Wahai Tuhanku Yang Esa.
Tika mengenang Ghafar-Mu.
Putus asa tiada lagi.
Semangatku pulih semula.
Harapanku subur kembali.
Ujian menimpa menekan di jiwa.
Tak sanggup meneruskan perjuanganku.
Mehnahmu itu penghapus dosaku.
Mengganti hukuman-Mu di akhirat:.
pada-Mu daku bermohon
moga syukurku bertambah.
Ya allah,Tuhanku! bantulah diriku agar dapat membentuk jiwa yang murni.
.:tetapkanlah hati kami di jalan-Mu:.
AyaT SakinaH
Al-Fath : 4.
هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم
ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما
(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dia menunduk wajah memandang ke lantai. Lama . Apa yang difikirkan melayang ke mana. Tiba-tiba, dia dihinggap rasa bersalah. Tapi, kepada siapa? mengapa? Ya Allah, baru dia sedar . Allah, dipohoni keampunan akan kelalaian hatinya. Cepat benar memikirkan yang tidak-tidak.
Malunya dia kepada Allah. Sering dia leka, masih dibantu, masih ditunjuk mana jalan yang perlu dituntuni...Padahal, dia selalu mengabaikan panggilan-Nya..melewatkan suruhan-Nya. Dia rasa tak layak untuk menerima petanda awal tersebut. Maha Baiknya Allah. Dia bimbang andai apa yang diterima itu sebagai amaran Allah. Dia berpatah balik ke sisi positif, ini sebagai ingatan Allah agar dia kembali bersama-Nya. Sayangnya Allah dengan kehadiran ujian-ujian itu. agar dia lebih dekat..agar lebih muhasabah..agar lebih fokus pada tujuan hidupnya..
Pencinta mana yang tak cemburu pada kasih yang yang diberi terbelah sana dan sini. Allah Cinta utama. Realisasikannya dalam kehidupan kita.
Telefon bimbit di atas meja dicapai segera.
Dia menekan punat telefon bimbitnya menghantar khidmat pesanan ringkas kepada temannya. mohon komen daripada apa yang ditimpanya kini. Setelah bertanya khabar dan berbasa-basi, soalan pertama mencipta butir persoalan. "Apa yang harus aku lakukan? Si dia sudah berjanji pada lelaki lain untuk kehidupan lebih panjang selepas ini? adakah harus aku menantikan dia? "
Temannya, menjawab tenang, " Jika sudah dia berjanji, mengapa pula harus ditunggu lagi, ramai lagi insan yang boleh kaucari " jawapannya bukan tiada empati, tetapi, itu jawapan rasional, mengajak teman yang ditimpa persoalan agar lebih rasional dalam menangani emosi.
"Tetapi, aku belum putus asa untuk menunggu dia. Dia pernah berjanji, agar aku menyuntingnya setelah tamatnya pengajian. Ya, aku menanti dan pegang pada kata-katanya. "
"Teman, ada apa pada janji manusia, jika ketentuan Allah itu lebih menandingi. ya, jika kau berpegang pada janji tersebut, tapi, dia buat tak endah dan sekadar memuaskan hatimu pada saat itu, apa gunanya? Bukankah sekadar lelah dan resah yang kau sunting sehingga kini tanpa jawapan pasti? sekiranya kau tahu, yang namanya perempuan itu, sulit perasaannya untuk ditafsir, dia sukar memilih selagi belum ada yang pasti di hadapannya. Lebih sulit, jika dia ada dua pilihan. Kadang, dia merasa dia hebat kerana dikejar. Tapi, bukan tujuanku untuk memburukkannya, sekadar kebiasaan orang, bila dia disukai, begitulah lazimnya... Kau harus berfikiran matang dalam soal ini... Jika dia katakan dia pegang pada janjinya, boleh jadi, dia lebih memilih untuk pada janji pertama, iaitu dengan lelaki yang pertama "
"Bagaimana untuk aku katakan perasaan ini? sebelum ini, belum pernah kurasai. Tika aku menemuinya inilah rasa yang asing bagiku."
" Itulah lumrahnya...cuba kau senaraikan padaku apa sebab-sebab kau menyukainya? Aku lihat dia seperti orang biasanya. Adakah kau hanya tertarik pada wajah mulusnya?"
"Ya, begitulah nampaknya. Memang sebab pertama kerana wajahnya."
"Wajahnya persis warga luar negara? erm?"
"Ya, tapi itu bukan soal utama. Yang penting, sekarang, aku memang menyukainya.."
"Baiklah, jika begitu, biarkan tenang jiwamu dalam larut malam ini. Cuba, lupakan sebentar soal dia yang kau sukai. Esok, mula kau bersolat pohon petunjuk Tuhan, apa kau buat ini pilihann yang benar atau tidak. Aku juga tidak tahu, apa yang terbaik untukmu. Aku sekadar mendengar dan menasihati apa yang mampu."
"Tak boleh mula solatnya malam ini?"
"Bukan tidak boleh, tapi, aku tahu, jiwamu malam ini masih bercelaru, memikirkannya dan terus memikirkannya. Seolah pinanganmu ditolak. Padahal, kaubelum cuba lagi menutur kata padanya. Benar tak?"
"Ya, memang aku masih terus memikirkannya setelah jawapan yang diberi agar aku tak menantinya..bagaimana mungkin? aku sudah separuh hidup menunggu waktu habis pengajian, dia boleh pula mengatakan begitu? "
" Sudah-sudah lah tu, kan sudah aku katakan, rehatkan dulu. Kau sudah tahu begitu jawapannya, sabar ya. Cari punca kau menyukainya. Jika esok kau berkesempatan bertemunya, cuba kau nyatakan hasrat hatimu untuk memperisterikannya. Tanyakan dan cuba dulu. Tapi, jika belum berani, nantikan dahulu jawapan Tuhan, ya."
"Baiklah. terima kasih kerana mendengar kisah aku. Aku cuba untuk beristikharah dengan keadaan hatiku tenang. Moga petunjuk-Nya membuatkan aku lebih tenang."
"InsyaAllah, Yakinlah, Allah pasti menyediakan yang terbaik buat hamba-Nya. Tinggal hanya kau perlu usaha dan yakin. "
Kisah ini diambil dalam cebisan kehidupan seorang remaja. Apakah yang dikatakan solat istikharah?
Solat istikharah adalah solat memohon petunjuk dari Allah. Bukan sahaja dalam memohon petunjuk apabila kebuntuan dalam memilih soal jodoh, tetapi juga dalam kebuntuan masalah yang lainnya seperti memohon pilihan yang terbaik antara dua yang terbaik, contohnya, kebuntuan dalam memilih institut pengajian tempat menuntut, memilih Kos yang terbaik mengikut kemampuan diri, memilih waktu terbaik untuk menyambung pengajian, memilih tender dalam pekerjaan, memilih pemimpin yang terbaik pada sesebuah kawasan...dan sebagainya...
Perluaskan skop tentang sandaran kepada Tuhan. Nanti kita benar-benar sedar, bahawa hidup ini, begitu dekat dengan Tuhan. Dia yang menyukarkan , dia juga memudahkan. Jadi. pilihlah yang lebih mudah, kerana, kekasih ummat ini (Nabi s.a.w) sentiasa memilih yang lebih mudah di antara dua urusan pekerjaannya. Mengapa perlu disusahkan kehidupan, andai sudah terbentang jalan mudah dan cepat serta selamat sampai??
Semoga pilihan yang dibuat adalah yang terbaik buat diri, keluarga , agama, masyarakat dan negara buat masa ini dan akan datang, dunia dan akhirat. Amin.
Sebuah hadiah buat kalian..Istikharah cinta:
Bersaksi cinta di atas cinta
dalam alunan tasbih ku ini
menerka hati yang tersembunyi
berteman di malam sunyi penuh doa~
sebut namamu terukir merdu tertulis dalam sajak dan cinta tetap kau pilihan sebagai teman kekal abadi di akhir zaman~1
istikharah cinta memanggilku memohon petunjukmu satu nama teman setia naluriku berkata di penantian luahan rasa teguh satu pilihan menusuk separuh nafasku dalam maha perindu
No comments:
Post a Comment
berbicara di sini..