Jam di tangan tepat ke arah 10. Bas yang dinanti di Sanggar Kota, Kota Tinggi sudah bersedia memuatkan penumpang untuk menuju ke Kuala Lumpur. Dengan tertib, kakinya melangkah satu persatu mendaki tangga bas. Syarikat Transnasional sangat menjaga kualiti masanya terus memulakan perjalanan, setelah disemak semua penumpang telah memenuhi kerusi masing-masing. Adakalanya, turut terdengar suara-suara yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bas tersebut : bas terlalu lama, pecutan bas yang tak bersesuaian, penghawa dingin tak berfungsi dengan baik dan macam-macam lagi. Apa pun, jika tiada perkhidmatan bas tersebut, sukar juga untuk mnyampaikan diri ke destinasi masing-masing.
Dia memulakan doa musafir dengan kumat-kamit mulutnya, perlahan beriringan di dalam hatinya sambil zikir dan selawat berselingan menenangkan hati. Kerisauan dirinya yang tidak lama lagi akan menjadi permaisuri hati si putera kekadang menyebabkan dia tertanya, 'Adakah aku benar-benar telah bersedia?' 'Adakah aku layak untuknya?' 'Adakah pilihan waktu ini tepat seusiaku?' . Hanya keredhaan Allah diharapkan dalam setiap pemilihan kehidupannya.
Sugul gadis bersebelahannya, tiba-tiba si gadis menegur. " Akak, belajar atau bekerja?" " Akak belajar. Sedang menyiapkan Master, InsyaAllah."
"adik? belajar lagi?" "Ya, belajar lagi."
"Rumah adik di mana?", dia terus ramah bertanya. Kelihatan sepertinya si gadis itu ada sesuatu ingin dikongsi. Mungkin dia yang bertudung labuh dan murah senyuman, menguatkan rasa percaya si gadis untuk berkongsi masalah dengannya. "Rumah saya di Air Tawar 4" " Oh. dekat je"
"Kak, kadang hidup ni, tak semua yang kita impikan kita dapat kan? Akak dapat tak semua yang akak nak?"
"Betul, dik. Semua yang akak nak tak delah dapat semua. Tapi, akak cuba bersyukur atas setiap apa yang akak dapat."
"Kak, sebenarnya, akak nak tau tak. Saya ada minat kat seorang lelaki ni. Dia pendidik saya. Dulu, dia mengajar saya di INSTEDT. Saya sukaaa.. sangat kat dia." lama terdiam,tiba-tiba, si gadis mengalirkan air mata.
Dia terkejut, kenapa tiba-tiba si gadis menangis. Apa salahnya suka pada seorang lelaki, itu fitrah. "Kenapa dik? Dia tahu tak, adik sukakannya?"
"dia...dia tak tahu. . . Saya malu nak beritahu. Namanya Abu Bakar. Saya tertarik kepadanya sebab dia sangat menjaga hubungannya dengan pelajar, setiap kali sebelum bermula kelas dia mesti mengajak pelajar-pelajar muslim agar sama-sama membaca al-Fatihah dan berdoa moga diterangkan hati. Segi luarannya, molek pekerti. "
Terkedu dia bila mendengar nama 'Abu Bakar' , tapi, cuba bersangka baik, bukan seorang sahaja yang bernama Abu Bakar di Instedt itu.
Si gadis terus bercerita dengan lengkapnya satu persatu mengenai lelaki idamannya itu. Diamati betul-betul asal-usul lelaki tersebut, beliau dari Barat Malaysia. Argh ! memang yang diceritakan ini tunangannya dan bakal suaminya sebulan lagi, "Abu Bakar bin Sulaiman. Dia cuba menyusun ayat untuk menyatakan hal yang sebenar tanpa emosi.
Lima minit lagi bas akan menghampiri Restoran Jaya, Machap, tempat singgahan pertama bas sebelum meneruskan perjalanan. Sudah panjang lebar kisah yang diluahkan seolah teman yang sudah laam yang tak berjumpa. Melihatkan si gadis begitu seronok dan lega apabila bercerita, dia biarkan sahaja. Setelah keadaan reda, si gadis berkata : "Kak, saya bercerita panjang betul, saya tak tahu kenapa saya senang bercerita kepada akak..." ,senyum terukir di bibirnya. Lumrah seorang wanita, sering ingin didengari masalahnya, bukannya memerlukan penyelesaian dari mulut si pendengar. " Takpe la dik, akak sedia mendengar."
Dia cuba menyusun bicara sebaiknya, " Dik, kalau akak beritahu, adik jangan terkejut ya? " "Kenapa kak? Kalau akak nak bercerita, saya pun sedia mendengar. Kan akak dah dengar cerita saya. " " Sebenarnya...Sebenarnya, lelaki yang adik minat tu,..dialah tunangan akak. Kami akan melangsungkan perkahwinan sebulan lagi" . Merah padam wajah si gadis tadi, entah menahan malu atau terkejut, mungkin juga bercampur baur rasa bersalah. Mana mungkin dia tersalah meluahkan, kepada bakal isteri lelaki idamannya pula. Meluncur laju maafnya, "Kak, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak tahu pun dia tunang akak. Patutlah saya senang je nak cerita kat akak. Rupanya, Allah nak beritahu saya, dia sudah dimiliki. Akak, saya minta maaf sekali lagi. " Dia cuba mengukir senyum, dia juga rasa bersalah, terpaksa berterus-terang. Tetapi, jika tidak diterangkan, kasihan si gadis masih menantikan lelaki tersebut. Pertemuan hari itu betul-betul bersejarah. Sekurang-kurangnya hal sedemikian dapat diselesaikan sebelum urusan pernikahan. Jika dia ingin mendapatkan penjelasan pun, boleh terus kepada tunangannya. Bukankah tempoh pertunangan itu sesi perkenalan. Banyak lagi yang dia belum tahu tentang bakal suaminya.
"Takpe dik, sekurang-kurangnya akak dapat menjelaskan duduk perkara sebenar. Kasihan adik jika akak tak beritahu tentang perkara ini." "kak, akak jangan marahkann dia ya, saya yang sukakannya. dia tak tahu pun. Saya yang bersalah, kak" "
Akak faham. Tak lah, akak tak marahkan dia." ...
Bas berhenti betul-betul berhadapan dengan pintu masuk restoran. Dia mengajak si adik turun. Masa rehat diberikan selama 30 minit. Mereka beriringan jalan. Dia terfikir, "kalau nak Dhuha, sempat jugak ni." lalu dia pun bersuara," dik, adik pergilah tempah dulu, akak nak gi surau kejap, ye"
"eh, akak nak solat ke? belum masuk Zuhur kan, kak? baru 11.00pagi." "Belum Zuhur,dik. Ada masa sedikit ni, nak ucap syukur pada Allah. Mohon perjalanan kita selamat.", tuturnya sambil tersenyum lebar. "Oh, ok lah kak. saya tempah dulu. Akak, nak tempah apa? saya tolong tempahkan sekali." "em, bihun sup pun ok jugak" si gadis tadi hanya mengangguk perlahan.
Si gadis duduk di kerusi hijau dalam restoran tersebut sambil menunggu kuah sup sedikit sejuk. Lagu Maher Zain "insya Allah" terus diulang-ulang oleh si tukang kedai kaset dan Cd. Inilah masanya si tukang kedai nak mempromosi kepada pelanggan. Ramai juga yang pergi menjengah lagu-lagu yang sedang menaik saat ini. Hati gadisnya terusik, "ini benar-benar insyaAllah, ya Allah, aku yakin, akan datang suatu masa yang tepat dan calon yang tepat buatku". Memang patut pun kakak tadi dengan Encik Abu Bakar, dia baik, akak tu pun baik. Janji Allah memang tak pernah dimungkiri" . Sedikit sebanyak gaya kakak tadi tertempias pada hatinya.
Di surau sana, dia mendoakan si gadis agar dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. Syukur atas pertemuan hari ini. syukur dia dapat menjelaskan sebaiknya kepada adik tersebut.
Rupanya, penjelasan tadi semakin melapangkan hatinya dan hati si gadis. Ia semakin merapatkan hubungan saudari semuslim.
Kehidupan membina sebuah bahtera perkahwinan itu adalah dalam memilih teman hidup terbaik agar melengkapkan lagi amal sebagai hamba-Nya serta tidak membiarkan kapal karam dalam perjalanan. Moga kehidupan itu akan menjadi saksi terbaik dan terus menjadi peneman di syurga destinasi terakhirnya.
terima kasih. sekadar ceritera yang diedit dari kisah seorang wanita. moga ada manfaatnya.
Hujansakinah:
Sering penjelasan itu membawa kebaikan. berkata benarlah , walaupun ia pahit. Berkata benarlah kerana, akan tiba masanya, hati yang keras, akan lembut untuk menerima.
Sejak akhir-akhir ini kisah versi cinta yang ter'idea' di minda, disebabkan tempias majlis pertunangan dan perkahwinan kawan-kawan terdekat. Bau gulai kawah mewangi di sini, lagu 'Selamat Pengantin Baru' merdu kedengaran.Ya Allah, permudahkanlah dan berkatilah pasangan mempelai ini. :)
:)
ReplyDeleteteruskan usaha cik adik manis!! kak boleh bayangkan nisa' yg bercerita.. :)
kak Qila pun duduk diam mendengar ..hehe..
ReplyDelete~kisah 2 orang wanita~
fuh...yg membaca pun berderau darahye.. thanks for sharing :-) tp honestly aku ingat crita ni tentang ko.. hehe :p
ReplyDeletekisah wanita weh...aku dengar cerita ni. so, aku tulis la...nak kata takdir Allah tu, dah temukan dengan org yg betul...terus jelas segalanya... Alhamdulillah, orang tu dah beranak-pinak pun... :)
ReplyDelete