AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Monday, June 27, 2011

PENA 75 : Ingatan si Kecil


Matahari tersenyum menyinari pagi Bandar Maharani . Jari-jemari mengetik tersusun madahnya bagi sebuah tugasan . Baru kali ini Asiah senang duduk memulakan kerjanya. Jika tadi, ke sana-sini dipanggil kekandanya untuk dibantu . Sesekali menziarahi saudara-saudari seibu sebapa, apa salahnya membantu apa yang mampu . 



Dia duduk terasa puas setelah siap semuanya . Sedang asyik mencipta ayat satu-persatu sambil di hadapannya pelbagai buku rujukan, di sisinya si kecil bersuara , " Dah pukul berapa, Cik Asiah? " hatinya berkata , kenapalah si Hana ni bertanya jam pula, nak tengok siaran tv apa pula lah. Sudah sedia tahu bahawa rumahnya tiada televisyen seperti rumah saudara-saudaranya yang lain. Hana juga pernah menyuarakan bahawa dia berasa pelik jika ada orang begitu taksub dengan tv. Katanya " apa lah yang ada kat tv tu? bukannya best pun". Asiah menjawab tenang kerana dia ingat sebagaimana banyak buku motivasi yang pernah dibaca, pertanyaan si kecil jangan dipandang enteng dan jangan mematikan persoalan mereka, jawab dengan sabar dan luaskan fikiran mereka kerana kelak mereka boleh membina pemikiran yang bijaksana, 

" Jam kat laptop Cik ni dah pukul 11 pagi. Kenapa Hana tanya ya?" 
"Oh, dah pukul 11. Cik , tak sembahyang ke? "

"Zuhur belum masuk lagi la Hana..." Asiah menjawab sambil tertawa di hujungnya . Disambung lagi, "nanti pukul 1 lebih baru Zuhur."
"Sembahyang sunat? "

Terdiam seketika Asiah. Dia menghentikan kerjanya sejenak, matanya masih tertumpu pada skrin komputer riba ACER Aspire 4315. "Subhanallah, cikgu ajar sembahyang Dhuha ea kat sekolah? Bagusnya cikgu...."
" Tak lah. Cikgu tak ajar."

"Abis, camne Hana tau? Siapa yang beritahu?"
"Nenek selalu sembahyang sunat. Selalu kalau pukul 11, nenek dah mandi dan siap-siap semua, pastu, sembahyang sunat, Cik. Pastu nenek baca Quran pula. "

"Bila nampak nenek buat? bagusnya Hana. Hana tak ikut nenek sembahyang sekali? "
"Selalu kat sini nenek buat. " Hana dan Sakinah sedang bercuti sekolah, kebetulan masing-masing mendapat adik yang baru . Jadi , ibu kepada Asiah,Sumayyah, juga nenek kepada Hana dan Sakinah, meluangkan masa untuk bersama anak-anaknya yang baru sahaja bersalin . Seorang mendapat amanah seorang putera dan seorang lagi mendapat amanah puteri.

'Allah... bagusnya mereka. bersih hati mereka. jelas terlihat Lisanul Hal lebih Fasih Daripada Lisanul Maqal . Allah, didiklah anak-anak ini menjadi hamba-Mu yang taat, anak yang solehah, berkhidmat untuk agama dan negara. Allah....'

Perbualan mereka terhenti seketika. Walaupun persoalan si kecil benar-benar terkena pada Asiah, dia sangat bersyukur, masih ada yang mengingatkan tika dia sedang sibuk dengan urusan dunia, ' Itu juga teguran daripada Allah'. Bukan sahaja di waktu susah kita mencari-Nya, di waktu senang sepatutnya juga kita tidak melupakan-Nya .

Asiah membelek kembali kitab terjemahan Syamail Muhammadiyah Imam Tirmizi. Di dalam bab 41 menukilkan tentang Solat Dhuha Rasulullah ;


Muad'zah binti Abdullah al-Adawiyah berkata :
Aku bertanya kepada Aisyah, "Adakah Rasulullah mendirikan solat dhuha?"
Aisyah menjawab, " Ya, Beliau mendirikan solat dhuha sebanyak empat rakaat. Kadang kala, bilangan rakaat ditambah sesuai dengan yang dikehendaki oleh Allah."

(Direkodkan oleh Muslim, Tirmizi dan Ahmad)

Hadis ini bertaraf sahih .
Dilaporkan oleh Mahmud at-Thayalisi, aripada Syu'bah, daripada Yazir  ar-Risyk yang bersumber daripada Muad'zah binti Abdullah al-Adawiyah.

Biodata : Mua'dzah binti  Abdullah Ummu  ash-Shahba al-Adawiyah adalah wanita alim dan ahli ibadah.
Menetap di Basyrah, melaporkan hadis daripada Ali bin Abi Talib, Aisyah dan Hisyam bin Amir . Hadis beliau dijadikan dalil. Beliau meninggal dunia pada tahun 83 Hijrah .

Alam terus bertasbih memuji Ilahi . Asiah tersenyum dengan teguran si kecil berusia enam tahun . Inilah khalifah Allah .

Pengajaran dari Hujansakinah :

1) Luangkan sedikit masa di waktu siang sebelum masuk waktu Zuhur untuk Solat Dhuha. 

2) Bersabarlah dengan tujahan soalan anak-anak kecil dan jawablah dengan matang agar anak itu terbuka fikirannya.

3) Buatlah perkara hasanah dan mahmudah agar dapat dicontohi anak-anak dan orang sekeliling.

4) Jika kita diteguri, terimalah dengan hati terbuka, itu kunci bagi menuju pengislahan diri ke arah lebih baik.

5) Pujilah Allah di waktu senang dan susah.


No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...