untu masa hadapan.. guru-guru hanya memberikan pandangan dan pilihan.
 ......

Seterusnya belajar dalam silibus STAM...menanti dan menanti..kelemahan dibaiki...dan Alhamdulillah..


* Memang keputusan istikharah bukan sahaja bersandarkan kepada mimpi semata-mata..bukan kepada kecenderungan semata-mata..tetapi, kita cuba memikirkan secara rasionalnya dengan sebaiknya .*

Jadi, cuba sedaya me'neutral'kan segala perasaan dan bia'h ketika hendak membuat keputusan untuk ke DQ atau universiti .


Perasaan dan 'rasa' seorang emak itu lebih mendahului buat si anak. Bila mak kata, 'tunggu je U..'
mak pun pernah cakap, di suatu ketika aku yakin akan dapat UTM, Skudai...lalu aku beritahu mak, :
'erm, nanti dapat UTM senang la sikit Icak nak balik...'
mak: 'belum tau lagi. mane lah tau dapat duduk KL..'
'alah...mak jangan la doakan orang duk jauh..orang nak selalu balik... :( '
mak:'bukan doa, kan tu semua belum tau lagi..'


masa ni, dah tak seceria dan tak duduk diam..entah dapat entah tidak U...

Sahabat-sahabat dari anak Johor DQ, cuba memberikan semangat tika aku keliru membuat keputusan..aku menceritakan punca2 tersebut..mereka sanggup menelefon dari jauh. macam mana mereka tau aku dapat DQ? (owh...ada slip senarai pelajar yang mereka update..)

dan akhirnya...

'menangis' lagi...sebab macam 'tak rela' untuk pulangkan semula 'kertas perjanjian dan akuan DQ'..(tak masuk lah ke sana...
macam kelakar..tapi inilah realiti. dalam masa yang sama cuba pupuk redha dan sabar. sebab, seorang muslim yang sabar dan redha ketika ditimpa ujian (keinginan tak seiring ketentuan), akan ada balasan baik di sisi Allah. Allah..." Nisa' , Yakinlah ! ! !"

Ustaz nazri pun pernah cakap, masa 2,3 hari sebelum keputusan UPU dikeluarkan..
'enti nanti kalau masuk UIA, sambunglah lagi tahfiz..'
tau tak, masa ni belum dapat keputusan tau..
aku jadi tercengang...'Ustaz, belum lagi dapat keputusan UPU. kenapa ustaz cakap saya dapat UIA plak?'
'eh, yeke...entah. macam dapat UIA je...' ustaz kata cam tu.

Ustaz lagi sorang kata , " Nisa', nanti kalau dapat masuk UIA, sama la ngan adik ustaz. adik ustaz ada kat sana. Dia amik  Law.."

Wahai Ustaz2 yang dirahmati Allah..'rasa' kalian itu sangat lah berkaitan dengan hidupku...keluarnya keputusan UPU hanya membuatkan aku 'ketawa' ..mana tak nya..apa yang mereka cakap sebelum ni jadi kenyataan...Maha Suci Allah..

MOga dengan jalan yang dipilih, ada pebagai perkara baru yang kuperoleh...
 ---------------------------------------------

surat dan segala urusan pembayaran UIA dibantu oleh ahli kelurga, jiran, sahabat dan lain2.
surat tawaran uia takde pun sampai kat umah...sedih giler..kawan2 yg dapat U lain cam USIM UUM UDM UTM...semua ada surat..plak tu Bahasa Melayu...aku? tak depun...nak tengok..pi lah tengok kat internet..baca banyak kali..ada banyak yang aku tak faham..So, mintak tolong kat abang ipar (abg Samad) translate apa yang UIA suh masa tu...

haha...
Rupanya..
nanti Taaruf Week..bawak kain warna putih..tudung putih...

Buat akaun Bank Muamalat...ni, gi ngan arwah abah n abang2 aku...Bank Muamalat kat Kota Tinggi takde ye...Kat Kulai mmg ada, tapi tak tau kat belah mana dia duduk..


Kami ke Johor (JB)..Abang Juki kat sana..dia tau lah kedudukan bank kat mana. Ayun (abg no.2) bawakkan ke sana. Kan abah dah tak larat... tapi abah nak ikut..abah nak uruskan apa tah masa tu, tak ingat...
ingat lagi, hari tu hari Jumaat.. Sabtu dah gi Pontian..daftar bile ye??
abg Juki amik aku bersama mak, abah..gi umah K.Long..abah yang betul2 semangat masa ni...kenapa singgah Pontian? sebab nak amik beg tarik..dan transit situ, biar dekat sikit nak ke Muar. Abah perlu rehat yang banyak.. Abah masa ni betul2 kuatkan hati nak ikut...
Takdir ALLAH...sampai je kat umah Kak Long...Abah kepenatan..kakinya minta diurut...sampai ke petang hari, nak transit ke Muar pulak...(umah Kak Awa..)..aku gerak ngan abang Juki je. Sedih la jugak..Mak Abah tak dapat hantar masuk U kali pertama....
Masa tu, tabahkan muka...(tak mau nangiss...) biar abah tak sedih sebab tak dapat hantar. 'InsyaAllah, Abah boleh gi nanti kalau icak Konvo' (tapi, kenapa seolah kata-kata tu tak kuat tertanam dalam hati. kenapa hati rasa....sempat tak abah tengok aku konvo??...)

Bermalam di Muar, Perjalanan ke Gombak dipandu arah oleh panggilan ke talian pak-cik2 (abg2 Rahmah)...Rahmah pun dapat UIA..sejak duk Maahad..kami dah satu sekolah..skang satu U plak ... Abang Samad memang la dah selalu kat KL..tapi selalu kawasan UKM la.. UIA tak tau sangat... dalam keta masa tu cume 3 orang je. bercampur-baur perasaan masa tu...ada suka, berdebar, sedih, entah apa lagi....Realitinya, aku ke UIA tanpa mak dan abah. Syukur dan syukur,  masih ada ahli keluarga peneman.. dengarnya, ada jugak rakan-rakan yang hanya menumpang jirannya (jiran pun dapat  UIA), keluarga mereka tak dapat mengiringi...




Tu semua tak penting sangat..yang penting...belajar sungguh2...kaut segala ilmu dan kecemerlangan hidup....aku cuba lagi menguatkan diri..

Hujansakinah : kejayaan yang ditempa bukan hanya dengan satu usaha yang kecil. berusahalah secara berterusan tanpa ada jemu. biarlah kejemuan pada 'kemalasan' lahir dari insan ini. jemu dan penat untuk melakukan kejahatan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...